"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 16, 2008

Perjumpaan Blogger2 pro Re4ma-C.

Tepat jam 3:00pm berlangsungnya mejlis makan-makan & berkenal-kenalan disamping sedikit perbincangan startegi yang bertajuk - meruntuhkan KERAjaan BN dalam PRK P-044.

Antara yang hadir - Che'gu Bard, Mat Saman Kati, wakil Al-Banjari(kek sedap), Mat Comot, Malaysiabiz-Aloha, Hani Nasution, Seni Halus, Zorro Un-Mask, Acidburn(blog nama panjang), Panjang & lagi & lagi & lagi...tak leh cerita panjang...tengok gambar sudah..!
haninasutioan - ingat tak mai dah...
Hijat - lantak la cepat nasik tuh..!
Malaysiabiz-aloha & mat saman kati
mat saman kati - selamber... minggu ni berkampung kat P-044
Che'gu Bard - Rajin update blog tapi... ah... hangpa perati la sendiri kat blog Che'gu Bard...
matcomot - Kembar Hishamudin Rais + mat saman kati
Seni Halus & Zorro - Old Skowl Blogger...Idola Kami yang masih mentah...
Topengperak_Xinwugi - Ubah Cara Hidup, Ubah KERAjaan

Melakar Sejarah Di P-044

Assalamu'alaikum...

Baru bangun tido nih...penat, memang penat...aku bertolak dari Subang Jaya jam 2:00am 16hb.Ogos,2008...aku pun tak tau highway mana yang aku lalu sebab yang drive bukan aku...matcomot yang drive...aku lepak blakang tido...

Yang aku tau sepanjang highway tu tiap kali aku bangun tak kira dekat manapun bendera Pakatan Rakyat berkibaran boleh dikatakan di kebanyakan kenderaan yang ada dihighway tuh...

Alhamdulillah Sumpah Keparat Say Fool langsung tak memberi kesan pada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat...

lebih kurang jam 7:00am aku dah sampai P-044 & bahang PRK memang dah terasa dari lebuhraya lagi, cuma auranya lebih kuat dikawasan P-044 sebab sambutan disini agak luarbiasa bila kebanjiran kenderaan berlaku...traffic bukan setakat di jalanraya, malah pada talian cell pun berlaku kesesakan...nak sms tak dapat, nak call kawan-kawan tak dapat...teringat masa perhimpunan 100k BERSIH bilka situasi ni berlaku...

Allahu Akbar..!

Kesesakan berlaku sepanjang lebuhraya apa aku tak tau la...tapi menuju kepusat pencalonan. lebih kurang 5km berlaku kesesakan.lebih setengah jam baru sampai kelokasi.terpaksa buat triple park atas lebuhraya sebab kenderaan terlalu banyak. tu pun kene jalan kaki lebih kurang 1.5km baru sampai kepusat pencalonan.

Nah sampai sana.........

Jam 7:53am - lautan manusia mengingatkan aku pada himpunan BERSIH tahun lepas.nak anggarkan kehadiran yang tepat aku tak reti tapi korang tengok dalam gambar ni...lautan manusia sepanjang 3km jalan masuk kepusat penamaan calon... gambar ni aku shoot dari atas lebuhraya.yang ni posisi sebelah kanan lebuhraya...sebelah kiri lebuhraya pun pandangan yang sama jugak. lautan manusia.Maha Suci Allah.

Jam 8:21am - Geng Kuala Pilah sampai... selain dari kerabat Kuala Pilah, yang paling ramai aku jumpa ialah geng-geng Paroi... stakat ni komitment paling tinggi dalam mana-mana acara Pakatan Rakyat paling baik aku tengok datang dari geng-geng Paroi... maklumlah... depa ni sambil-sambil bagi sokongan, ada jugak depa bukak gerai T.Shirt, cenderahati, barangan-barangan aksesori berlogo Pakatan Rakyat.

Apa yang aku dimaklumkan semua hasil jualan tu disalurkan pada tabung sebagai dana untuk DUN Paroi.1 inisiatif yang baik.

Kalau boleh semua DUN yang ada dalam komponen Pakatan perlu wujudkan satu jalur untuk mengisi dana masing-masing.tak kira la apa cara sekalipun, jangan pakai dana orang awam sudah..!

Jam 8:50am - PKR Bahagian Selayang.sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama membakar semangat para pengundi P-044. Banner depa print pakai duit sendiri, datang dengan kenderaan sendiri, isi minyak sendiri, bayar tol sendiri, makan minum sendiri tapi perjuangan untuk semua...

Apalagi yang nak diharap pada BN? harapkan saja supaya disegerakan kemusnahan pada BN.

Lepas ni kita pi pekena nasik kandaq beratur...tapi hangpa bayaq sendiri no..!

Jam 8:52am - Pemancing undi...simbolik yang ditunjukkan oleh pakcik ni...politik wang dalam BN selama ini...

Ada duit ada kerja...tu yang BN ajar...untuk pengundi pulak...BN bagi duit...ambil...undi anda,pastikan untuk Pakatan Rakyat.

Jangan gadaikan maruah anda & generasi anda kerana beberapa keping RM.

Berapa lama boleh bertahan dengan beberapa keping RM & berapa lama boleh tergadai semata-mata kerana RM..?

Jadilah pengundi yang bijak..!

Jam 9:18am - aku cuba menyelit dicelah ribuan manusia "gila" yang sanggup datang dari jauh dari seluruh pelusuk tanahair untuk memberikan sokongan & meraikan seorang manusia "tolol" bernama Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat yang bakal bersabung dalam gelanggang Pilihanraya Kecil P-044 menentang sibijak "berkaliber" dari parti "suci" bersimbol Dacing...

Mereka "Gila" kerana mencari KeADILan... hanya yang benar-benar "Gila" sahaja yang sanggup berkorban masa,wang ringgit & tenaga demi sebuah perjuangan...

Hanya si"Tolol" sahaja yang sanggup menentang kezaliman walau seisi keluarga dimalukan, walau maruah dicalar, difitnah hatta nyawa cuba diragut tetapi si"Tolol" bernama Anwar Ibrahim saja yang perjuangannya masih atas nama Rakyat.sibijak "berkaliber" itu namanya gah kerana sanggup bersekongkol dengan parti yang "suci" dari pahala... aku bukan siapa-siapa untuk menghukum tapi aku juga tidak buta melihat "kesumbangan".

Untuk pengundi-pengundi berdaftar di Permatang Pauh - Ini adalah penentu masa depan Negara & yang lebih penting ialah masa depan generasi akan datang. Andai menang DSAI di Permatang Pauh, 1 Malaysia terhutang budi pada korang. Korang bakal jadi musuh BN kalau BN tumbang ditangan korang...selamat datang. apa yang kami rakyat Kelantan rasai selama ini, akan dikongsi dengan korang di Permatang Pauh.

Sejarah bakal terpahat...andai DSAI menang kerana undi anda, 1 hari nanti Permatang Pauh akan disebut dalam sejarah sebagai Pusat Keadilan Negara Malaysia.korang penentu...jangan sia-siakan harapan seluruh rakyat Malaysia...renunglah anak mata generasi baru & fikirkan masa depan mereka...

Sanggupkah kita melihat mereka mewarisi apa yang telah kita lalui selama ini..?aku tak sanggup berada dibawah kerajaan zalim Barisan Nasional & aku jugak tak mahu anak cucu aku rasa apa yang aku dah lalui selama ini.

Korang macam mana?

Klik [ sini ] untuk album sekitar penamaan calon P-044

Perebutan 3 penjuru di Permatang Pauh

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

permatang pauh by election nomination day 160808 39Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak.


Dr Mansor yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR, mengejutkan banyak pihak pagi tadi apabila mengemukakan borang untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ekoran itu, tercetus desas-desus yang mengatakan Dr Mansor adalah calon 'simpanan' PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak.

Ketika ditemui pihak media kemudiannya, pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon 'simpanan'.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi.

Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi (foto) pada jam 9.55 pagi.



Tarik diri


Roslan bagaimanapun tidak menyentuh langsung mengenai penarikan diri Dr Mansor.



Semasa ditanya pemberita kemudiannya, Roslan berkata Dr Mansor menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman dibuat.

Ekoran itu, Dr Mansor kehilangan depositnya kerana keputusan itu dibuat selepas jam 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

pematang pauh by election nomination day 160808 06"Malah mana-mana calon (yang bertanding pada pilihan raya kecil itu) masih boleh menarik diri dalam tempoh tiga hari," kata Roslan.

Sementara itu, Dr Mansor yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menarik diri setelah pencalonan Anwar diterima dan mengakui beliau masih anggota PKR dan menyokong Anwar.



Penjelasan Saifuddin



Manakala Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan Dr Mansor mengemukakan borang pencalonan adalah satu strategi politik.



Bernama melaporkan beliau sebagai berkata, parti itu khuatir kertas pencalonan Anwar ditolak atas masalah teknikal memandangkan beliau pernah tidak menyerahkan penyata kewangannya pada pilihanraya umum pada tahun 1995.

"Strategi itu adalah betul kerana kita tidak mahu memberi laluan mudah kepada BN dan apabila SPR menolak bantahan oleh BN dan menerima borang pencalonan Anwar, Dr Mansor menarik semula pencalonannya", katanya.

Mansor, yang juga bekas setiausaha politik Anwar, mendaftar sebagai calon bebas bagaimanapun menarik diri sebaik pencalonan Anwar diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.



Sementara itu, Hanafi yakin partinya boleh diterima oleh pengundi di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil kali ini.

Beliau berkata, partinya akan membangkitkan isu-isu nasional seperti masalah keselamatan, inflasi, ketidakstabilan politik, perpaduan nasional dan isu ekonomi.



Calon AKIM
permatang pauh by election nomination day 160808 11 hanafi hamat akim candidate
Sementara itu, Hanafi yakin dapat menarik banyak undi dalam pilihanraya kecil ini.

AKIM adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1995.

Sejak penubuhannya, parti itu telah meletakkan beberapa calonnya bertanding di Kelantan sewaktu pilihanraya umum tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Hanafi sendiri pernah bertanding sebagai calon bebas dan tewas di kerusi negeri Tanah Merah pada 1990.

Katanya, beliau bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai calon alternatif kepada pengundi yang menolak BN dan PKR.


'Perang mulut'

Sementara itu sepanjang menunggu proses pengumuman calon, keadaan di luar dewan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'berperang mulut'.

Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang.

pematang pauh by election nomination day 160808 04Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan 'Hidup BN' oleh penyokong BN.

Kedengaran juga penyokong PKR yang meluangkan 'Saiful penipu' dan 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Keadaan tegang sedikit pada kira-kira jam 10.55 apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

Penyokong kedua belah turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!.

Sebelum itu, Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun pada kira-kira jam 8.50 pagi, penyokong kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter.



-malaysiakini

Nik Aziz beri 'kekuatan' pada Anwar



BUKIT MARTAJAM: Kehadiran -pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi Ketua Umum Parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh 16 Ogos, hampir menyelesaikan konflik PAS-PKR berkaitan pilihan raya kecil yang menjadi kebimbangan ramai.

Kehadiran Nik Aziz bersama Naib Presiden PAS, Husam Musa dan Mohammad Sabu, serta sekurang-kurangnya enam Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, iaitu Dr Hatta Ramli. Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Dr Lo'lo Ghazali, Dr Mariah Mahmood dan Mujahid Yusuf ketika PAS dalam waktu yang sama sedang bermuktamar di Ipoh telah dilihat sebagai satu langkah paling berkesan untuk menyelesaikan isu memboikot kempen pilihan raya oleh sebahagian ahli PAS di Pulau Pinang mempengaruhi ahli-ahli yang lain.

Kehadiran ramai pimpinan PAS untuk memberi sokongan moral kepada Anwar itu begitu menarik perhatian bila mana mereka meninggalkan sebentar muktamar PAS yang penting dihadiri oleh semua pimpinan kerana selain ekoran tercetusnya kontraversi dalam PAS baru-baru ini, muktamar ke 54 ini juga merupakan muktamar para ahli PAS mempersoalkan secara terbuka hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Justeru kehadiran para pimpinan PAS itu dilihat mampu memberi suntikan semangat kepada ahli PAS untuk turun membantu Anwar dalam pilihan raya tanpa dibayangi oleh isu sama ada melibatkan hubungan PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat maupun isu yang sedang dihadapi oleh Anwar sendiri melibatkan tuduhan liwat.

Walaupun Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar sejak sekian lama dimana beliau dan Isterinya, Dr Wan Azizah Ismail memenangi kerusi parlimen di situ selama tujuh penggal, penglibatan ahli dan jentera PAS tetap dilihat penting untuk memastikan BN berputih mata sekali lagi.

Pimpinan tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal Singh turut hadir mengiringi Anwar.

Hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 16 Ogos iaitu hari kedua muktamar PAS yang bermula pada 15 Ogos. Manakala muktamar Pemuda, Muslimat dan Ulama dibuat sehari lebih awal.

Nik Aziz yang sampai di pusat penamaan calon selepas Anwar memasuki dewan untuk proses pencalonan telah mengambil masa hampir satu jam di situ bersama pimpinan lain di ruang VIP yang disediakan.

Ketibaan beliau dengan kereta Proton Wira berwarna biru yang terpaksa melepasi kumpulan penyokong yang berkumpul dilaluan untuk memasuki pusat penamaan calon telah disambut dengan laungan takbir serta laungan reformasi.

Bahkan kereta dinaiki beliau telah diserbu oleh para penyokong yang mahu mendekati beliau sehingga terpaksa disuraikan oleh anggota polis.Manakala kehadiran Mohammad Sabu yang tidak memasuki ruang VIP sebaliknya berada bersama para penyokong di padang yang dikhaskan turut mendapat sambutan luar biasa.

Bagaimanapun Nik Aziz dan Mohammad pulang lebih awal sebelum proses penamaan calon berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.

Dijangkakan lebih 50 ribu penyokong Pakatan Rakyat termasuk daripada PAS yang datang dari seluruh negara hadir mengiringi Anwar. Sebahagian
mereka telah berada di lokasi pusat penamaan calon seawal jam 2.00 pagi lagi.

Sebelum ini dilaporkan ada sebahagian ahli PAS tidak mahu melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan ditandingi oleh Anwar kerana tidak berpuas hati dengan PKR selepas pilihan raya umum 2008.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengesahkan perkara tersebut dalam sidang akhbarnya selepas merasmikan muktamar Jumaat lalu, tetapi menegaskan beliau telah turun ke Permatang Pauh dan mengarahkan jentera PAS membantu kempen Anwar.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dalam muktamar Dewan Pemuda turut mengarahkan Pemuda PAS memberi sokongan tidak berbelah bahagi membantu kempen Anwar.

Walaupun tercetusnya ada kalangan ahli PAS di Pulau Pinang mahu memboikot pilihan raya kecil, dalam tinjauan awal Siasah, tiada tanda-tanda ketara berlakunya usaha memboikot seperti mana didakwa,sebaliknya kerjasama khususnya kepada ahli-ahli PAS dari negeri lain yang hadir telah diberikan dengan baik oleh ahli PAS setempat seperti menyediakan tempat penginapan dan sebagainya.

Malahan bahan-bahan kempen seperti baju T turut disediakan kepada penyokong yang datang untuk mengikuti perarakan mengiringi Anwar disamping menyediakan bilik operasi kepada ahli PAS yang datang untuk bertugas.

Bendera-bendera PAS turut kelihatan dibeberapa lokasi disamping bendera yang dikibarkan pada kenderaan yang boleh dilihat dalam kawasan pilihan raya.

Dalam pilihan raya kecil ini Anwar disahkan sebagai calon selepas proses
penamaan selesai dalam satu pertandingan tiga penjuru. Beliau akan ditentang oleh calon Barisan Nasional daripada Umno, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar kanan) dan Hanafi Hamad dari AKIM (gambar kiri). Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan, Dr Mansor Othman telah menarik diri. Dalam pada itu SPR telah menerima lima bantahan tetapi semuanya ditolak.

Perarakan memasuki kawasan pusat penamaan calon bermula sekitar jam
8.00 pagi yang dimulakan oleh penyokong Anwar sebelum diikuti oleh penyokong BN.

Kedua-dua penyokong telah ditempatkan di Padang Dewan Institut Perguruan Tunku Bainun (tempat penamaan calon) dengan dipisahkan
oleh ruang kosong yang dikawal ketat oleh anggota FRU.

Sepanjang waktu menunggu, suasana agak panas apabila kedua-dua penyokong saling kata mengata antara satu sama lain termasuk
berlakunya dua insiden yang tidak diingini melibatkan seorang jurgambar
di pukul dan ahli Putri Umno diraba.

Laungan 'liwat' lawan 'reformasi'

Malaysiakini akan melaporkan secara langsung proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh mulai jam 7.30 pagi ini.


12.00 t/hari: Orang ramai bersurai dalam hujan lebat.



11.45 pagi: Pegawai pengurus pilihanraya kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengumumkan tiga calon akan bertanding - Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamat (AKIM). Dr Mansor tarik diri.



11.00 pagi: Tempoh bantahan ditutup. Hanya BN mengemukakan tiga bantahan. Tiada bantahan dari PKR dan calon lain.



permatang pauh by election nomination day 160808 0810.55 pagi: Keadaan tegang sedikit apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.



Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.



10.40 pagi: BN mengemukakan tiga bantahan.



10.00 pagi: Proses penamaan calon ditutup, diikuti dengan tempoh sejam waktu bantahan.



9.56 pagi: Di luar pula keadaan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'perang mulut'. Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang. Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan penyokong BN 'Hidup BN'.



permatang pauh by election nomination day 160808 11 hanafi hamat akim candidate9.55 pagi. Hanafi Hamat selesai menyerahkan borang penamaan calonnya.



9.45 pagi: Hanafi Hamat (foto) sedang dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.



9.40 pagi: Dr Mansor Othman selesai menyerahkan borang penamaan calon.



9.30 pagi: Hanafi Hamat masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.



9.20 pagi: Calon bebas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sedang menyerahkan borang penamaan calon.



9.19 pagi: Seorang lagi calon, Hanafi Hamat kelihatan di luar dewan dan dijangka menyerahkan borang percalonan. Beliau adalah presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)



permatang pauh by election nomination day 160808 149.18 pagi: Anwar selesai menyerahkan borang penamaan calon. Manakala di luar penyokong PKR kedengaran meluangkan 'Saiful penipu'. 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.



Penyokong PKR juga membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!


9.15 pagi: Anwar dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.


9.12 pagi: Arif Shah selesai menyerah borang penamaan calon.


9.08 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.



permatang pauh by election nomination day 160808 129.03 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sedang menyerahkan borang penamaan calon. Tempoh penamaan calon ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti oleh satu jam tempoh bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya dijangka mengumumkan nama calon-calon pada kira-kira jam 12 tengahari.



8.50 pagi: Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.


Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter. Jumlah penyokong BN bertambah manakala penyokong Pakatan kelihatan lebih ramai, sehingga melimpah ke tepi jalan.

8.30 pagi:
Penyokong BN yang dianggarkan kira-kira 3,000 mula berarak ke pusat penamaan calon sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'.

Turut kelihatan ialah pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; ketua bahagian, Datuk Jalil Abdul Majid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat; Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

8.25 pagi:
Penyokong pakatan mencecah 10,000 orang.

8.15 pagi:
Lim Guan Eng and pemimpin DAP tiba. Terdapat persembahan kebudayaan oleh pihak PKR, termasuk tarian singa dan tarian India, orami melum, sebagai menyambut ketibaan para penyokong Pakatan..

8.12 pagi:
60 anggota FRU berkawal di pintu masuk dan di bahagian dalam pagar pusat penamaan calon.

permatang pauh by election nomination day 160808 167.55 pagi: Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira empat minit kemudiannya.

7.51 pagi:
Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah tiba untuk menyertai penyokong BN yang berkumpul sejak awal pagi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat penamaan calon.

7.45 pagi:
Penyokong BN dan Pakatan yang dianggarkan seramai 5,000 orang. Jelas penyokong Pakatan lebih ramai daripada penyokong BN. Penyokong PKR membawa plakad bertulis 'Harapan Baru untuk Malaysia'.

7.37 pagi:
sebuah helikopter polis kelihatan berlegar di udara. Terdapat sekatan jalanraya dan kesesakan lalulintas. Penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul ditempat yang ditetapkan sambil membawa kain rentang dan bendera parti masing-masing.

7.25 pagi:
Orang ramai mula tiba di pusat penamaan calon di Institut Penguruan Tuanku Bainun. Ramai anggota polis ditugaskan berkawal di situ.

P-044 Kecoh - Umno upah Mat Rempit

Kiriman Abu Kashaf



Pihak UMNO telah mengupah beratus2 Mat rempit untuk membuat bising dan mengganggu lalu lintas di kawasan Permatang Pauh ini.

Mereka telah berkumpul di Bandar Perda dan ketika inilah gambar ini diambil.