Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.Jadi, untuk Pilihanraya akan datang (tak kira la Kecil atau Umum), PKR khususnya DSAI patut belajar dan ambik iktibar dari apa yang dah berlaku sepanjang tempoh selesai PRU-12 sampai la sekarang.
“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.
Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.
Sumber - jiwo kelate
Tak guna berebut kawasan untuk bertanding kalau calon yang ada tak cukup kelayakan, kurang kreadibiliti, tangkap muat, "reformis", tiada pegangan, "iman" tak cukup atau ada apa-apa je ciri-ciri yang kurang meyakinkan. kesannya kita dah tengok.
Ada baiknya setiap parti (tak kira la PAS, PKR atau DAP) mula menapis atau menilai mana-mana ahlinya (dari semua peringkat) bermula dari sekarang yang bakal dicalonkan supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
Bila jadi benda-benda macam ni (wakil rakyat isytihar keluar parti), yang paling sakit hati ialah para pengundi yang mengundi calon berkenaan. bila pengundi dah sakit hati, bagi la apa alasan pun memang tak guna dah... nasib jugak Negara ni ada "Undang-Undang" (walaupun bertaraf "rimba"), kalau tak de "Undang-Undang", aku tak tau la berapa ramai wakil rakyat kurang-kurang pun makan pelempang dekat kawasan masing-masing.
Lepas buat penilaian menyeluruh termasuk latar belakang calon pun "meyakinkan" untuk pikul tanggung jawab, baru la cerita pasal "kawasan mana parti-parti" (yang berkenaan) nak bertanding. kalau senarai calon kurang dari kawasan yang ada, lupakan terus, tak payah nak buang masa dok tarik-tarik last minute punya calon.
Tu cara paling baik. yang mana kawasan tak dapat nak bertanding sebab tak de calon yang meyakinkan, ahli-ahli parti yang tak bertanding elok pakat-pakat tolong kempen untuk calon parti lain yang bertanding. "no heart feeling".
Beb... kalau kau ada 3,000 calon untuk bertanding dalam Pilihanraya tapi kualiti "bawah tahap beku", negative 1 sen pun tak guna beb. kemudian hari kena maki je dekat rakyat. tu baru tahap rakyat yang tak buat kerja masa tempoh kempen pilihanraya... maki-maki dari "jentera" yang bertugas 24 jam nak pastikan kemenangan jangan lupa beb..!
Lalu ke nak hidup atas "pahala percuma" je sepanjang masa..? bab "pahala percuma" tu satu hal, bab "kepercayaan" orang ramai pulak macam mana..?
Jadi beringatlah dan ambiklah iktibar. jangan fikir "orang lama" tu hebat (macam Zahrain), jangan ingat "orang baru" tu bagus sebab ada sokongan akar umbi (macam Zulkifli Nordin) dan jangan fikir "aku tau apa aku buat" (macam kau la) sebab semua tu bukan jaminan.
Jaminan pada parti yang bertanding adalah undi majoriti dari rakyat tapi jaminan untuk pengundi yang mengundi calon pilihan pulak apa beb..?
Tak kan kau nak jamin mulut je "calon ni bagus dan SAYA JAMIN dia tak kan mengkhianati anda para pengundi..!" (sambil angkat tangan tanda bagusss)...???
*kompom lepas ni ramai geng PKR bantai aku cukup-cukup... sukati korang la... aku pedulik hape..? nak dengar, dengar, tak nak dengar sudah... aku tak de kepentingan...