"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 05, 2009

Terkini Dari Perak

Reactions: 
Kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

kemaskini 2.14pm
Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

kemaskini 2pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang.

Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.

kemaskini 1:33pm
Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini
difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm
Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm
Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm
Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi tidak menentu'


Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

14 comments:

Anonymous said...

harap bersabar dengan keadaan ini.
tentu ade hikmah yg tersembunyi.
selepas ini mungkin tiada lagi doa untuk tuanku sultan selepas solat jumaat. jika berita ini benar..

Anonymous said...

Hampeh tul!!!
Malangnye Perak dapat kerajaan corrupt!

Anonymous said...

AKU DAH AGAK....SULTAN PUN SAMA JA NGAN UMNO....

DASAR SULTAN UMNO..... JAGA KEPENTINGAN UMNO JAA....KEPENTINGAN RAKYAT TOLAK MASUK DUIT KAUM KERABAT...

Anonymous said...

Kawan-kawan yang menyokong Pakatan rakyat di Perak !

Selagi Tuanku Sultan Perak belum mengumumkan apa-apa berita mengenai kerajaan negeri Perak yang baru, kita semua kena bersabar.

Kawal nafsu itu dulu sebelum bertindak. Kita tidak mahu apa yang kita tuduh tidak berasas sama sekali.

"Lawan tetap lawan"

tok ggawo said...

salam !

bila nak dipentaskan drama ni

drama ko tu TP aku dapat agak dah

takbir !

allahuakbar !allahuakbar !allahuakbar !

Anonymous said...

Lps ni, semua pakat terbalikkan tangan (macam tolak bala) bila doa masa Jumaat.

tok ggawo said...

jom ramai ramai di stadium ipoh malam ni

kita nangis ramai ramai kerana syukur kepada allah

kerana allah masih saayangkan kita lagi

insyaallah aku juga akan turun ke ipoh malam ni

takdapat lah nak update blog pah ni

aku blogger kampong takdak laptop

maaf ssemo

Anonymous said...

KITA BOIKOT KERAJAAN PENYAMUN!!!!

Anonymous said...

Jgn durhaka pd sultan,..

Apakah sultan dikira adil hya bila memihak PR ???

Bila sultan perkenan DS Nzar jadi MB,.semua org terima,..termasuk org UMNO

Knp org pakatan begitu busuk perut,hati dan limpa???

Klu begini perangai korang,.. mmg wajarlah PR lingkup,..

DAULAT TUANKU(3X)!!!

Alias Mohd Yusof said...

UMNO dan Raja memang tak boleh dipisahkan. UMNO memang parti yang dekat dihati raja. Tanpa UMNO siapalah raja. UMNO lah yang telah menentang konsep Malay Union yang telah menurunkan kuasa raja.
Oleh itu jasa UMNO kepada raja memang besar.
Apatah lagi 28 ADUN yang akan mengangotai kerajaan baru di Perak nanti adalah UMNO.
Raja melihat UMNO sebagai parti yang terus menghormati kedudukan raja.
Nampaknya rancangan Presiden PKR untuk mengembalikan kekebalan Raja kalau mereka berkuasa tidak dapat menarik perhatian raja. Mungkin raja menganggap rancangan itu sebagai gula-gula politik saja.

Anonymous said...

Andai Sultan turut permintaan MB Nizar untuk bubarkan DUN... itu bukan bermakna Sultan memihak pada PR. Tapi itu dikira Sultan memberi hak pada rakyat dlm menentukan siapa yg patut memimpin Perak.

Andaikata lepas pilihanraya, BN benar2 dpt mengambil semula Perak... itu baru kita redha...dan takde sebab utk kita bising lagi...

Anonymous said...

Klau 3 ADUN bebas tidak memihak mana2 parti,.kemungkinan besar pilihanraya semula perlu diadakan,.

Tapi 3 ADUN tu dh beri sokongan pada BN dihadapan Sultan,..

So,..xde sbb utk bubarkan DUN

Satu lagi aku rasa sultan dh MURKA pd MB Nizar,.

Sepatutnya MB Nizar dapatkan perkenan sultan dulu,.baru umum bubar dun,..

Tapi nizar buat terbalik,..MB Nizar telah membelakangkan sultan

Anonymous said...

anon340pm...soltan punya murka ja dikira? Rakyat yang slalu ditipu nih tak tau marah? Sah la soltan Perak ??))&&%%$#@@@# (walupun marah tak bagi pluang kat rakyat pilih semula krajaan negri aku masih berlapik dgn hanya boh tanda tu yg aku sendiri tak tau). Pala tgah bengang dengan prangai soltan!

Sameon said...

Anon 3:27pm,

"Andai Sultan turut permintaan MB Nizar untuk bubarkan DUN... itu bukan bermakna Sultan memihak pada PR. Tapi itu dikira Sultan memberi hak pada rakyat dlm menentukan siapa yg patut memimpin Perak.

Andaikata lepas pilihanraya, BN benar2 dpt mengambil semula Perak... itu baru kita redha...dan takde sebab utk kita bising lagi..."

Apa? Kalau sekiranya diadakan pilihanraya dan BN menang, Pakatan Rakyat tak bising?... Aku berani kerat jari la kalau Pakatan Rakyat redha BN menang dalam pilihanraya Perak... Pakatan Rakyat tak pernah tak bising sebab kepalanya pun kaki bising dan kecoh...