"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 18, 2008

Pak Lah Cakap - Wa Kene Beb...!!!

Assalamu'alaikum...

Pusingan pertama peperangan & krisis dalaman Barang Naik akhirnya bermula tanpa dapat disembunyikan lagi...berbagai-bagai perkara yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku diluar pengetahuan presiden parti raba-raba.banyak yang telah berlaku & membuktikan bahawa Barang Naik & parti raba-raba bukan lagi boleh mentadbir sebuah negara...

Bagaimana mahu mentadbir sebuah negara?ahli komponen yang jumlahnya tak sampai 5 juta orang pun tak terkawal apalagi mahu mengawal lebih 27 juta rakyat Malaysia.dalam kelompok sendiri pun gagal apalagi diluar kelompok?

Bagi penyokong-penyokong Barang Naik,anad sendiri terbukti telah salah membuat pilihan.salah sama sekali.sampai kini tidak ada kebaikan yang dibawa oleh Barang Naik yang dipilih oleh anda sebaliknya lenih banyak "bala" yang diberi...pada penyokong Barang Naik - Lu Kene Beb...!!!

Pak Lah pula makin hilang fungsinya sebagai presiden parti raba-raba.presiden jenama apa ini yang tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya?disaat Pakatan Rakyat sibuk menunaikan 1 demi 1 menifesto PRU13,Pak Lah masih sibuk terbang kesana kemari "berkempen" seolah PRU13 hanya esok lusa...dalam sibuk-sibuk berkempen Pak Lah terlupa untuk membuka mata.

Mungkin terlalu sibuk & kusyuk membaca teks ucapan sehingga lupa pada iklim sekeliling yang telah berubah.Pak Lah masih memakai kot tebal sedang rakyat menyinsing lengan kepanasan akibat dari kenaikan demi kenaikan.Pak Lah masih tidur rupanya...

SAPP telah mengejutkan Pak Lah dari tidur yang lena dengan kenyataannya untuk membangkitkan usul undi tidak percaya kepada pimpinan Pak Lah dalam sidang parlimen isnin ini tetapi kita yakin Pak Lah bukan jenis itu untuk senang-senang tersedar dari tidur...

Teruskan dengan tidur lena anda Pak Lah...kami hanya menunggu masa melihat Pak Lah bangun kelewatan diwaktu senja sambil menepuk dahi dan berkata - Wa Kene Beb...!!!


rujuk [ sini ]

SeSuAtU yAnG hIlaNg...

diciplak dari : http://ustazmuda.blogspot.com/

Salam sahabat blog...

Semalam beberapa orang sahabat online, bersembang dengan ustazmuda berturutan dengan posting ustazmuda bertajuk isteri berdosa...wah sekarang sahabat macam-macam ye ada online ada offline... kira oklah tukan??? Banyak yang disembangkan. Satu demi satu hinggalah menyentuh tentang hukum kanun jenayah Islam Hudud Qisas dan Takzir yang ustazmuda sebut sepintas lalu dalam posting tersebut.

Hari ini, kita mulai lupa dengan hukum jenayah Islam peninggalan banginda Rasul kita itu. Kita lebih senang dan selesa dengan hukum jenayah yang diwarisi dari penjajah zaman berzaman walau hukum itu tidak pernahpun mampu menyelesaikan segala permasalah kita. Kita akur. Mungkin kerana kita telah amat lama diasingkan dengan hukum jinayah milik kita yang sering dimomokkan sebagai zalim kejam dan sewaktu dengannya....

Kita menerima Islam dalam urusan lain kehidupan kita. Kita terima Islam dalam aspek kita. Lantas kita Ibadahberibadah secara Islam... solatnya, puasanya mahupun hajinya. Kita menerima Islam dalam aspek Munakahatnya... Munakahat iaitu permasalah nikah kawin dalam Islam. Kita terima akadnya, ijabnya, talaknya mahupun rujuknya... walau kita agak berat menerima poligaminya huhu. Kita juga bersemangat untuk beramal dengan sistem muamalah Islam... maka lahirlah pelbagai produk-produk Muamalah Islam seperti Bank Islam, Takaful, Pimjaman secara Islam dan sebagainya... Kita akur.

Kita akur dengan aspek ibadahnya, munakahatnya, muamalahnya namun kenapa pula kita begitu asing dengan hukum jinayah Islam... yang kesemuanya bersumberkan sumber yang sama iaitu Al-Quran dan sunnah peninggalan baginda. Kita sering mencebik bila disebut pada kita akan hukuman rejam misalnya, kita mengatakan terlalu zalim untuk seorang pencuri dipotong tangannya... Zalimkah??? Mungkin kerana kurangnya ilmu atau pendedahan pada kita lantas kita bersikap begitu dek kejahilan diri. Begitu bukan???

Di ruang yang sempit ini bukanlah ustazmuda ingin memberi kuliah kanun jinayah Islam pula hehe, lagipun bukanlah ustazmuda orang yang selayaknya membincangkan... sekadar berkongsi beberapa istilah penting yang pasti muncul bila kita memperkatakan tentang hukum kanun jenayah Islam... iaitu Hudud, qisas mahupun takzir. Istilah yang amat berkait rapat dengan sistem perundangan Islam...

Apakah sebenarnya Hudud??? ... Hudud adalah satu bentuk hukuman yang tetap oleh Allah SWT. Tidak ada sesiapaun boleh memaafkan atau menggantikan hukuman hudud apabila sabit kesalahan tersebut berdasarkan hujah mahupun syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidak seorang hakim, suami mahupun isteri pada si mangsa... hukuman pasti ditetapkan kerana itu adalah had dan ketetapan dari Allah. Namun di sana terlalu banyak syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam sebelum dikenakan hukaman tersebut...

Apakah pula perkara yang termaktub dalam hukum hudud itu sendiri??? ... erm antara yang termasuk dalam hukum hudud ialah : Berzina, menuduh orang berzina, minum arak, mencuri, murtad, merompak, menderhaka pada kerajaan Islam ( Bughat ). Itu tentang hudud. Jom kita lihat apa pula yang dikatakan sebagai Qisas dalam Islam.

Apakah sebenarnya Qisas??? Ia juga adalah satu ketetapan dari Allah. Namun ia boleh dimaafkan oleh si mangsa mahupun ahli keluarga mangsa seperti ibubapa dan ahli keluarga terdekat. Tidak seperti hudud yang berbentuk mandatori tidak ada galang ganti padanya.

Apakah pula perkara yang termaktub dalam hukum Qisas itu sendiri??? ... Antara lain ialah... hukuman balas bunuh. Seperti bunuh dibalas dengan bunuh. Menghilang atau mencedera salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja, melukakan orang lain dengan sengaja... Ini antara permasalah yang disabitkan dibawah hukum Qisas. Qisas hanya boleh digugurkan hanya melalui satu dari sebab-sebab dibawah :

i) Kemaaafan dari semua ahli waris orang yang dibunuh.
ii) Kematian orang yang melakukan pembunuhan itu.
iii) Telah wujud perdamaian dan penyelesaian di antara si pembunuh dengan ahli waris ornag yang dibunuh.

Hari ini, di Malaysia negara kita tercinta, mereka yang boleh memaaf dan membebaskan seseorang dari hukuman bunuh bukan lagi ibubapa si mangsa akan tetapi...

Untuk akhirnya mari kita berkenalan dengan apa yang disebut sebagai takzir??? ... Ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah tadi terlepas dari hukuman Hudud mahupun Qisas disebabkan tidak cukup syarat untuk dikenakan hukuman Hudud mahupun Qisas. Contoh seperti hukuman potong tangan... Syarat barangan yang di curi mestilah bernilai kurang dari 3 dirham. Erm berapa ye nilai sekarang. Wallahu aklam. Tak pasti. Pencuri hanya mencuri barangan yang bernilai 2 dirham. Secara otomatik pencuri tidak boleh dikenakan hukum hudud. Begitulah... Hukuman ini adalah hak mutlak pemerintah negara Islam menetukan apakah bentuk yang sesuai... inilah yang dikatakan takzir!!!

Cukup dulu rasanya perbincangan ringkas menyingkap Qanun Jinayah Syariah yang telah lama hilang dari hati sanubari ummah ini. Ustazmuda tidak bermaksud menjadikan blog ini sebagai kuliah akademik yang terlalu ilmiah. Semoga perbincangan pendek ini dapat menyentuh hati sanuburi ummah, betapa kita telah lama kehilangan sesuatu yang amat berharga dan kita memimjam sesuatu yang kita rasakan berharga dari mereka... Untuk lebih mendalam ustazmuda syorkan sahabat mendapatkan buku yang ustazmuda sertakan gambarnya seperti di sebelah. Kita mampu untuk membeli dan mendapatkan pelbagai jenis buku mahupun barangan-barangan lain yang memuaskan hati kita kenapa kita tidak mampu membelanjakan RM50.00 untuk kita mendalami sesuatu yang telah lama hilang ini??? Ayuh kita bangkitkan ruh dan semangat cintakan hukum-hakam kita sendiri. Allah Akhbar.