Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Perak, telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.
Najib pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di Perak
Sementara itu, dua lagi Adun dari DAP dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Dengan itu, lima orang Adun Pakatan telah keluar parti dan menjadi calon bebas sehingga ini.
Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.
Sebelum ini, dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) - telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.
No comments:
Post a Comment