"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 27, 2009

Bahana PAU: Markas UMNO/BN Lengang... - malaysiakini

Petang semalam masa aku dok ronda-ronda sekitar kawasan Bukit Gantang, aku terperasan 1 perkara. boleh dikatakan semua markas dan bilik gerakan UMNO/BN sunyi sepi dan lengang tanpa kehadiran paraa petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan UMNO/BN.

Perkara sebegini agak pelik bagi aku. ada yang cakap depa sibuk dengan PAU, tapi bagi aku tak mungkin... tak kan la sampai 90% ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN pergi ke PAU tahun ni sampai tak dak tinggal kesan langsung?

Mana pergi anak-anak muda yang selalunya memenuhi markas UMNO/BN macam selalu? tak kan la sorang pun tak dak kot?

Macam mana kalau kita andaikan anak-anak muda yang memenuhi markas UMNO/BN selama ni ialah mereka-mereka yang hanya bekerja untuk RM? mungkin jugak buat masa ni bos-bos depa semua dah naik ke Kolumpo untuk PAU dan tak dak sapa nak supply RM?

Bila tak dak sapa nak supply RM, maka lenganglah markas UMNO/BN... agak-agak hangpa macam tu kot?

Tak pun entah-entah depa dah mula boikot Pilihanraya kecik ni sebagai tanda protes atas beberapa keputusan yang amat mengejutkan sejak malam semalam?

Entah... yang tu aku tak tau... apa-apaapun kita tunggu sampai malam hari penamaan calon... harap-harap keadaan akan kembali meriah macam selalu.

Kalau keadaan tak berubah jugak, alamatnya pilihanraya kecik kali ni akan jadik pilihanraya kecik yang paling membosankan dalam sejarah Malaysia tapi 1 rahmat buat petugas-petugas PDRM sebab boleh rilex banyak-banyak.

Bilik Gerakan Daerah Mengundi Kampung Tebok Trong jam 6:40 petang.

Bilik Gerakan Kampung Temerloh Trong jam 6:43 petang.

Bilik Gerakan 2 Kampung Temerloh Trong jam 6:43 petang.

Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kampung Nibong jam 6:47 petang.

Jam 6:51 petang (lokasi aku tak ingat...)

Jam 6:52 (yang ni pun aku tak ingat dekat mana)

Tapi yang paling aku perasan sekali ialah keadaan sekarang amat-amat aman damai. tak ada gangguan-gangguan dan jugak provokasi. tenang setenang tenangnya. aku suka keadaan macam ni.

Bukan aku je suka, semua orang pun suka... bila datang keadaan macam ni, maka dengan sendirinya terbuktilah bahawa UMNO/BN ni lah pembawa kecoh. tak dak UMNO/BN, Perak aman damai. tak percaya tanya orang Perak sendiri keadaan masa orang UMNO/BN tengah ramai dengan keadaan sekarang... yang mana best?

Aku sukaa keadaan sekarang.

16 comments:

unconnor0124124527 said...

ingat nanti nak cover BUKIT SELAMBAU coz kami PAS penang kena berkubu kat sana , dekat dengan rumah aku nanti nak mintak tolong publish boleh?

Anonymous said...

bro..yg penting PR jgn leka..kot la ni strategi depa, selain drpd alasan depan tumpu kat PAU... - Neo

Anonymous said...

TP petang cam tu mana ada orang, cuba gi waktu tengah hari, masa tu nasi bungkus banyak sampai...mesti ramai orang. Kalu dok pun depa tengah buat persiapan beg besaq... sebab tak lama lagi ketua depa nak datang bawak duit banyak... sorang ketua nak bawak ramai betina, sorang ketua nak bawak duit... Perasuah Innocent?

mangchikla said...

nampak kebulor nasi bungkuih muakakakakak

Unknown said...

UMNO hanya memperdayakan kaum melayu, memainkan isu perkauman & agama. lagu-lagu seperti melayu tertindas, agama islam diancam, telah dinyanyikan selama 50 tahun. padahalnya, dia yang memerintah selama ini and boleh menggunakan segala kuasa kuasa agensi kerajaan untuk memlaksanakan segala rancangan. 52 tahun dah, melayu masih tertindas??? saya betul betul hairah siapa yang sebenarnya mengindas melayu.

kaum melayu patutlah sedar bahawa di bawah pemerintahan UMNO, walaupun diberi 400 tahun lagi, melayu tidak mungkin jadi gagah dan kuat. malang, mereka akan sentiasa merasa dirinya tergugat dan tiada kepercayaan pada diri sendiri kerana inilah teknik UMNO untuk membodohkan melayu supaya mereka terpaksa sentiasa bergantung pada mereka.

tibalah masanya untuk melayu mecuba parti yang lain membangunkan bangsa, negara and agama.

Lin said...

salam

ehh kau tak tau ke.. kan dah masuk waktu maghrib... tak kan nak melepak tak tentu pasal... balik rumahlah ambil wudhuk dulu.. apalah bengap sangat ni

tulah dah terbiasa bersangka buruk dengan org ni lah jadinya..

semuanya tak betul...

Anonymous said...

org g smbahyang maghrib la..suka ke perak kena perintah dgn DAP..sbb tu sultan Perak suka BN ambk balik..exco DAP ramai dari org melayu..

Anonymous said...

haha...awlnye org ameno pg solat maghrib...pg bentang sejadah kt surau dulu ek...haha..

xpe..TP nnt hang pg ambk gmbr kt surau berdekatan dgn bilik gerakan diorg k...

Anonymous said...

Hahaha.. nasib baik dia org g smbahyang maghrib.. kalau dia org pergi rempit tambah dosa...

tulah agak-agak macam tu dah biasa..

Aman tak dak UMNO...

Anonymous said...

aku baru jumpa YB husin din(selinsing)baru sat2 kt bagan serai,dia baru balik buat laporan polis di balai cangkat jering bsama 3adun lagi(aku tak ingat) berhubung satu artikel blog berakbangkit yang mengaibkan DS nizar..

Lin said...

salam

nilah org pas.. selalu bersangka buruk.. belajar kat ceramah pas lah tu..

biarlah dia org nak sembahyang awal ke.. nak bentang sejadah ke,..

biarkanlah ..

belajarlah sentiasa melihat benda yang baik dan bersangka baik pada Allah...

jom pergi sembahyang jumaat

Anonymous said...

Beb, ntah pernah tengok sejarah China, mcm mana depa perang? Keadaan tenang sekali apabila tiba masa perang. tapi tiba2 boommmmmmm itulah strategi.. so air yg tenang tu yg bikin bahaya tu beb...... harus hati2...... beruk2 sedang perhati @ sedang mengcongak strategi... PR x bleh leka !!!! kena 24jam jaga2...
Selalu perkara yg tenang bikin wa risau......

Anonymous said...

Ahakssss....

sedara Tungaklangit...

sedara x perlu terlalu emosi... biarkanlah yang lain nak kata mcm2.. Bukan semua ahli PAS itu yang teguh Islamnya... banyak juga yang x betulnya...

Saya pasti.. tiada manusia yang sempurnna di dunia ini.. Baik ahli UMNO atau pun PAS...

Buat ahli PAS atau pun yang rasa dirinya penyokong PAS yang ada di blog ini.. sedarlah kamu semua.. mencerca atau pun mengaibkan orang lain adalah dosa.. walau pun perkara itu telah terbukti benar... sedarlah kamu semua bukan semua ahli PAS yang gemar atau pun setuju dengan apa berlaku hari ini.. Dan saya yakin mereka ini adalah dari golongan orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH S.W.T...

Bukan semua ahli PAS yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sudi bersekongkol dengan DAP... ada ramai di belakang yang x suka menonjolkan diri...

Pada pendapat saya usaha seorang Islam untuk membawa saudara Islamnya yang telah tersesat ke jalan ALLAH S.W.T adalah lebih mulia daripada cuba mengislamkan kafir yang belum tau baik buruk niatnya...

Biarlah kita sokong Islam untuk selamat.. bukan sokong PAS untuk selamat...

Wallahualam..

Anonymous said...

aku setuju apa yg sepat ronggeng cakap tu sokong 100%. memang ada dikalangan org PAS mmg suke mancaci memaki berburuk sangka begitu jugak UMNO yang membezakan kita manusia adalah ILMU. pikir2 la sendiri

Anonymous said...

emmm... yg penting pemimpin PAS trdiri org yg beriman. lame2 pengikut akan ikut la pemimpin. klu pemimpin ameno, xtau la sape yg blh kite ikut....

Lin said...

anony 8:09 pm

kau ni betul2 anak didik PASTI yang bengap tahap melampau... oooi bengap betul kau ni..

aku harapkan kau masih mudalah sebab sempat mencari kebenaran suatu hari nanti...

pemimpin pas ni bukan ulama.. berapa kali aku nak cakap ni... dia org tu guna Islam utk capai cita-cita politik mereka... janganlah kau org tertipu dengan ayat suci yang dibaca utk kepentingan mereka..
sedarlah sebelum terlambat sahabat ku