Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.
Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.
Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.Difahamkan tiga ADUN PR, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.Kerajaan PR di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.
Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN membolehkan parti itu menguasai kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.
2 comments:
kenapa nak bubar??? takut ker??? kata demokrasi subur??? pondan ker nizar tu???? takut hilang kuasa ker???? kalau bubar pun belum tentu rakyat perak akan pilih dia lagi. padan muka dia, hari tu masa adun umno masuk pkr bukan main berlagak lagi dia, sekarang telur dia pun dah termasuk dalam dah. bapak nizar tu hanya penoreh getah aje. kalau tak asbab umno dan dasar ekonomi baru yang diperjuangkan oleh umno mana boleh nizar anak penoreh getah belajar kat luar negara??? banyak sangat ker hasil bapak dia nak tanggung dia belajar. bila dah berjaya tongkat dilupakan malah dihina tongkat tu. moga-moga ALLAH melaknati nizar dan pengikut-pengikutnya. amin.
kau rasa diri kau tu Tuhan kot, pandai2 nak laknat orang! minda orang Melayu hapraq! berkarat! ini mesti umur pun dah tua bangka! dah nak mampos! kubur kata mari, dunia kata pergi...sedarlah diri tu sikit! anak kau orang kaya ke? patutlah sombong gila! perangai sombong ni hanya layak untuk iblis laknat sahaja tapi kalau kau pun seangkatan dengan iblis nak buat macam mana...ikut sekalilah...aku rasa kau ni iblis yang menyamar jadi manusia kot...aku akan panggil kau iblis je lah...
Post a Comment