Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu.
- Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik".
Difahamkan anggota keluarga Nasharuddin telah memaklumkan kepada PKR tentang kehilangannya.
Sementara itu, dua lagi Adun DAP Perak dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.
Ekoran itu, kerusi Pakatan di DUN Perak akan tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.
1 comment:
kerajaan PR di Perak sedang dalam keadaan terumbang-ambing.sekarang barulah kita tahu bagaimana halnya dengan situasi politik di Perak.ada wakil rakyat yang bermasalah dan bawak masalah.pening kepala dibuatnya oleh Jamaludin dan Osman.tak kurang juga dengan Nasarudin.
sebut pasal Nasarudin,macammana agaknya bila pilihanraya diadakan dan didapati dia kalah?tak kan dia nak jilat ludah dia sendiri dan masuk semula UMNO? :P.kita tunggu dan lihat sajalah.
Post a Comment