"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 18, 2008

LELABAH KONSPIRASI 2

Aku cilok dari Suara KeADILan bil 139.

Najib Tun Razak :-

Dikaitkan dengan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu seperti terkandung dalam SD pertama Balasubramaniam.

Didakwa menerima 'komisyen' RM530 juta hasil daripada perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis yang diuruskan oleh Primekar Sdn Bhd syarikat milik Razak Baginda yang menghadapi tuduhan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kunjungan Saiful kepejabatnya seawal 12 Februari lalu.

Pada awalnya, menafikan pernah bertemu Saiful.

Akhirnya mengakui Saiful temuinya dengan beralasan untuk dapatkan biasiswa walaupun keputusan semester Saiful tidak layak untuk meneruskan pelajaran ataupun mendapat biasiswa.

turut bersama :

SAIFUL BUKHAIRI AZLAN

Berkunjung ke rumah Najib pada 25 Jun sebelum laporan polis dibuat.

Dakwa diliwat pada 26 Jun dalam laporan polisnya pada 28 Jun lalu.

Mempunyai hubungan rapat dengan isteri TPM, Rosmah Mansur.

Tidak menamatkan pengajiannya di UNITEN kerana keputusan semester yang begitu lemah.

kaitan :

ROSMAH MANSUR

dikaitkan dengan kehadiran bersama 2 lagi individu lain dikawasan mayat Altantuya Shaariibu yang diletupkan dengan peledak C4 pada 19 Okt 2006. Lalu oleh akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin di Mahkamah Tinggi 18 Jun lalu.


MUMTAZ JAAFAR

bekas ratu pecut ( atlit negara )

Mumtaz merupakan kenalan rapat serta Pembantu Khas kepada Rosmah.

Anak perempuannya, Janna Syariza merupakan tunang kepada Saiful.

KHAIRIL ANAS JUSOH

Pembantu Khas kepada Najib.

Bergambar bersama Saiful di pejabat TPM di Putrajaya.

12 Feb Shaiful bertemu Najib dipejabatnya
1 Mac menyertai pejabat DSAI.
25 Jun menemui Najib sekali lagi.
26 Jun mendakwa kali terakhir diliwat dalam laporan polis.
28 Jun membuat laporan polis.

SeLoKa : tolongLAH undurLAH

aAssalamualaikum...

"salam suara rakyat"

iniLAH satu ceritaLAH,
tersebutLAH satu kisah LAH,
dalam satu pilihanraya LAH,
kerajaan hampir-hampir kaLAH,

oleh kerana keputusan ituLAH,
anak-anak buah ramai yang dah beLAH,
tak tahan asyik dipersaLAH,
oleh kerana 5 kampung dah kaLAH,

nasib baik parlimen tak kaLAH,
jentera parti kini dah serba saLAH,
dalam diam tok ketua dipersaLAH,
bodohLAH...bodohLAH...

dalam halus penolong tak nak mengaLAH,
dalam sindir tanpa rasa bersaLAH,
tak dapat cara baik cara jahat pun okLAH,
tok ketua disuruh mengaLAH,

penduduk pun sepakat jugakLAH,
heboh ke kampung sebeLAH,
meminta tok ketua mengaLAH,
tolongLAH...tolongLAH....

tok ketua enggan mengaLAH,
I say no...no LAH,
Desakan rakyat wat tak tahu jeLAH,
Aku ketua..aku berkuasaLAH,

Rakyat pun berkumpulLAH,
Panggil jiran sebelah menyebeLAH,
Jerit tolongLAH..tolongLAH,
undurLAH...undurLAH,

dulu poster penuh hingga kampung sebeLAH,
sana sini semua undiLAH..undiLAH,
sekarang semua dah tukarLAH,
dah jadi undurLAH..undurLAH,

maka dek kerana tertekanLAH,
terus masuk ke bilik sebeLAH,
aku ngantukLAH...aku ngantukLAH,
nak tidoLAH...aku suke tidoLAH,

lalu menantu pun balikLAH,
seluruh rumah jadi bisingLAH,
tok ketua pun terjagaLAH,
hei you shutdownLAH,

menantu punya pasal aku hampir kaLAH,

jeritan rakyat makin kuat LAH,
tolongLAH tok..tolongLAH,
undurLAH tok...undurLAH,
keputusannya nanti kita tunggu saje LAH.

DNA: Anwar's lawyer reveals the deal

Fauwaz Abdul Aziz | Jul 18, 08 4:04pm
breaking news
updated 9.35pm
The opposition leader is willing to provide a DNA sample, providing that the authorities meet his stringent conditions.

-malaysiakini

PM: DNA yang ada, sudah lama

Muda Mohd Noor | Jul 18, 08 6:35pm
kemaskini 9:03pm

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.

"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.

Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.

Perdana Menteri berkata Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya.

Abdullah sekali lagi menafikan bahawa wujud sebarang konspirasi untuk menganiayai Anwar dalam siasatan kes ini.

"Kalau beliau rasa tidak bersalah, mengapa perlu risau dengan DNA yang baru? Yang penting, kalau tidak bersalah, berikanlah DNA itu.

"Saya memberi jaminan, isu ini hendak diselesaikan dengan segera," katanya.

Beliau berkata Malaysia tidak dapat membetulkan semua tanggapan antarabangsa terhadap isu ini yang didakwa mempunyai unsur konspirasi.

"Pada bila-bila masa, saya memberi jaminan siasatan terhadap isu Anwar dibuat secara profesional.

"Saya telah menyatakan perkara siasatan ini kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika isterinya datang jumpa saya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Anwar hari ini berkata penasihat PKR enggan menyerahkan sampel DNA kerana bimbang berulang proses pemalsuan bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes pertamanya kira-kira 10 tahun lepas.

Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten komisioner.

"Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu (melalui televisyen)," kata Sivarasa.

"Apabila dihadapkan dengan fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan memujuk hakim, (Datuk Seri S) Augustine Paul, agar membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang peguam-peguam Anwar mencabarnya."

Pada 1998, Anwar dituduh menyalahgunakan kuasa apabila cuba mempengaruhi tugas polis dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku seksnya.

-malaysiakini

TP - ni kang kalau aku cakap PM BANGANG kang ada pulak yang terasa hati...kalau aku tak cakap PM BANGANG kang ada pulak yang BANGANGKAN aku pulak.apa la punya malang negara Malaysia ni dapat PM BANGANG yang cuba MEMBANGANGKAN rakyat yang tak BANGANG ni?apa PM BANGANG ni ingat semua rakyat Malaysia ni sama BANGANG macam PM BANGANG & ahli UMNO yang BANGANG & penyokong-penyokong UMNO yang BANGANG tu ke?BANGANG betul la PM BANGANG ni!!!

Khak Ptuih...!!! amik kau DNA aku!!!

Existing DNA sample too old, says PM

Chan Kok Leong | Jul 18, 08 7:07pm
breaking news
updated 8.35pm
This is the reason why the authorities have requested for Anwar Ibrahim to provide them with a fresh sample to facilitate investigations.

-malaysiakini

"Fiz...kau belajar rajin-rajin tapi jangan masuk UUM!!"

ciplak dari tranungkite

Dilulus terbit pada Friday, July 18 @ 19:53:22 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Kopitiam

Sekarang teman tahu kenapa tak de satu pun universiti di Malaysia ni yang masuk dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia....

Debat Anwar Vs Shabery benar-benar membuka pekong kerajaan Barisan Nasional.

Dari kegagalan kerajaan menjustifikasikan kenapa minyak tak boleh turun sehinggalah terserlahnya kedangkalan Nordin Kordi, sebagai Vice Chancellor UUM tentang isu yang diperdebatkan.

Beliau bukan sahaja tidak faham tentang basic economy khususnya dalam oil and gas industry malah beliau juga turut lari dari tajuk sebagaimana Shabery lari dari tajuk debat.

Sila lihat pertanyaan beliau kepada Shabery yang buat semua orang tepuk dahi...

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI:

Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih

Beliau cuba menjustifikasikan kedudukan beliau sebagai Vice Chancellor UUM dan pada malam bersejarah itu lalu beliau menjadi kaki bodek nombor wahid kepada kerajaan...kita membayangkan seorang Vice Chancellor itu seperti Professor DiRaja Engku Aziz kualitinya. Tidak sukar untuk kita fahami mengapa RPK mencampakkan sahaja notis keputusan mahkamah saman Nordin Kordi ke dalam tong sampah....kerana memang sampahlah kualiti si Nordin Kordi ini...

Anak teman...Hafiz terpinga-pinga mendengar hujah si Nordin ni. "Apa dia cakap yah? Lain orang cakap lain dia cakap?" Anak teman tu baru tingkatan 4. "Fiz....kau belajar rajin-rajin tapi jangan masuk UUM...!!" Itu saja jawapan teman. Anak teman tersengih faham.

Nampaknya kebobrokan sudah sinonim dengan semua institusi kerajaan. Dari PM dan TPM yang tak tahu memacu negara, menteri yang tiada kualiti sehinggalah Vice Chancellor yang sepatutnya melahirkan insan excellent dipimpin oleh beruk mat yeh yang tak tahu apa-apa...

Semalam dalam perjalanan pulang dari Low Yat teman mendengar diskusi dalam Radio 24 mengenai cadangan menaikkan subsidi kepada pengguna motorsikal dari RM150.00 kepada RM1,000.00. Dijemput pemanggil untuk memberikan pendapat.

99% menolak kerana menurut mereka ia suatu polisi bodoh. Ada yang menganggap ia sebagai gula-gula kerajaan untuk pacify rakyat dan bersifat sementara.

Ada yang bijak mengatakan bahawa kalau terdapat 2 juta pengguna motorsikal di negara kita, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi (ini sahaja) sebanyak RM2 billion. RM 2 billion lebih baik digunakan untuk menurunkan harga minyak untuk faedahnya dinikmati oleh kesemua rakyat Malaysia.

Rakan teman, Naza nak talipon tapi tak tahu nombor. Teman setuju dengan pendapat beliau. Beliau cuma nak mengingatkan rakyat Malaysia...sebelum pilihanraya lagi kita dah bagi tahu bahawa BN itu maksudnya barang naik. Jadi apa yang kita gawat sangat dengan keadaan ekonomi dan inflasi sekarang ini.? Kata beliau lagi....majoriti rakyat Malaysia telah memilih Barisan Nasional...jadi dia orang tu cuma nak implement sahaja apa yang mereka janjikan...

Teman pulak kalau dapat peluang keluar dalam mana-mana rancangan TV ke radio ke...teman akan mencadangkan satu formula bagaimana Malaysia boleh dipulihkan selama-lamanya...iainya mudah iaitu PR gantikan BN. Itu sahaja.

Yang pasti UUM akan dapat Vice Chancellor yang baru...

Alhamdulillah.. TEORI anwar jugak di pakainya..!!!

aku cilok dari tranungkite

Dilulus terbit pada Friday, July 18 @ 19:45:50 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Taranama

Alhamdulillah..nampaknya idea dato seri anwar depa dah sudi nak laksanakan walaupon dalam debat tempohari macam bodoh sombong aja kelakuan si shabery tuu... nampaknya teknik pengurangan kadar kuasa IPP yg terlebih sebanyak 1oookWt dikurangkan kadar penghasilan dia...

nampaknya idea bernas nie jugak diambilnya... tak mengapalah janji untuk kesejahteraan rakyat jelata... kini kita tengokla pulak hasil drp pengurangan kos tu di belanjakan kemana.. andai masuk ke perut jerung jugak nampaknya sia-sialah semua... namun bersangka baik insya'allah kerajaan akan membelanjakan kesemua tu untuk kesejahteraan rakyat nya... tak caya tanya pak lah... he he he

Dewan Rakyat: Margin tenaga elektrik diturun Laporan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Norliza Wasilan dan Nor Azma Laila

Tindakan bagi jimatkan perbelanjaan ditanggung kerajaan menjelang 2014

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

TarakNama@gmail.com
Http://TarakNama.tblog.com

Hektor lawan Patroklus 2

"Apakah dia telah digigit anjing gila hingga air liur pekat keluar dari kedua-dua belah hujung mulutnya?" tanya Aasil, rakan saya hisap sisya di restoran Lubnan Zaman, Virginia. Selepas perdebatan Anwar Ibrahim menerima telefon dari seorang Arab dari Lugano, Switzerland. "Saya tidak tahu satu butirpun yang kamu debatkan. Apa yang kamu katakan hingga mulut lawan kamu penuh dengan air liur putih?"

Shabeery Cheek bukan tidak ada hujah. Tetapi tujuh juta khalayak Malaysia yang menonton perdebatan tersebut tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang beliau hujahkan kerana diganggu oleh air liur putih yang menggelikan. Menteri Penerangan itu akan menyimpan rekod pengeluaran air liur yang paling produktif di kaca tv.

Shabeery pastinya kalah teruk, bukan mengikut pungutan suara yang dilakukan oleh Malaysia kini, tetapi mengikut institusi-institusi media perdana pro-pemerintah. Sekiranya debat itu seri, pastinya mereka telah menjajakan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim ditewaskan oleh menteri yang paling junior. Debat itu begitu pahit bagi mereka. Dan begitu memalukan. Mereka mahu melupakan ketewasan tersebut dengan satu peristiwa yang lebih besar -- menangkap Anwar Ibrahim.

Gambar: Akilis menyaksi tubuh Patroklus yang tewas di tangan Hektor.

sumber : khalidjaafar.org

Hektor lawan Patroklus 1

Kawan lama saya Shabery Cheek masih boleh menang dalam debat bersejarah malam semalam kalau tidak kerana kehadiran Nordin Kardi.
Belum pernah saya mendengar seorang naib chanselor memberikan ucapan yang sebegitu dungu.

Kalau tan sri dungu ini boleh menjadi seorang naib chanselor maka kita boleh mengerti mengapa tidak ada sebuah universiti pun di Malaysia yang berada dalam kumpulan 200 teratas di kalangan universiti-universiti dunia dan Nordin juga seorang tokoh terpenting dalam program-program propaganda Biro Tata Negara. Bayangkan sahaja kualiti idea yang hendak disemaikan kepada mahasiswa.

Nordin cuba menyelar Anwar Ibrahim kononnya keluar dari tajuk apabila menyebut janakuasa persendirian -- Indipendent Power Producers -- kerana debat adalah tentang minyak. Tentunya IPP amat terlibat dengan rancangan Anwar untuk memperolehi tiga bilion dari lima bilion yang diperlukan untuk mengurangkan harga minyak tempatan sebanyak 50 sen. Naib chanselor itu bengong, juga Shabeery, dan lain-lain penyokong kenaikan minyak kerana mereka mati-mati menyangka Anwar akan memunggahkah keuntungan Petronas untuk membiayai subsidi. Apabila yang dikemukakan lain dari yang mereka sangkakan maka mereka hilang akal lalu membuat serangan peribadi.

Saya melihat debat malam semalam seperti pertarungan antara Hektor dengan Patroklus dalam puisi agong Illiad karya Homer. Hektor adalah putera mahkota, pahlawan tersohor dan panglima perang Troy. Sementara Patroklus hanyalah seorang anak muda, sepupu kesayangan dan rakan berlatih Akilis. Apabila Akilis merajuk kerana berkelahi dengan Aggamemnon, panglima perang Greek yang ingin menakluk Troy, pahlawan tersebut undur dari medan. Akibatnya tentera Greek teruk diasak oleh Hektor dan begitu ramai pahlawan veteran Greek yang cendera dan terpaksa diusung keluar dari medan tempur. Petroklus amat kesihan dengan nasib tentera-tentera Greek yang hilang semangat kerana pahlawan terkemuka seperti Odysseus, Nestor dan Agamemmnon sendiri cendera, dan Akilis, pahlawan yang paling digeruni, masih merajuk dan enggan berperang. Patroklus merayu kepada Akilis agar membenarkannya bertempur dan meminjamkan perisai, baju dan topi besinya. Patroklus terus mendesak dan merayu, akhirnya Akilis bersetuju tetapi berkata: "Kau jangan sekali-kali bertarung dengan Hektor. Hanya aku yang boleh mengalahkan dia."

Apabila Patroklus memasuki medan tentera-tentera Troy bertempiaran lari kerana mereka menyangkakan Akilis telah kembali bertempur. Mereka kenal pakaian tersebut adalah milik Akilis, dan pergerakan dan gaya tempur Patroklus memang saling tidak tumpah dengan Akilis. Ramai pendekar dan pahlawan Troy yang dibunuh dan dicederakan oleh Petroklus. Petroklus naik berani dan apabila bertembung dengan Hektor yang datang untuk membantu anak-anak buahnya dia telah melupakan pesan Akilis. Hektor bertarung dengan orang yang disangkakannya Akilis kerana putera Priam itu tahu hanya dia yang boleh menghalang kemaraan pahlawan Greek yang paling perkasa. Hektor menyangkakan akan berlaku pertempuran sengit yang dia nanti-nantikan. Dia terperanjat apabila lawannya dapat ditumpaskan dengan mudah, dan berasa malu apabila mengenali orang yang dibunuhnya hanyalah Patroklus.

Gambar: Bukan main gembira lagi Wan Azizah menceritakan kemenganan Hektornya. Di tengah kami adalah Raja Salim, besan mereka.

sumber : khalidjaafar.org

GAMIS Gesa Timbalan Perdana Menteri Turut Diheret ke Muka pengadilan

bloGAMIS - Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak yang terus didebatkan oleh rakyat marhain saat ini, kini seluruh rakyat Malaysia diasak berdepan dengan pergolakan politik mahadahsyat sedang melanda Malaysia. Seolah-olah rakyat tersepit dalam pentas perebutan kuasa antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehingga kini juga, banyak peristiwa besar membabitkan krisis keyakinan terhadap sistem keadilan dan kehakiman negara, bermula dengan kes pita video VK Lingam, sehinggalah kepada akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin membabitkan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes bunuh Altantuya, dan kemudiannya timbul pula kes pertuduhan liwat ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendokong asas keadilan sosial yang tidak mengira siapa pun, yang bersalah mesti dibuktikan bersalah dan yang menuduh mesti mengemukakan bukti secukupnya. GAMIS melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan “double standard” badan kehakiman dan institusi polis yang nampak sangat ghairah mengendalikan kes membabitkan Anwar Ibrahim manakala kes yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didiamkan begitu sahaja.

GAMIS dengan tegas mendesak sistem keadilan negara supaya melakukan siasatan segera kepada tertuduh dalam akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin iaitu isteri Timbalan Perdana Menteri, kerana kredibiliti sistem keadilan akan terus tercemar dan dianggap ‘boneka’ pemerintah yang desperate jika siasatan kepada beliau tidak dilakukan.

GAMIS menegaskan bahawa kedua-dua tokoh ini, sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Najib Tun Razak, keduanya perlu disiasat dengan adil. Apa yang menghairankan, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang komited untuk memberikan kerjasama kepada badan berkuasa untuk melakukan siasat bahkan membuat penangkapan ke atas beliau atas tuduhan liwat, manakala Datuk Seri Najib yang dituduh terlibat dengan jenayah yang lebih berat seolah-olah dibiarkan tanpa sebarang siasatan polis dan dan pendakwaan di mahkamah.

Tindakan Timbalan Perdana Menteri mahupun isterinya menyembunyikan diri dari soalsiasat polis hanya menyerlahkan sikap pengecut dan bacul pemimpin negara untuk dibawa ke muka pengadilan.

Walaupun menerima pertuduhan liwat, seluruh mahasiswa Islam tetap menyokong asas perjuangan membela rakyat dan mewujudkan sistem pemerintahan anti-rasuah yang dibawa secara konsisten dan bersungguh oleh bekas tahanan ISA, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

GAMIS berpendirian bahawa jika keadilan di Malaysia dijunjung dan dilaksanakan tanpa memilih bulu, GAMIS percaya Datuk Seri Anwar adalah orang yang tidak bersalah dan difitnah sebagaimana dibuktikan oleh keputusan mahkamah yang menggugurkan pertuduhan liwat ke atas beliau pada 1998.

Ridhuan bin Osman
Timbalan Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Anwar intai p'raya kecil Kulim

Jul 18, 08 4:35pm

Selepas terlepas peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar apabila mahkamah menolak petisyen PAS untuk membatalkan keputusannya, kini ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Mahkamah Tinggi Alor Star akan mendengar Ahad ini, petisyen calon BN, memohon supaya dibatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, di selatan Kedah.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

anwar ibrahimSelepas menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar dilarang aktif dalam politik selama lima tahun sehingga 14 April lalu.

Hakim Balia Yusoff Wahi telah menetapkan kes itu dengar mulai Ahad hingga Khamis depan, selepas menolak bantahan yang dibangkitkan oleh Zulkifli untuk membatalkan petisyen tersebut.

Petisyen tersebut difailkan oleh Aziz atas alasan Zulkifli telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.

Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

Sedia beri laluan

Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

bm version bandar kulim bharu kedah parliament seat results 180708Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.

Sekiranya pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, dalam tempoh 60 hari, Zulkifli dijangka memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.

Bagaimanapun, terlalu awal untuk dipastikan sama ada Abdul Aziz akan dicalonkan semula bertanding di kerusi tersebut.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Parlimen tersebut mempunyai 51,995 pengundi, yang terdiri daripada 69.50 peratus Melayu, China (18.60 peratus), India (11.70 peratus), lain-lain (0.20 peratus).

Zulkifli memberitahu Malaysiakini bahawa yakin dapat memenangi kes tersebut. Menurutnya, Abdul Aziz telah memfail petisyennya di bawah Akta Pilihanraya yang silap.

Ditanya sama ada beliau bersedia memberi laluan kepada Anwar sekiranya pilihanraya kecil diadakan, Zulkifli berkata, beliau sedia berbuat demikian.

"Semua ahli Parlimen PKR sebelum ini telah berjanji sedia melepaskan kerusi mereka untuk Anwar, termasuk kerusi saya, di Permatang Pauh,
Bandar Tun Razak dan Gombak," katanya.

-malaysiakini

PDRM Dah Dapat DNA DSAI & Lojika Liwat 2...

Assalamu'alaikum...

Betul ke PDRM dah dapat DNA DSAI?ini persoalan yang paling megusutkan fikiran aku...maklumat ni aku dapat dari dalam kepala otak aku & memang confirm tak sahih.tapi mengikut lojik pemikiran kepala otak aku, memang pihak PDRM dah dapat DNA DSAI.

Kita review balik berita-berita sebelum ni.

Jul 16, 08 - Anwar ditahan polis bertopeng : ringkasan berita - Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini. Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket dari Bahagian Siasatan Khas, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Jul 16, 08 - Anwar bermalam dalam tahanan : ringkasan berita - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap tengah hari tadi, demikian dimaklumkan oleh ketua penerangan PKR Tian Chua.

Jul 17, 08 - Polis: Anwar enggan beri sampel : ringkasan berita - Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberikan sampel darah untuk menguji DNA beliau walaupun telah dibawa ke hospital malam tadi bagi siasatan dakwaan meliwat pembantunya, kata polis. Dalam siasatan semalam, kata Ismail, pegawai penyiasat telah meminta Anwar memberi sampel darah untuk tujuan perbandingan DNA. "Tetapi malangnya Datuk Seri Anwar tidak bekerjasama dengan pihak polis untuk memberi sampel (darah)," katanya dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman. Ismail berkata, pihaknya juga difahamkan bahawa Anwar juga tidak memberi kerjasama untuk mendapatkan sampel darahnya ketika dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Analisis.

Sekarang kita analisis ketiga-tiga berita & kejadian tersebut...

Tangkapan

Apa perlunya tangkapan dibuat sedangkan DSAI & peguamnya Sankaran Nala telah memberi jaminan bahawa beliau akan hadir ke balai polis untuk diambil kenyataannya berhubung kes tersebut.persoalan juga berlaku bila tangkapan dibuat sejam lebih awal dari masa yang diberi & alasan pihak PDRM adalah amat tidak munasabah malah tak boleh diterima oleh akal yang waras.

Saya terfikirkan kenapa tangkapan "terpaksa dibuat" sedangkan masih ada sejam dari tarikh yang dijanjikan...kemungkinan besar ketika tangkapan dibuat, pihak polis yang terlibat telah berjaya mendapatkan sample rambut DSAI tanpa disedari & itulah juga tujuan tangkapan "terpaksa dibuat".

Kemungkinan pihak PDRM telah berhempas pulas memikirkan cara terbaik untuk mendapatkan DNA DSAI agar ianya dapat dimanipulasikan didalam kes ini & cara yang terbaik ialah melalui tangkapan.jika berlaku tangkapan sudah pasti berlaku sedikit paksaan dari pihak PDRM & dipihak DSAI pula pasti akan mempertahankan diri & ini adalah situasi terbaik untuk mengambil sampel DNA DSAI ( rambut & sedikit kulit misalnya ) tanpa disedari oleh DSAI.

Lagi satu cuba kita perhatikan, apa perlunya memakai topeng semasa tangkapan? mungkinkah pihak PDRM tak mahu tersilap mencarik rambut semasa melakukan tangkapan.ye la kan...kalau tak pakai topeng, kemungkinan tertarik lak rambut anggota PDRM sendiri pastu pegi letak dekat "bakal bahan bukti"..tengok-tengok rambut anggota PDRM yang tangkap DSAI...tak ke haru??? ANGGOTA PDRM YANG TERLIBAT DALAM TANGKAPAN DSAI MELIWAT SHAIFUL...mampuih!jadi untuk elak perkara ni...pakailah topeng ninja!


Lokap

Apa perlunya menahan DSAI didalam lokap padahal DSAI telah menghabiskan masa sebanyak hampir setengah hari dalam sesi soal siasat & juga pemeriksaan kesihatan dihospital?ini adalah bahagian yang paling menarik untuk kita perhatikan...

Kita sedia maklum macama mana DNA kita boleh didapati.dalam hal ni aku terfikir penahanan DSAI dalam lokap tanpa alasan yang munasabah juga adalah sebagai salah 1 strategi untuk mendapatkan sample DNA DSAI tanpa pengetahuan DSAI.tidur dalam lokap beralaskan simen.sambil-sambil tidur kemungkinan rambut atau mana-mana roma pada bahagian tertentu akan terjatuh & keadaan lantai yang serba sedikit dipenuhi dengan binatang yang pandai menggatalkan badan akan membolehkan aktiviti menggaru dijalankan...

Fikir...bila aktiviti "menggaru" dibuat pasti ada sisa-sisa kulit akan jatuh kelantai & secara tak sedar DNA DSAI telah diperolehi...mungkinj sebaik DSAI kaluar dari sel lokap, unit forensik bersegera ke sel lokap untuk mengambil sampel DNA DSAI yang mungkin terjatuh tanpa disedari.dalam hal ini kesimpulannya - mission complete!

Perintah Mahkamah

Bagi aku keputusan pihak PDRM untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya DSAI memberikan sample DNAnya tak lebih sekadar "DRAMA" ataupun "BACK-UP" seandainya kedua-dua cara tadi tidak mendapat hasil yang memuaskan.kenyataannya ialah dalam drama liwat 2 ni, terlalu banyak sample DNA diperlukan untuk mencalitkan ke sebanyak mungkin "bakal-bakal" bahan bukti kes.

Kita dah belajar semua ni dalam drama liwat 1 & pihak PDRM pun banyak juga belajar dari kesilapan & kemungkinan besar mereka seboleh-bolehnya cuba untuk menjadikan drama liwat 2 100% perfect tanpa kesilapan-kesilapan yang boleh mengaibkan keproffesionalan pihak PDRM yang sememangnya telah tercalar dalam drama liwat 1.

Lojik drama liwat 2 adalah berdasarkan beberapa fakta yang ada & antaranya yang menjadi tandatanya ialah
- mangsa liwat yang berbadan ala-ala model & berumur 23 tahun tidak melawan semasa diliwat sedangkan peliwat berumur 61 tahun......lojik atau tidak kalau kita katakan bahawa MANGSA 100% PUNYA KELEBIHAN DARI SEGI KEKUATAN UNTUK MELAWAN?
- report polis yang dibuat mangsa tidak lengkap tanpa menyatakan waktu dia diliwat......lojik atau tidak kalau kita katakan yang laporan polis untuk setiap kes memerlukan waktu kejadian hatta untuk kemalangan kecil pun ini amat ditekankan? - salinan laporan mangsa tidak diberikan setelah berkali-kali diminta oleh DSAI & peguamnya tetapi pihak PDRM memberikan seribu satu alasan sedangkan laporan tersebut adalah dokumen awam......lojik atau tidak kalau kita katakan bahawa laporan tersebut "akan diubah" berdasarkan keterangan DSAI supaya mudah mensabitkan DSAI didalam kes tersebut?
- pihak PDRM meminta sample DNA DSAI untuk diuji sedangkan ianya sudah ada dalam simpanan pihak PDRM & hosital dimana ianya telah diambil pada tahun 1998......lojik atau tidak kalau kita katakan DNA DSAI diperlukan untuk diletakkan di "bakal-bakal bahan bukti" kes liwat 2?

Mengikut analisis kasar aku diatas, sama-sama kita fikirkan lojik atau tidak lojik kes ini & lojik atau tidak lojik kemungkinan pihak PDRM telah memperolehi DNA DSAI melalui perancangan mereka?

Peranan Siasah dalam Debat harga minyak

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Siasah melalui Zulkifli Sulong telah diberikan peluang untuk turut terlibat secara langsung dalam Debat bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Selasa lalu.

Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar yang memberikan kepercayaan kepada Siasah untuk bersama-sama beliau dalam Debat yang diadakan ala debat antara bakal Presiden Amerika, yang julong-julong kalinya diadakan di negara ini.

Berbangga juga kerana yang mewakili Shabery adalah Tan Sri Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Penal, seperti Siasah diberikan peluang untuk bertanyakan dua soalan sahaja iaitu satu kepada Anwar dan satu lagi kepada Shabery.

Kepada Shabery, kami telah bertanyakan soalan berikut:-

"Pada tahun 2006, kerajaan naikkan harga minyak 30 sen. Hasilnya, kerajaan dapat RM4.3 b darinya. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen, kerajaan baru belanjakan RM834.75 juta untuk prasarana pengangkutan sejak dari tarikh itu. Kenapa perkara ini berlaku? Dengan kenaikan kali ini pula, kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion kerajaan terkial-kial membelanjakannya, apa jaminan kerajaan dalam membelanjakan wang dari penjimatan RM13 bilion ini."

Soalan ini kami pilih berdasarkan perbandingan yang dibuat dengan janji kerajaan yang dibuat ketika menaikkan harga minyak pada tahun 2006 lalu. Penjimatan sebanyak RM4.3 bilion itu katanya untuk mempertingkatkan prestasi pengangkutan awam di negara ini.

Namun selepas sekian lama berlalu, tidak jelas kelihatan apakah prasarana pengangkutan awam yang ditingkatkan oleh kerajaan. Ini sangat menyusahkan rakyat tambahan lagi selepas harga minyak dinaikkan secaran mendadak baru-baru ini.

Ketika inilah, rakyat akan memilih pengangkutan awam selepas tidak tahan menanggung kesan dari kenaikan harga minyak. Namun, tidak satupun sistem pengangkutan awam yang menyelesakan rakyat samada bas, teksi apatah lagi LRT, Komuter dan Monorel.

Cuba naik Putra LRT atau Komuter. Manusia di dalam gerabaknya macam ikan sardin terutama diwaktu puncak iaitu pagi ketika orang ramai mahu pergi kerja atau petang ketika mereka mahu pulang dari kerja.

Dalam pada itu, jawapan Menteri Pengangkutan kepada soalan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dalam soalannya di Dewan Rakyat, mendedahkan segala-galanya.

Dalam jawapannya pada 3 Julai lalu, Menteri Pengangkutan berkata, sehingga kini kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam telah meluluskan pelaksanaan sembilan projek bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam negara dengan keseluruhan kos berjumlah RM834.75 juta sahaja.

Mana pergi duit bernilai RM4.3 bilion yang dijimatkan dan dijanjikan untuk pengangkutan awam itu?

Dengan kenaikan harga minyak kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM13 bilion. Kalau RM4.3 bilion kerajaan terkial-kial untuk membelanjakannya, apa nasib RM13 bilion ini. Ini soalan kami di Siasah.

Tetapi nampaknya Shabery tidak menjawab soalan ini bahkan menuduh wakil Siasah tidak mengikuti perkembangan isu ini.

Kepada Datuk Seri Anwar, kami tanyakan soalan berikut:-

"Bercakap soal minyak adalah harta masa depan, seingat saya, semasa Datuk Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Datuk Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Apa sebenarnya pemikiran Datuk Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga untuk rakyat masa depan ini."
Dalam jawapannya Anwar menjelas, beliau memang menubuhkan Tabung Warisan itu dengan harapan untuk kepentingan anak cucu kita di masa depan.

Namun selepas beliau keluar, tidak ada lagi pihak yang berminat dengannya dan projek itu berkubur begitu sahaja.

Inilah sedikit peranan Siasah. Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar yang memberikan kepercayaan untuk bersama-sama dalam detik bersejarah ini dan terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi kami dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Debat ini.

-SIASAH

Lompat Kangaroo Lompat

Assalamu'alaikum...

Ini cerita & lagu yang paling-paling penyokong-penyokong & pemimpin-peminpin UMNO/BN tak suka dengar...

LOMPAT KANGAROO LOMPAT...jeng jeng!
MASUK PAKATAN RAKYAT...jeng jeng!

LOMPAT LAH CEPAT-CEPAT, KITA BENTUK KERAJAAN RAKYAT!!


LOMPAT LAH TINGGI-TINGGI...jeng jeng!

RAKYAT SEDANG MENANTI...jeng jeng!

LOMPAT LAH CEPAT-CEPAT,KERAJAAN BARU SEDANG MENANTI!!!...


Kah kah kah...confirm la pas ni lagu ni kene haram kat semua media perdana...CONFIRM!!!

Ni berita pasal lompat...hahaha...pro BN tak yah baca la...mampus korang tak percaya...aku tau...dalam masa terdekat-terdekat ni ada ahli komponen BN iaitu dari parti MIC akan melompat ke komponen Pakatan Rakyat & yang nak melompat ni pulak bukan lompat solo...depa lompat berkumpulan...MIC...take care...apa lagi? mesyuarat la cepat-cepat...kenal pasti ahli yang bakal membelot pada parti tapi perjuang hak rakyat!

Nanti lepas meeting terus bubar parti...MIC? hantar muzium la...baik tak de dari ada...dok dalam BN tak dapat apa-apa...baik bubar masuk Pakatan Rakyat...

UMNO??? parti melayu terbesar tapi pakai nama omputih ni pun kene buat mesyuarat tergempar jugak...kenal pasti ahli mana yang dah buat surat resign, keluar UMNO & dah isi borang keahlian komponen Pakatan Rakyat...mampuih la hang...

Untuk UMNO aku bagi klu la sikit...nak harap korang pikir sendiri memang "0" la...sumer tak reti pakai akal...jenguk-jenguk la orang besar korang kat pantai timur tu...ada tu...korang je tak tau sebab sibuk pikir RM RM RM...

Komponen kat Sabah & Sarawak...ini tak yah cerita la...orang BN nak list nama ke?boleh blah!!!BN kan terer...semua boleh...carik la sendiri...kalau tak dapat cari...korang tunggu je la...sementara menunggu-nunggu tu boleh jugak fikir-fikir balik perjuangan korang balik...borang keahlian komponen Pakatan Rakyat ada ni...mintak je...PAS,PKR & DAP korang pilih je...pintu sentiasa terbuka...

Dah la...aku nak nyanyi...

LOMPAT KANGAROO LOMPAT...jeng jeng!
MASUK PAKATAN RAKYAT...jeng jeng!

LOMPAT LAH CEPAT-CEPAT, KITA BENTUK KERAJAAN RAKYAT!!


LOMPAT LAH TINGGI-TINGGI...jeng jeng!

RAKYAT SEDANG MENANTI...jeng jeng!

LOMPAT LAH CEPAT-CEPAT,KERAJAAN BARU SEDANG MENANTI!!!...


*pro BN korang pikir je pasal isu liwat tu...jangan pikir hat lain dah...kang ter"lewat" lak kang...kah kah kah...

DNA DSAI Ber"mutasi"?

Assalamu'alaikum...

Rujuk berita Malaysiakini semalam bertajuk DNA: Anwar beri jika ada perintah mahkamah...

Kepala otak aku bengong...pusing...kejap aku terkesima jadik tongong...wing wing wing berdengung-dengung dalam kepala otak aku ( ni membuktikan otak aku terletak dalam tengkorak kepala aku, tak macam "depa" )...

Kenapa pulak? ia lah...DNA...nak buat apa dengan DNA DSAI lagi? 1998-1999 dulu kan dah ambik dah DNA...bukan stakat DNA...habis bulu-bulu ari-ari, bulu ketiak, bulu dada ( ada ke? ), bulu roma, kuku, rambut, sample kulit, ayaq mani dll kan dah ambik dah dulu?

Apa yang dulu tak cukup ke untuk buat kajian? nak kaji kejadah lagi? dengar cerita sample DNA DSAI yang dulu pun dah hantar sampai ke Australia untuk buat kajian pengesahan DNA.dah tu amende lagi yang tak cukup?

Ni la yang selalu aku panggil "lembu"...setahu aku la kan...sample-sample tu semua mesti la dah ada dalam simpanan hospital...tak tau la pulak prosedur hospital kita ni...kot-kot depa lupuskan lepas buat kajian.kalau dilupuskan lepas buat kajian, memang sah lah yang terlibat tu bukan tahap "lembu" dah...ni dah tahap "bangang" tapi berlagak ceghedik!

Bila aku perati balik apa yang berlaku 2-3 hari ni dalam kes liwat 2, aku dapat simpulkan bahawa memang SAH kes ni tak pernah berlaku & semua ni rekaan semata-mata.KONSPIRASI kata intelektual.

KONSPIRASI TAK TERANCANG.

Bagi aku konspirasi ni wujud secara tak terancang.ye la kan...bukan senang nak reka cerita sensasi macam ni.rakyat dah belajar dari kes liwat 1 ( 1998-1999 ) & apa-apa yang akan berlaku lepas ni, sentiasa dipantau oleh rakyat.yang merancang pulak main tangkap muat je sebab mungkin dah tersepit sangat takut cita-cita terbantut...jadi, sebelum terbantut...baik redah je...untung-untung sangkut...kalau tak sangkut pun, boleh melengah-lengahkan masa sementara merancang konspirasi lain pulak sebagai back-up...tak gitu?


DNA.


Kita cerita pasal DNA pulak.ikut lojik la...aku yakin hospital memang ada simpan DNA DSAI yang depa ambik dulu.yang ni aku cukup-cukup yakin.mustahil tak de simpan dalam lab hospital.

Tapi...untuk kes liwat 2 ni, apa yang ada dalam lab hospital mungkin sekadar cukup untuk buat kajian & perbandingan je.lebihan memang tak de sebab tu nak kena ambik lagi sample DNA DSAI.

Untuk Apa DNA?

Dalam kepala otak aku, tujuan depa nak ambik lagi sample DNA DSAI untuk kali ni bukanlah untuk buat perbandingan tetapi untuk di"TEPEK" ke tempat-tempat strategi ditempat yang dikatakan berlaku kejadian liwat, dicadar tempat yang dikatakan meliwat, dibantal yang kononnya menjadi tempat alas kejadian liwat, dipintu lokasi yang dikatakan berlaku peliwatan & beberapa tempat-tampat & barangan-barangan yang akan diusung oleh bakal ketua polis seterusnya ke mahkamah sebagai bahan bukti & saksi kejadian liwat...

KEMUNGKINAN JUGA DNA DSAI AKAN DISUMBAT KEDALAM LUBANG BELAKANG SHAIFUL SUPAYA NAMPAK LEBIH REAL LAGI FILEM INI!

Itulah yang ada dalam kepala aku...engkorang semua aku tak tau lah...

DNA DSAI ber"MUTASI"?

Ini pun ada kemungkinan juga...kalau kita ambik pendapat depa-depa yang "percaya" DSAI meliwat, kemungkinan besar kita akan dapat jawapan ni...mungkin KJ & Hishamudin akan buat kenyataan macam ni "kita percaya polis & mahkamah telus dalam siasatan kes ini & DSAI wajib memberi DNAnya untuk dianalisis kerana ada kemungkinan DNA DSAI telah ber"MUTASI" setelah 10 tahun...ya...kita tak menolak kemungkinan ini" ( sambil kelip-kelip mata )...

Kenyataan tu aku reka je...bukan betul pun...tapi ni kan Malaysia...apa-apapun boleh...

Harapnya DSAI tak kan bagi DNAnya kepada pihak-pihak yang berkenaan WALAUPUN ada arahan dari mahkamah...aku rasa peguam-peguam DSAI boleh lawan balik perintah mahkamah ( kalau ada ) dengan hujah tahun 1998-1999 DSAI pernah dibicarakan atas tuduhan liwat & DNAnya telah diambil oleh pihak hospital untuk sample pada masa itu.saksi masa pengambilan DNA tu ialah pihak polis sendiri...

Dengan hujah tu aku rasa tak de masalah untuk lawan balik arahan mahkamah...mahkamah kena la tanya pihak polis & hospital mana pergi sample yang dulu & mintak saksi polis & pihak hospital masa ambil DNA DSAI yang dulu tampil untuk bagi penjelasan.mana pergi sample DNA dulu???

Kalau 2-2 pihak tak dapat jawab, terbuktilah diseluruh dunia bahawa institusi PDRM & Hospital di Malaysia takat mana...mungkin lebih teruk dari polis & hospital kat negara dunia ke 3 yang masih bergolak...betoi dak???

Walau macam manapun aku tetap percaya...DNA DSAI mungkin ber"MUTASI"...kah kah kah kah kah kah kah kah kah... ( sambil tumbuk kepala )...ni kenyataan aku kalau otak aku ada dalam kepala lutut aku la...oleh kerana aku yakin otak aku ada dalam tempurung kepala aku & berfungsi dengan baik maka kenyataan aku jadik -

DNA DSAI atau sape-sape tak kan berubah...yang berubah ialah skrip kes liwat 2...berubah mengikut kenyataan DSAI lepas ni, sebenarnya skrip tu tak berubah pun sebab skrip tu tak de lagi...depa baru nak reka tu...percaya la korang-korang......dah lama daaaaaaaaahhh...!!!

Tayangan imej di DBKL membazir

dbkl building and pak lah image 180708Jul 18, 08 12:17pm
Dua ahli parlimen pembangkang bersiar-siar malam tadi dekat Dataran Merdeka, sambil menonton pertunjukan cahaya di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - tetapi mereka menganggap ia sebagai pembaziran semata-mata dalam usaha kerajaan menyeru rakyat berjimat-cermat.

Ahli-ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Segambut, Lim Lip Eng sempat bergambar dengan imej besar perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebagai sebuah dewan bandaraya yang paling kaya di negara ini, DBKL harus menjadi contoh utama kepada jabatan-jabatan kerajaan lain untuk menjimatkan tenaga," kata Lim.

"Kenapa (kerajaan memperkenalkan langkah) menutup pendingin hawa dan lampu ketika waktu rehat tengah hari, sedangkan seluruh bangunan terang-benderang di waktu malam, dengan pertunjukan cahaya besar-besaran?

"Bagaimana pertunjukan lampu ini setiap malam boleh memberi manfaat kepada orang ramai dalam zaman yang sukar ini (akibat kenaikan harga barang)?"

-malaysiakini

USD8 million - Datuk Badawi's yacht

17 May 2006

Malaysian Prime Minister, Abdullah Ahmed Badawi arrived in Bodrum yesterday to see his boat which he ordered four months ago. Badawi arrived in Bodrumat 1.30 am with a private jet that belongs to Malaysia Airlines.

The head official of Milas, Bahattin Atci, and Malaysian businessman Ananda Krishnan, who is the sixth richest man in Asia , welcomed Badawi. Kamil Sezgun, who is the director of Kobra Yachting and Tourism Ltd Co, was also present.
Badawi and his friend Krishan went to Gokova for fishing with a luxury motor yacht belonging to Kremala Holding, which was brought over here from Malta .. The luxury yacht 'Obsessions' is 40-meter long, made in the Netherlands and the captain of the yacht is Cavit Kabak. The yacht was anchored in Milta Marina.



Badawi said he loves Bodrum and south Aegean and the Mediterranean so much.It's a great pleasure for him to be here fishing and resting on the line (horizon) that connects blue and green (ocean and land).



The boat will cost 8 million dollars

The boat is made of Akaju, Maun, Sipo and Brimanya's tree which is imported from South Africa . It is expected to be completed in 16 months. Some 60 people are involved in the construction of the boat. The boat will be delivered after 12 months (since he ordered it four months ago). The capacity of the boat is for 14 people and the length is 44 meters. The boat will cost 8 million US dollars.




klik [ here ] for original article ( turkey language ) see below for attachment.

Malezya Başbakanı teknesini görmeye geldi

17 Aralık 2006

Malezya Başbakanı Abdullah Ahmet Badawi dört ay önce sipariş ettiği ve inşası süren "Cobra Sultan" adlı gulet tipi yatını görmek için gece yarısı Bodrum’a geldi.

Badawi dün saat 01.30 sıralarında Malezya Hava Yolları’na ait özel jetle Milas-Bodrum Havalimanı’na indi. Badawi’yi Milas Kaymakamı Bahattin Atçı, Badawi’nin en yakın arkadaşı olduğu ve Asya’nın en zengin altı kişisinden biri olduğu belirtilen Malezyalı işadamı Ananja Krishnan ile teknesini yapan Kobra Yatçılık ve Turizm Limited Şirketi’nin Müdürü Kamil Sezgün karşıladı. Badawi arkadaşı Krishnan ile dün sabah erken saatlerinde, Milta Marina’da demirli, Malta’dan özel olarak getirtilen, Kremala Holding’e ait 40 metre uzunluğundaki, kaptanlığını Cavit Kabak’ın yaptığı Hollanda yapımı ’Obsessions’ adlı lüks motor yatla balık avlamak için Gökova’ya açıldı. Badawi, "Bodrum’u, Güney Ege’yi ve Akdeniz’in cennet koylarını çok beğeniyorum. Mavi ile yeşilin buluştuğu yerde hem dinlenmek, hem gezmek hem de avlanmak benim için büyük bir zevk" dedi.

8 milyon dolara mal olacak

GÜNEY Afrika’dan ithal edilen akaju, maun, sipo ve brimanya ağaçları kullanılarak yaklaşık 16 ayda tamamlanması beklenen yatta yaklaşık 60 işçinin çalıştığı belirtildi. Yat, 12 ay sonra teslim edilecek. 14 kişi kapasiteli 44 metre uzunluğundaki yatın 8 milyon dolara mal olacağı belirtildi.

"Saya pun ada formula atasi kenaikan harga minyak" Ku Li

KB: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia.

Menurut beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia.

Sambil menegaskan 'formula' itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan terutama di kalangan anggota Umno ketika beliau menawarkan diri sebagai calon Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata apa yang diutamakan ialah kepentingan rakyat.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

"Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa," katanya dalam satu persidangan media di kediamannya di sini hari ini.

Razaleigh berkata Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu memberi idea-idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

"Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat," katanya.

Beliau berkata dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula.

Beliau seterusnya berkata wujud satu sentimen ketika ini yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin dari Pantai Timur untuk membawa pembangunan dalam negara dengan pantas.

"Sepanjang saya menjelajah di kawasan Pantai Timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang saya mendengar ramai pihak yang menyatakan bahawa mereka mahukan Perdana Menteri dari Pantai Timur," katanya.

Razaleigh berkata perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara terus kekal aman dan maju.

Dr. Mahathir ulas impak debat minyak, dakwaan liwat dihadapi Anwar

18-07-2008 08:27:24 AM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas debat kenaikan harga minyak Selasa lalu dan isu dakwaan meliwat terbaru dihadapi bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi tulisan terbaru blognya.

Mengenai debat, Dr. Mahathir berkata, forum tersebut yang diambil bahagian oleh Anwar dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bukan satu pertandingan yang adil.

"Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan dalam keadaan tertekan.

"Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata beliau.

Forum debat itu dianjurkan oleg Agendadaily menyentuh isu kenaikan harga minyak dan kali pertama menyaksikan kemunculan Anwar dalam siaran langsung televisyen selepas dipecat Dr. Mahathir pada September 1998.

Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.

Selepas dipecat daripada Umno dan kerajaan, Anwar berhadapan dengan dakwaan salah guna kuasa dan liwat.

Beliau menjalani hukuman kerana sabit kesalahan salah guna kuasa dan mahkamah membebaskan beliau daripada tuduhan liwat empat tahun yang lalu.

Dr. Mahathir mengulangi bahawa Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya.

"Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

"Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah," katanya lagi.

Beliau juga menyentuh tentang elemen konspirasi taktik yang diperkatakan oleh banyak pihak dalam dakwaan liwat ini.

"Tetapi, adakah kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu?

"Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ia benar," sentuh beliau dalam tulisannya.

Katanya, adalah mustahil kemungkinan pihak yang membuat laporan kali ini seorang yang cuba meniru.

"Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat.

"Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar.

"Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi di mahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama," tambah Dr. Mahathir.

Bekas Presiden Umno itu juga menyentuh saranan dan syor supaya si menuduh dan kena tuduh supaya bersumpah.

Kata Dr. Mahathir, menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan.

"Ia satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

"Dalam al-Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulang kali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil"," kata beliau.

Justeru menurut beliau, Syariah bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman.

"Undang-undang Syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas.

"Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman," jelas beliau.

Katanya, amat jelas al-Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi.
Ini kerana katanya, Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan dan proses yang diambil dalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai, yang tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

"Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf.

"Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ia melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa," katanya.

-mSTAR Online

'Saya enggan, takut gambar saya tersebar luas di You Tube' - Anwar

18-07-2008 07:45:28 AM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN, ARIFFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU

ANWAR Ibrahim (dua dari kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas dibebaskan atas jaminan polis petang tadi di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Bersama beliau ialah Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kanan), anak mereka, Nurul Izzah (paling kiri, berdiri) dan salah seorang peguamnya, R. Sivarasa (dua dari kiri). - foto The Star CHUA KOK HWA

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menolak untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan alasan tidak yakin akan ujian itu dan atas nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara.

Anwar percaya pemalsuan terhadap bukti DNAnya boleh berlaku berdasarkan tuduhan palsu kes liwatnya pada 1998 dan juga kerana orang yang menuduhnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan masih di dalam tahanan polis.

“Mengenai isu pengambilan darah, saya dinasihatkan oleh peguam dan pakar-pakar DNA dari dalam dan luar negara untuk tidak membenarkannya,” kata beliau pada sidang media yang diadakan di rumahnya di Bukit Segambut pukul 2 petang ini selepas dibebaskan pagi tadi.

Alasan yang diberikan ialah simpanan sampel darah beliau sudah ada dalam simpanan polis dan takut kemungkinan berlaku manipulasi terhadap sampel tersebut oleh pihak-pihak tertentu.

Anwar ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang semalam untuk diambil keterangan dan dibebaskan pada pukul 9.50 pagi hari ini selepas polis mengambil lagi keterangannya pukul 7.30 pagi.

Katanya beliau diletakkan di lokap di tingkat tujuh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala dan dilayan dengan baik.

Beliau juga mempersoalkan prosedur polis dengan mendakwa polis tidak membebaskannya berikutan keenganannya memberikan sampel darah tetapi membebaskannya pagi ini walaupun beliau masih tidak berbuat demikian.

Ketika ditanya sama ada beliau mahu berjumpa Saiful, Anwar berkata:
"Ia sekadar episod dalam drama. Ini tuduhan serius, melibatkan kesalahan jenayah. Ada bukti dan asas patut disiasat, jika tiada asas dan bukti, penuduh yang patut ditahan dan tertuduh harus dilepaskan."

Semalam Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 8.35 malam tadi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun beliau bertanya kepada pegawai perubatan HKL mengapa sampel darah beliau mahu diambil, pegawai tersebut memaklumkan bahawa sampel tersebut akan dikirimkan untuk tindakan polis.

“Oleh itu saya inginkan jaminan apakah proses tersebut dapat dipastikan tiada sebarang unsur atau percubaan seperti tindakan sebelumnya (kes 1998) iaitu menipu meletakkan DNA terawal di tempat-tempat tertentu,” katanya.

Beliau juga inginkan jaminan kerajaan untuk melihat keterangan yang ada bagi memastikan kes ini disiasat dengan telus dan profesional.

Mengenai pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, Anwar berkata beliau telah ditelanjangkan bagi menjalankan pemeriksaan seluruh badan.

“Saya dibogelkan. Seluruh badan saya diperiksa termasuk kemaluan. Mereka juga ukur apa yang perlu dan saya ikut semuanya.

"Namun saya enggan gambar saya diambil kerana takut akan tersebar luas dalam You Tube,” katanya sambil tersenyum.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga hairan dan kesal kerana sehingga kini beliau masih belum menerima salinan laporan polis yang dibuat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Jelasnya, jika selepas ini atau esok beliau menerima laporan itu, adalah sukar untuknya memastikan sama ada laporan itu benar-benar asli ataupun tidak.

“Kalau lepas ini saya terima, siapa boleh pastikan laporan itu asli atau tidak? Mana ada siasatan dijalankan terhadap tertuduh tanpa melihat laporan tuduhan terhadapnya?,” kata beliau.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan pindaan akan dilakukan terhadap laporan polis terhadapnya selepas beliau selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur semalam.

Ditanya sama ada beliau meminta kebenaran polis untuk melihat laporan itu semasa siasatan dijalankan semalam, beliau berkata, polis memberikan pelbagai alasan untuk tidak memberikannya.

Bercerita mengenai apa yang berlaku sehingga beliau perlu ditahan di lokap, beliau berkata, pada mulanya polis berjanji akan membebaskannya semalam selepas selesai menjalankan ujian kesihatan di HKL.

“Sebelum itu saya diberi jaminan oleh pegawai atasan polis untuk merekodkan keterangan, buat pemeriksaan kesihatan di HKL dan kembali semula ke IPK untuk diberikan bon polis agar saya dibebaskan semalam juga, namun perkara sebaliknya berlaku,” katanya.

Semalam beliau ditempatkan di lokap tingkat tujuh IPK dan diarah tidur di lantai simen tanpa alas.

“Lokap itu adalah lokap yang menempatkan penjenayah besar. Saya disuruh tidur dilantai simen tanpa alas hingga menyebabkan pinggang saya kembali sakit kerana tidak tahan dengan sejuk,” katanya.

Namun kira-kira pukul 1 pagi, isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail datang memberikan tuala bagi dijadikan alas.

Selepas keterangan sambungan diberikan kepada polis hampir 30 minit, beliau dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sejurus sampai ke rumah, beliau diberikan suntikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadi kerana mengadu terlalu sakit dan beliau perlu berehat sebelum bersedia mengadakan sidang media kira-kira pukul 2.05 petang.

Diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang bersedia bermuzakarah dengan pemimpin Umno, beliau menyokong usaha PAS untuk berjumpa sesiapa sahaja.

Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu juga menegaskan hubungan PKR dan PAS masih utuh seperti dahulu tanpa masalah.

Beliau turut ditanya mengenai keputusan untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil bagi memberi laluan untuknya, beliau berkata hasrat itu akan tetap dilakukannya.

“Saya baru dibebaskan. Bagilah saya sedikit masa,” katanya yang turut mengakui detik 16 September (umum ahli BN lompat parti) yang dijanjikan pasti akan dibuktikan.

Dalam sidang media tersebut beliau turut ditemani isteri, peguamnya Sakaran Nair dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

-mSTAR Online

Berita : Agenda Daily

DNA Anwar…polis mungkin dapatkan perintah mahkamah

Polis kemungkinan terpaksa mendapatkan perintah mahkamah ekoran keengganan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam membantu siasatan kes liwat yang melibatkan dirinya.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menjelaskan sample DNA Awnwar dalam kes yang melibatkan dirinya 10 tahun lalu tidak boleh digunakan sebagai bukti atau perbandingan bagi kes yang terbaru.

“Sangat penting untuk kita dapatkan sampel DNA daripada orang yang disyaki (suspek) dalam kes liwat ini, malangnya beliau (Anwar) enggan bekerjasama.

“Oleh itu, kita perlu merujuk dari aspek perundangan termasuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan sampel DNA beliau (Anwar) diambil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang Khamis.

Menurut beliau, perintah mahkamah menjadi pilihan polis buat masa ini ekoran keengganan Anwar benarkan sampel DAN beliau diambil semasa polis membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu malam.

Malah katanya, sepanjang hampir satu jam semasa berada di Wad Diraja HKL, Anwar tetap enggan memberikan kebenaran kepada doktor untuk mengambil sampel DNA. - 17/7/2008


Itu prosedur biasa

Gembar-gembur yang dibangkitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim tentang dirinya dibogelkan semasajalani pemeriksaan kesihatan mendapat reaksi Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad.

Menurut Dr. Abdul Latif, prosedur yang dilakukan oleh doktor tersebut adalah perkara biasa yang dilakukan kerana ia membabitkan pemeriksaan yang seharusnya dijalankan secara lengkap.

“Semua pemeriksaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan Anwar, Jika beliau enggan diperiksa bagaimana pihak doktor dapat melindungi kepentingannya,” kata beliau.

Anwar dalam sidang media di kediamannya memberitahu beliau dibogelkan semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan yang disifatkannya tidak sepatutnya dilakukan ke atas dirinya.

Menurut Dr. Abdul Latif, “Dalam membuat pemeriksaan kesihatan tanpa menanggalkan pakaian itu adalah di luar tabie,” sambil tersenyum. - 17/7/2008


Anwar cuba wujud ‘trial by media’

Menteri Keselamatan dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mewujudkan ' trail by media' dengan membuat pelbagai andaian serta dakwaan berhubung laporan yang mendakwa beliau meliwat pembantu khasnya.

Beliau memberikan contoh bagaimana ‘trial by media’ itu cuba diwujudkan oleh Anwar apabila Anwar mempersoalkan kenapa pihak polis tidak memberikan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhri Azlan.

“Polis belum selesai siasatan (kes ini)...bila seseorang itu akan didakwa baru bagi ",kata Menteri KDN pada Agendadaily di bangunan Parlimen petang Khamis.

Menurut beliau, semua keputusan atau tindakan yang dibuat harus mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Terdahulu ketikan bercakap kepada wartawan, Syed Hamid menjelaskan jika seseorang itu ingin mendapatkan kebenaran bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, ujian DNA adalah kaedah paling mudah dan terbaik untuk tujuan itu.

Katanya, dalam isu Anwar beliau boleh menjalani ujian DNA dengan kehadiran doktor peribadi beliau sendiri sekiranya bimbang dianiayai.

“Pada saya jika kita mahu menegakkan kebenaran, cara paling mudah ialah dengan memberi sampel DNA dan biarkan pakar menjalankan analisis. DNA tidak menipu, kenapa perlu dirisaukan. Namun jika takut juga dianiayai, tak ada masalah pun jika hendak dilakukan dengan kehadiran doktor sendiri.

“Sebab itu jika kebenaran yang saya cari, saya akan jalani ujian DNA tanpa rasa takut kerana ia adalah salah satu cara yang paling sempurna,” katanya. - 17/7/2008

-Agenda Daily