"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 05, 2009

PC Jam 3 Petang Bersama Nizar & DSAI - malaysiakini

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini petang ini selepas mengadap Sultan Perak sebentar tadi.

Nizar berada di Istana Kinta selama 20 minit daripada pukul 12.45 tengah hari ini.

Sidang media itu dijangka berlangsung pukul 3 petang.

Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai "OK", Nizar berkata, beliau akan menemui wartawan kemudian.

Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Nizar juga mengadap Sultan Perak di Istana Kinta petang semalam.

10 comments:

Anonymous said...

Ada x web yg ble tgok live PC jam 3 nanti??

Anonymous said...

ye..keputusan bubar DUN mmg keputusan yg paling adil..

biar rakyat tentukan!

Anonymous said...

nampak gayanya pr dah menang pusingan pertama...kita tengok siapa yang kena......

Anonymous said...

jgn la yakin sangat dan buat mcm2 andaian...dalam politik nie mcm2 ada...apa yang penting..KERJASAMA...

Anonymous said...

TERKINI: Bernama telah melaporkan bahawa Baginda Sultan Perak telah menitahkan MB Nizar meletakan jawatan berkuatkuasa serta merta.

Anonymous said...

lega sikit aku sbb nizar kata OK. tapi bleh caya ke post ni, kelmarin dah terkena aku, hehehehe

Anonymous said...

semua server blogspot xboleh access?! tlg confirm!!!

Anonymous said...

TERKINI: Bernama telah melaporkan Najib dibawa ke hospital kerana diserang angin ahmar.

Anonymous said...

bernama melaporkan begitu la..
MB Nizar diperintahkan meletak jawatan serta merta...

Anonymous said...

""Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.""

Dah 'confirm' kerajaan PR Perak tumbang tak bangun-bangun kerana Sultan tidak perkenan DUN Perak dibubarkan... Sultan perkenan BN tubuh kerajaan negeri baru di Perak... Keputusan ini dibuat di atas kebijaksanaan Sultan Perak…

Jadi tak perlu pertikai kerana Nizar sendiri yakin dan tidak meragui keputusan Sultan. Redha jelah...