"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 08, 2010

Skandal Najib: Bagaimana RM2 Million Setahun Menjadi RM21 Million Setahun Untuk Tempoh 15 Tahun

Oleh : Raja Petra Kamarudin

Seperti yang dijanjikan, Malaysia Today akan mendedahkan laporan yang disokong dengan dokumen untuk membuktikan keanehan bagaimana Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak menggunakan wang pembayar cukai. Semua insiden tersebut melibatkan salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur secara terang-terangan. Hari ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

Sejak 1988, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) lazimnya melatih pegawainya di Korat, Thailand, dengan kos belanja RM2 milion setahun.

Pada 2007, Timbalan Perdana Menteri waktu itu telah meluluskan penyewaan Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) daripada sebuah syarikat tempatan dengan kos berjumlah RM21 milion setahun – lebih sepuluh kali ganda daripada apa yang TUDM bayar bagi melatih pegawainya di Thailand. Penyewaan tersebut adalah untuk selama 15 tahun.

Kontrak tersebut berdasarkan ‘rundingan tanpa tender’ dan syarikat terbabit tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelumnya dalam perniagaan tersebut. Kontrak melalui rundingan itu tidak dilakukan samada melalui prosedur biasa atau melalui saluran yang sepatutnya. Namun Perdana Menteri yang ada sekarang ini meluluskan kontrak tersebut dengan melanggar prosedur yang boleh di takrifkan sebagai penyalahgunaan kuasa.

Malaysia Today mula mendedahkannya dengan dokumen berikut. Banyak lagi berkaitan perkara ini akan didedahkan bagi membuktikan wujudnya banyak salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur yang berlaku secara terang-terangan yang telah sekian lama oleh Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak.
Sumber - Malaysia-Today.net

8 comments:

Anonymous said...

Diharap Datok Seri Perdana Menteri jangan menjawab segala tohmahan yang diajukan oleh Malaysia-Today.net sebagai tanda setuju apa yang dituduh.

Diharap Datok Seri Perdana Menteri segera mengarahkan Hishamuddin melalui Ketua Polis Negara mencari dan menangkap penulis cerita tersebut kerana ia telah mencemarkan nama baik Datok Seri... sehingga menyusahkan Datin Seri nak shopping kat Paris.

Anonymous said...

Setuju dgn komen Anon diatas. Sesiapa yg terlibat termasuk TP harus dipertanggung jawabkan mengenai kebocoran rahsia kerajaan. Dakwa dan tuduh mereka dimahkamah dibawah OSA.

Anonymous said...

Tak mau komen...nanti kena tangkap.....takut nanti kena bakar lagi....biarler mereka menang...biar kan sahaja...JANJI KITA BETAMADDUN dan BUKANNYA balik ke zaman JAHILLIAH.

cinca look said...

alaaa surat ni sape sape pun boleh buat bro...kalo ko nak aku buat surat nikah ko ngan Rozita Che Wan aku boleh buat kan....

tulang ikan said...

cinca look


aku setuju!!!!!!!!!!!

Anak Bugis said...

Aku ingat kalau BN kalah, RPK calon yang sesuai jadi Menteri Dalam Negeri..

Anonymous said...

Kalau tak kebas duit tu bukanlah Mat Monggol namanya. Dalam otak mat monggol ni yang ada hanyalah sampah, betina,duit, duit, duit. Pundek punya manusia memalukan malaysia saja. Mana ada dalam dunia ni Ketua negara disiasat oleh Polis negara lain. Busuk punya orang.

Anonymous said...

Pepatah Melayu dah menyebut;Berani kerana benar, takut kerana salah, menafikan lagi salah, jadi buktikan sahaja jika betul-betul tak salah. Jadi rakyat ni akan tengok dan lihat sahaja, lepas tu tunggu P13...