"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 15, 2009

Presiden GGMM Ni Samseng Ka??? - malaysiakini

Dalam artikel aku bertajuk "Woi..! Apasal Tarik Balik Saman Woi...??? - malaysiakini, ada sorang mamat tinggal komen :-
  • Saya Buzze
  • Presiden GGMM
  • Mangapa aku tarik balik saman?
  • Nak tau???
  • Aku selalu lepak kat Alim Corner Sungai Chua....
  • Call aku 012-9770412
  • Kalau berani, datang semuka...
Kah kah kah kah kah kah kah... oi mamat Presiden GGMM..! mai nak habaq..! ni email aku poji2ya@gmail.com. kau email dekat aku sebab-sebab kau tarik balik saman tu. aku janji akan siarkan dekat blog aku selewat-lewatnya esok tanpa diedit walau sepatah pun..!

Cara kau ajak aku jumpa kau tu macam kau ni samseng je..! (korang agak kes ni boleh buat report polis ka???) hehehe... woi..! GGMM ni pertubuhan samseng ke woi?

Aku tak de masa nak layan samseng woi..! kau email je dekat aku apa masalah kau. tapi alasan yang kau bagi setakat ni tak meyakinkan aku sebab kalau saman menyaman ni bersangkutan dengan duit. kalau kau menang, semua kos mahkamah kau boleh mintak mahkamah keluarkan arahan supaya yang kena saman bayar semua kos.

Paham??? aku tunggu email kau woi..!

VVIP Menyebabkan Kemalangan 13 Kereta di Kuantan ! - malaysiakini

Akibat kerakusan seorang polis escort menteri yang menahan kenderaan membabi-buta, bagi memberi laluan kepada VVIP menyebabkan sebuah kemalangan besar berlaku. Kemalangan ngeri tersebut melibatkan 13 kenderaan dan 2 daripadanya terbakar.

Kemalangan ini menyebabkan kerugian yang amat tinggi dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya polis escort terbabit mengutamakan keselamatan orang ramai. Tindakkan polis itu juga mencerminkan nyawa VVIP jauh lebih bernilai dari nyawa orang kebanyakkan.

Menurut Sumber, VVIP tersebut berkemungkinan adalah Najib.

Gambar akan disiarkan kemudian oleh sumber yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat. Polis itu juga dimaki oleh mangsa tanpa balas.

-edyesdotcom

Janji-janji Najib: masjid pun kena tipu... - malaysiakini

"Najib bohong," begitu tajuk utama di muka hadapan Suara Keadilan 14-21 Januari 2009. Di bawahnya dinyatakan, "Janji peruntukan RM100,00 kepada masjid, RM30,000 kepada surau ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh terbukti palsu".

Tertulis lagi, "Ia adalah janji politik dan geran kosong yang selalu digunakan oleh Umno ketika pilihan raya - Pemimpin Umno negeri.

"Kalau duit untuk agama ditipu, apa lagi untuk peruntukan lain - orang ramai

"Pengundi Kuala Terengganu diingat jangan tertipu".

Muka hadapan Suara Keadilan itu juga menyiarkan gambar wakil masjid Kubang Semang, Suhaimi Harun menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan peruntukan RM100,000 ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh. Namun, selepas pilihan raya selesai, dia diberitahu tiada wang peruntukan.

Di muka surat empat Suara Keadilan, tersiar gambar surat Najib yang menjanjikan peruntukan RM100,00 itu. Antara lain, surat yang mempunyai kepala surat yang tertulis Timbalan Perdana Menteri berserta lambang negara Malaysia dan ditandatangani oleh Najib itu menyatakan:
Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan bagi membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bernilai RM100,000.00 telah diluluskan dan pelaksanaannya akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini.
Di muka surat lima akhbar tersebut, disiarkan komen penduduk-penduduk Kubang Semang. Antaranya, Rahim Ibrahim menyatakan:
Saya merayu kepada pengundi di Kuala Terengganu supaya jangan mudah termakan janji. Jika masjid pun kena tipu, apa jaminan peruntukan lain tidak ditipu.
Di Kuala Terengganu, Utusan Malaysia 13 Januari 2009 melaporkan Najib berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya.

~penarik beca

Tak Yah Baca La Post Ni Taming Sari Woi... - malaysiakini

Korang pernah surf blog Empayar Malaya dak? ni blog si Taming Sari... ni adalah antara blog-blog geng-geng BPN yang aku rajin sur & boleh kata tiap-tiap hari aku jenguk. sebab utama ialah ada lagu yang aku rasa best dekat situ, lagu Jalur Gemilang... best kan?

Saje aku promosikan sikit blog Taming Sari ni. tapi kalau bab artikel tak de la best sangat pun... banyak artikel-artikel yang bagi aku boleh dikategorikan di bawah label artikel kelakar buat santapan jiwa sebab kebanyakan artikel ditaip mengikut suka-suka. tak de isi. kalau nak buat hiburan memang boleh sangat-sangat.

Semua komen-komen akan ditapis... segala puji-pujian akan disiarkan, komen yang tak sehaluan tempatnya dekat folder "trash" kah kah kah kah kah...

Artikel terbaru - HARAKAH PENUH NISTA: Penipu dan Penfitnah. sekali lagi lawak jenaka terbaru dari Taming Sari...

Oi Taming Sari..! mana kau tau Harakah Penuh Nista? kau pun baca Harakah ke woi???

Kah kah kah kah kah...!!! Taming Sari ni mak ketam ke?

Korang pernah dengar peribahasa "bagai mak ketam mengajar anak berjalan lurus"???

Kah kah kah kah kah...!!!

Woi..! Apasal Tarik Balik Saman Woi...??? - malaysiakini

Dari malaysiakini.

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah menarik balik samannya terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

Alasan GGMM -
  • masalah kewangan ekoran kegagalan pihak mengumpul dana yang mencukupi bagi membiayai kos mengambil tindakan undang-undang itu.
Kah kah kah kah kah kah kah...

Khak Ptuih...!!!®

Oi...!!! tak cukup duit ke tak cukup hujah untuk dibahas dalam mahkamah woi...???

Lain kali nak buat apa-apa. pakai otak dalam kepala tu dulu..!

Kah kah kah kah kah... ni dah lama baghu nak pikio..! masalah kewangan tu tak kan timbul kalau hujah ngan alasan kau kukuh! kalau hujah ngan alasan kau kukuh, tak payah pikir pasal kos, sobab kau boleh cas dekat orang yang kau tuduh tu..!

Bangang..!

Petugas Pilihanraya Makan Pelempang - malaysiakini

Kuala Terengganu - Seorang petugas pilihanraya dari sebuah parti politik menerima habuan sebanyak 3 pelempang (hatrick) gara-gara berebut tempat untuk memasang bendera untuk kempen PRK P-036.

Ketua Polis Terengganu, Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Paloh kira-kira jam 1:15 pagi tadi.

Mangsa yang cedera membuat aduan di Balai Polis Cabang Tiga kira-kira setengah selepas kejadian.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang bendera untuk kempen ditepi sekolah berkenaan, seorang lelaki dari parti berlawanan tiba-tiba datang kepada mangsa dan menghalang mangsa dari memasang bendera di tempat tersebut.

Selepas berlaku sedikit dialog, mangsa diajak kesebuah bilik gerakan parti berlawanan yang mana ketika itu beberapa petugas juga berada berhampiran tempat kejadian dan didalam bilik gerakan.

Para petugas didalam bilik gerakan parti tersebut menghalang mangsa dari memasang bendera ditempat tersebut. selepas beberapa ketika, mangsa beredar dari bilik gerakan tersebut tetapi telah ditampar oleh seorang petugas lain dari bilik gerakan tersebut sebelum sempat pergi jauh.

.........siapa mangsa tu? kenapa tak dilapor secara lengkap identiti mangsa dan tukang lempangnya?

Kebiasaannya kalau yang kene lempang tu orang UMNO/BN, dah sah keluar dekat muka-surat depan akhbar harian kan? nama, alamat, muka, no ic semua mesti keluar dekat paper...

Ni tak de langsung...

sebab...

mangsa tu petugas dari Pakatan Rakyat..!

TOLONG SEBARKAN - malaysiakini

PROGRAM Ceramah Solidariti Ummah Bersama Rakyat Palestin di Masjid Ar-Rahman, Sg Petani, Kedah-malaysiakini

Program Solidariti Ummah Bersama Rakyat Palestin anjuran AMK Kedah,DPP Merbok, Teras dan Yayasan Aman pada 16 Jan 2009.

Aturcara Program

Selepas solat Jumaat : Demonstrasi dan sebaran risalah di beberapa masjid utama di Sungai Petani

Malam, jam 9mlm : Ceramah Perdana, Tayangan Video

Tranungkite V8 Diserang Lagi... - malaysiakini

Kelmarin laman web TKO kene godam, sehari suntuk tak sape-sape dapat nak akses kedalam laman rasmi DPP Dungun... sempat jugak aku jumpa Klon TKO sebanyak 2 kali dan 2-2 dah berjaya dihapuskan.

Belah petang aku sempat beremail dengan pihak webmaster TKO :-

Daripada: Topengperak_Xinwugi® <poji2ya@gmail.com>
Subjek: Info & Perlu Info Dari Webmaster TKO.
Kepada: "Ali @ Kamarudin" <tranung2006@yahoo.com>, tranungkite@hotmail.com
Tarikh: Rabu, 14 Januari, 2009, 1:54 AM

Assalamu'alaikum...

Merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh pihak TKO, saya mohon pihak tuan memberikan sedikit maklumat atau update setiap kali pihak tuan menghadapi masalah.

Ini saya rasakan amat perlu berikutan saya mempunyai beberapa yahoogroups yang keahliannya mencecah puluhan ribu ahli. setiap kali TKO menghadapi masalah, pihak kami menerima beribu-ribu email pertanyaan mengenai status TKO dan agak menjadi masalah pada kami untuk memberi penjelasan berikutan tiada hubungan secara langsung dengan pihak TKO.

Harap pihak tuan dapat pertimbangkan permohonan ini. adalah menjadi satu kemudahan sekiranya pihak tuan dapat menyertakan sebarang no yang dapat saya hubungi dipihak tuan.

Berkenaan dengan pihak yang menggodam laman tuan, pihak kami (bloggers network) mempunyi sedikit maklumat tetapi tidak dapat mengesahkan siapa yang terlibat secara tepat. mengikut siasatan pihak kami, pihak penggodam telah mengklon TKO sebanyak 2 kali dan tujuannya ialah untuk mengakses password webmaster TKO.

Harap berhati-hati.

Pihak penggodam juga mempunyai 4 server, 2 sql dan 2 backup domain. diharap pihak tuan akan lebih berhati-hati kerana saya yakin pihak penggodam adalah pakar dalam bidangnya.

Buat masa ini kedua-dua domain tersebut telah dihilangkan dengan bantuan rakan-rakan kita.

Moga sedikit info ini dapat membantu pihak tuan.

Webmaster Perisik Rakyat.

Bloggers Network Malaysia.

Lagi maklumat - [sini] , [sini] , [sini] dan [sini].

Balasan dari webmaster TKO (terpaksa diedit sedikit untuk melindungi beberpa maklumat) :-

On Wed, Jan 14, 2009 at 8:20 PM, Ali @ Kamarudin <tranung2006@yahoo.com> wrote:

Wa'alaikumusalam wm wbt.

Terima kasih diatas e-mel ini, semoga Allah merahmati saudara & rakan-rakan sekeluarga.
Insya-Allah kami akan berhati-hati dan untuk makluman saudara laman harakah, pas dan tko sebenar sentiasa diserang dan memang pencerobohan boleh berlaku bila-bila masa jika kami leka dan tersilap dalam mengendalikannya.

Misalnya dua hari lepas harakah telah dihack (paparan putih z) melalui pop up iklan. Sebelum ini sekitar beberapa bulan yang lalu laman pas.org telah dimusnah keseluruhannya. Hanya kami tak mengumumkan sahaja

Musuh gerakan Islam tidak akan memandang ringan atas suara kebenaran, mereka sentiasa akan mencari jalan agar kita lupuh dan lemah. Jika server tidak dapat digodam, mereka akan mencari siapa pengendalinya. dot dot dot dot dot dot dot dot dot dot dot. Oleh itu kami tidak begitu mudah untuk bergaul mesra dengan rakan-rakan blogger lain demi untuk memastikan mereka tidak mengacam yang akhirnya kita akan rugi.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian saudara untuk membantu dan menghubungi melalui e-mel ini.

Tok Penghulu
Webmaster
TKO
------------------------------------------------------------
Bangun pagi ni, aku bukak hp aku... dapat sms dari webmaster kelatekito.com :-

Jie...TKO down pulok pukol 1 pagi 15 jan.

Adui...

Tak nak ulas panjang-panjang dah... tapi kalau macam ni la serangan yang UMNO/BN buat untuk menutup sumber berita alternatif utama PRK P-036, insya-Allah kemenangan akan berada ditangan PAS insya-Allah...

Biar musuh menghentam dari segenap sudut, namun kebenaran itu tidak akan terhentam begitu sahaja kerana kebenaran itu bukan bukan alat untuk dihentam sebaliknya ia adalah cahaya yang menutup kegelapan.

Teruskan cyber trooper's..!

RO nafi raih undi, PAS kemuka petisyen mahkamah hari ini - malaysiakini

Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional (BN) Sabtu ini.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi, Mat Razali berkata, selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi.

"Tanggungjawab sebagai Datuk Bandar, saya selalu mengadakan pertemuan dengan kakitangan saya... majlis mingguan, majlis bulanan, esok pun ada taklimat juga.

"Misalnya semalam ada majlis Hari Kualiti yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri. Dalam pertemuan hari ini, saya menjelaskan kepada mereka (kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) tentang dasar-dasar kerajaan sebagai majikan," katanya beliau.

Bagaimanapun tegas Mat Razali, beliau sama sekali tidak meminta kakitangannya "memangkah" BN.

"Semuanya tak betul... itu hak mereka ," katanya.

"Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS," katanya.

Mat Razali juga berkata, kemungkinan apa yang dinyatakan oleh beliau telah disalahertikan oleh kakitangannya yang terdiri daripada peringkat bawahan.

Difahamkan taklimat pagi ini dihadiri oleh kakitangan peringkat sokongan.

Pagi tadi, PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Mat Razali daripada terus mengepalai urusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi BN.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media di Markas PAS Kuala Terengganu di sini.

Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pagi ini.

Setakat pukul 8 malam ini, PAS belum membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.

Laporan berhubung perkara itu dibuat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pukul 4.25 petang.

Timbalan Ketuanya, Fariz Musa berkata, selaku anggota Pakatan Rakyat pihaknya membuat aduan dan menyerahkan kepada PAS untuk mengambil tindakan susulan.

Wan Abd. Muttalib ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, pihaknya akan mengemukakan petisyen di mahkamah pagi esok untuk meminta agar Mat Razali digugurkan sebagai Pengurus Pilihan Raya.

"Peguam-peguam kami sedang menyediakan dokumen dan petisyen akan difailkan esok," katanya.

Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.

Datuk Bandar MBKT ugut kakitangan - malaysiakini

Laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, yang mengugut kakitangan nya untuk mengundi BN.

Laporan dibuat jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.
Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .

Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).

Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..

Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,

Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .

Sekian , laporan polis saya .

( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )
700301-11-5627
Radenjowo - Dan sekarang teka teki tentang billboard PAS yang cuba di musnahkan oleh MBKT mungkin akan terurai. Rujuk berita sebelum di sini.

'Hendak ke mana dari mana' tanya polis - malaysiakini

Awas, apabila melintasi sempadan ke Terengganu anda terpaksa melalui sekatan jalan raya di beberapa tempat.

Soalan pertama yang akan ditanya anggota polis yang berada di sekatan itu 'encik hendak ke mana, dari mana dan kenapa'.

Bagi mereka yang datang dari Kota Bharu akan berdepan dengan sekatan jalan raya di sempadan Pasir Puteh - Besut dan satu lagi di Bari, Penarik.

Anggota polis yang bertugas di Besut lebih nampak sopan biar pun menanyakan soalan yang sama. Lebih mengejutkan di Bari apabila gaya soalan yang diajukan agak keras.

Seorang pegawai kerajaan dari Kelantan yang enggan dikenali tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis tersebut seolah-olah sudah diarah membaca skrip soalan yang sama.

"Tidak sepatutnya polis menanyakan kita hendak ke mana dan apa tujuan. Cara itu menambahkan lagi kecurigaan orang ramai terhadap kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Terengganu sekarang.

"Kalau nak tanya pun biarlah sopan sikit. Tidakkah slogan polis 'Tegas, Adil, Berhemah' sudah elok kalau dipraktikkan secara jujur," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya dengan perlakuan demikian anggota polis terbabit seolah-olah mengenepikan slogan berhemah yang cuba diterapkan kerajaan.

Isu membabitkan polis menjadi fokus utama pada pilihan raya kecil parlimen KUala Terengganu apabila kehadiran mereka agak luar biasa.

Ramai berpendapat tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil begitu ramai sekali anggota polis yang dikerah bertugas.

Orang ramai yang pertama kali datang ke Kuala Terengganu tidak sukar untuk melihat penempatan-penempatan sementara yang dibina lengkap dengan sistem penghawa dingin.

Deretan kenderaan polis sama ada motosikal, kereta peronda, van, dan lori boleh dilihat di kiri kanan jalan berhampiran khemah tersebut.

Penjelasan yang cuba diberi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Albar kehadiran ramai polis hanya bagi menjaga keselamatan agak sukar diterima orang ramai.

Setuju tarif elektrik disemak semula - malaysiakini

Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya semakan semula harga gas untuk sektor penjanaan elektrik dilakukan dengan segera oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya memerlukan tiga minggu untuk menyediakan tarif elektrik yang baru yang selari dengan harga gas baru yang dicadangkan oleh EPU.

''Selaras dengan penurunan harga minyak dan atas keprihatinan terhadap cadangan pihak industri, harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik akan dikaji semula dan kadar tarif elektrik akan disemak semula dalam masa terdekat ini.

''Penyelarasan tarif elektrik ini jika boleh dipertimbangkan akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam merangsangkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Shaziman, pada asalnya kerajaan bercadang untuk mengkaji semula tarif elektrik pada Jun tahun ini untuk dikuatkuasakan sebulan selepas itu selaras dengan kajian semula harga gas kepada sektor elektrik.

''Semasa kenaikan tarif elektrik pada tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula harga gas kerana kenaikan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada harga gas dan arang batu di pasaran tempatan.

''Semakan semula itu juga sebagai langkah mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dan mengambil kira harga arang batu di pasaran dunia yang meningkat secara mendadak," katanya.

Berlandaskan keadaan pada masa itu, Shaziman memberitahu, kadar tarif elektrik dikekalkan pada kadar sedia ada bagi pengguna-pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 200 kWj sebulan iaitu 21.8 sen/kWj .

''Bagi pengguna-pengguna elektrik antara 201 hingga 400 kWj pula, tarif elektrik yang dikenakan ialah 21.8 sen/kWj bagi 200 unit pertama manakala unit-unit seterusnya pada kadar 34.5 sen/kWj.

Petrol turun lagi jika harga minyak bawah AS$40 - malaysiakini

Kerajaan akan menurunkan harga petrol dan diesel sekiranya harga minyak di pasaran dunia secara puratanya berlegar di bawah paras AS$40 (RM142.80) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd. Samad bagaimanapun berkata, setakat ini kerajaan tidak akan mengumumkan sebarang penurunan harga memandangkan dari awal bulan ini sehingga semalam harga purata bahan mentah itu sekitar AS$43.

''Saya tahu ada orang gembira apabila harga minyak boleh sampai bawah AS$40 tetapi sepanjang tempoh Januari ini, hanya dua hari harga minyak berada pada paras di antara AS$37.59 dan AS$37.78 setong.

''Kita tidak mempunyai asas harga untuk satu hari sebaliknya purata sepanjang dua minggu dan setakat ini belum nampak boleh turun kerana sebarang penurunan ialah kalau purata di bawah AS$39.59 setong," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Khalid nafi terima Lexus RM1 juta daripada KDEB

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan telah menerima sebuah kereta mewah Lexus 460 berharga hampir RM1 juta daripada Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) untuk kegunaannya.

Menurutnya, sepanjang menjadi Menteri Besar dan Pengerusi KDEB, beliau tidak menerima kenderaan daripada anak syarikat kerajaan negeri itu walaupun mempunyai peruntukan sedemikian sebagai pengerusi.

Katanya, beliau pernah menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus yang dibelinya sendiri secara tunai pada Julai 2007.

“Saya beli SUV Lexus ini untuk kegunaan saya sendiri. Ketika itu saya merancang jika saya tak menang pada pilihan raya umum Mac 2008 saya akan gunakan kereta itu untuk pergi berjalan-jalan.

“Tetapi saya menang. Jadi saya gunakan kereta itu untuk tugas-tugas rasmi kerana semasa bertugas pun saya berjalan jauh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang ingin membuat sebarang tuduhan terhadapnya agar membuat penyelidikan dan mendapatkan fakta yang betul terlebih dahulu.

Laman web Agendadaily baru-baru ini, menyiarkan pendedahan mengenai pembelian kereta mewah yang melibatkan Abdul Khalid oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Laman itu memetik Mohamad Khir, sebagai berkata, kereta mewah Lexus 460 itu dibeli oleh KDEB dan harganya mencecah RM1 juta. Kereta itu difahamkan dibeli untuk kegunaan Abdul Khalid yang juga Pengerusi KDEB.

Harga maksimum barang kawalan kuat kuasa Isnin - malaysiakini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan harga maksimum bagi 11 jenis barangan kawalan untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2009 bermula 19 Januari hingga 2 Februari ini.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penetapan harga maksimum borong dan runcit itu membabitkan 138 kawasan di seluruh negara.

Beliau berkata, senarai barangan terkawal yang terlibat ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk Beijing), ikan bawal putih dan udang putih besar.

''Peniaga-peniaga yang berurus niaga dengan barang-barang harga terkawal diingatkan supaya mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan.

''Sungguhpun demikian, peniaga diminta menjual barang-barang tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Shahrir yang memberi jaminan bekalan barangan bagi Tahun Baru Cina mencukupi berkata, sebanyak 2,980 harga maksimum meliputi 1,490 harga maksimum borong dan 1,490 harga maksimum runcit ditetapkan dalam skim kawalan harga sepanjang musim perayaan itu.

Beliau menjelaskan, penetapan harga maksimum itu berasaskan kepada pemantauan harga yang dibuat sejak April hingga bulan ini membabitkan harga bulanan, mingguan dan harian.

Jelasnya, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan kadar harga di pasar-pasar basah manakala harga barangan di pasar raya besar adalah lebih rendah.

Beliau berkata, kementerian juga mengambil kira pandangan agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain perbincangan dengan pengimport, pengeluar, pembekal dan pemborong.

"Peniaga barang-barang yang terlibat dikehendaki memiliki lesen yang boleh dipohon secara percuma di semua pejabat kementerian di seluruh negara," katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, sebanyak 41,305 lesen menjual barangan terkawal yang dikeluarkan pada musim perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina tahun lalu masih sah digunakan untuk tahun ini.

"Peniaga perlu mematuhi syarat-syarat lesen antaranya menggunakan plat tanda harga warna merah jambu, mempamerkan lesen dan tidak menjual barangan kawalan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.