1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak dikenali memukul seorang aktivis NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (GEGAR) pada hari ini. Kejadian itu berlaku apabila aktivis tersebut, saudara Hisyamuddin Ghazali sedang menggantung sepanduk menuntut royalti minyak untuk Kelantan di hadapan Masjid Telipot Kota Bharu sekitar jam 11 pagi hari ini.
2. Menurut mangsa, beliau yang hanya bersama isteri dan ibunya didatangi oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang menggantung sepanduk dan terus dipukul. Beliau kemudiannya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
3. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan. Perlu diingat, hasil minyak merupakan hak milik Kelantan dan tindakan memunggah hasil mahsul ini tanpa sebarang bayaran royalti hanyalah merupakan tindakan perompak yang merompak dengan cara yang kononnya sah mengikut undang-undang.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, May 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)