"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 15, 2009

PRK Permatang Pasir:Penempatan Petugas Pakatan Rakyat

Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN N11 Pmtg Pasir
No Telefon : 04-3984226

1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung


2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor

3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru

4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera

5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor

6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal

7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan

8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam

9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas

Pemuda UMNO Hilang Pertimbangan Sebagai Manusia Waras

Saya tak tau lah. Apalah nasib UMNO ada barisan pemuda yang tak habis-habis melalut tak tentu pasal. Saya membaca laporan MalaysianInsider berkenaan ceramah Pemuda UMNO yang diadakan malam tadi. Dan saya dapati, pimpinan2 pemuda UMNO ini sudah semakin hilang kewarasan dan pertimbangan sebagai manusia yang normal.

Sebagai contoh, dilaporkan:
Muhyiddin membuat tuduhan kepada Anwar tanpa ada bukti-bukti yang kukuh. Hanya tuduhan rambang. Tapi, Muhyiddin tak pula komen bila Dato Najib pernah berkata di Heritage Foundation di Washington DC:
(Amerika mendapat maklumat perisikan Malaysia dengan begitu baik/mudah )

Keseluruhan ucapan Najib dapat dibaca di sini: http://www.heritage.org/research/asiaandthepacific/hl742.cfm)

Atau untuk ringkasan dalam bahasa Malaysia, boleh dibaca di sini: http://www.malaysiawaves.com/2009/04/najibamerika-mempunyai-aksess-yang.html

Jelas Najib dan UMNO berbangga menjadi alat Amerika di dalam memusuhi Islam termasuk menjalankan tangkapan ISA kepada orang2 yang tidak bersalah dan memotong semua bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Semua dilakukan untuk mendapat keredhaan Amerika.

Jadi, saya mencabar Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Muhyiddin supaya membuat tuduhan pembelot kepada Najib Tun Razak juga kerana sanggup menjadikan Malaysia barua kepada Amerika di dalam usaha mereka memerangi Islam? Ini berdasarkan bukti yang cukup jelas dan terang.

Lokman Nor Adam pula dilaporkan berkata:
Aikk Lokman. Dulu masa PAS dalam Barisan Alternatif, Lokman pun sama jugak dalam Barisan Alternatif. Takda pun Lokman cakap macam ni ye?

Dulu apasal elok je, Lokman duduk dalam meeting sama dengan pimpinan DAP dan PAS. Takda pun komplen.

Sekarang ni komplen pulak. Ni la dia contoh manusia lidah bercabang. Dulu bukan main kutuk UMNO dan BN. Sekarang jilat balik.

Saya nak tanya, masa UMNO dulu, kenapa UMNO tak buang alkohol dari Shah Alam? UMNO duduk dalam Majlis MBSA selama bertahun2, takda pula usaha nak buang alkohol macam sekarang ni?

UMNO rujuk pada siapa apabila UMNO tidak mengharamkan arak dan judi di Malaysia? Rujuk pada MCA dan Gerakan? Ataupun yang lebih jelas, UMNO takut pada tokeh judi dan arak yang menjadi sumber kewangan UMNO?

(sila rujuk: Isu Arak di Selangor: Pemuda UMNO Jangan jadi Munafik).
UMNO biar sahaja 3 orang Melayu/Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Carlsberg dan dua orang Melayu/Islam dalam Guiness/Anchor.

(Untuk Guiness Anchor, rujuk http://www.gab.com.my/investor/ar_08/Board_of_Directors.pdf)

PAdahal diorang boleh lantik BoD dari Bumiputra Sabah/Sarawak yang bukan Islam tapi diorang lantik orang UMNO juga.

Dia sebuk pasal PAS dengan DAP sedangkan di Selangor, arak tetap haram kepada orang Islam. Itu polisi yang jelas dan dipersetujui DAP.

UMNO ni hipokrit, munafik, talam dua muka, lidah bercabang, mengata dulang paku serpih, cakap tak serupa bikin.

Pemuda UMNO pula macam orang separuh tiang. Tak tau ke hulu, tak tau ke hilir. Pemuda PAS Selangor bijak sebab mereka tak termakan dengan pelawaan Pemuda UMNO Selangor untuk berdemo baru-baru ini.

Pemuda PAS Selangor sedia maklum bahawa UMNO adalah penipu no wahid. Jadi, tak perlu nak ikut mereka.

Tulang Besi

UMNO/BN... Rampasan Dalam Rampasan...

Minggu lepas aku berada di Kuala Lumpur selama seminggu... banyak cerita-cerita baru yang aku dapat baik dari PR maupun dari BN... banyak yang menarik...

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir akan dijadikan ukuran terakhir buat pemerintahan Najib. Pakatan Rakyat dah memang sedia jadikan mana-mana Pilihanraya baik yang kecil mahupun yang Umum sebagai ukuran terhadap keberkesanan pemerintahan sedia ada dan penerimaan rakyat terhadap apa yang sedia ada.

Kalah atau menang BN dalam Pilihanraya Kecil tidak mengubah apa-apa bagi PR... PR tetap kekal sebagai pembangkang di Parlimen... cumanya, sekiranya BN kalah, maka makin jelas penolakan rakyat terhadap BN dilihat oleh PR.

Lain pula di Permatang Pasir kali ini. ianya bukan hanya akan dilihat dan dinisab oleh PR... ada satu pihak yag bakal menggoncang pimpinan tertinggi BN sekiranya BN berjaya mempertahankan kekalahan mereka didalam Pilihanraya Kecil kali ini. pihak ini tidak akan membantu jentera BN di Permatang Pasir. BN harus bergerak diatas kapasiti yang ada sahaja. tiada lagi bantuan seperti yang biasa berlaku dalam Pilihanraya yang lepas.

Dalam erti kata lain, gerombolan pimpinan Najib akan bersendirian tanpa bantuan gerombolan dari team lain.

Najib tidak berapa selesa ketika ini. banyak isu yang gagal ditangani oleh kabinet Najib. ini menimbulkan kemarahan rakan-rakan dalam BN. rakan-rakan yang bekerja keras mahu mengembalikan kegemilangan BN di mata rakyat 1Malaysia. kali ini rakan-rakan dalam BN yang bekerja keras sudah enggan lagi menabur bakti.

Mereka hanya akan memerhati.

Najib pula dalam kegagalan demi kegagalan masih kepingin untuk menakluk 1 lagi negeri dengan apa cara sekalipun. 31hb. Ogos, 2009 adalah "dateline" ataupun "deadline" bagi team yang dipertanggungjawabkan dalam misi merampas negeri Selangor.

Mungkin akan berjaya dan mungkin juga akan gagal... di Perak dulu pun telah ditetapkan 31hb. Ogos, 2008 sebagai "dateline" ataupun "deadline" dan mereka gagal, tapi berjaya juga agenda mereka pada tahun ini pada bulan Februari... tak mustahil Pr Selangor juga akan menerima nasib yang sama sekiranya gagal membaca mainan jahat BN.

Apapun, BN punya 2 misi di Malaysia dan 1Malaysia harus tahu salah 1 dari misi itu ialah merampas negeri Selangor dan misi ke-2 ialah menumbangkan seseorang.

Siapa yang mahu menumbangkan siapa..?

Najib harus menyelesaikan isu Royalti Minyak Negeri Kelantan SEGERA...

TGNA: Memang Saya Silap...

  • Macang – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.
  • Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan 'tidak salah' dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah 'tidak pelik'.
  • "Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.
  • "Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.
  • Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.
  • "Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.
  • "Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam," katanya.
Komen UMMI - seperti bidalan..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata badan binasa...begitu juga dengan kenyataan TGNA yang lepas bila tersalah guna perkataan.. nak katakan 'tak pelik' guna 'tak salah'...apa lagi memang salah le jadinya..kenyataan yang menjadi kontrovesi kepada umat Islam...

tapi yang ummi nak highlightkan adalah pengakuan TGNA tersilap tu yang kita puji..dah tersilap ngaku tersilap..ye lah TGNA juga manusia biasa apa nak heran kalau tersilap pun..yang herannya bila dah silap tapi tak nak ngaku silap..egonya tinggi melangit sangat...

Sumber - (`•.¸ ♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

"PenguNGuman"...??? "MeLAYU" Yang Makin LAYU...

Hari tu aku dah jumpa sorang blogger BANGANG yang berjaya dilahirkan oleh UMNO (baca UMNgOk)... hari ni aku jumpa sorang lagi blogger BANGANG yang juga telah dilahirkan oleh UMNO (baca UMNgOk)...

Tengok gambar dekat bawah ni...
Kalau tak nampak... klik dekat link ni (Link).

Perasan tak macam mana seorang blogger "PEJUANG BANGSA" mengeja perkataan "pengumuman"..? eh "pengunguman" eh "pengumuman" eh "pengunguman" eh... ops.. aih... aish... aaa...

"PenguNGuman"..? apa yang kau kumamkan tu "PEJUANG BANGSA"..?

Patutla "Bangsa MeLAYU" makin hancur... yang dok kecoh-kecoh nak bela bangsa MeLAYU ni... bahasa meLAYU sendiri pun tak pas..!

Sekolah dulu Bahasa Melayu dapat berapa oi..? a...??? F9..? kah kah kah kah kah...!!!

UMNgOk..!

Mayat Gadis Ditemui Di Bentong

Mayat seorang gadis dengan lehernya dijerut dengan tali kasut dijumpai di kawasan belukar di KM11 Jalan Genting Highlands- Bentong, dekat Bentong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Rosli Abdul Rahman berkata mayat gadis berusia antara 16 dan 24 tahun itu ditemui kira-kira 50 meter dari jalan raya dalam keadaan terlentang dan kedua-dua tangannya juga diikat dengan tali kasut.

Mayat itu ditemui oleh dua rakyat Indonesia yang mencari buluh di kawasan itu pada kira-kira pukul 5.25 petang, katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata gadis itu mempunyai ketinggian 153 cm dan ketika ditemui lengkap berpakaian baju-T putih jenama Polo, seluar jeans lembut berwarna biru, tali pinggang berwarna merah dan biru serta stokin berwarna merah jambu.

"Tiada pengenalan diri ditemui. Ketika ditemui, bahagian pinggang ke atas mangsa sudah reput teruk dipercayai dimakan haiwan," katanya.

Rosli berkata mayat itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga sejak kira-kira seminggu lepas atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Cif Inspektor Nazri Nawang di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222 222.

Ceramah KJ Di Shah Alam: Puluhan Ribu Hadir..!

Dari Johor kita balik ke Seksyen 6, Shah Alam... tapi dalam majlis anjuran parti yang sama... satu-satunya parti yang memperjuangkan "Bangsa MeLAYU"... satu-satunya parti yang memartabatkan agama Islam di Malaysia dengan menyuburkan budaya "Rasuah" ops... 'Politik Wang" (maaf)...

Satu-satunya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia dengan mendirikan pusat judi haram ops halal (sebab ada lesen) yang terbesar di Asia...

Satu-satunya parti yang berjaya memperkenalkan agama Islam di Malaysia dengan menjadikan Malaysia sebagai pasaran jualan arak haram ops halam (sebab ada lesen) jenis Martell kedua di Asia selepas negara China...

Kali ni kita ke majlis ceramah anjuran UMNO (baca UMNgOk) bersama penceramah tersohornya KJ..!

Ternyata kehebatan KJ amat-amat terserlah selepas ceramahnya berjaya menarik lebih empat puluh ratus tiga puluh lapan ribu juta hadirin..!
Tahniah UMNO (baca UMNgOk)...!!! Tahniah KJ...!!! anda memang pejuang..!

Punya semangat KJ berceramah berapi-api sampai nak jatuh songkok yang KJ pakai... air liur jangan cakap la... memang orang yang duduk depan skali kenyang telan air liur KJ sebab KJ ni jenis tak reti nak simpan air liur dekat tepi bibir macam Mat Strawberry...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Keganasan SPRM: Kenapa Terlalu Terdesak..?

TPU - aku dah cakap dah... SPRM ni bila panggil orang, diorang bukan nak buat sessi soal siasat..! diorang sebenarnya nak buat sessi soal siat-siat..! lepas ni cuba sape-sape pergi siasat balik apa sangat la yang dicatit dalam sessi soal siat-siat tu... aku dok rasa 1 hape pun SPRM (baca "Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia") tak catit...

Macam mana nak catit kalau masing-masing sibuk dok gedebak gedebuk orang..?

Satu hal lagi aku dok heran sangat-sangat... kenapa semenjak 2 menjak ni SPRM terlampau aggresif dalam menyiasat, mengumpul bukti atau apa yang lebih aku fahami setakat ni - "mencipta bukti"..?

Ada target ke? nak jatuhkan Kerajaan yang sah bukan dengan cara ni woi..!

Tapi kalau masing-masing rasa diri tu dah hebat sangat, dapat lepas dari seksaan kubur...

Teruskan..!