"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, May 06, 2010

Tak Kan Tak Dapat 500 Sokongan..?

Geng... dekat bawah ni artikel paling best untuk tahun ni dari geng Gua Edyes.com... geng... penghargaan untuk Edyes, kalau komen untuk artikel ni yang menyokong usul Edyes cecah 500 (sokongan), gua belanje Edyes 17hb ni geng...

Saya Sokong Pengeluaran Lesen Judi Sempena Piala Dunia!!!

Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.

Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.

Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.

Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.

Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.

Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!

Edyes - 6 Mei 2010 - 10.41pm

Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei

Terima kasih atas pelbagai respon positif untuk menentukan tindakan penggandaian 10,000 km persegi wilayah ekslusif economic zone Malaysia kepada Brunei adalah terbatal dan tidak sah.

Sokongan YB Kit saya sanjung tinggi. Begitu juga sokongan beberapa rakan dari Sabah dan penyokong biasa yang telah mendaftar di alamat gadailautmalaysia@gmail.com.

"The freedom from threats to national interest in, on, over and concerning the sea"

Demikian tertera kata pegangan Laman Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri! Hebat sekali!

Benar! Kita diancam dari 'laut'. Sekelip mata 10,000 km persegi wilayah kita melayang!

Dalam laman tersebut dipaparkan Peta Baru Malaysia 1979 dan Peta Sempadan Maritim Malaysia. Dengan jelasnya Blok L dan M mengikut peta rasmi Malaysia itu, ditandakan sebagai berada dalam sempadan negara.

Berikutan pemberian itu, kita mengalami kekurangan 10,000 km persegi kawasan laut dari keluasan asal Zon Ekslusif Ekonomi (Exclusive economic Zone) seluas 453,186.18 km2 atau 174,979.43 bn2.

Sultan Brunei dalam titah hari keputeraan baginda pada 15 Julai 2009 mengesahkan penyerahan itu;

"In a commitment to ensure the prosperity and security of the people, His Majesty together with former Malaysian premier Abdullah Ahmad Badawi signed Letters of Exchange on the demarcation of maritime boundaries with Malaysia.

His Majesty said that through this agreement, Brunei will have sovereignty on the continental shelf and 200 nautical miles of the exclusive economic zone (EEZ).

With this, Brunei will enjoy the benefits from the exploration of hydrocarbon and other maritime resources."

Pertemuan empat jam Pak Lah dengan Sultan Brunei berlangsung sehari sebelum tanda tangan diperturunkan dan kenyataan bersama media selepas majlis itu berlangsung menyebut seperti berikut;

"The solution of the maritime delimitation issue ensures certainly with regard to the delimitation of the territorial seas, the continental shelf and the Exclusive Economic Zone of both countries,"

Pada 21 Disember 1979, Peta Baru Malaysia 1979 yang terdiri daripada Syit 1 (Semenanjung Malaysia) dan Syit 2 (Sabah & Sarawak) dan menunjukkan kawasan Perairan Wilayah serta Pelantar Benua Malaysia telah diisytiharkan menerusi Pemberitahuan No. 5745.

Sewaktu berhujah di ICJ dalam isu Pulau Batu Putih, salah satu asas yang digunakan oleh Ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad ialah Peta Baru Malaysia 1979.

Pengubahan sempadan negara melalui pengubahan sempadan mana-mana negeri yang asalnya terdapat dalam Peta Baru Malaysia 1979, tidak syak lagi perlu melalui tiga proses iaitu;

a. Kelulusan DUN negeri terbabit
b. Kelulusan Majlis Raja-Raja
c. Kelulusan Parlimen, seperti tercatat dalam Perkara Dua Perlembagaan Negara;

Article 2

2. Parliament may by law -
(a) admit other States to the Federation;
(b) alter the boundaries of any State, but a law altering the boundaries of a State shall not be passed without the consent of that State (expressed by a law made by the Legislature of that State) and of the Conference of Rulers.

Ketiga-tiga proses fundamental ini tidak berlaku bagi penyerahan sempadan laut kita dengan nilai petroleum sekurang-kurangnya RM 340 Billion.

Jika telaga ini masih dalam milik Malaysia, Sabah sudah pasti akan menikmati paling kurang RM 17 billion royalti! Kini, nak berenang di laut itu saja orang Sabah perlukan pasport dan visa...., bersekali kekayaan laut yang lain - tenggiri, yu dan segala macam terlepas selama-lamanya sedangkan kita seharusnya ada pilihan penyelesaian yang lain.

Datuk Paduka Husam Musa,
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Kit Siang Sokong Cadangan PAS Saman KERAjaan

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyokong penuh cadangan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa untuk memfailkan saman kepada kerajaan persekutuan berikutan penyerahan sempadan laut mengandungi dua medan minyak Blok L dan M di Laut China Selatan kepada Brunei.

Beliau dalam blognya berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan itu tepat dan wajar sebagai usaha melindungi hak generasi masa depan rakyat Sarawak, Sabah dan Malaysia sendiri.

Semalam Husam yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mencadangkan agar diambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan persekutuan berikutan pengambil-alihan kawasan perairan laut bersempadanan dengan Negara Brunei.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata beliau akan mencadangkan Husam mengetuai Jawatankuasa Khas Pakatan Rakyat bagi menyaman Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat ketua-ketua Pakatan Rakyat akan datang.

"Saya sendiri akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas yang bakal diketuai oleh Husam ini diwujudkan di mesyuarat ketua-ketua Pakatan Rakyat akan datang," katanya.

Selain mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, DAP juga jelasnya bersetuju dengan cadangan Husam agar perdana menteri menyediakan kertas putih berkaitan isu-isu tersebut.

Datuk Seri Najib tegasnya perlu mendedahkan kepada awam segala bentuk surat dan dokumen di antara Putrajaya, Brunei, Sabah, Sarawak dan syarikat minyak negara iaitu Petronas yang berkaitan dengan penyerahan kawasan bersempadan.

Ianya termasuk juga laporan segala keputusan yang telah dibuat oleh kabinet sebelum memutuskan perkara tersebut.

-HarakahDaily

Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?

Nota Editor: Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi.

Tapi, yang kita nak tahu apa benda puak2 ni dah buat untuk mempertahankan Kelantan dari diambil UMNO pada 2008? Sekurang-kurangnya PAS Kelantan beruntung ada manusia nama Husam Musa yang berusaha mengumpul derma bagi mewujudkan usaha melemahkan UMNO dengan mempersoalkan kredibiliti Pak Lah sebelum 2008.

Hasilnya Kerajaan KElantan berjaya dipertahankan, alhamdulillah.

Malahan usaha ini juga menguntungkan PAS di Kedah dan beberapa negeri lagi. Cuma yang herannya, walaupun pada masa itu imej Pak Lah sudah lemah dan UMNO berpecah, PAS Terengganu masih GAGAL merampas Terengganu. Heran bin ajaib..

Apa yang Kickdefella telah lakukan hanyalah mendedahkan wujudnya derma RM4 juta bagi mengalahkan UMNO pada pilihanraya 2008. walaupun dia sebut "menjatuhkan Pak Lah" tapi kita harus ingat. Bahawa kemenangan besar UMNO 2004 adalah di atas imej Pak Lah. Dengan kata lain, serangan kepada Pak Lah adalah serangan kepada UMNO. Apa yang Kick buat hanyalah mendedahkan "FAKTA" berkaitan Pak Lah yang disenyapkan oleh media kawalan UMNO/BN. Itu sahaja.

Terima kasih pada Kickdefella kerana mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di kalangan PAS Kelantan di dalam mempertahankan Kerajaan Kelantan dari dirampas UMNO pada 2008.

Sekurang-kurangnya kita tahu ada juga dalam PAS yang tidak hanya berceramah, tapi berbuat kerja bagi memenangkan parti.

Tulang Besi
Apa salahnya RM4 juta untuk kalahkan Pak Lah - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan, apa salahnya menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul.

Bahkan, beliau sendiri sanggup untuk melakukan kerja menjatuhkan Umno dan BN yang sememangnya tidak baik itu jika diberikan wang sebanyak itu.

Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.

Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.

Jika sekiranya tidak benar pun dakwaan Kickdefella itu, beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti politik akan tetap berkempen supaya rakyat menolak politik perkauman dan kezaliman yang dilaksanakan oleh para pemimpin Umno dan BN yang menggunakan prasarana kerajaan untuk melawan rakyat.

“Benar tidak benar dakwaan RM4 juta itu, memang saya tidak tahu, tetapi kalau tak benar pun, PAS tetap buat kerjanya berkempen supaya Umno BN kalah dalam pilihan raya depan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Kalau betul pun, apa salahnya, memang keberadaan PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sejak PRU 12 lalu adalah untuk pertahan kerajaan negeri (Kelantan), kuasai negeri-negeri (hatta) kerajaan Persekutuan sendiri,” tegas beliau.

Menurut Mahfuz, imej Abdullah sememangnya buruk bukan sahaja di kalangan pembangkang, malah di kalangan ahli-ahli Umno.

Maka, media-media pro Umno tidak seharusnya menyalahkan PAS dan pembangkang, sekiranya kelemahan Abdullah itu dijadikan modal berkempen pada PRU 12 lepas.

“Dia (Abdullah) sendiri memang lemah (dan) kelemahannya itu melengkapkan kelemahan yang sedia ada pada Umno itu sendiri (iaitu) mengamalkan rasuah, perkauman melampau dan sebagainya.

“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.

Seperti sekarang, fokus PAS sendiri, menurut beliau sudah tentu berkempen kepada rakyat supaya menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama juga sekarang, Najib adalah simbol kejahatan, simbol korupsi, simbol jenayah berprofil tinggi yang bukan saya saja pertikai, malah dunia sendiri sedang persoalkannya, kalau kita tak berkempen, itu kurang bijak namanya.”

Lanjutan itu, beliau turut meminta pihak berwajib yang dilihat cuba melaga-lagakan PAS dengan penulis Kickdefella, http://kickdefella.wordpress.com supaya menjelaskan motif di sebalik kenyataan masing-masing tentang senario politik tanah air belakangan ini.

“Berapa juta ringgit agaknya yang pemimpin Umno guna wang rakyat untuk rampas kerajaan negeri Perak?

“Benarkah RM100 juta duit rakyat dihabiskan oleh Umno BN untuk rampas semula Hulu Selangor baru-baru ini?

“Yang mereka (Umno) tahu memburukkan Datuk Zaid Ibrahim yang sudah pun bertaubat dengan pelbagai fitnah di media masa.

“Kenapa tindakan Umno menggadai dua telaga minyak kita (Blok L dan M) bernilai USD320 bilion pada Brunei tidak dilaporkan dengan baik?" soal beliau.

Menurut beliau, sepatutnya semua pihak lebih prihatin terhadap inisiatif kerajaan pusat membayar lebih RM77 juta pada firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC), firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel demi memperbaiki imej seorang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“RM77 juta dibayar pada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, sepatutnya (isu APCO) ini yang lebih dipedulikan,” jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya ada mana-mana jutawan sudi memberi sejumlah wang yang sama, RM77 juta kepada beliau untuk berkempen supaya Umno BN kalah dalam PRU13 kelak, beliau bersedia untuk mengambil duit tersebut.

“Iya...kalau ada jutawan mana-mana yang nak beri saya RM77 juta, bukan beri kepada syarikat pro Zionis-Israel, agar PAS boleh berkempen untuk mengalahkan Umno BN dalam pilihan raya (umum) ke-13 untuk dedah siapa Najib sebenarnya, saya akan terima,” ujarnya dalam nada berseloroh.

“Saya ingat, semua parti pembangkang pun sudi terima sumbangan ikhlas oleh mana-mana pihak kerana mereka pun mahu selamatkan Malaysia dari terus dimusnahkan oleh politik perkauman Umno ini,” katanya.

Beliau berkata, tanpa RM4 juta pun, ahli-ahli PAS tetap akan turun berkempen dalam pilihan raya demi menghadapi Umno BN.

“PAS bukan setakat RM4 juta, nyawa pun mereka akan wakafkan untuk perjuangan Islam, demi menjatuhkan kerajaan yang nyata menerima petunjuk APCO Zionis-Israel.”

Sejak beberapa bulan lalu, Kickdefella dilihat mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS Kelantan secara terbuka menggunakan blog peribadinya.

Ekoran kritikan tersebut, beberapa pihak seperti Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan), Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri) serta blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib (pemilik blog MalaysiaWaves) bertindak mencabar beliau mendedahkan dalang di sebalik aktiviti korporatnya melalui Global Media Channel.

Demi membuktikan diri terlibat mempertahan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno, Kickdefella mendedahkan bahawa beliau menerima RM4 juta dari pihak tertentu untuk menjalankan kerja-kerja mempertahankan kerajaan negeri.

Kini beliau disiasat oleh SPRM dan telah mendedahkan bagaimana dan daripada siapa wang itu diterimanya.

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS terlibat memberikan wang itu kepada Syed Azidi namun beliau tidak tahu kalau-kalau ada pemimpin PAS terlibat.