"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 19, 2010

"Cah Keting": Siapa "Cah Keting" Siapa..? - Celako..! Celako..! Celako..!

Geger pulak isu "cah keting" di Kelantan.

Kata TGNA :
Itu kata TGNA pada wartawan media perdana. tiba-tiba aku teringat satu artikel karangan "anakanda" yang lebih kita kenal dengan "salam kamuntingnya" (disahut pula dengan "salam 1Malaysia" oleh "idolanya" mungkin...). antara petikan dalam artikel tersebut : Tajuk artikel berkenaan ialah - Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS. eh... siapa "cah keting" siapa..?

TGNA sebut lagi pada wartawan media perdana dan disiarkan seperti ini : Betul doh hok Tok Guru oyak tu...

Lepas tu hari ni aku terjumpa transkrip sembang-sembang sipolan dengan sipolan. sikit petikan :

Mohd Saiba : Rusdi terlibat kan dalam hal ni, Rusdi jong memanggilnya. Arif pun royat.

Akmal Ilham : Yalah.

Mohd Saiba : Arif royat.

Akmal Ilham : Arif royat pulak? Hari tu hak di rumah anta tu, nama gapo doh, Shaari, hak mula-mulanya, pah tu Arif royat pulak?

Mohd Saiba : Dia royat beres dah, begitulah, dia pun,
Arif pun suruh Tok Guru pecat Annual Bakri, kot-kot mana pun kena pecat.

Akmal Ilham : Kawan tu tak tau lagilah?


Aku ada 1 soalan - antara Mohd Saiba, Akmal Ilham, Rusdi, Arif, Shaari dan Annual Bakri, siapa "cah keting" siapa..? "tak mungkin" Arif "cah keting" siapa-siapa sebab Arif cuma seorang menantu dan bukannya pembantu khas TGNA. Arif pun bukannya "hantu" sebab hanya hantu-hantu je yang suka buat "kerja-kerja bodoh" macam yang abang ipar "menantu" ni sebut sebelum ni.

Arif ni orangnya "bijak" dan buktinya ialah bila TGNA dilaporkan mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur disebabkan oleh masalah teknikal, demi menjaga kepentingan peniaga.

"Teknikal" je... kesilapan "teknikal' sebenarnya bukan berpunca dari "tidak bijak". kalau tak percaya, boleh tanya UMNO.

Sejurus selepas Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa membeli Bazar Tok Guru akibat masalah "teknikal" (sebenarnya keputusan ini bukan dibuat pada minggu lepas, sebaliknya hampir 3 minggu lepas dalam 1 mesyuarat tetapi tidak diwar-warkan), tiba-tiba - Ketua Dewan Pemuda Pengkalan Chepa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau menolak jawatan lantikan politik tahun ini bagi menumpu perhatian kepada perniagaan.

Selain itu hasratnya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Rekod kedatangan saya pada setiap mesyuarat tahun lepas agak buruk.

“Jadi saya khuatir nanti akan menjejas prestasi dan perjalanan jabatan atau agensi yang saya wakili,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan kepada sekolah agama di sini, semalam
.

Eh..? tolak sebab alasan-alasan diatas atau ada sebab lain..? ada pepatah berbunyi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". tu pepatah orang-orang tua, bukan aku reka-reka. mungkin doa tuan punya doa dibawah ini diperkenankan Allah : Sejak berapa lama dulu, macam-macam kita dengar kisah-kisah seorang EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kelantan "kununnya" dia itu, ini, begitu dan juga begini. nada "kununnya" itu memang sebijik dengan nada UMNO. tak tau lah aku macam mana hal ni boleh berlaku.

Kebetulankah..? atau ada rancangan "cah keting" hasil dari "meterai" dengan pihak PAS-UMNO atau lebih dikenali dengan nama "geng pro UG..?" kata "geng pro UG", EXCO itu jahat, berniat tak baik terhadap TGNA dan Kerajaan Negeri Kelantan, gila kuasa, rancang untuk masukkan "orang-orang dia" dikeliling TGNA dan macam-macam lagi.

Yang lebih heran ialah sampai hari ni kita tak dapat kenal pasti siapa "orang-orang dia" yang diletakkan dikeliling TGNA..? sedang geng-geng pro UG pulak terang-terang masuk campur dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. contohnya macam "sibedul" yang "suruh Tok Guru pecat SetPol... "kot mana-mana pun kena pecat..!".

Yang dok tuduh orang itu jahat, orang ini jahat dok sibuk kacau urusan pentadbiran waktu makan, yang "jahat" kehulu-kehilir dok buat kerja bela hak rakyat dan negeri. dunia dah terbalik. orang jahat diangkat jadi "hero", orang yang buat kerja bela rakyat dituduh "jahat".

Celako..! Celako..! Celako..!

Siapa "cah keting" siapa nih..?

Gegar Jamin Himpunan 100,000 Rakyat Kelantan Dapat Kebenaran

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan (GEGAR) memberi jaminan perhimpunan 100,000 rakyat Kelantan yang dijadual diadakan pada 28 Januari nanti, telah mendapat kebenaran pihak keselamatan.

Pengerusi GEGAR, Dr Abdul Halim Yusof berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran yang akan diadakan di Kota Bharu Khamis ini.

Menurutnya, jawatankuasa itu melibatkan semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak polis dan agensi pihak berkuasa kerajaan tempatan.

"Kita memberi jaminan perhimpunan itu dapat diadakan mengikut jadual demi keselamatan dan keamanan semua pihak, dan keputusan itu akan diambil dalam mesyuarat lusa ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Dr Abdul Halim berkata pihaknya sudah mengkaji pelbagai aspek sebelum menganjurkan perhimpunan itu yang melibatkan semua pihak berkaitan, seperti polis, pihak berkuasa kerajaan tempatan MPKB bagi melicinkan perjalanan program itu.

Menurutnya, untuk program pertama, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi penceramah utama menjelaskan tentang isu royalti minyak di majlis penerangan di Stadium Sultan Muhammad Keempat pada 28 Januari ini.

"Program itu yang pada mulanya akan diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) di sini (Kota Bharu) telah dipindahkan ke lokasi baru di stadium itu bagi memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan menyertainya," katanya.

Menurutnya, ini diikuti program kedua akan diadakan debat terbuka di Balai Islam Lundang di Kota Bharu pada 13 Februari yang melibatkan pemimpin politik dan wakil rakyat.

Beliau berkata, antara pemimpin yang diundang menyertai debat itu ialah Tengku Razaleigh selaku Pengasas Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dan Exco Kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, sebelum majlis bermula, para hadirin dijadual mengadakan solat hajat di padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV bagi memohon keberkatan Allah menjayakan program itu.

Sumber - Berita Harian Online

Jawapan Kepada MSO: Sila Basuh Tangan Anda..!

Ronda-ronda dalam laman cyber hari ni, aku terbaca posting menarik dari MSO bertajuk Kambing Ngebekkkkkkk.... di Kelantan. dalam posting tersebut, MSO mempertikaikan kenyataan sorang EXCO kanan Kerajaan Negeri Kelantan didalam blognya bertajuk Cerita Bazar. sedikit petikan dari blog EXCO tersebut : Kata MSO didalam blognya : Entah... aku tak pasti dari mana MSO dapat maklumat yang mengatakan bahawa kes tersebut masih belum dibicarakan lagi. Mohd Amin mana yang dihubungi oleh MSO pun aku tak tau. entah-entah ada kambing Jamnapari dalam simpanan MSO yang gagal dibekalkan seperti cita-cita MSO sebelum ni bagi maklumat salah pada MSO.

Dalam posting tersebut, MSO juga nyatakan supaya :
Sepengetahuan aku, kes tersebut memang ada dibicarakan dan pada aku, ada kemungkinan ketika kes ini dibicarakan, MSO berada di 1 dunia lain yang kita pun tak tahu.

Sebelum ni aku tak pernah siarkan berita atau apa-apa artikel berkenaan kes tersebut jadi tak sewajarnya aku jawab kenyataan MSO tu, tapi memandangkan aku ada butir-butir perbicaraan kes tersebut seperti yang dipinta (bukan "tinta") oleh MSO, jadi aku "umumkan" pada pengetahuan umum (dan juga "Pemohon") butir-butir kes tersebut yang aku dapat dari T/n Zainal & Mariani seperti dibawah :

CAUSE LIST INFO

Date/Time - 15-01-2010 / 09:00.
Room No/Panel Mahkamah Rayuan - Bilik Bicara 4.
Bil - 68.
MRRS No - D-02-1087-09.
Tahun (MT) Kota Bahru Guaman Sivil No. - 22-77-2007.
Case Category - SENARAI DITAMATKAN.

Appellant & Lawyer

Dato` Haji Mohd Amin bin Pipet - T/n Zaidan & CoRespondent & Lawyer Akademi.
Pembangunan Keluarga Bahgia Berhad - T/n Zainal & Mariani.

Kenyataan dari MSO dalam artikelnya juga aku pulangkan balik pada MSO : Betul jugak kata MSO : Punggung siapa yang berada dalam jagaan MSO..?

Argh... kalau korang jumpa MSO, elok minta dia basuh tangan dulu bersih-bersih kalau korang rasa nak bersalam dengan dia sebab aku rasa tangan MSO dah kena berak...

"Buruk Padahnya"

Presiden PAS Lebih Popular Bila Tidak Bersama Dengan “Geng Perpaduang”/UG

Dalam isu “Kalimah Allah-The Herald” ini, Presiden PAS telah memilih untuk menerima pendapat Dr Yusuf Qardhawi. Beliau telah menolak pendapat-pendapat yang diutarakan oleh kepala-kepala geng Pro UMNO seperti Dr. Harun Din, Dato Harun Taib, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dsbnya.

Malahan, begitu keras pegangan kumpulan Pro UMNO di dalam PAS, sehingga Dr Harun Din menggunakan label “kufur” kepada mereka yang berkompromi dalam isu ini. Ertinya dengan otomatik, Dr Harun Din telah mengkufurkan AJK PAS Pusat serta Presiden PAS sendiri.

Sehingga hari ini, Dr Harun Din tidak menarik balik “fatwa” beliau. Malahan, jemputan pada mesyuarat Biro Politik pun beliau tidak mahu hadzir.

FORMULA PENYATUAN PAS TELAH DITEMUI

Formula penyatuan PAS telah ditemui. Yakni, dengan mengikut lunas-lunas Al-Qur'an dan Hadeeth ditambah dengan kefahaman “waqi’” yang jitu.

Dalam isu penggunaan “kalimah Allah”, jelas ianya adalah “perangkap UMNO” sejak dari mula. Mengapa UMNO begitu galak sekali memainkan isu ini seharusnya menjadi petunjuk kepada “waqi’” isu semasa ini.

Sehingga kenyataan Timbalan Presiden telah diwarwarkan oleh media UMNO secara meluas kerana UMNO mengharap PAS menyokong usaha UMNO melawan isu ini. Media yang memberi ruang yang besar kepada Timbalan Presiden PAS jugalah media yang sama yang telah memfitnah mangsa pembunuhan kejam bernama Ustaz Ibrahim Libya.

Alhamdulillah, Presiden PAS diberikan ilham serta petunjuk dari Allah SWT menolak gagasan geng UG yang sama dengan Gagasan UMNO. Dan, selepas itu, berlakulah trajedi pembakaran gereja seluruh Malaysia.

Imej PAS melambung naik. Imej Presiden PAS sebagi Presiden PAS yang penyayang juga melambung naik. Tiba-tiba Presiden PAS dilihat lebih baik dari Najib Tun Razak untuk memimpin negara Malaysia ini.

Dan kesan kepada dakwah Islam adalah orang bukan Islam lebih yakin kepada PAS berbanding UMNO untuk memimpin mereka di masa hadapan. Apabila orang bukan Islam yakin dengan kepimpinan PAS ertinya mudah bagi PAS menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada mereka selepas ini.

PAS juga BERSATU di belakang kenyataan Presiden. KAlau pun ada mulut-mulut jahat, ianya hanya dibaca dalam artikel-artikel yang diterbitkan oleh Songkok Putih di Laman Tranungkite sahaja.

KUMPULAN ERDOGAN HANYA MAHU PAS MAJU

Itu sahaja kehendak kumpulan Erdogan. Dan mereka mahu PAS maju TANPA mengorbankan prinsip Islamiyyah kerana kesemua mereka yang dikaitkan dengan “Kumpulan Erdogan” adalah mereka yang berakidah Ahlus Sunnah dan mempercayai kesyumulan Islam 100%. Ini termasuk juga Racip Tayyib Erdogan sendiri.

Kalau Presiden boleh nampak fakta ini, nescaya “Kumpulan Erdogan” akan menjadi pelantar untuk menjadikan Presiden PAS tokoh yang paling diingati serta dimuliakan oleh rakyat Malaysia di masa hadapan.

Presiden PAS akan dikenali sebagai BAPA KEAMANAN MALAYSIA kerana beliau telah menghalang berlakunya pertumpahan darah hasil dari isu “Kalimah Allah” ini.


Dan penggunaan Kalimah Allah ini tidak diharamkan oleh Islam. Mengapa kita mahu mengikut jejak langkah UMNO dan ulama2 mereka (seperti Haramsani)? Adakah ulama2 dalam PAS low-class dan terpaksa menyembah kaki ulama2 UMNO?

PAS PERLU BERSATU BERMULA SEKARANG

PAS mesti bersatu bermula sekarang kerana sudah hampir pilihanraya umum yang akan datang. Keadaan ekonomi negara semakin buruk dan Najib tidak akan mahu menunggu sehingga ekonomi menjadi lebih buruk sebelum memanggil pilihanraya seterusnya.

Jelas, formula penyatuan adalah PAS wajib membersihkan diri mereka dari kumpulan Pro UG/Pro UMNO. Wajib dibersihkan sehingga tiada lagi wakil UMNO dalam kepimpinan PAS yang wujud. Kalau tidak, kumpulan pro UMNO hanya akan menyebabkan PAS berpecah sesama sendiri terutamanya sebelum piliharaya umum nanti.

Jelas agenda geng Pro UMNO tidak disukai oleh ahli2 di peringkat bawah dan menyebabkan ahli2 di peringkat bawah serba salah dan lemah semangat.

Isu ini diberikan oleh Allah kepada PAS untuk menjadi pemimpin pada rakyat bukan Islam di negara Malaysia ini. Jangan sia-siakan peluang ini

Tulang Besi

Jawapan Kepada Tulisan Jahat AhmadHadeed (dan Songkok Putih) Dalam Isu Kalimah Allah.

Saya tak sangka dalam zaman IT sekarang ini, ada orang boleh menipu dengan terang-terang dalam perkara yang sudah menjadi maklumat umum. AhmadHadeed cuba memberi gambaran bahawa Krisitian Arab di Negara Arab ada hak guna nama Allah dan Kristian di Malaysia tidak.

Ahmadhadeed cuba menipu dengan berkata :
  • “Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.”
Masalahnya, Ahmadhadeed telah cuba menipu lagi. Bukan semua Kristian di Tanah Arab adalah Kristian Koptik. Misalnya, di Jordan dan Iraq, majoriti dari penganut Kristian adalah dari Gereja Katholik.

Malahan di Mesir sendiri, terdapat pengikut Kristian di sana dari Gereja Katolik. Juga di Libya. Namun, kesemuanya menggunakan kalimah Allah di dalam upacara keagamaan mereka.
Penipuan kedua AhmadAideed adalah seperti dibawah :
  • “Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka ,”
Di sini AhmadHadeed cuba untuk menunjukkan kononnya Madzhab Koptik serta Madzhab Roman Katholik adalah dua madzhab yang BERBEZA lantas ia bererti MADZHAB KOPTIK lebih layak menggunakan kalimah Allah.

Tapi yang tidak diberitahu oleh AhmadHadeed adalah kedua-dua MAdzhab Koptik dan Roman Katholik adalah SYIRIK kerana kedua-dua nya mempercayai “TRINITY”. Mengapa saya kata demikian?

Kerana kedua-dua Madzhab menerima keputusan Persidangan Constantinople yang pertama. Persidangan tersebut telah membuahkan fahaman Trinity yang kita kenal sekarang. Ertinya, kedua2 Koptik dan Roman Catholic adalah SESAT dan SYIRIK.

Namun, mengapa tidak ulama2 kita MENGHARAMKAN penggunaan nama Allah oleh Kristian Koptik di Tanah Arab? Soalan ini, Ahmadhadeed dan seluruh pelajar Malaysia lulusan Azhar tak pernah jawab.

Juga, Ahmad Hadeed tak berani nak sebut nama rasmi Madzhab Koptik, yakni “Orthodox Catholic Church”. Dengan kata lain, Madzhab Koptik juga menyatakan mereka adalah Katolik.

KONSPIRASI JAHAT SONGKOK PUTIH MEMBURUKAN KHALID SAMAD DAN DR DZUL

Ahmadhadeed dengan jelas menyebut dalam artikel beliau :
  • “Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and Ethiopia”
Songkok Putih telah saya buktikan sebelum ini sebagai pembohong dan pengkhainat janji. BEliau adalah madhzab PAS Tranung dan ketua beliau, Ustaz Harun Taib, dengan jelas menolak penggunaan nama Allah oleh puak Katholik di Malaysia. Sila rujuk di sini.

Ertinya mereka yang selama ini berdegar-degar bicara pasal wala’ sebenarnya hanya hipokrit. Apabila keputusan jemaah berlawanan dengan kehendak mereka, wala’ diketepikan macam sampah.

Wala’ ni hanya releven bila mereka mahu ahli-ahli PAS menyokong idea “Muzakarah” dan ”kerajaang perpaduang”.

Saya heran, kenapa Songkok Putih tidak terbitkan kenyataan Khalid Samad dan Dr Dzul dalam isu ini? Kenapa Songkok Putih lebih suka menerbitkan artikel-artikel yang selari dengan kehendak tuan Songkok Putih yang sebenar (dan tuan ini bukan PAS) ?

Ini semua adalah projek penipuan Songkok Putih dengan bantuan intelek jadi2an bernama AhmadHadeed. Tujuan mereka adalah untuk menghasut ahli PAS supaya tidak wala’ pada keputusan jemaah.

Tujuan mereka supaya ahli-ahli PAS mengikut rentak dan irama UMNO dalam isu “Kalimah Allah” ini. Al maklumlah, mereka semua adalah kumpulan yang pro kepada kerjasama dengan UMNO sebelum ini.

Inilah dia contoh orang-orang yang mengata dulang paku serpih dalam PAS. BIla keputusan memihak kepada mereka, kalimah “wala’” disebarkan merata-rata. Bila keputusan tidak memihak, mereka guna taktik menghasut dan sabotaj seperti ini.

Nasihat saya pada Songkok Putih dan geng-geng beliau, MASUKLAH UMNO!!!. Pergilah duduk bawah ketiak Mat Said tu cepat-cepat. Kamu bukan Ahli PAS yang tulin. Kamu wala’ pada individu bukan pada jemaah itu sendiri. Berhentilah berpura-pura dan tunjukkan wajah kamu yang sebenar.

Tulang Besi

Roman Katholik Sabah Sarawak dan Malaysia tak sama dengan Coptic Kristian Arab

Oleh: ahmadhadeed

"Dalam perbahasan penggunaaan perkataan Allah oleh Roman Katholik Malaysia ramai berhujah bahawa kalau orang Arab guna perkataan Allah mengapa Kristian Roman katolik Malaysia tak boleh.

Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and ethiopia.

Malah Gereja Roman Katolik berpusat di ROM menganggap Kristian Orthodox Coptic Mesir sebagai 'heretic' atau ajaran sesat. Ini di putuskan oleh pihak gereja di mesyuarat Council of Chalcedon Rom 451 AD sebelum datang nya Islam di negara Arab. Rasulullah di lahir pada 571 AD. Mereka juga mempunyai Pope sendiri.Cubaan mengguna nama Allah oleh Roman Katholik Malaysia adalah bercanggah dengan keputusan Council of Chalcedon yang menjadi tempat rujukan Roman Katholik Malaysia.

Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka , Coptic Orthodox Church di anggap menyeleweng kerana berpegang kepada kepercayaan Euthychianism dan digelar Monophusite kerana menganggap jesus sebagai tuhan dalam bentuk manusia namun Roman Catholik percaya Jesus adalah separuh manusia separuh tuhan saperti terdapat dalam trinity. Trinity percaya Tuhan Ayah , Tuhan Anak dan hantu Suci adalah satu entiti dan memerlukan kepada satu sama lain untuk wujud. Kalau satu mati semua mati. Inilah yang menyebabkan pihak crusader sendiri menindas orang koptik di Mesir atas alasan mereka adalah ajaran sesat.

Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.

Masaalah Roman Katholik Sabah Sarawak dan Indonesia menggunakan nama Allah adalah kerana kejahatan penjajah Barat Inggeris dan belanda untuk menghancurkan ugama Islam di Indonesia dan malaysia untuk mencapai objektiv 3G Gold and Gospel. Oleh itu mereka sanggup menggunakan apa saja termasuk menterjemah injil roman katolik dan protestan kedalam bahasa Melayu dengan menggunakan nama Allah walau pun tidak ada satu patah pun nama Allah wujud dalam injil asal yang ditulis dalam bahasa Greek dan Hebrew. Mereka hanya mengguna perkataan umum 'tuhan' dalam bahasa Hebrew Greek atau aramaic.

Terdapat satu lagi issue iaitu bagaimana orang Kristian Roman katolik Sabah dan Sarawak yang menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk pihak berkuasa. Saperti juga hujah di atas ,orang Kristian Sabah Sarawak dan Indonesia tidak boleh menganggap mereka sebagai Eastern OrthordoxChristian kerana mereka sebenarnya bukan dari kumpulan itu. Jadi mengapa meniru perkara yang salah dari ajaran Kritian coptik arab mesir? Saya berharap perbincangan intellectual ini tidak akan menyinggung orang krisitan sabah sarawak yang mengatakan mereka telah bertahun tahun menggunakan perkataan Allah dalam injil. Kalau perbuatan itu salah maka salah lah amalan itu.