"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, May 21, 2008

RM1.2 Bilion dilabur ke Pulau Pinang.

Pulau Pinang peroleh RM1.2 bilion pelaburan

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang memperoleh pelaburan asing berjumlah RM1.2 bilion dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat esok, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Bagaimanapun, Lim yang turut berada di Kongres Dunia Mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) 2008, tidak memaklumkan butiran lanjut mengenainya.

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) hari ini mengumumkan pembinaan sebuah kilang di Pulau Pinang oleh Ibiden Co Ltd, Jepun dengan pelaburan RM1 bilion. - bernama

Assalamualaikum...

Bangga betul bila membaca laporan dari bernama tentang sebuah negeri diutara Semenanjung.satu masa dulu ada yang mempersoalkan keupayaan kerajaan PR didalam mentadbir mana-mana negeri di Malaysia.walaupun tanpa bantuan dari kerajaan pusat(buat masa ini)namun kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng(DAP)berjaya juga mendapat pelaburan asing dalam tempoh yang amat singkat.

Apa yang menarik sekali disini ialah keyakinan & kepercayaan pelabur asing untuk melabur disebuah negeri yang diterajui oleh bukan kerajaan pusat dan Lim Guan Eng juga tidak mengambil masa yang lama untuk meyakinkan pelabur asing tersebut didalam membuat pelaburan yang sebegitu besar jumlahnya.pasti kreadibiliti Lim Guan Eng dipandang begitu tinggi sehingga mendorong mereka mengambil keputusan tersebut.

Kita mengharapkan agar selepas ini lebih ramai para pelabur tempatan membuka mata dan tidak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama dibumi tanah tumpah mereka sendiri walaupun negeri tersebut diperintah oleh PR seterusnya dapat membantu memacu ekonomi yang lebih kukuh dan membuka lebih peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan yang selama ini terabai dibawah kerajaan pusat.

Namun disebalik kejayaan demi kejayaan yang diperolehi,sukalah kita untuk mengingatkan pimpinan kerajaan negeri PR agar tidak lalai dan sentiasa berhati-hati dengan kejayaan yang tak seberapa ini.banyak lagi yang menanti.

Lompat Mantan PM vs Lompat Mantan TPM.

Assalamualaikum...

bangun pagi ni hati tergerak nak menjenguk blog mantan PM & agak menarik jugak tajuk dari laman mantan PM hari ni :

LOMPAT

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi BN selama 22 tahun amat konsisten dengan telahan bahawa tidak akan berlaku cukup MP BN yang akan ‘melompat’ dan menyertai mana mana parti Pembangkang atau menubuhkan parti baru yang akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR), agar memboleh Kerajaan Persekutuan alternative kepada BN dibentuk.

Dalam tulisan terbaru, beliau mengariskan sepuluh sebab mengapa fenomena ‘melompat’ ini amat kecil kebarangkalianya berlaku.

Sebelum ini, beliau pernah amat yakin mempersoalkan kemungkinan MP BN melompat agar Kerajaan Persekutuan BN tumbang.

Wahwahwah...

Semenjak berada diatas platform bebas ni,makin galak mantan PM bicara soal "lompat".ada pulak dengan teorinya sekali.tapi rasanya kalau setakat teori tanpa praktikal jawabnya tak kemanalah teori mantan PM ni...kita sedia maklum berapa ramai ahli UMNO yang mengikut jejak "kurang cerdik" mantan PM ni...

Terpaksa gunakan ayat "kurang cerdik" sebab mana ada pahlawan yang berperang dari luar medan perang?kalau ada pun agaknya jenis panglima ilmu hitam.tak kan mantan PM ada pakai ilmu hitam?

Tak taulah sejauh mana akan berjaya mantan PM dengan teori lompatnya tapi aku dapat rasakan teori mantan PM tak akan berjaya sebab apa yang menjadi matlamatnya ialah untuk menjatuhkan PM Pak Lah sahaja tanpa ada tawaran lain yang lebih menarik lagi...MP Sabah & Sarawak bukan bicara soal Pak Lah layak atau tak.mereka bicara soal kemampuan kerajaan membela nasib rakyat Sabah & Sarawak.

Mantan PM masih dalam rona pemikiran jumud UMNO.masih bicara soal jawatan.sekarang bukan masanya untuk memikirkan tentang jawatan.apa yang menjadi dasar perjuangan ialah membela rakyat.teori & tawaran mantan PM masih berkisar pada "kuasa".masih dangkal lagi rupanya pemikiran tokoh bekas pengasas & ahli UMNO ini.

Jika dilihat pada tawaran dan situasi politik semasa negara Malaysia,tak mustahil teori lompat mantan TPM akan lebih berjaya & amat menarik sekali untuk para MP Sabah & Sarawak yang sekian lama terpinggir.apa yang diharapkan pada parti yang semenjak berakhir PRU12 asyik bertelagah tentang kuasa?Apa yang diharapkan pada parti yang telah 50 tahun memacu negara tetapi masih Sabah & Sarawak negeri terkaya mengungguli tangga teratas kemiskinan tegar?

Nah...tawaran yang menarik & masa yang panjang diberi oleh Pakatan Rakyat untuk difikirkan oleh para MP Sabah & Sarawak tak terkecuali di Semenanjung.mantan PM pula dah tentu tak punya masa yang panjang untuk merealisasikan teori tersebut...silap perkiraan,teori dan perancangnya merengkok dalam sel besi angkara Linggam si kaki mabuk.

Jadi para MP & bekas ahli UMNO...fikir-fikirkan...siapa Tun Mahathir pada masa ini dalam politik Malaysia & apa yang boleh dilakukan oleh Tun sebagai "bukan siapa-siapa" & apa pula yang mampu dilakukan Pakatan Rakyat.Jangan salah langkah...

Tidak Berubah.

Assalamualaikum...

Akhbar Sinar Harian (selasa-20mei,2008) melaporkan satu lagi kes kematian didalam penjara Sungai Buluh & individu yang menjadi mangsa kali ini ialah C Uthaya Cheendran,23 tahun.

Setakat manakah agaknya tahap keselamatan pusat-pusat tahanan samada bagi tahanan sementara atau tahanan kekal di Malaysia?boleh dikatakan setiap bulan,ada sahaja kematian tahanan didalam pusat tahanan dilaporkan oleh media,tetapi tahap keselamatannya masih ditakuk lama...moto pihak polis sudah acapkali bertukar,kenderaan rasmi sudah silih berganti,motosikal pun semakin mahal,uniform usah ceritalah,ketua polis juga silih berganti namun tahap profesionalisme pihak berkuasa tersebut masih ditakuk lama.

Amat memalukan.macam-macam kebocoran sistem berlaku samada di balai,penjara atau yang seangkatan dengannya dipihak berkuasa tersebut.apa lagi yang kurang?gaji anggota saban tahun sentiasa dinaikkan.tapi kenapa mentaliti anggota polis masih tidak berubah?apa lagi yang kurang agaknya...mungkin disiplin diri masih kurang.mungkin sudah sampai ketikanya anggota beruniform tersebut didedahkan dengan pemahaman agama.dedahkan mereka pada suruhan agama supaya mereka lebih bertanggungjawab didalam melaksanakan amanah yang diletak diatas bahu mereka.tanpa pemahaman agama,sistem apapun tidak akan dapat dilaksanakan dengan bijak.

Pada pihak berkuasa khasnya polis...sudah sampai ketikanya untuk anda membersihkan nama anda yang telah sekian lama tercalar.ini bukan zaman pak kaduk.rakyat melihat perlakuan anda setiap masa.dahulu anda memerhatikan tindak-tanduk rakyat tetapi sekarang telah berubah,anda menjadi perhatian rakyat.setiap gerak-geri anda diperhatikan dan dinilai.