وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ
وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ
وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ
يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَاتُظۡلَمُونَ
" Bersiap sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, dan pasukan berkuda yang lengkap, yang dengannya dapat menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya; dan apa saja yang kamu belanjakan di jalan Allah, akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. "
Ayat ini telah ribuan kali dibacakan di merata pentas ceramah dan kuliah. Perintah Allah tentang 'persiapan' amat jelas. Jenis persiapan itu 'pelbagai', sesuai dengan keperluan pertempuran yang dihadapi. " مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم " mengisyaratkan 'apa saja yang dapat disediakan' atau 'selagi termampu' atau 'semua yang perlu' di gelanggang yang terbentang itu.
" رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ " ialah pasukan berkuda. Ia merupakan kekuatan paling hebat dalam peperangan zaman Rasulullah SAW. Allah memerintahkan supaya umat Islam menyediakan kekuatan terhebat itu. Tanpanya musuh tak akan gerun, apatah lagi jika mahu menumpaskannya. Kegerunan musuh adalah satu perkara manakala kekalahan musuh adalah satu perkara yang lain. Keupayaan mengalahkan musuh berkait dengan keupayaan menggerunkan musuh. Gerun membawa kepada lemah semangat dan kucar-kacir. Akhirnya mereka hilang kekuatan. Ketika itulah kita akan memuktamadkan kemenangan di pihak kita.
Keupayaan menyediakan kekuatan paling hebat itu pula bergantung kepada kesanggupan kita berkorban harta benda. Tanpa pengorbanan maka tak dapatlah kehebatan itu disediakan. Kita wajib yakin dengan kebaikan yang disediakan di sisi Allah untuk hamba-hambanya yang tidak kedekut memberi 'infaq' untuk menyiapkan pasukan kita dengan kelengkapan terhebat.
Takbir! Reformasi! Makkal Shakhti!
-jeritan minda politik malaysia