"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 10, 2009

HUDUD: KALAU TIDAK, DIAM SAJALAH! - malaysiakini

Artikel aku sebelum ni dekat [sini] tak terjawab dek hantu-hantu dan jugak pencacai-pencacai UMNO/BN, hari ni dalam isu yang sama jugak, aku nak hangpa semua baca artikel yang aku kutip dari blog nobisha ,harap yang berkenaan tolong baca dan pahamkan dalam-dalam...

Kalau tak, DIAM SAJALAH...!!!

Saya tertarik dengan polemik isu hudud. Malaysiakini melaporkan Pengerusi DAP Karpal Singh tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai isu itu (lihat laporan Malaysiakini bertaju, "Hudud: Kenyataan Anwar Mengelirukan, kata Karpal"). Kenyataan Karpal Singh dalam Malaysiakini itu adalah konsisten dengan pendirian DAP selama ini. Itu tidak menghairankan.

Hukum hudud wajib. Hukum Islam wajib. Oleh kerana hukum itu wajib, maka ahli politik Muslim mengambil pendekatan yang berhati-hati mengenainya. Apa yang saya dengar ialah mereka berkata ia mengambil masa untuk dilaksanakan. Berapa lama? Elok kita hadapkan soalan itu kepada mereka.

Kita ada dua pilihan. Satu, kita boleh bercakap mengenai sesuatu yang tak boleh dilaksanakan sekarang (atas apa sebab sekali pun). Kemudian, kita berpolemik soal itu. Berminggu-minggu kita bercakap soal hudud yang tak boleh dilaksanakan. Orang yang bertanya pun tak boleh laksanakan. Orang yang menjawab pun tak boleh laksanakan.

Ini tak ubah seperti seorang yang telanjang ketawa kepada seorang lain yang juga telanjang. Sama-sama telanjang. Sama-sama ketawa. Akhir sekali, orang luar nampak kebodohan kedua-dua orang yang sama-sama telanjang dan sama-sama ketawa.

Baik kita bercakap sesuatu yang boleh dilaksanakan. Sekarang. Bukan 30 tahun dari sekarang. Bukan 50 tahun dari sekarang. Apa yang boleh kita buat sekarang. Itu lebih afdhal.

Saya nak lihat semua Muslim di Malaysia melaksanakan cara hidup Islam. Islam ialah cara hidup. Banyak perkara yang boleh kita laksanakan tanpa perlu berpolemik. Banyak cara hidup Islam yang boleh dilaksanakan tanpa perlu pindaan perlembagaan.

Nak solat, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak menutup aurat, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak membaca Quran, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak tolak rasuah, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak berpolitik cara Islam (tak berbohong, jujur, ikhlas, amanah dll.) tak perlu pindaan perlembagaan. Nak sembahyang jemaah di masjid, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak buat kebajikan, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak berniaga tanpa riba, tak perlu pindaan perlembagaan. Adakah kita dah buat semua tu?

Kita gemar bercakap satu perkara yang susah, sehingga melupakan perkara mudah yang boleh kita lakukan sekarang. Inilah penyakit umat Islam hari ini. Suka berbalah. Penyakit inilah yang membuatkan kita lemah.

Hudud menjadi isu kerana ia boleh jadi senjata ampuh untuk menyerang lawan. Kita boleh gunakan hudud untuk gertak lawan, "Kamu nak buat hudud atau tidak?" Itu sebabnya. Usah berbohong dan berdolak-dalih. Hudud menjadi modal politik.

Saya nak sarankan kepada orang yang ghairah sangat menggunakan hudud untuk menyerang orang lain, lihatlah diri sendiri dulu. Cermin-cerminkan diri. Adakah akhlak kita dah bagus? Adakah kita sudah jalani cara hidup Islam? Isteri bagaimana? Anak kamu bagaimana? Keluarga kamu bagaimana? Masyarakat kamu bagaimana?

Kalau dah jalani cara hidup Islam dalam kehidupan diri dan keluarga kamu, jom kita laksanakan hudud. Sekarang.

Kalau tidak, diam sajalah!

Gambar Sekitar Perhimpunan Anti Zionis (US Embassy) - malaysiakini















Add Image