"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 29, 2010

Hasan Ali Dedah Rahsia PAS Juga. Apasal Tak Kena Gantung?

Saya sedikit pun tidak terkejut atas keputusan JK Disiplin PAS. Bagaimana Hasan Ali boleh dikenakan hanya Amaran Bertulis sedangkan 70% AJK PAS Pusat mahu Hasan Ali ditukar dari menjadi PJ Selangor.

Padahal, Hasan Ali juga telah mendedahkan rahsia parti di hadapan blogger UMNO.

Sila dengar rakaman tersebut di atas.

Kita tahu perkara mendedahkan rahsia parti ini telah pun sampai kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Rakaman ini juga telah sampai kepada Tuan Ibrahim Tuan Man melalui Al Banjari.

Juga, pendedahan berkenaan rakaman ini telah menjadi maklumat umum.

Sedangkan tiada bukti pun Khalid Samad mendedahkan rahsia parti. Mengapa Khalid digantung manakala Hasan Ali terlepas?

SEPATUTNYA SAYA TIDAK TERKEJUT

Setiuasaha kepada JK Disiplin adalah Dr. Supyan Husin. Beliau ini bekas Exco Pemuda Pusat. Beliau terkenal sebagai seorang yang anti Anwar Ibrahim dan pernah melahirkan sikap anti beliau dalam Mesyuarat Exco Pemuda Pusat.

Jadinya sepatutnya orang seperti Dr Supyan Husin tidak patut duduk dalam JK Disiplin PAS Pusat. Sepatutnya beliau menarik diri. Namun, beliau terus mengadili YB Khalid Samad sedangkan beliau jelas seorang yang anti Anwar Ibrahim sampai hari ini.

Ini kerana setiap pimpinan PAS yang pro PR sering dilabel sebagai “proksi Anwar” dan Khalid adalah salah seorang darinya.

Jelas, ini suatu kezaliman, pada pandangan saya dan sebagai ahli PAS saya tidak dapat menerima keputusan seperti ini.

Lebih-lebih lagi, BUKTI KESALAHAN HASAN ALI TERBENTANG DI DEPAN MATA JUTAAN RAKYAT MALAYSIA.

Kalau Khalid Samad kena 6 bulan, sepatutnya Hasan Ali mesti kena 12 bulan. Bukan hanya amaran bertulis. Mengapa JK Disiplin begitu TIDAK ADIL?

Apakah perlu Tulang Besi mendedahkan KESELURUHAN rakaman KUTUKAN serta NISTA Hasan Ali terhadap KERAJAN NEGERI PR dan juga PARTI-PARTI KOMPONEN PAKATAN RAKYAT SELURUH SELANGOR?

Rakaman yang penuh dengan FITNAH dan MEHNAH terhadap Pakatan Rakyat yang membuktikan TANPA SYAK Hasan Ali melanggar keputusan Muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Adakah selepas itu baru JK Disiplin dan PAS Pusat mahu mengambil tindakan yang betul dan benar?

Beri saya sampai hari Isnin untuk buat keputusan.

Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

p/s - kalau Khalid benar2 bersalah, saya pun tak sokong dia. Tapi apa sebenarnya kesalahan Khalid? Saya ingin bertanya.

1/3 Tentera Wanita Amerika Mangsa Rogol

Terjumpa saya satu artikel yang mendedahkan betapa 1/3 wanita yang pernah bertugas dalam Angkatan Tentera Amerika pernah diperkosa. Dan 2/3 dari kesemua wanita yang bertugas di dalam Angkatan Tentera Amerika samada pernah diperkosa ataupun pernah diganggu secara seksual.

Yang lebih menyedihkan adalah pihak Angkatan Tentera Amerika sendiri cuba untuk menyembunyikan insiden rogol ini. Perogol-perogol yang didapati bersalah juga jarang mendapat hukuman yang berat. Biasanya mereka mendapat hukuman yang ringan seperti turun pangkat, digantung kerja dsbnya.

Hasilnya, diestimasi bahawa lebih 90% kes rogol tidak dilaporkan oleh mangsa. Hasilnya mangsa mengalami trauma dan ganguan mental yang sangat serius apabila mereka tamat khidmat.

TERIMA KASIH KEPADA PERGERAKAN HAK KESAMAAN WANITA

Usaha membawa wanita ke dalam Angkatan Tentera Amerika adalah hasil dari usaha lobi Pergerakan Persamaan Hak Wanita yang lebih terkenal dengan nama “Feminist”.

Lobi mereka telah memaksa Angkatan Tentera Amerika meletakkan wanita bertugas di perbatasan. Namun, bukan pemimpin-pemimpin “feminist” ini ( yang rata-rata berbangsa Yahudi) yang dirogol tetapi beribu-ribu wanita yang tidak berdosa.

Di sini jelas menunjukkan bahawa ada pekerjaan yang hanya sesuai untuk lelaki dan tidak sesuai untuk perempuan. Zaman fahaman yang mengatakan wanita dan lelaki itu sama sudah tamat. Ia hanya omong-omong kosong dari pergerakan “Feminis” ini.

Lihat salah satu tesimoni dari mangsa rogol :
“At least a rape ends. It’s the day-to-day degradation that eats at you. None of my friends who were raped on active duty reported it. Or if we tried, we were told to shut up for ‘morale.’ Working with your rapist on a daily basis isn’t a lot of fun, believe me.”
Sedih kita melihat betapa wanita-wanita dikorbankan demi fahaman politik segelintir rakyat Amerika yang mahu melihat kesaksamaan wanita dan lelaki secara ekstrem. Janganlah kefahaman songsang ini sampai ke Malaysia ni. Ianya hanya merugikan wanita-wanita di Malaysia semata-mata.

Tulang Besi

1/3rd of Women in US Military Raped

By Ole Ole Olson
NEWS JUNKIE POST

Jan 26, 2010 at 1:27 am
According to NPR, “In 2003, a survey of female veterans found that 30 percent said they were raped in the military. A 2004 study of veterans who were seeking help for post-traumatic stress disorder found that 71 percent of the women said they were sexually assaulted or raped while serving. And a 1995 study of female veterans of the Gulf and earlier wars, found that 90 percent had been sexually harassed.”

The BBC recently reported on The Lonely Soldier: The Private War of Women Serving in Iraq by Helen Benedict. This book examines the extreme difficulties female soldiers have in serving abroad. Benedict interviewed several women in the military to get a deeper understanding of the issue, and some of their stories were real eye openers.

Army specialist Chantelle Henneberry spoke of some of her experiences in Iraq, “Everybody’s supposed to have a battle buddy in the army, and females are supposed to have one to go to the latrines with, or to the showers – that’s so you don’t get raped by one of the men on your own side. But because I was the only female there, I didn’t have a battle buddy. My battle buddy was my gun and my knife.”

Another study concluded that 90% of all women serving are sexually harassed. Another one estimates that 90% of all the rapes do not get reported, despite supposedly easier ways to report the crime with confidentiality since 2005. Either way, this appears to be an epidemic that needs to be dealt with.

An online discussion from a former soldier whose identity is being protected had this to say, “At least a rape ends. It’s the day-to-day degradation that eats at you. None of my friends who were raped on active duty reported it. Or if we tried, we were told to shut up for ‘morale.’ Working with your rapist on a daily basis isn’t a lot of fun, believe me.”

How the military is dealing with this appears to demonstrate a pattern of sweeping it under the rug. In 2008, 62% of those that were convicted of sexual assault or rape received very lenient punishments such as demotion, suspension, or a written reprimand.
This problem is not confined to the US military either. This abuse is rampant among private defense contractors overseas as well, as recently highlighted by the recent press about Jamie Leigh Jones. Ms. Jones was in Iraq in 2005 when seven Halliburton/KBR employees drugged and brutally gang-raped her. Her injuries were so extensive that she had lacerations to her vagina and anus, her breast implants were ruptured, and her pectoral muscles torn. The response of KBR was to lock her in a shipping container with only a bed, and to deny her food, water, and medical treatment. The rape kit that was taken after she regained consciousness was mysteriously lost.

This crime eventually led to an amendment being added to the defense appropriations bill by Sen. Al Franken (D-MN). This would require defense contractors to allow their employees access to US courts in cases of rape or sexual assault, regardless of where they are stationed. The 30 Republican senators voted against this amendment are currently being humiliated on the Republicans for Rape website and by John Stewart on the Daily Show.
The Daily Show With Jon StewartMon - Thurs 11p / 10c
Rape-Nuts
http://www.thedailyshow.com/
Daily Show
Full Episodes
Political HumorHealth Care Crisis
The culture of sexual violence against women that is allowed to exist in both the US military and private contractors needs to come to an end. When almost a third of all women serving are raped, and over two thirds sexually assaulted, this problem is rampant and systemic.

Ku Li: Kelantan Berhak Dapat Royalti, Bukan "Wang Ehsan"..!

Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi dan mengikut maklumat yang aku (TP) dapat, majoriti yang hadir ke majlis Forum Wang Ehsan anjuran UMNO ialah para pendidik yang dikerah supaya menghadirkan diri.
Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5% seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.
“Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.
Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.
Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan dari pelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkan iringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 billion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Wakil Rakyat serta Pegawai Kerajaan Negeri.

Sumber - Kelab GreenBoc, editing dan gambar oleh Topeng Perak® Unmasked

Pengalaman Saya Meminta Pinjaman TEKUN NASIONAL

Saya didedahkan dengan skim TEKUN NASIONAL apabila saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Malaysia. Dalam program tersebut, ada satu sessi dimana para peserta dapat menemui wakil-wakil dari beberapa badan Kerajaan yang dikatakan mampu memberi bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan Bumiputra untuk memulakan perniagaan.

Salah satu dari wakil yang datang adalah wakil dari TEKUN NASIONAL. Setelah berjumpa maka boring TEKUN diberikan kepada saya. Wakil TEKUN memberitahu bahawa borang tersebut mesti disahkan oleh Wakil Rakyat kawasan yang kita tinggal.

Kemudian saya beritahu, wakil rakyat saya adalah Sivarasa Rasiah dan Dr Nasir. Wakil TEKUN lantas menjawab, saya mesti cari wakil rakyat dari BN bukan pembangkang. Saya balas, di Selangor, pembangkang adalah UMNO dan BN. Kerajaan adalah PAS, PKR dan DAP. Wakil TEKUN tu berubah muka sebab tersilap cakap. Beliau lantas berkata, kena juga cari pengesahan dari wakil-wakil rakyat UMNO atau BN.

Seminggu selepas itu, saya bercadang untuk menghantar borang permohonan saya ke TEKUN. Saya lantas menalipon nombor TEKUN. Saya kata saya sekarang berada dalam kawasan Subang. Di mana saya boleh hantar Borang TEKUN saya. Telefonis TEKUN itu berkata pejabat terdekat TEKUN di Kawasan Subang adalah beralamat di :
No 10, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47000, Petaling Jaya Selangor.
Saya pun pergi mencari alamat tersebut, dan saya pun jumpalah pejabat TEKUN NASIONAL SUBANG. Pejabatnya seperti di bawah :
Saya terus koyak borang TEKUN yang saya dapatkan Wakil Rakyat Pembangkang untuk tandatangan tu. Saya kata sampai kiamat pun permohonan saya takkan diluluskan.

DUIT TEKUN DAH JADI DUIT UMNO

Oleh kerana TEKUN NASIONAL menyediakan sebuah program yang dijalankan oleh UMNO, maka sudah tentulah hanya orang UMNO sahaja yang diluluskan permohonannya.

Maklumat yang saya dapat, peruntukan TEKUN ni rata2 pergi pada ahli2 dan aktivis2 UMNO terutamanya pemimpin mereka di peringkat Cawangan dan Bahagian. Ini berlaku dengan begitu meluas terutama di negeri2 yang mereka kalah. Inilah sumber kewangan kepada “grass-root” UMNO untuk menaja serta menjalankan aktiviti mereka. Juga, untuk mereka mengkayakan diri mereka dengan duit rakyat

WOII UMNO, DUIT TEKUN TU DUIT RAKYAT BUKAN DUIT UMNO

Sekali lagi terdedah TEKUN ni contoh bagaimana UMNO memfaraid duit rakyat kepada geng2 UMNO sahaja. Tak heranlah DAP pun komplen pasal TEKUN. (Klik di sini)

Dan “Otai” untuk TEKUN ni adalah Noh Omar. Dia ni Timbalan kepada Khir Toyo al Disneyland. Kalau ketua dah hancur, Timbalan dia lagi teruk.

Ini jugalah salah satu sebab utama ekuiti Melayu tidak dapat mencapai 33.33% walaupun setelah 40 tahun DEB berjalan. Segala kekayaan negara masuk dalam poket UMNOPUTRA dan Kroni2 mereka.

Patutlah orang Melayu pun nak tinggalkan Malaysia untuk cari penghidupan yang lebih bermakna.

Tulang Besi