"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 12, 2009

"Hamba Mohon Sembah Derhaka Tuanku" - malaysiakini

Maka kiranya aku agak hari ni atau semalam, Dato' Seri Ir Nizar mungkin dah hantar watikah mohon mengadap DYTM Sultan Perak secara beradab lagi bersebab untuk maklumkan mohon sembah supaya Tuanku Sultan perkenankan permohonan untuk pembubaran DUN perak.

Dah hantar ke belum aku tak pasti, tapi rasanya dah kot. lantaklah...

Ni yang nak cerita dekat sini bukan pasai dah hantar ke belum watikah mohon sembah DYTM Sultan Perak, tapi nak cerita yang selepas hantar watikah tu.

Elok kalau kita persoal awal-awal apa-apa yang bakal berlaku supaya mudah nak ambik tindakan sewajarnya lepas ni.

Apa jadi kalau Tuanku tak perkenankan pembubaran DUN? aku tak harap sangat satu keputusan yang memihak dekat Pakatan Rakyat sebab selalu sangat dah benda-benda yang tak menyebelahi Pakatan Rakyat berlaku. dah mangli orang cakap. kalau jadik yang menyebelahi Pakatan Rakyat, kira macam "ajaib" la. macam keputusan PRU-12 di 5 negeri hari tu.

Yang pastinya kalau Sultan tak perkenan, orang-orang UMNO/BN dah tentu berjoget-joget bersamba... mau sampai PRU-13 depa dok main isu ni...

Tapi... kalau DYTM Sultan Perak perkenan pembubaran DUN macam mana pulak?

Orang-orang UMNO/BN boleh terima ke? ataupun UMNO/BN pulak yang akan "Mohon Sembah Derhaka"???

Haiyaaa...

9 comments:

Anonymous said...

sebab tu paklah join lunch ngan anwar,,,kedamaian katakan....paklah buat deal ngan anwar,,,,anwar suh paklah guna pengaruh istana agar bubar dun perak....pastu balasannya anwar dan ahli pakatan rakyat akan sokong dia jadi pm hingga pru13

Anonymous said...

kira oklah tu..... depa 2 org pun jiran sebelah saja di Permatang Pauh.....Utk kebaikan negara dan rakyat

zali said...

kalau di perkenan dun bubar...umno pesta
rm lagi...nak mohon sembah derhaka bukan
dia...

kalau tak perkenan...macam biasa la,pro
pr kena tahan telinga.

tapi sepertimana yang di ketahui sebelum
ni...sidang haram bawah pokok akan
menghasilkan usul yang haram juga
jadi...jangan la harap sangat pada
perkenan sultan tu.

Anonymous said...

Kerajaan HARAM pun akan
menghasilkan keputusan yang haram juga jadi...jangan la harap sangat pada masa akan datang dia orang berangan nak memerintah lagi..

Aper nak jadi CINA ngan INDIA dah tolak UMNO... kalau BN tengok result PRU 12 tumpo...

Nak kate melayu sokong UMNO tapi UMNO parti mamak..

PemerhatiMuda said...

manusia merancang, Allah Taala yang menentukan..malah perancangan Allah itu maha sempurna..Takbir!!

Anonymous said...

Salam bro...

Gua dah lame tertinggal isu nih...
Nak tanye ni, apsal gambar tim k. menteri pp pun dah terbalik tu?

huhu...

Anonymous said...

ada kes la tu..
gambar tu x akan dibetulkan
selagi tkm pp tu tk betulkan dirinya...

Anonymous said...

sultan dah terjerat...dia tak akan bubarkan DUN...alasannya nanti dia tak nak lagi ikut campur sebab dah jadi kes mahkamah...kita wait and see je apa nak jadi...

Anonymous said...

Kesian kat sultan.. Dah la puak2 UMNO mempergunakan dia.. Kuasa sultan dah di mansuhkan oleh Kerajaan UMNO..

Pakatan rakyat nak tolong Tuanku pun sendiri terjerat.. Rakyat nak jumpa Agong pun kena sembur.. inikan pula Tuanku.. mampuih lagi ramai rakyat kena sumbat rumah pasung...

Adakah tuanku dalam dilema?...