"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 04, 2009

Kerajaan Perak Masih Samar - malaysiakini

"Kerajaan Pakatan Rakyat masih berkuasa. Tidak berlaku apa-apa. Semua seperti biasa.Kerajaan masih sah.Tuanku bertitah Allah bersama orang-orang yang sabar.Tuanku masih belum membuat keputusan,".Demikian ungkapan pertama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi.


Menurutnya lagi,"ketika ini urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa.Segala aktiviti kerajaan negeri seperti biasa. Saya akan hadiri aktiviti majlis jubli Perak Tuanku.Sebelum ini saya telah menghadap ke bawah tuanku untuk menjelaskan situasi politik semasa dan terkini kerajaan negeri.Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih".


Katanya lagi,"ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.Rakyat diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.Apa2 pun,tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil".


Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak,Nizar berkata,"Najib seolah-olah cuba merampas kerajaan secara tidak beretika.Isu Dato Nasharudin masuk Umno tidak timbul. Ini disebabkan, dakwaan Najib bahawa Nasharuddin menyokong BN boleh dipertikaikan kerana wujudnya unsur paksaan.Kaum keluarga sendiri buat laporan bahawa dia telah hilang. Dia dibawa dua orang yang dakwa Raja Muda ingin berjumpa tetapi pertemuan itu tidak berlaku.Saya cuba hubungi begitu juga dengan kaum keluarganya dan semua tidak berjaya".

12 comments:

Unknown said...

Sekarang Hantu Raya suka sorok orang politik pula. Hati-hatilah orang politik, kena sorokkan makan mee cacing baru padan muka.

iam_khufu said...

Jangan banyak salahkan UMNO/BN. Isu utama adalah masalah 4 orang ADUN yang melompat/tukar parti tu. UMNO/BN ni tukang cucuk je. Kalau tuan punya badan pandai dan tetap pendirian tak kan jadi benda ni. Lepas ni jaga2 pasal TKM 1 si fairuz tu pulak. Aku tengok dia pun ada potensi juga nak ubah angin. Kepada blog PR jangan kutuk dia sangat dalam blog tapi terus report pada anwar biar dia ambil tindakan

AkunA said...

baca sini...orang tua aku pun cerita yang sama...sebab aku percaya...rumah orang tua aku takde internet..tapi citer dia sebijik...xkan bapak aku ada blogs plak...hahahaha

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/

Anonymous said...

kredibiliti tuanku sultan azlan akan diuji dgn isu nie.

sultan azlan adalah sultan paling educated di malaysia...bekas ketua hakim negara sebelum menjadi sultan perak...low profile sewaktu belajar law di nottingham uni.

tapi...adakah sultan azlan mampu menangkis desakan & ugutan yg dibuat oleh umno???

kita kene ingat...kuasa sultan melayu telahpun dihilangkan oleh che det...so...rasanya apa2 kemungkinan boleh berlaku.

so far sultan azlan mampu mengekalkan sahibul samahah dato' harussani sebagai mufti perak....tapi bagaimana dgn isu terbaru nie??

raja dr nazrin bertitah supaya sultan tidak memihak kpd mana2 pihak...tapi adakah dlm isu nie sultan azlan mampu utk berbuat demikian???...dgn segala ugutan dari kerajaan pusat, adakah sultan azlan mampu utk membuat satu keputusan yg adil demi rakyat perak???

sememangnya drama kali nie menguji kebijaksanaan & ketegasan sultan azlan dlm menghadapi aura jijik dari umno.

sama2 kita tunggu & saksikan kisah penghujung drama mengguris hati di negeri perak darul ridzuan ni.

tok iskandar said...

Tok nak ulas tentang keputusan baginda Sultan Perak esok,perkenan pembubaran DUN Perak atau perkenan BN bentuk kerajaan negeri Perak yang baru.

Tok nak ulas dulu tentang Najib dan permainan politik liciknya.
Ibarat citer Lone Ranger dan Tonto,begitulah gelagat gandingan Najib dan Zahid Hamidi.

Kes Altantunya,pembelian Eurocopter,Sukhoi dan kapal selam,pembelian Bank Indonesia oleh Maybank,pengakuan bersumpah diliwat oleh Saiful Bukhari,pengakuan bersumpah Bala,percubaan merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan membeli wakil rakyat PKR dan DAP.

Rakyat tentu tidak mahukan pemimpin sebegini menjadi PM.Begitu juga dengan Nasaruddin yang berlakon menyertai PKR,rupa-rupanya talam 2 muka dan sanggup menipu 15 ribu rakyat Perak ketika berceramah di Bota baru-baru ini.Nasa tak layak jadi MB Perak walau apa jua alasan yang digunakannya untuk kembali semula menyertai UMNO setelah 10 hari berada di dalam PKR.

Tok nak SPRM siasat aset yang dimiliki Nasa yang juga bekas Pegawai Daerah Temerloh.

Jika esok BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Perak,satu sejarah hitam dalam politik tanahair berlaku dan generasi akan datang kelahiran Perak akan melihatnya melalui Hari Ini Dalam Sejarah.Hari di mana demokrasi telah mati,rasuah politik makin berkembang dan meracuni minda dan hati wakil-wakil rakyat yang ketagihkan ganjaran material.

Tentu baginda Sultan Perak tidak mahu melihat negeri baginda diperintah oleh penipu,penyangak dan kaki rasuah.Imej negeri di kaca mata pelabur asing bertambah buruk dan rakyat Perak dan Malaysia akan menjadi semakin benci kepada kerajaan UMNO-BN.

Selama mana kerajaan BN mampu memerintah negeri Perak berbekalkan kelebihan beberapa ADUN.Esok-lusa mungkin ada penyeberangan ADUN BN menyertai Pakatan Rakyat dan kuasa pemerintahan kerajaan negeri Perak akan kembali kepada Pakatan Rakyat.

Sultan yang berjiwa rakyat tentulah dekat di hati rakyat dan tindakan yang bijaksana ialah menyerahkan soal pemerintahan negeri kepada rakyat Perak.Persoalan satu pembaziran jika diadakan pilihanraya bukanlah satu isu kerana selama ini UMNO sering berbelanja mewah dan membazir ketika memerintah negeri Perak dan negara Malaysia.

Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu di samping kebiadapan pemimpin UMNO Perlis dan Terengganu terhadap Raja dan Sultan mereka.

Tok sendiri tidak akan berputus asa kerana segala perancangan manusia,perancangan Allah akan mengatasinya.

Persoalan menggadai tanah,suatu ketika dulu juga pemimpin UMNO pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew dan Pak Lah pula menyerahkan pulau Batu Putih kepada Lee Hsien Long,anak kepada Lee Kuan Yew.

Jika Kerajaan Negeri Perak dirampas secara keji begini,di manakah letaknya rasa hormat pemimpin UMNO terhadap Sultan Perak.Najib dengan rasa megah tanpa menunggu keputusan baginda Sultan Perak,telah menegaskan Perak kini di bawah kekuasaan BN.

Masyarakat dunia sedang memerhatikan pergolakan politik negara kita terutamanya yang berlaku di Perak ketika ini.Baginda Tuanku Sultan Perak sendiri arif tentang situasi ini dan kebijaksanaannya sebagai Ketua hakim negara suatu ketika dulu amatlah dikagumi rakyat Malaysia.

Janganlah tuanku biarkan negeri Perak berada semula ke tangan petualang bangsa Melayu seperti najib.rakyat Perak hanya mampu berdoa agar keputusan baginda tuanku merupakan satu keputusan yang adil dan bijaksana

Anonymous said...

tuan blog buang ler radio tu ,bising ar...
intenet aku jd lembab dibuatnya...

Anonymous said...

kah kah kah

kalo keputusan baginda sultan perak sebelah bn maknanya tak adil dan bijaksanalah?

kalo menyebelah pembangkang maknanya adil dan bijaksanalah.

kah kah kah

pandai la ko punya sifir

kah kah kah

hantam la labu..

Anonymous said...

oii..kaki sort.. ko tu bijak sgt ke.. kalo tuanku perkenan dun bubar tu kira sebelah PR ke?? ape ke x bijak beno kamu ni.. tu kan baik utk rakyat wat pilihan semula, adil utk rakyat perak (kamu tu perak ke?)ade ke bg kelebihan ape2 kat PR? pikir utk rakyat la weii..bkn parti.

Anonymous said...

biar la kuasa memilih kerajaan dipulangkan kpd rakyat..patutnya pemimpin (x kira BN ke PR) skrg ni kena pikirkan masalah ekonomi,dah ramai kena buang kerja..toksah la dok sibuk2 nk rampas sana sini... kasihaniah rakyat..ni dok jaga tembolok memasing... moga Allah beri hidayah kpd Sultan Perak utk buat keputusan..amin.. - anak perak

Anonymous said...

kaki sort,

itu sebabnya kita mahu baginda serahkan balik pada rakyat untuk memilih.sayangnya BN yg panakut tak mahu pilihanraya,nak cara lompa juga.

Anonymous said...

jgn lupa DSAI cuma merampas kerajaan pusat dgn cara yg keji,.

tapi para tok guru semua sokong,.

skrg apa dah jadi,.???

Anonymous said...

Hebat sungguh la penyokong pembangkang ni. Sampai Sultan pun nak di'blame' jika keputusan Sultan menyebelah kepada BN. Korang pun tahu Sultan Azlan bukan calang-calang. Baginda educated dan mampu membuat keputusan yang logik dan adil. Jadi, apa yang korang gelabah sangat... Jangan kerana turutkan hati pembangkang, korang sanggup 'blame' sultan pulak. Kena murka nanti...