"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, November 01, 2008

Kenyataan Media AMK Selangor: BPR Digesa Terus Bertindak Ke Atas Kes Eurocopter & Siasatan Kes Mata Lebam Anwar Ibrahim

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menggesa pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk meneruskan siasatan ke atas pembelian Eurocopter yang dilakukan oleh kerajaan pada September lepas.

Meskipun Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi merangkap Menteri Pertahanan menangguhkan pembelian tersebut, tetapi itu tidak bermakna bahawa siasatan BPR juga perlu terhenti secara automatik.



Adalah sangat mendukacitakan apabila Abdullah hari ini membuat ralat bahawa berlaku kesilapan sebutan harga, di mana harga Eurocopter tersebut adalah sebanyak RM1.604 billion sedangkan semalam beliau membundarkan kepada RM1.7 billion. Ini adalah sangat memalukan dalam keadaan perkara yang menghanguskan wang rakyat sewenang-wenangnya diambil mudah oleh beliau. Harga rasmi seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Abu Seman Yusop ialah sebanyak Euro 323.7 juta bersamaan RM1.604 bilion.


AMK ingin menegaskan, bahawa tidak ada keperluan bagi BPR untuk menghentikan siasatan dalam keadaan sekarang. Kecelaruan angka dan fakta di sebalik proses pembelian Eurocopter ini jelas membuktikan ia satu pembelian yang terdesak,dan hanya dihentikan disebabkan oleh desakan bertubi-tubi oleh Pakatan Rakyat.


Dalam masa yang sama juga AMK ingin menggesa agar BPR mempercepatkan proses pendakwaan ke atas Abd Gani Patail setelah Ketua Pengarah BPR mendedahkan bahawa siasatan kes insiden "mata lebam" Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu telahpun selesai.


BPR tidak boleh melengah-lengahkan sama sekali pendakwaan kes ini memandangkan keadaan ini tidak diadili sewajarnya dalam keadaan ia akan membiarkan individu-individu tertentu terus berkeliaran dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa yang lebih besar berlaku.


Dalam hal ini, AMK ingin menggesa agar Perdana Menteri lebih serius dengan komitmen beliau membersihkan sistem keadilan di Malaysia, dengan menggantung tugas Abd Gani dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan agar memudahkan BPR meneruskan pendakwaan ke atas mereka.


Wang rakyat dan sistem keadilan negara adalah amanah dan tidak boleh diseleweng demi memuaskan nafsu dan tembolok politikus rakus. Justeru BPR wajar meneruskan siasatan tanpa kompromi demi mempertahankan kebenaran untuk rakyat terbanyak.


Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Projek Saluran Gas Kimanis Ke Bintulu Diteruskan

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata projek pembinaan saluran gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu di Sarawak akan diteruskan.

"Ya, projek ini diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status terkini projek berkenaan berikutan gesaan beberapa pihak termasuk presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok sebelum ini supaya projek itu diberhentikan segera.

Menurut Dompok, gas itu amat diperlukan dan sepatutnya digunakan di Sabah untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan membangunkan industri hiliran seperti industri urea dan plastik selain digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik di negeri ini.

Abdullah berkata kerajaan akan memastikan gas bagi keperluan Sabah diperuntukkan secukupnya dan stesen janakuasa akan dibina di negeri itu.

Mengenai kebimbangan sesetengah pihak bahawa Sabah tidak akan mendapat apa-apa hasil kalau semua gas dihantar ke Sarawak, Abdullah berkata tanggapan itu tidak betul.

"Apa yang kita dapat dari Sabah...Sabah lah yang dapat sebagaimana yang ditetapkan," katanya.

Ir Nizar: Perundangan Islam Sedia Ada Perlu Diubah

Kerajaan Negeri Perak hari ini mengakui kesukaran untuk menguatkuasakan undang-undang Islam kerana ia memerlukan perubahan terhadap sistem undang-undang sedia ada di semua peringkat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan itu juga memerlukan kajian dan perbincangan di semua peringkat terlebih dahulu tetapi sehingga kini belum ada perbincangan seumpama itu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita kenapa kerajaan negeri tidak menguatkuasa undang-undang Islam bagi menangani gejala maksiat yang membabitkan umat Islam yang mengunjungi rumah urut dan kelab-kelab malam.

Beliau berkata banyak kajian yang perlu dibuat bagi mengekang tabiat orang Islam yang melakukan maksiat dan mengunjungi kelab-kelab malam serta rumah perjudian.

"Saya serahkan kepada semua persatuan yang berlandaskan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat perbincangan bagaimana caranya untuk melaksanakan sistem perundangan ini.

"Banyak kejadian yang tidak diingini berlaku berpunca dari tabiat meminum arak, main judi hinggakan suami sanggup memukul isteri gara-gara tidak sedarkan diri," katanya.

Mohammad Nizar yang baru melawat Pakistan minggu lepas berkata bandar raya Lahore yang mempunyai berjuta penduduk beragama Islam juga masih gagal menggunakan sistem perundangan Islam sepenuhnya.

"Di Lahore yang hampir seratus peratus penduduknya orang Islam juga masih menghadapi masalah untuk melaksanakan hukum yang sepatutnya," katanya.

BPR Buka Kertas Siasatan Pembelian Helikopter Eurocopter

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah mula membuka kertas siasatan berhubung pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ahamd Said Hamdan berkata siasatan tersebut dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu.

Beliau berkata kertas siasatan tersebut baru dibuka selepas menerima maklumat daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

"Dokumen dan maklumat penting dah dapat daripada PAC dan kita baru sahaja membuka kertas siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Latihan Ujian Menembak BPR di Lapang Sasar Mantin di sini hari ini.

Beliau berkata kes tersebut akan disiasat yang merangkumi semua aspek termasuk prosedur pemilikan dan juga rasuah.

"Ini termasuk semua aspek termasuk rasuah. Kita akan lihat prosedur seperti adakah kepincangan dalam prosedur dan beberapa aspek lain yang terdapat dalam prosedur itu," katanya.

Siapa Berada Di tempat Kejadian? - malaysiakini

Satu objek yang dikhuatiri bahan letupan ditemui sebelum diletupkan oleh anggota-anggota Unit Pemusnah Bom polis di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang ini.

Objek itu ditemui dalam bungkusan beg plastik putih di tempat letak kereta pada kira-kira pukul 4.45 petang.

Ia kemudian diletupkan menggunakan robot pada pukul 6.25 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman turut berada di lokasi ketika objek itu diletupkan.

PDRM memang pakar letupan tapi bukan pakar dalam mengesan "bahan letupan"...kalau tak percaya hangpa boleh tanya suspek-suspek kes Atlantuya...depa pun ada jugak sejarah letup-meletup ni.

Cumanya aku heran... kenapa depa tak pakai alasan macam dekat atas tu untuk melepaskan diri?eh...perbicaraan belum tamat lagi kan?

Jadi aku cadangkan supaya pihak pembela menggunakan alasan yang sama dengan kenyataan diatas sebagai hujah pembela dalam penghakiman yang akan datang.bukan susah pun kan?

Habaq je la dalam mahkamah bahawa tertuduh sebenarnya telah meletupkan "objek" yang dipercayai bahan letupan ditempat kejadian semasa kejadian...mungkin boleh lepas kot.

Tapi dekat atas tu habaq Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman turut berada di lokasi ketika objek itu diletupkan.

Dalam kes Atlantuya pulak hangpa nak habaq siapa yang "turut berada di lokasi ketika objek diletupkan"???

Masalah jugak tu kan? Apa kata Bik Mama??

Najib 112, Ku Li 1, Muhyiddin 67, Ali 25, Taib 18

3.15 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-25 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Batu, Wilayah Persekutuan, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein terus mendahului dengan 89 pencalonan,

Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (66), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (51) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (10), Datuk Jamaluddin Jarjis (8), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (9), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

-malaysiakini

Mukhriz 69, Khir 52, Khairy 50

2.55 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat dua lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kuala Pilah dan Kota Raja. Dengan ini, Mukhriz kini mendapat 69 pencalonan.

Bagi naib ketua, Kuala Pilah dan Kota Raja mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

-malaysiakini

Najib Usah Mimpi Jawatan Pi Em - malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan tugas-tugas Perdana Menteri kepada penggantinya beberapa hari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac depan.

Menurut Perdana Menteri, beliau memerlukan sedikit masa selepas perhimpunan tersebut untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu sebelum menyerahkan jawatannya itu.

“Berilah beberapa hari selepas perhimpunan, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan nanti,”
katanya yang juga Presiden UMNO selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini - Utusan Malaysia Online

Aku dah cakap dah awal-awal...mangkuk ayun ni kaki kelentong, tapi hangpa tak nak percaya... ni hangpa tengok ayat-ayat awal seorang pengelat - “Berilah beberapa hari selepas perhimpunan, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan nanti,”

Mangkuk ni habaq "beberapa hari selepas perhimpunan"... cuba hangpa pikiaq pakai otak dalam kepala... kalau betul mengkuk ni nak serah jawatan dia, mestilah awal-awal dia dah prepare semua keperluan untuk serah tugas dia pada pengganti dia kan?

Sekarang ni bulan 11, maknanya mangkuk ni ada masa selama 4 bulan bersamaan dengan lebih kurang tolak campur lebih 100 hari untuk selesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan peralihan kuasa dan jugak lebih kurang tolak campur lebih 100 hari untuk selesaikan semua kerja-kerja dan tugasan seorang Pi Em.

Bagi seorang penjawat profesional rasanya tempoh tu dah lebih dari cukup untuk selesaikan semua tugasan-tugasan dan perkara-perkara yang berkaitan, tapi tak tau la pulak Pi Em yang ni... sebab tu aku panggil Pak Lah ni "mangkuk".

Kalau ikut pengalaman aku la, bagi penjawat profesional yang lain, tempoh tu lebih dari cukup siap dapat habiskan baki annual leave lagi tapi mangkuk ni lain pulak.nak cakap commite dengan tugas, dah terbukti dah "setara mana" commitenya dalam masa 4 tahun lepas.

Jadi kesimpulannya ialah, Najib tak payah la berangan nak jadik Pi Em sebab bagi aku mangkuk ni TIDAK SEKALI-KALI berniat untuk menyerahkan tampuk Pi Em kepada sesiapa selain me"hantu"nya si Khairy "Jack" Daniel's.

Korang percaya ke mangkuk ni nak letak jawatan?

Aku sikit pun tak percaya.

Free to tell all, Razak?

Abdul Razak Baginda is a free man. But he and his close friend Datuk Seri Najib Razak and family are still not free from the allegations and suspicions that swirl around the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

Since his arrest two years ago, allegations have cropped up particularly in the blogosphere about him, Najib, defence deals and Altantuya complete with lurid details, conjecture and photo-shopped photographs.

His statutory declaration revealed some details of an affair with Altantuya while his private investigator P. Balasubramiam's two sworn statements contradict each other but have put more pressure on Najib. A string of text messages said to be between Najib and Razak's first lawyer Datuk Muhammad Shafee Abdullah has also implied political intervention.

Najib has denied all the allegations but has not sued anyone. Malaysia Today news portal editor Raja Petra Kamarudin is being held under the Internal Security Act while facing criminal charges of defamation and sedition tied to Altantuya's murder as most of the allegations surfaced on his website.

The key to the entire imbroglio is Razak.

But the 48-year-old political analyst has been tight lipped since Shah Alam High Court judge Datuk Mohd Zaki Yasin concluded that the prosecution failed to prove a prima facie case of abetment against him.

"Alhamdulillah. I am fasting today to express my gratitude," Razak told reporters when met outside his house in the leafy Bukit Damansara suburb of Kuala Lumpur.

But he can also express his gratitude by revealing details that were not covered in his statutory declaration and possibly clear the air and his friend Najib from the stench of suspicion.

And Razak can also rebut the contents in private investigator Bala's first statutory declaration that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim first revealed last July 3 and which Bala recanted a day later.

Bala and his family have now disappeared from view, leaving behind a bigger mystery than his two sworn statements.

Now the only one remaining who can clear the mystery is Razak, the affable, suave political confidante of Najib. The Kings College graduate in War Studies should also shed light about his involvement in the Scorpene submarine deal that the opposition claims is a crony deal and related to Altantuya's murder.

He might be facing a civil suit for the death of Altantuya but that should not stop him from doing justice for his friends.

Now that he is free, he must tell all. That is only fair.

-TMI

Prime Minister in waiting relieved, but some questions remain

The acquittal of Abdul Razak Baginda for abetting the murder of a Mongolian model will come as a relief to Prime Minister in waiting Datuk Seri Najib Razak, whose alleged connection with the victim threatened his ascendancy.

"It will take the heat off," said Mary Magdaline Pereira, a political scientist of Universiti Teknologi Mara. "There's one fewer thing he has to worry about."

The judgment comes at a crucial time for Najib, who is contesting the presidency of the Umno — the dominant party in the ruling Barisan Nasional coalition — and is scheduled to take over from Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as prime minister in March.

Najib had repeatedly denied he knew the victim, Altantuya Shaariibuu, and that he had an affair with her.

But his close association with political analyst Razak, a former aide who was yesterday acquitted of involvement in the 28-year-old model's murder, had been a major stumbling block to convincing Malaysians he is above board.

Tan Sri Ramon Navaratnam, president of Transparency Malaysia, who described the verdict as a "major relief" for Najib, urged people to accept the verdict.

"It is a pity this case has taken so long and caused so much pain. But justice has been finally done and the people should accept the verdict," he said.

"The deep divisions over this case also show the urgent need to reform the judiciary to ensure [it] is truly competent and independent, and enjoys the confidence of the people."

Najib has also been dogged by allegations of impropriety in the purchase of weapons systems and a bank in Indonesia.

And the trial has left some key questions unanswered, such as who ordered the murder and why.

Another is why a private investigator, P. Balasubramaniam, who was a key witness at the trial, suggested Najib had had an affair with Altantuya, only to retract it the next day and vanish from the country.

Because of these unanswered issues, a cloud of suspicion would always hang over Najib, analysts said. "The verdict would not end the speculation but instead fuel more speculation," said Leslie Lau, consultant editor of The Malaysian Insider, a political website. "The verdict leaves questions unanswered and gives fodder to conspiracy theories.

-SCMP.com

Najib 108, Ku Li 1, Muhyiddin 67, Ali 23, Taib 17

1.20 pm Datuk seri Najib Tun Razak menambah tiga lagi pencalonan untuk jawatan presiden dari bahagian Bagan, (Pulau Pinang), Tambun (Perak) dan Kuala Krau (Pahang) untuk memperolehi 108 pencalonan setakat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menambah dua lagi pencalonan dari Bagan dan Tambun. Manakala pencalonan bagi jawatan timbalan dan naib presiden dari bahagian Kuala Krau sedang dikira.

Dengan ini, Muhyiddin memperolehi 67 pencalonan manakala calon lain - Datuk Mohd Ali Rustam (23), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (17) dan calon terbaru, Datuk Shahrir Samad mendapat satu pencalonan dari bahagian Gua Musang hari ini.

Gua Musang turut mencalonkan ketua bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat perwakilannya pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden, Bagan dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein terus mendahului dengan 87 pencalonan.Empat orang lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini mendapat 64 pencalonan, Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (50) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Manakala pemimpin lain yang turut dilcalonkan tetapi masih belum melepasi kelayakan minima ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (9), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

-malaysiakini

Zaid Ibrahim Letak Jawatan Senator

KUALA LUMPUR, 1 NOVEMBER - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dilaporkan media perdana hari ini telah meletakan jawatan sebagai senator Dewan Negara baru-baru ini.

Beliau sebelum ini telah meletakan jawatan sebagai Menteri di JPM yang berpotfolio undang-undang pada pertengahan September lalu.

Menurut laporan media lagi, surat perletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan perletakan jawatan beliau dikatakan langkah yang tepat berikutan beliau tidak lagi menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional (BN).

Semalam, ketika berucap di Persidangan LawAsia kali ke-21, Zaid yang dikenali sebagai seorang yang lantang telah menyuarakan bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.

Dalam majlis yang dianjurkan bersama oleh Majlis Peguam Malaysia dan Persatuan Undang-undang bagi Asia dan Pasifik (LawAsia).

Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli parti pemeritah - Umno - parti terbesar orang Melayu.

Zaid meletakkan jawatan dalam Kabinet sebagai tanda protes terhadap penahan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini - Suara KeADILan

Berita awal : Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal.

KUALA LUMPUR 31 Okt. –
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.

“Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.

S'wak PKR shoots down Soi Lek's 'return' to cabinet

Two Sarawak PKR leaders have scoffed at talks of Dr Chua Soi Lek’s return to the Federal Cabinet.

dominique ngSarawak PKR chair and Padungan state assemblyperson Dominique Ng came out strongly, albeit in sarcastic fashion, against certain members of the cabinet.

“In a cabinet filled with ‘suspicious characters’ of all shades, which allegedly include a high-class woman assaulter and corrupt-tainted people, surely a reformed corruptor of morals would not be out of place?

“Indeed, he [Dr Chua] is in fine company and I might say to be merely among his high-flying peers!,” said Ng.

Ng was among several people who spoke to Malaysiakini today on wide speculations that Chua could be brought back to the cabinet through the Senate.

mca agm 181008 chua soi lekChua, who beat MCA secretary-general Ong Ka Chuan and two others in the recent party elections, was at the centre of the ‘Minister in the Sex Video’ scandal last year which forced him to resign his ministerial and party posts. Chua was also not re-nominated as a BN candidate in the March 8 general election.

After his surprise victory in the party polls, there were talks that the party may be recommending him to be a senator in order to return to the cabinet. By tradition, the deputy president of the MCA gets a ministerial post.

This has become a hot issue in the national press and DAP chairperson Karpal Singh was recently quoted in a national daily as saying that he has no wish to see a “porn star in the cabinet.”

penans meet suhakam 130208 see chee howSarawak PKR Stampin division chairperson See Chee How (right) asked whether Chua is really a changed man now.

“He was in the cabinet before and he has nothing to show, from his records, that he dares to stand up against Umno's dominance in BN,” See pointed out.

With his fall before the general election and rise after the party election, Chua may have given all MCA members and others a glimpse of hope but will MCA risk its position to shake Umno’s dominance,” he asked.

See opined that Chua’s presence in the cabinet could put MCA in a more vulnerable position as he (Chua) would even be more reluctant to speak up against Umno’s dominance and wrongdoings because of his own skeleton in the cupboard.

See said Umno's dominance is the root cause of the country's racial polarisation, corruption and poor governance and mismanagement of the various arms of government.

According to him, the appointment of Chua as a senator and cabinet minister, if it happens, will allow the Umno-dominated BN to keep the forces in MCA in check more easily.

Why? Surely, you cannot expect someone with a dark cloud hanging over his head to speak his mind against Umno people who are or could be just as ‘colourful’ as him, See added in jest.

Extra Maritial OK In W Malaysia?

patau rubisOpposition State Reform Party (Star) president Dr Patau Rubis, one time described as a maverick and who was sacked by Chief Minister Abdul Taib Mahmud in 1995 from the Sarawak Cabinet allegedly on ground of indiscipline, preferred ‘to withhold any comment until it is done.’

“Furthermore, it is an internal affair of the MCA and it is up to West Malaysians to settle their problems,” Patau, a Bidayuh, told Malaysiakini.

“We (the party) prefer to leave it to them both to decide whether extra-marital affairs are permissible in West Malaysians politics,” the Star chief said, clearly aware of what might be the grounds for objection to Chua’s return to the cabinet.

violet yongPending DAP state assemblyperson for Pending Violet Yong opined that “Chua’s (imminent) return to the cabinet is because of his position as the No 2 in the party.

“Although Chua is tainted with the sex scandal, the fact remains that MCA members have accepted him. So this is the party’s choice and it has to be accepted.

“His victory in the MCA elections shows that the party has no other leaders who can match with Dr Chua, in spite of his tainted record. I must say that’s a great shame for MCA,” Yong added.

Ku Li Dan UMNO - ref malaysiakini

Umno bahagian Gua Musang hari ini mencalonkan gandingan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Shahrir Samad untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.

ku li tengku razaleigh and umno agm 241106Pencalonan itu dibuat dalam mesyuarat perwakilan bahagian tersebut yang berlangsung di Dewan rakyat Bukit Cekati, Gua Musang pagi tadi.

Ini merupakan pencalonan pertama yang diperolehi oleh Tengku Razaleigh yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden - rujuk malaysiakini

Tahniah buat Tengku Razaleigh Hamzah atas pencalonan pertama yang diperolehi.tapi para penyokong Ku Li tak perlu terlalu gembira dengan pencalonan ini kerana anda perlu maklum akan "politik dalam UMNO" tidak mudah dijangkakan.

Telahan awal aku dalam posting [ini] nampaknya tersasar.aku jangkakan Ku Li tidak akan dicalonkan hatta dicawangan naungannya sendiri sebab "politik dalam" UMNO tidak mudah dijangkakan.

Setakat ni 106 bahagian Umno termasuk Gua Musang telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing dan Gua Musang adalah bahagian tunggal yang telah mencalonkan Ku Li sebagai calon presiden.

Baki 85 bahagian lagi masih punya masa sehingga 9hb.November,2008 untuk mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing dan adakah lagi bahagian-bahagian UMNO yang lain bakal mencalonkan Ku Li selepas ini?

Ku Li masih memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan lagi untuk melayakkannya mengambil bahagian dalam pemilihan presiden Mac tahun depan.kalau Ku Li gagal untuk mendapatkan kuota yang melayakkannya bertanding maka berulanglah lagi sejarah tahun 2004.

Andaikata sejarah 2004 berulang lagi 10 November ini, maka perlulah Ku Li memikirkan kembali kedudukannya didalam UMNO.

Samada mahu meneruskan "perjuangan yang ditolak" didalam UMNO, atau menyambung "perjuangan" didalam mana-mana parti yang semakin mendapat tempat dihati rakyat.

Apa kata Pakatan Rakyat kiranya Ku Li berminat?

Sapp: Take illegal immigrant issue seriously

The Sabah Progressive Party (Sapp) has again issued a stern warning to the federal government - don't insult the intelligence of Sabahans by ignoring the problems plaguing their state.

The former BN component party wants the government to summon strong "political will" to resolve the perennial problem of illegal immigrants in Sabah.

richard yong sapp sec genIn a statement to Malaysiakini yesterday, the party's secretary-general Richard Yong responded to Minister in the Prime Minister’s Department Mohd Nazri Abdul Aziz's statement in Parliament that immigrants from the Philippines and Indonesia had contributed to a drastic rise in the population of the state between 1970 and 2000.

Nazri had said this in a written reply to Sepanggar MP Eric Majimbun's question during his debate on the national budget in the Dewan Rakyat on Wednesday on the latter’s inquiry on the increase in Sabah's population by a whopping 285 per cent, based on the Population and Housing Census for 1970 and 2000.


Yong said Sabahans don’t want reminders of the facts and figures.

immigrant workers 280205 moving out"What we want is a genuine and comprehensive solution to the perennial problem, with a specific time frame, and not just another academic answer as the problem has existed for more than three decades now and has inflicted immense suffering to the people of Sabah," he said.

A Perrenial Problem


Yong added that the minister must take responsibility if he fails to handle and resolve the problem. He also reminded the government of its responsibility to safeguard the sovereignty of the country.


Since it pulled out of the BN in September, Sapp has been a vocal critic of both the federal and state governments, especially on the issue of illegal immigrants and the issuance of identity cards to thousands of illegals in Sabah.


Locals say the government has only been paying lip service and doing very little to seriously tackle the problem and its reluctance to address the issue has resulted in the state becoming inundated with illegal immigrants, some of whom have even become Malaysian ‘citizens’ after obtaining false identification documents.

Malaysiakini - Penurunan Tanpa Kesan

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan kali keempat dalam masa 5 bulan dalam tahun ni, tapi masih jugak dalam kira-kira aku "membebankan".membebankan sebab kalau korang rajin kira, korang akan dapat jawapan bahawa sebenarnya kita (pengguna) membayar subsidi kepada KERAjaan sebanyak RM0.40 seliter (kalau tak silap kira-kira aku la).

Aku malas nak attach kira-kira aku dekat sini sebab masa tak cukup...kalau korang rajin korang jenguk-jenguk dekat blog-blog lain.

Patutnya harga minyak runcit minyak sekarang bawah RM2 sekiter atau lebih kurang RM1.62 seliter.

Siapa yang bagi subsidi dekat sapa sekarang?

Satu lagi pulak nak cerita, kalau KERAjaan UMNO/BN sekarang turunkan harga minyak sampai RM0.50 seliter pun pandangan aku pada KERAjaan tetap tak berubah...bagi aku KERAjaan masih terlalu lemah...

Harga minyak dah 4 kali turun, harga barang baru nak turun.roti canai sekeping untuk sarapan pagi dulu sebesar pinggan dengan harga RM0.80 tapi sekarang roti canai sekeping untuk sarapan pagi hanya sebesar piring tapi dengan harga RM0.80 jugak...

Teh tarik secawan masih dengan harga yang sama tapi dah tak "kaw" macam dulu.

Kalau beli karipap gemuk, cuba goncang-goncang dulu...selalunya macam ada guli dekat dalam... tengok dari luar gemok tapi intinya seciput.

Kalau yang bekerja terpaksa makan dekat gerai, terasa sangat "seksanya" kehidupan "bujang"...terpaksa membayar dengan harga yang bukan murah untuk makanan yang "kurang" khasiat...balik rumah orang tua hujung minggu, isteri dibebel mak mentua konon anaknya makin kurus sebab tak reti nak jaga makan minum suami, padahal depa tak paham kesulitan hidup dikota yang kos sara hidupnya mengalahkan Singapura sekarang......

Semua tu angkara siapa???

Suara Bloggers

Dalam posting “Peringatan kepada ahli-ahli Majlis”,

Ahmad Kamal said:

Takkan celik-celik mata tak ada cerita yang positif sikit. Takkan sepanjang hidup kisah orang tak betul, orang rasuah. takada langsung ka orang UMNO yang baik dan orang PR semua nya baik ka?

Terima kasih Tuan Haji. Dan bukan Tuan Haji sorang saja yang bercakap dengan nada macam tu, tapi ramai lagi yang cakap macam tu.

Khairy pun pernah kata bloggers-blogger ni beruk. Syed Hamid kata, bloggers ni penabur fitnah. Tok sah kata Umno…Hj. Hadi dan Ustaz Nasha pun pernah ugut nak saman bloggers kerana menabur fitnah. Dan sekarang Tuan Haji pulak merungut.

Pasai apa jadi macam tu?

Sebelum pilihanraya ke12, semua maklumat-maklumat yang tersembunyi dibawah tikar BN, dibongkar oleh bloggers dan webmasters. Semua penyelewengan dan penindasan yang dilakukan oleh BN dibongkar oleh bloggers dan webmasters. Apa tujuannya? Hanya lah untuk menimbulkan kesedaran kepada rakyat tentang apa yang berlaku dan mengajak rakyat berfikir untuk memilih pemimpin yang baik untuk memimpin negara, untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Dan kita berjaya diPerak..dengan menumbangkan Umno/BN. Tetapi apabila Pakatan Rakyat mengambil alih, kita mahukan pembaharuan. Kita mahukan pemimpin kita lebih baik dari pemimpin dulu. Kita mahukan perubahan sistem kehidupan..bukan buang Umno dan gantikan dengan Pas/ PKR.

Bloggers bukan ada kepentingan dalam parti atau kerajaan. Bukan ada jawatan dalam parti..dan kalau ada pun bukan nak rebut balak atau pasir. Kita mahukan pembaharuan kepada yang lebih baik. Kerja bloggers macam kerja gila. Ada yang kena ancam, ada yang kena boikot..ada yang kena kutuk…tapi dapat apa?

Tengok Albanjari, cenangau, Telok Bakong, Seri iskandar, matcomot, aloha, Kulup Sakah, republik kata…apa yang depa dapat? Dan kita tak mintak apa-apa pun..cuma kita mahu sesuatu yang lebih baik. Dan kita bukan hanya pandai cakap belakang macam Jebon Kuala…sebaliknya kita sedia bersemuka.

Dalam konteks Perak..selepas mengambil alih…apa yang telah dilakukan?

Pernahkah kepimpinan Negeri berjumpa dengan para bloggers untuk menerangkan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri? Cerita-cerita yang tak baik…kita boleh dapat dimana-mana. Apa yang aku tulis bukan aku dapat dari kerajaan negeri…tapi dari rungutan rakyat marhaen. Orang jumpa aku tiap-tiap hari komplen macam-macam. Dan apa yang aku tulis adalah suara rakyat bawahan.

Tapi cerita yang baik..sapa nak bagi tau? Pernahkah setiausaha akhbar MB panggil blogger bila nak buat press conference, untuk menerangkan perkara-perkara baik dari kerajaan negeri? Tak pernah! Kalau aku tau pun…aku tak boleh masuk PC sebab tak ada kad media. Yang boleh masuk ialah wartawan NST, Utusan, BH.. lepas tu komplen akhbar-akhbar ini putarbelit kenyataan! Sedangkan bloggers yang banyak membantu kerajaan yang ada hari ini untuk berkuasa…sapa pun tak peduli.

Aku komen dalam blog Setpol MB…dia buat tak tau. Aku tanya dia tak jawab! Habis…apa cerita baik dari kerajaan negeri yang boleh aku tulis?

Aku minta Ahli Majlis buat briefing sebelum dan selepas mesyuarat Ahli Majlis…supaya kita boleh bantu memberikan idea…sampai sekarang depa buat tak tau. Sebaliknya..kata kita nak campurtangan…seolah-olah depa tak tau buat kerja.

Bila aku kutuk…bila aku kritik…aku bukan buat secara sembunyi. Sapa yang tak puashati tentang apa yang aku tulis atau cakap…boleh jumpa aku. Kalau aku salah…perbetulkan. Boleh dikatakan…ramai dari tukang komen dalam blog ini aku dah jumpa secara bersemuka. Sebab aku bukan saja-saja nak kutuk…tapi mahu memperbaiki keadaan. Itu saja yang aku mau.

Dan aku bukan takat tulis dalam blog, tapi aku cuba pi jumpa pemimpin negeri. Tapi pasai aku tak dak jawatan dalam parti, bukan ahli perniagaan yang boleh tangkap kontrek, bukan tauke balak yang boleh bagi komisyen…sapa nak jumpa aku?

Dan aku tak boleh nak buat sorang-sorang. Aku perlukan bantuan dari ramai blogger-blogger kat sini …kalau nak bantu la. Bukan nak bantu aku, tapi sekurang-kurangnya menderma idea bagaimana nak bantu kerajaan negeri untuk faedah rakyat.

Kalau nak bantu kerajaan negeri…mula-mula kita kena tau apa masalah kerajaan negeri, baru kita boleh bagi idea penyelesaian. Mungkin pemimpin kita masih sibuk dengan jawatan dalam GLC, nak tubuk syarikat tukul besi, dok bincang pasai konsesi sampai tak ada masa nak fikirkan tentang program-program untuk rakyat.

Dan hari tu, aku pun kata…nak tunggu ahli politik…aku tak berapa harap. Aku lebih mengharapkan aktivis-aktivis masyarakat, terutama para tukang blog dan tukang komen, untuk sama-sama bertanggungjawab sekiranya kerajaan gagal memenuhi janji-janji kepada rakyat. Kita tak boleh kutuk pemimpin saja…sebab kita yang pilih depa. Tapi macam mana?

Aku dah bincang dengan matcomot, Ibn Hamzah, Manjungmari, Ofisboy Tkt 4, Mamamat, Pengasas, untuk mengadakan satu Konvensyen Bloggers Perak. Kita buka kepada semua bloggers Perak yang mahu membantu kerajaan negeri Perak. Kita bantu MB dengan memberikan idea…takat yang kita mampu. Tok sah fikir sama ada Pas, PKR, DAP atau Umno. Kita duduk sama-sama..bincang tentang bagaimana untuk membangun Perak. Kalau fikir macam mana nak menjatuhkan kerajaan negeri…tak payah datang pun tak apa.

Tapi pertama sekali kita kena dengar apa MB nak cakap, apa Exco nak cakap, apa yang depa mahu kita lakukan…kemudian baru boleh kita merancang.

Aku dah jumpa Pengarah Penerangan negeri dan dah bincang perkara ini. Dan dia bersetuju untuk menjemput semua bloggers…yang ada blog dan yang tak ada blog,..untuk bertemu dan berbincang. Dan dia dah dapat persetujuan dengan MB untuk hadir memberikan keynote adress.

OK..ini jemputan terbuka kepada semua bloggers..untuk hadir ke Majlis Taklimat dan Penerangan dan diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri.

Tapi hanya untuk mereka yang berani memperkenalkan diri. Yang ikhlas untuk membangun rakyat. Kalau datang nak aku suruh jolok permohonan balak..tok sah datang.

Dan jangan kata kita hanya pandai menyalak dalam blog..ruang sudah disediakan.

Sedia? Kalau sedia semua maklumat ada disini dan daftar lah dalam borang yang disediakan. Aku nak tau…berpa ramai yang nak datang supaya senang menyediakan makanan. Kalau tak register…masih boleh datang..tapi nak makan kena pergi Kluang Cafe,,kena cekup BPR aku tak tau.

Terbuka kepada semua bloggers Perak, anak-anak Perak yang ada diluar Perak dan mereka yang berminat untuk membantu Perak.

Sila pergi kesini - http://go-perak.rentaprevolusi.com/

-Perak Express