"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 29, 2009

Gangguan seksual di sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM): Kerajaan perlu memandang serius perkara ini

Sebuah Institut Pendidikan Guru di ibu negara dicemari dengan gangguan seksual oleh pensyarah terhadap penuntutnya. Tindakan yang sewajarnya tidak diambil walaupun laporan telah dibuat kepada pihak atasan Institut tersebut. Saya mendapat maklumat ini daripada blog seorang guru pelatih yang menjadi mangsa gangguan seksual pensyarah lelakinya. Baca di sini- Gangguan Seksual diIPBA???

Pensyarah lelaki terbabit sering menyentuh bahagian tertentu tubuh guru pelatih perempuan. Menurut mangsa pensyarah tersebut tetap menyentuh walaupun dia bertindak menghalang perbuatan tersebut. Di samping itu, pensyarah terbabit juga menggangu guru pelatih perempuan melalui pujuk rayu di telefon.

Ibu bapa mangsa dan mangsa sendiri merasakan kampus latihan tersebut sebagai tempat yang tidak selamat untuk menuntut ilmu. Malah pihak pentadbir juga gagal melindungi guru pelatih perempuan dan seterusnya gagal mangambil tindakan terhadap pensyarah yang kurang ajar tersebut.

Saya secara tidak langsungnya mewakili guru-guru pelatih seluruh negara mengharapkan agar tindakan yang setimpal diambil terhadap pensyarah yang berkelakuan biadap terhadap guru-guru pelatih perempuan. Tindakan ini juga penting untuk memartabatkan profesion perguruan dan mengembalikan kepercayaan dan keselesaan guru-guru pelatih yang menjadi mangsa gangguan seksual.

Di samping itu, saya juga mengaharapkan pihak-pihak di luar sana yang terbaca petikan ini dan blog mangsa tersebut membawa perkara ini kepada media untuk perhatian umum dan kerajaan. Ini penting agar penuntut-penuntut atau mahasiswa/siswi yang juga akan menjadi pemimpin masa hadapan sentiasa berada dalam keadaan selesa ketika menuntut ilmu.

:BANGSA MALAYSIA