Bagi aku, semua ini adalah 1 perkembangan baik dalam dunia cyber. sudah ramai yang berani kedepan untuk menyampaikan dan menyebarkan pelbagai maklumat yang tidak ada diluar sana khusususnya dari media perdana.
Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal laman-laman copy & paste sebab bagi aku, untuk permulaan, masing-masing ada cara tersendiri dan yang lebih penting, masing-masing saling memerlukan.
Cuma apa yang aku nak bincangkan dan luahkan disini ialah berkenaan dengan sikap blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang sesetengahnya 'terlalu extreme" dalam menyampaikan apa-apa berita walaupun sumbernya tidak sahih dan kebanyakannya beritanya tidak benar.
Mungkin masing-masing nak mengejar "hits" dan tak kurang juga secara tak sedar ada perasaan -
- "aku nak jadi blogger pertama yang mengeluarkan berita PANAS ini..!"
- "gua nak feymes"
Nasihat aku, sebaiknya tak perlu jadi yang pertama dalam menyampaikan apa-apa berita kecuali kita berada ditempat kejadian atau berita tersebut dialami oleh kita sendiri. kalau berita datangnya dari "sumber", pastikan dahulu supaya berita tersebut "disahkan" supaya kita tak perlu bersusah payah nak menjawab balik apa-apa persoalan yang timbul selepas berita tersebut dikeluarkan didalam laman masing-masing.
Pengeluaran sebarang maklumat adalah satu perkara yang baik untuk umum tetapi penafian maklumat yang telah dikeluarkan oleh kita dengan hujah dan bukti adalah 1 "BALA" kepada kreadibiliti kita sebagai blogger.
Tak kiralah berita tersebut berkenaan dengan orang yang kita benci atau kita sayangi ianya tak membawa sebarang makna bagi pembaca kalau apa yang disampaikan tidak benar dan dinafikan oleh orang-orang tertentu dengan hujah dan juga bukti.
Berkenaan dengan "bahasa" dalam berblogging, yang ni aku tak boleh nak buat apa-apa sebab aku sendiri pun bukan bagus sangat dalam "berbahasa" bila aku blogging sebab bahasa blogging ialah "bahasa jiwa yang terpendam". cuma kalau dah masuk tahap mencarut tu, bukan "bahasa jiwa' bagi aku tapi bahasa "orang yang ketandusan seks"... macam blogger-blogger pro UMNO/Beer eNd.
Nak marah, marahlah sebab itu kenyataan... ini negara "Demokrasi Kukubesi", jadi medium yang ada ini adalah 1-1nya tempat untuk meluah pendapat dan melepas geram. kalau tak nak kena maki dengan blogger, jangan buat benda-benda gila. tak kiralah engkau tu pimpinan UMNO/Beer eNd atau Pakatan Rakyat. itu undang-undang majoriti blogger pro Pakatan Rakyat yang aku kenal.
Eh... korang ingat, korang dekat luar sana je yang pandai buat undang-undang..?
Akhir-akhir ini juga dan mula timbul blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang "buyers"... maksud aku cenderung untuk mempertahankan individu-individu tertentu sahaja, atau mungkin juga berminat untuk menjadi pelapor berita kepada individu-individu tertentu sahaja.
Yang ni juga bagi aku kurang baik. lidah rasmi memang diperlukan, tetapi sebagai blogger, itu 1 perkara yang tidak baik. berhenti saja dari blogging, tukar profession kepada "wartawan rasmi sipolan-sipolan". itu lebih baik dan jujur.
Sebab aku tak berapa minat dengan blogger-blogger buyers macam ni ialah, dah ada kecenderungan untuk melapor apa yang baik sahaja dari individu-individu tertentu dan yang tak baik, ditutup sebaik-baiknya. maknanya (bahasa paling mudah...) - "tukang kipas"...
Eh... ini bukan kes cemburu, tapi sebab benda-benda macam ni lah yang akan merosakkan individu yang kita "kipas" tu... laporkan semua yang baik-baik dan tutup segala kelemahan, tiada lagi teguran atau kritikan. itu 1 masalah besar bagi orang yang kita "kipas".
Kalau korang paham maksud aku, Alhamdulillah... kalau tak paham, "Bala"... fikir sendiri la kawan... aku anggap korang bijak...
Lain-lain aku malas nak tegur lagi... aku bukan bagus sangat pun... cuma nak peringat, kalau boleh, janganlah siarkan apa-apa berita yang tak sahih... cuba sahkan dulu maklumat yang korang dapat...
Dapatkan source terdekat dengan orang-orang penting... jangan malu & jangan segan untuk mintak no hubungan PA mana-mana orang penting kalau terserempak. itu penting untuk sahkan apa-apa maklumat. setakat aku dok berlegar-legar tepi-tepi longkang sampai hari ni, tak de lagi mana-mana PA orang-orang penting Pakatan Rakyat yang kedekut nak bagi no hubungan.
Pimpinan sendiri pun tak de lagi yang kedekut nak bagi no hubungan setakat yang aku mintak... TGHH aku tak tau la sebab aku tak pernah mintak...