"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 04, 2009

BUBAR KE TUKAR? TUNGGU JE LA...

MB umum bubar DUN. Lepas tu menghadap Sultan. Dah selesai pun. Dah Keluar dari istana. Kejap lagi nak buat PC kat rumah dia. Kata wartawan yang ada kat istana, Sultan belum perkenan hal bubar tu. Tuanku nak refer pada penasihat undang-undang dulu. Besok baru ada jawapan.

TUNGGU JE LA!

Kejap tadi Najib adakan PC. Dia umumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan Perak. Nasarudin Bota rujuk balik masuk UMNO. Jamaludin dan Osman pun dah hantar surat keluar PKR. Hee Yit Foong pun keluar DAP.

BN ada 31 kerusi. PR tinggal 28. Maka Najib kata akan menghadap Sultan dalam masa terdekat untuk mohon perkenan bentuk kerajaan.

TUNGGU JE LA!

Kalau Sultan perkenan keputusan bubar DUN yang MB buat tu, kita akan berentap semula dalam pilihanraya negeri.

Kalau Sultan terima Najib atau siapa yang nak jadi MB baru tu masuk menghadap untuk dapat perkenan bentuk kerajaan BN, tak jadilah pilihanraya. Kita dapat kerajaan baru. Kerajaan Penyamun.

TUNGGU JE LA!

Kalau jadi pilihanraya, kita ada peluang cerah untuk bentuk kerajaan dengan jumlah kerusi yang lebih banyak dari sekarang. Sebab tu lah UMNO sanggup buat apa saja untuk mengelakkan pilihanraya.

Kalau kerajaan bertukar tanpa pilihanraya, kerajaan tu pun hanya ada kelebihan kerusi yang sikit sangat. Tak berapa kuat macam kerajaan kita yang asal juga. Macam-macam boleh jadi.

Kita tak perlu gelabah dan kelam kabut. Kita perlu terus melangkah macam biasa. Kalau pilihanraya, kita langkah cara pilihanraya. Kalau terbalik kuang macam tu je dan BN ambil alih negeri ni, kita langkah cara pembangkang macam dulu-dulu. Tapi kali ni kita dah ada banyak pengalaman baru. UMNO tak mungkin boleh relaks.

Please ... jangan gelabah teruk sangat. Filem ni just begin. Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi adegan-adegan luar jangka yang akan kita saksikan. Buat kerja macam biasa. Ops! bukan macam biasa tapi lebih kuat daripada biasa. UMNO perlu dikuburkan terus seperti patutnya Israel ditiadakan dalam peta dunia!

-jeritan minda politik malaysia


15 comments:

Anonymous said...

aku rasa sultan perak ni stay fahaman umno lagi....tgk org keliling istana sapa dia....yang aku tau semalam raja nazrin kata istana tak memihak pada sapa2...so kita tgk esk....tapi sultan harus ingat... semua adun d negeri perak adalah pilihan rakyat...bukan pilihan sultan.....

EQUILIBRIUM said...

satu perkara yang pasti, anwar banyak belajar dari peristiwa ini. teman harap perjuangan diteruskan. kalau terpaksa tunggu 4tahun lagi pun teman redha.

Anonymous said...

kalu ngikut gaya senyum najib, pasti kita tau soltan sebelah mana. So, kita terima dgn lapang dada dan ingat Allah...pasti ada hikmahnya. Perjuangan mesti diteruskan. Allahuakbar! Reformasi! Sekarang nih payah nak jumpa soltan berjiwa rakyat...

tok iskandar said...

Marilah kita semua rakyat Malaysia yang beragama Islam bersolat Hajat malam ni mohon kerajaan Pakatan Rakyat dipertahankan juga agar Sultan Perak terbuka hati memperkenankan pembubaran DUN Perak.

baginda Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara juga sudah tentu tidak ingin negerinya diperintah penipu,penyangak,penyamun dan perasuah.

Tok nak tanya SPRM macamana dengan kes rasuah mantan 2 Exco PKR tu.takkan tutup kes macam tu je.Rakyat akan semakin hilang keyakinan dengan kerajaan UMNO-BN bila melihat permainan kotor yang dimainkannya.

Kepada MP-MP BN yang nak melompat parti,tiada halangan lagi untuk korang pasal UMNO juga mengamalkan kaedah yang sama.


jangan berputus asa,perjuangan kita masih panjang lagi.Tok dapat rasakan rakyat Perak semakin muak dengan barua-barua politik sebegini.

Imej Najib sebagai bakal PM semakin tercalar di mata dunia selepas ini dan akan disamakan setaraf dengan pemimpin diktator lain seperti Mugabe dan Hosni Mubarak.

Pak Lah dan Khairi perlu berhati-hati kerana mereka akan jadi sasaran Najib selepas ini.Politik UMNOkan kotor.

Anonymous said...

kita dapat kerajaan penyamun oiii..... aku rasa mcm dapat kerajaan zionis pun ada.... siap sedia laa rakyat perak....kita dengar ceramah bawah pokok pisang plak kali....kalau jumpa adun2 pengkhianat tu jangan lupa tinggal tapak kasut kat muka diaorang tu ye...sebagai tanda hina nya diaorang...takde maruah....

Anonymous said...

Dah 50 tahun masih boleh sabar, ini kan pulak nak tunggu P13 lagi beberapa tahun...takkan hilang kesabaran tu..."Pejuang Bukit Uhud Tak Akan Tinggalkan Bukit Uhud Lagi...Takkan Biarkan Islam DiMainkan Oleh Melayu-Melayu Yang Menolak Islam!, Pejuang Bukit Uhud Takkan Biarkan Agama Nabi S.A.W DiPutar Belit Oleh Munafik-Munafik! Tak Akan! Tak Akan! Biar Minda DiKurung, Biar Mata DiTutup, Biar Telingga DiSumbat...Tapi Keikhlasan Hati Hanya Untuk Allah!Hanya Untuk Allah!

Anonymous said...

kotor dan busuk, jahat dan hina.. tiada maruah dan jalang.. perosak dan perasuah! semoga Tuanku Sultan Perkenan permohonan YB nizar..

Anonymous said...

kita protes je depan istana

Anonymous said...

Perisik rakyat,

Pada pandangan aku, jika tiada pilihanraya yang dimaksudkan oleh MB Perak, maknanya MB dari Pakatan Rakyat serah kerajaan negeri yang dipimpinnya pada BN cara mudah.

Pasti seluruh anggota BN gelak besar dan memuji betapa hebatnya Najib bakal perdana menteri dapat menawan Perak tanpa perlu melakukan pilihanraya.

Walau pun begitu akan wujud satu kumpulan rakyat yang tidak berpuas hati cara BN mengambil alih kuasa di negeri Perak.

Bagi aku, orang yang menimbulkan masaalah sehingga tercetusnya pergolakan ini didoakan supaya cepat mati. Dengan cara itu SPR tidak akan merasa kekeliruan lagi dan pilihanraya dapat diadakan.

Anonymous said...

Celaka punya pengkhianat. Aku daripada dulu tak berapa percaya kalau orang lompat parti ni. Mintak2 ada pilihanraya balik. Kepada PKR tolong cari CALON YANG BERWIBAWA hatta kalau liat nak solat terus reject(kalau jadi pilihanraya la). Aku tak der hak nak melaknat pengkhianat moga Allah membalas sumua kerja jahat korang.

Anonymous said...

petikan siasah
http://siasahdaily.blogspot.com/2009/02/sultan-perak-akan-buat-keputusan-esok.html

insyaallah Allah bersama orang2 yg sabar, apalah sangat ujian yg Allah berikan kpd kita ni.

Najib, esok kau akan tahu langit tinggi rendah!!!

Anonymous said...

Read between the line. Najib takkan berani nak buat sidang media dan tersenyum sinis jika tak dpt green light dr org dlm istana perak.

Read between the line. MB Nizar memberi jaminan bahawa sambutan jubli perak kesultanan Sultan Azlan Shah akan diteruskan walaupun dibawah caretaker government. Beliau juga tidak memberi komen tentang pembubaran dun Perak.

Read between the line. BN mampu berbelanja besar utk sambutan jubli perak tu berbanding PR.

Read between the line. Rakyat kena faham2 sendirilah apa keputusan istana esok.

Anonymous said...

AKU HARAP SULTAN PERAK PERKENANKAN BUBAR DUN AGAR KESEJAHTERAAN NEGERI PERAK TERJAMIN....

KALAU TAK PERKENAN APA NAK DI KATA SULTAN DAH TAK BERJIWA RAKYAT...SULTAN BERJIWA UMNO LAAA....

Anonymous said...

Sabarjelah sama2lah kita berdoa agar sultan teman tu berkenan untuk membuborkan DUN tu kita lawan habishabisan. Nizar jangan takut saya adalah pengundi DUN Pasir Panjang akan tetap PANGKAH PAS. Saya tetap akan pulang untuk memangkah PAS walau pun bergadai bergolok PR akan tetap saya SOKONG

Anonymous said...

nie MB NIzar xtau undang2 ke??

sepatutnya dpt perkenan sultan dulu baru bubar,.tapi dia wat terbalik,..

aku rasa,.tentu sultan MURKA!!!