
Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru.
Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu.
Dalam sidang medianya itu, Najib memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Perak esok bagi menyembah cadangan penubuhan kerajaan baru dan calon Menteri Besar yang baru di negeri itu.
Katanya, hanya Sultan Perak sahaja mempunyai kuasa muthlak membubarkan DUN.
Terdahulu di Perak, Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dilaporkan sudah membubarkan DUN sebelum menghadap dan memohon perkenan Sultan Perak.
-Agenda Daily
8 comments:
sape minah jongang yang duk tayang gigi tepi adnan mansor tue..cam bangkai..
siasah:
Terserah kepada Sultan Perak, kata Mohd Nizar
6.30 petang
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah keluar dari Istana Kinta jam 5.45 petang dengan memaklumkan dia telah menyerahkan segala apa yang perlu untuk ditimbang oleh Sultan Perak.
Beliau belum lagi membuat kenyataan lanjut.
Adalah difahamkan, Sultan telah menangguhkan keputusan terhadap permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak.
Ini bermakna, beliau telah tidak berjaya untuk mendapatkan persetujuan Sultan untuk membubarkan Dun Perak hari ini.
najib mmg sial la..main kotor sungguh,ape citer 50 juta tu ??
mmg wujud ke ??
salam !
http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/02/terserah-kepada-sultan-perak-kata-mohd.html
aku rasa betul apa yg ditulis di sini: http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/02/bubar-ke-tukar-tunggu-je-la-jangan.html
ape juga yang berlaku yang mungkin tidak menyebelahi PR..harap semua penyokong PR bersabar...pasti ade hikmah dan pengajaran...prepare for the worst..
Ingatlah Allah bersama dengan orang-orang yang sabar..
Kalau Sultan Perak tidak mempedulikan permintaan MB dari PR, bermakna akan wujud dua kumpulan yang berpihak pada istina dan tidak berpihak istana.
Jika Sultan Perak mahu disanjungi maka baginda perlu peka terhadap rakyat dalam negerinya.
Osman Jailu, Berani le kamu balik ke Ckt Jering. Aku tunggu nak penge (balun) kamu dengan sepasang kasut busuk. Nanti le kamu! Pengkhianat.
Post a Comment