"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, April 25, 2009

Blog Perisik Rakyat Kene Hacke..! - malaysiakini

Blog gua kene serang beb...

Dekat gelombang Merah...

Malam ni Kelantan kene menang beb...

Kene menang jugak...

Hahaha... mana Dugong Darat, Aduka Taruna dan lain-lain..?

Koh Tsu Koon Lebih Mufti Dari Mufti - malaysiakini

Hari tu bila YB Ngeh Ko Ham ambil potongan ayat suci Al-Qur'an dan tafsirnya maka berkokok-kokoklah tukang-tukang kokok-kokok dan jugak tukang-tukang salak-salak dari UMNO. kononnya DAP mempermainkan ayat Al-Qur'an dan yang paling bestnya ada pulak tukang-tukang kokok-kokok dan jugak tukang-tukang salak-salak dari UMNO berkokok-kokok sini dan jugak menyalak-nyalak sumbang kununnya YB Ngeh dianggap Ustad dalam Pakatan Rakyat.

Cuma yang tukang-tukang kokok-kokok dan jugak tukang-tukang salak-salak ni sembunyikan dari pengetahuan umum ialah bahawasanya YB Ngeh masa tu mengajak rakyat Bukit Gantang kearah kebaikan sejajar dengan apa yang ada didalam Al-Qur'an. itu yang ayam-ayam dan anjing-anjing tu sorokkan...

Hari ni pulak aku heran kemana pergi tukang-tukang kokok-kokok dan jugak tukang-tukang salak-salak bila kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Yang aku paling heran ialah kemana pergi Mufti Teragung Perak Pak Harus Sana Sini..? kalau dalam kes haritu, antara yang terawal keluarkan kenyataan ialah Pak Mufti Harus Sana Sini.

Dalam hal ni senyap-sunyi pulak... ok... tutup kes Mufti Harus Sana Sini... aku anggap taraf mufti ni tahap Tong Sampah je... buat simpan sampah boleh la... kalau nak rujuk pasal sampah, boleh refer dekat Harus Sana Sini...

Kalau nak refer bab-bab agama ni, mulai hari ni aku syorkan dekat korang supaya rujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan jugak kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pun rujuk pada mereka-mereka yang aku sebut dekat atas tu untuk hal-hal berkaitan agama. buat keputusan pun rujuk pada mereka... korang nak kata apa?

Tak percaya?

Baca petikan berita dekat bawah ni yang aku ambik dari [sini] -
  • Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
  • Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
  • Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi) Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Malaysia nak jadi apa..? fikirlah korang-korang... hal-hal berkaitan agama Islam diserahkan kepada jawatankuasa khas yang dianggotai oleh mereka-mereka yang SANGAT-SANGAT ARIF dalam hal yang dipertanggung jawabkan...

Siapa yang tak kenal Al-Fadhil Ustaz Koh Tsu Koon??? mungkin UMNO akan melantik Al-Fadhil Ustaz Koh Tsu Koon sebagai Mufti lepas ni..? mana kita tau kan... mungkin jugak ini cabaran pertama kepada Al-Fadhil Ustaz Koh Tsu Koon sebelum dilantik sebagai Mufti...

Siapa yang taak kenal Al-Fadhil Ustaz S. Subramaniam??? yang ni pun aku agak bakal dilantik sebagai Mufti jugak tak lama lagi... ini taak mustahil sebab aku tengok Mufti yang ada sekarang dah tak boleh pakai langsung...

Ni bukan aku tuduh... ni kenyataan... buktinya ialah kalau Mufti yang ada sekarang tu boleh pakai, kenapa UMNO tak letakkan dia dalam jawatankuasa tu? dan ternyata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lebih berwibawa dari Mufti yang ada sebab Syarizat dilantik untuk menganggotai jawatankuasa tu tapi Mufti yang ada tak dilantik pun...

Kalau dulu bila ada yang sebarkan cerita kununnya Najib ada simpan Tok Kong dekat rumah dia dan buat upacara mandi susu apebenda semua tu aku taak percaya... sikit pun aku tak percaya dan aku tak pernah siarkan pun dalam blog aku sebab aku berpendirian bahawa itu adalah fitnah yang paling bodoh pernah direka untu memburukkan Najib.

Tapi bila berlaku hal-hal yang pelik sejak akhir-ahir ni contohnya kembalinya konsert Jom Heboh di Perak aku jadi goyang... berlaku lagi hal yang aku sebut dekat atas ni masih jugak aku goyang macam goyang yang tadi.

Tapi bila aku cari balik siapa yang bertanggung jawab dalam membuat keputusan berkenaan kesulitan yang timbul macam dalam kes dekat atas ni dan aku tengok keanggotaan jawatan kuasa tu terus dalam kepala aku teringat balik cerita yang aku pernah baca berkenaan dengan Najib... mandi susu dan jugak upacara-upacara toghut yang pernah diceritakan dalam beberapa blog dulu...

Aku terfikir... mungkin ada benarnya jugak cerita tu... (ni pikiran jahat aku laaa...) sebab aku tak nampak Najib serious dalam hal agama Islam...

Jadi tak salah tekaan aku... bila korang pilih selain Pakatan Rakyat, Islam makin jauh, makin terpinggir...

Cuba baca balik dekat [sini]...

Sure/Jom Heboh : Harus Sana Sini Halam - malaysiakini

Kome jangan pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Kome ngaji di mane ? Al-Azhar ? Ummul Qura? University of Madinah ? Yarmuk ? UIAM ? Kolej Islam ? Setakat ngaji pondok di Pondok Tunjung tu tak usah le pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Mufti teman lagi terror. Dia dah abih ngaji! Dah dapat triple PhD. Anugerah itu, ini. Sebut saja hukum hakam, halal-haram, tak boleh challenge dia. "Everything's at his fingertips". Tengok je kat Lumut, Perak... Sure Heboh dah dirasmikan hari ni, serentak dengan perisytiharan Lumut sebagai Bandar TLDM.

Baca lagi dekat [sini].

TPU - Aku dah cakap dah... Ini Negara Bolehland, korang tak percaya... apa lagi lepas ni ya?

Aku ingat PM je yang flip flop, rupanya Mufti pun flip flop jugak... Binawe punya Mufti..!

Fitnah UMNO & Bahayanya Kepada Malaysia - malaysiakini

Artikel sumbangan - Naruto sensei

Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Malangnya dalam mengekalkan kuasa, UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata-mata kerana ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman, memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat.

Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua berfikir dengan teliti, buka hati dan lihatlah realiti :

UMNO Parti Perkauman Dan Pemecah-belah Di Malaysia.

Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar-dasar British, malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak-corak pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengamalkan terus corak pentadbiran sekular British.

Rakyat pada masa itu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting ialah memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tidak berubah. buktinya, kebanyakkan Akta-akta Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi. jadi di manakah perubahannya?

Sebab itulah setelah kerajaan BN silih berganti Pemimpin, tetapi corak pimpinannya masih sama dan yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja. Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik-taik yang ditinggalkan oleh British dulu?

Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang-terangan sekarang.

Setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan-lahan. mereka memfitnah pula Parti PAS yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, menolak hukum Islam dan membiakkan kemaksiatan di Malaysia ini sedangkan Pas adalah Parti serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus mengamalkan corak pentadbiran British yang menyeleweng dari Nilai-nilai Islam sedangkan kita sudah pun merdeka dari British.

Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan-ugutan bahawa Pas adalah pelampau yang ganas, Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.

Mereka juga Pernah menendang PAS keluar dari Kerajaan Perikatan suatu masa dahulu apabila berlaku krisis kepimpinan ketika itu, PAS bukan saja ditendang keluar dari kerajaan perikatan malah di fitnah dan di hina pula oleh pimpinan UMNO yang seagama dengan orang PAS. Begitu hinanya PAS di kecam mereka waktu itu dan sekarang Apabila mereka ditolak dalm PRU-12 baru-baru ini, UMNO merayu-rayu pula supaya PAS dan UMNO bersatu sedangkan mereka lupa perbuatan mereka suatu ketika dahulu.

Dalam masa yang sama mereka merampas dan menumbangkan Kerajaan Perak dengan cara yang hina sekali sedangkan MB Perak adalah pemimpin PAS pula malah difitnah pula MB Nizar dengan kata yang keji dan jijik demi matlamat politik mereka.begitu kejinya UMNO dalam mereka merayu untuk bersatu dalam masa yang sama mereka tikam pula PAS dari belakang. Mereka tumbangkan pula Kerajaan PR Perak yang sah dipilih oleh majoriti rakyat Perak.

Adakah perlu diadakan kerjasama dengan Parti yang berperangai buruk sebegini? Tiada bezanya UMNO dengan Yahudi sifatnya.
meminta untuk berdamai dan dalam masa yang sama menikam dari belakang.

Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan cacat kerana hukum Hudud dijalankan. inilah bahayanya UMNO. kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam. apakah ini bukannya kerja buruk UMNO mengkufurkan hukum Allah?

Menghasut pergaduhan kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO telah kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak, Pulau Pinang dan Selangor, mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan orang Cina sudah biadap merampas negeri melayu.

Kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang, mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali dengan berkata "Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang", walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Tsu Koon menjadi KM Pulau Pinang, bukan kah Koh Tsu Koon itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng?

Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris-nyaris menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali. Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata "Basahkan keris dengan darah orang Cina" yang hampir-hampir menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata.

Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan orang India berhubung Isu Hindraf. akhirnya apabila kedua-dua kaum ini tidak lagi menyokong UMNO/BN, mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis. inilah fitnah bahaya UMNO disaat-saat mereka ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata-mata.

Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program-program yang melalaikan umat Islam sendiri. walhal UMNO yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.

Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan pula Pas terkapai-kapai sendirian dalam menjalankan usaha dakwah kepada cara hidup Islam.

Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada Kerajaan PAS dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai.

Tidak cukup dengan itu UMNO memperlekehkan pula Hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. maka keluarlah perkataan yang mengkufurkan Allah dari pimpinan UMNO seperti kalau nak makan sup tangan silalah ke Kelantan, "Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan", juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan "Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah?", maka disokong pula pimpinan UMNO sendiri.

Mereka juga mempermainkan ayat-ayat suci Al-Qur'an untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Qur'an ada ayat yang menyokong UMNO. lantas beliau membacanya seperti berikut: "YA AI YUHALLAZI NA AMANU", kemudian Mahathir berkata, " tengok dalam Qur'an AMANU tu UMNO lah", ini perbuatan munafik dan kufur yang terang-terangan dan di sokong pula ahli-ahli UMNO. perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.

Maka apabila PAS mengatakan dalam Al-Qur'an menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula PAS mengkafirkan UMNO sesuka hati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran. isu ini juga lah yang di mainkan di setiap kali pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar UMNO apabila mendapat kuasa..

UMNO juga selepas itu mengubah Islam, dengan mewujudkan Islam HadHari yang baru samata-mata mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. permainan politik yang berjaya apabila UMNO mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 .

Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. UMNO akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat. di saat perlaksanaan Islam HadHari itulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah, apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim.

Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. mereka juga menggunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam HadHari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri.

Dan kita lihat bagaimana UMNO mempermainkan Al-Qur'an apabila Ketua Wanita UMNO Rafidah Aziz menjunjung kitab suci tersebut tanpa memakai tudung malah bersumpah pula, sedangkan didalam ajaran Islam tiada Istilah bersumpah menjunjung Al-Qur'an langsung.perbuatan ini yang menunjukkan kejahilan mereka tentang Islam. inilah munafiknya UMNO yang kita kenal. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa dan simpati undi.

Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka. sedangkan menjadi tanggung jawab mana-mana kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti.

contoh : Apabila kerajaan PAS mengambil alih kerajaan Terengganu UMNO menyekat wang royalti dan menggantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik UMNO sahaja. bukankah zalim perbuatan sedemikian? malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.

Bahayanya UMNO sebagai penderhaka kepada Raja-Raja.

Menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak UMNO berbuat biadap kepada Sultan Kelantan.

Menggubal undang-undang yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja-raja pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja-Raja didalam media-media milik mereka sehingga mengaibkan Raja-Raja Melayu bangsa mereka sendiri.

Mereka hanya mebodek Raja-Raja jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja-Raja jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan.

Seperti yang Berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan "NATANG", begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu UMNO mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang..

Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja-Raja malah mengatakan pula PR diketuai Dato Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan "Mohon Sembah Derhaka".

Sedangkan itulah UMNO yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Adakah UMNO benar-benar Ihklas mempertahankan kedaulatan Raja-Raja? jika Umno benar ikhlas silalah kembalikan semula kuasa Raja-Raja yang anda hapuskan dulu.

Jika tidak Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah-sudah menggunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya.

Dan yang paling teruk sekali UMNO adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai-bagai jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali.

Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh menggugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Monggolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. bahayanya kalaulah Negara Monggolia tidak berpuas hati dengan kes ini, kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan-tindakan yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan .

Merampas kampung-kampung dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh UMNO semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

Terlalu banyak menggadai tanah serta kepentingan Negara kepada Singapura yang di ketahui sebagai proksi Yahudi Israel, contoh : Penjualan air Malaysia kepada Singapura dengan harga 3sen segelen walhal setelah diproses Singapura menjual pula kepada Malaysia dalam bentuk produk baru dengan harga 10 kali ganda.

Memberikan keutamaan kepada Singapura memiliki saham-saham penting didalam kepentingan Negara.

Banyaknya tanah-tanah rizab melayu yang di miliki oleh tauke-tauke besar dari Singapura..

Ini adalah sangat berbahaya sekali sedangkan kita sedia maklum betapa Singapura sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai hubungan yang benar-benar baik dengan kita malah tidak menghormati kedaulatan negara kita dengan sering kali menceroboh ruang udara kita dengan pesawat-pesawat tempurnya yang di bekalkan oleh Israel.

Dan yang terbaru apabila kita hilang hak keatas Pulau Batu Putih gara-gara sikap Peguam Negara yang lebih suka berpolitik sehinggakan kes yang sepatutnya memihak kepada malaysia dimenangi pula oleh Singapura.

Ini sudah tentulah mengaibkan maruah Negara malah akan membuatkan Singapura akan lebih tidak menghormati kita selepas ini apabila begitu senangnya Malaysia di perkotak-katikkan.

Membawa masuk budaya-budaya barat yang tidak senonoh dan meracuni pemikiran Rakyat sehinggakan rakyat tidak lagi dapat menilai kebaikan atau keburukan nilai-nilai barat tersebut sedangkan kita sedia maklum segala budaya-budaya ataupun nilai-nilai hidap corak Barat itu diasaskan dan di dalangi Oleh Yahudi Israel sendiri.

Mengiktiraf Negara Israel.

Walaupun nampak seperti Malaysia menolak pembentukkan negara Yahudi tersebut tetapi dengan tindakan-tindakan kerajaan yang memberi ruang kepada Israel menunjukkan kerajaan mengiktiraf negara tersebut.

contoh : Membenarkan Pasukan kriket Isreal datang ke Kuala Lumpur malah menangkap pula rakyat kita yang berhimpun membantah kehadiran pasukan Israel tersebut.

Membenarkan Amerika memegang banyak saham dan membuka banyak perniagaan di Malaysia walaupun kita tahu kebanyakkan Syarikat-syarikat dari Amerika tersebut dimiliki oleh bangsa Yahudi yang terlalu memusuhi Islam contoh Syarikat KFC, Mc Donald dan lain lain.

Mengadakan Persidangan di Malaysia yang turut di hadiri wakil-wakil dari Israel malah mengantung pula bendera Israel di PWTC.

Malah Malaysia sering bersikap berkecuali malah takut menegur Amerika yang menyokong Israel apabila Israel berulang kali membuat kerosakkan di bumi Palestine dan hanya membantah apabila majoriti Negara di dunia mengecam perbuatan Israel, malah program boikot Israel pun sekarang ini senyap entah kemana dan tabung yang di tubuhkan pun senyap entah kemana duitnya. Tiada pula TV menghebahkan bila duit itu diserahkan kepada Palestine?

Malah sehingga kini Malaysia menggelarkan negara haram Yahudi itu Israel sedangkan Negara-Negara Islam yang tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut memanggilnya dengan nama TANAH PALESTIN YANG DITAWAN sahaja. Atas tindakan-tindakan kerajaan seperti diatas itulah yang mengesahkan lagi pengiktirafan Malaysia kepada Israel Laknatullah!

Terlibat dalam kes-kes pencabulan terhadap wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan.

Bayangkanlah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah-olah dilindungi pula oleh pihak berkuasa.

Dan akhir sekali memggunakan media-media termasuk blogger upahan milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh UMNO disembunyi tetapi menghentam pula pihak-pihak yang menuntut keadilan untuk rakyat jelata.

Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka UMNO yang berbahaya..

Jadi anda renungkanlah andai kata ada kuasa yang lebih tinggi selain UMNO memerintah Malaysia nanti memang layaklah UMNO di ISAkan kerana setiap permainan politik UMNO mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.

"UMNO DENGAN MAKSIAT"
IBARAT TAIK DENGAN KENTUT

From
Naruto sensei