"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 04, 2009

Kerajaan Perak Tidak Iktiraf Adun Behrang Dan Changkat Jering - malaysiakini

Reactions: 
Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V.Sivakumar malam ini berkata jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa kedua-dua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.

Ketika ditanya sama ada akan meneruskan tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.

3 comments:

mohd said...

iktirafkan je dorang tu 2 ekor biawak komodo...habis cite

Panglima Perang Cyber said...

hehe... Takkan tak nak dengar nasihat Karpal kot ?

Nanti dia kecik hati susah..

Dia je lawyer yang dirujuk dalam PR..

Oh ye jangan lupa siapa yang biadap dengan Sultan hari tu !

Dan yang menolak undang2 hudud PAS dibuat di Malaysia..

PAS tak dengar lagi ke atau buat2 pekak badak?

lawan dan selamat berlawan dengan SPR..

Kalau menang pilihanraya jangan lawan tapi kalau kalah dan tak bersetuju kena cepat2lah lawan.

Bagus..salam

Topengperak_Xinwugi® said...

PPC... aku suka komen hang...

Pasai Karpal Singh tu, nasihat yang baik, kita dengar, nasihat yang bangang, Rasuah/UMNO/BN je dengar...

Contohnya kalau pasal perundangan kita rujuk pada Karpal...

Tapi Rasuah/UMNO/BN pulak bab rasuah depa tak rujuk pada peguam, depa rujuk pada perlembagaan Rasuah/UMNO/BN...apa tinggi sangat ke perlembagaan Rasuah/UMNO/BN tu sampaikan SPRM pun tak leh amik tindakan keatas ahli Rasuah/UMNO/BN?

Bila bab agama, contohnya hudud, memang terang sangat Rasuah/UMNO/BN rujuk pada Karpal... apa punya bingai Rasuah/UMNO/BN ni... awat hangpa tak rujuk pada alim ulama? Karpal tu Rasuk untuk Rasuah/UMNO/BN ke?

Siapa hina Sultan???

Soklan ni paling best...

PPC... ko ingat tak ayat ni???

KAMI NAK DERIS NATANG...!!!

keh keh keh keh keh...betul kata Mahdet...melayu mudah lupa...

keh keh keh keh keh...

Bila Rasuah/UMNO/BN nak lantik Karpal jadik Ulama Rasuah/UMNO/BN???