"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 12, 2009

Raja-Raja Melayu Berhak Untuk Bubar DUN Atau Tidak

Reactions: 
Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua negeri-negeri tidak terikat dengan nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri, dan mereka berhak serta berkuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau tidak.

Menurut pakar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari terdapat banyak peruntukan dalam undang-undang bahawa Raja-Raja Melayu boleh membuat keputusan mengikut budi bicara baginda.

"Dalam soal krisis politik Perak, Sultan Azlan Shah tidak bersalah kerana tidak mengikut nasihat Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon supaya DUN Perak dibubarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum 'Raja Berperlembagaan: Isu Politik Semasa' anjuran Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini Khamis.

Dua lagi anggota panel ialah Profesor Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Prof Dr Ahmad Atory Hussain dan pensyarah kanan bidang undang-undang UUM, Dr Rusniah Ahmad.

Prof Dr Abdul Aziz juga menjelaskan bahawa Perlembagaan Negara tidak menyatakan secara jelas bahawa Sultan atau Raja mesti akur pada nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata Raja-Raja Melayu masih lagi mempunyai imuniti kerana mahkamah khas sahaja yang layak membicarakan kes mereka dan itu pun penubuhannya perlu mendapat kelulusan Peguam Negara.

"Institusi Raja-Raja menjadi pengimbang kestabilan negara atau insurans...", katanya.

Prof Dr Atory pula berkata institusi Raja-raja Melayu menjadi lambang pelindung dan penyatuan rakyat tanpa mengira kaum sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan ia masih relevan sehingga ke zaman ini.

Beliau berkata Raja-Raja Melayu telah tidak menggunakan kuasa mereka secara sewenang-wenang untuk membubarkan DUN kerana menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

5 comments:

siti diah said...

Nama pun pakar perlembagaan, jadi saya rasa tindakan Nizar tu ada jugak betulnya dgn mengatakan Sultan Azlan mendapat nasihat yang salah, lagipun dia cabar kesahihan MB baru bukannya cabar keputusan Sultan Azlan mcm Karpal..dan dia dahpun mohon untuk tidak setuju dgn Sultan, kalau tak mcmmana rakyat nak ada kesedaran, lagipun Sultan pun manusia juga kalaupun ada imuniti time dia mati nanti bawak kain kapan 2 ela mcm rakyat semua sahaja, jadi terpulanglah pd kebijaksanaan Sultan akhirnya..kita rakyat hanya boleh berdoa kepada yang jauh lebih berkuasa dan tiada siapa yang melangkaui kekuasaannya iaitu Tuhan Yang Maha Esa.

siti diah said...

pd saya Umno/BN tak patut mewakili raja-raja untuk berckp pasal derhaka..mereka siapa untuk menentukan keputusan Sultan, biarlah s/u sulit sultan sendiri yang ckp..sesuka dia jer

Anonymous said...

jap patut bubar jap tak patut bubar..kesian kat org perak..habis semua jadi pening!!

Anonymous said...

Umno punye pasal

Anonymous said...

親爱的佛教信士.
佛教之地,都是要善伩修守戒律, 但令人痛心的是 Samnak Sambodhi Buddhist Association No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya 52100 Kepong Selangor, Malaysia.三宝寺却不以身作則。他们允许缅甸外劳庆祝佳日,隨心所意,在当地杀鱼.鸡. 猪.羊及飲酒做乐,醉身萝死耒污垢佛教神聖之地.至今 已引起居民的反感。

針对以上的题,身为佛教伩徒,也是前任理事会成员,我依佛陀的教育,据理力争。但孤掌难呜,却被一手遮天,以商业利益为重的马华公会,鹅嘜区会主席叶金福(Yip Kum Fook,MCA Man), 把我排除在外,其用意, 一目了然,想完全控(Yip Kum Fook,Politic Man)制甲洞帝沙再也,三宝寺耒达到私利賺钱.现在, 他应用外耒和尚主持三宝寺,其目的,也更清楚,因为外耒者不知内幕,不能久留,无杈过向。

回顾10年前之事,由本地吉兰丹和尚仼壇主兼顾问之時, 此种现象,是不曾发生的,为何到了叶金福(Yip Kum Fook, MCA Man)的領导乏下,却帶耒如此違反佛教的文化?难怪,前仼壇主 也一声不言就远离了,必有其苦衷。

为了佛教的遵严,我不忍看它沦落为醉身耒萝死之地, 让人耻笑,在此, 我只好通过现代的管道,泣声敬请,佛教伩仰者及马耒西亜佛总能加以关注, 并给予该理事会劝导,尽速觧决此事,以免这种污点影响整体的佛教良好形象。

http://margeemar.blogspot.com/2011/01/pro-umno-mca-is-anti-buddhist.html
http://margeemar.blogspot.com/2012/02/blog-post.html