Jalur Gemilang...???
Ingat balik 15 tahun lepas, tiap kali masuk bulan kemerdekaan... kalau pergi dekat kedai-kedai runcit, pasaraya, pasar malam, gedung beli-belah, kaki-kaki lima, pasar basah atau mana-mana pusat perniagaan, memang senang sangat nak dapatkan Jalur Gemilang. lewat sikit - sold-out..!
Meriahnya bulan kemerdekaan cukupcukup terasa 15 tahun lepas.
Kalau dekat jalanraya atau lebuhraya pulak, jarang nak jumpa kenderaan yang tak diletakkan Jalur Gemilang. beb... basikal budak-budak kampung pun penuh dengan bendera beb... mat rempit pun merempit dengan motor kering yang dekat belakangnya ada Jalur Gemilang.
15 tahun lepas, Kerajaan tak payah susah-susah nak berkempen mintak rakyat kibarkan Jalur Gemilang. kalau dekat teksi, tak kurang dari 5 Jalur Gemilang bersusun dekat cermin depan, masuk dalam teksi lepas bayar, dapat pulak 1 Jalur Gemilang hadiah dari pemandu teksi.
Itu cerita 15 tahun dulu... 15 tahun dulu jugak aku ingat lagi ada sorang warga emas dekat Terengganu, tiap-tiap tahun dia akan cat rumah dia dengan Jalur Gemilang tanda semangat kemerdekaan.
Hari ni..?
KERAjaan pulak terpaksa habiskan duit yang banyak untuk ajak rakyat kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan. sebab apa jadi macam ni..?
Nampak dipihak KERAjaan Pusat hari ni bukan main bersusah payah adakan macam-macam kempen supaya rakyat bersikap patriotik. belanjanya bukan sikit. tak payah kira berapa sebab kita sedia tau memang besar jumlahnya.
Pada aku, rakyat Malaysia hari ni bukan tak patriotik terhadap Negara Malaysia yang tercinta, malah sikap patriotik tu semakin hari semakin menebal dari hari ke hari. tapi lambang patriotik tu bukan lagi dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
Ini tanda protes... majoriti rakyat sudah bosan dengan KERAjaan yang ada hari ini yang kerjanya setiap masa hanya menipu, membohong, memperbodoh dan membangangkan rakyat semata-mata. apa bagusnya KERAjaan Pusat sekarang..?
Bukan tak bangga jadi warganegara Malaysia, tapi segan... segan dengan KERAjaan yang ada sekarang. kita bangga jadi rakyat Malaysia tapi kita tak bangga dengan KERAjaan yang memerintah Malaysia.
Entri ni aku biarkan tergantung... korang fikir sendiri kenapa...