"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 27, 2009

Tol Naik? Ambulan Tiada "U-Turn" - malaysiakini

Anonymous February 27, 2009 10:03 AM (Ambulan Tiada "U" Turn)

Apabila kenaikan kadar tol diumumkan, HANYA satu sahaja yang dijadikan alasan - semuanya berdasarkan Perjanjian Konsesi dengan pengendali Lebuhraya.

Tetapi, dimanakah 'perjanjian konsesi' dengan rakyat yang mahu rakyat hidup sempurna, terjaga, tidak rasa beban lebih-lebih lagi di dalam media memberitahu mengenai puluhan ribu yang telah dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia.

Tidak perlu kita memberi alasan dengan memberikan contoh kadar tol di negara luar. Contoh di dalam negara sendiri tak habis untuk dikaji.

Saya merupakan pengguna jalanraya dan lebuhraya yang menghabiskan kira-kira RM200 sebulan untuk tol dan menjangkau antara 5000km sehingga 8,000km perjalanan sebulan.

Tahukah anda?

Jalanraya bertol diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna samada untuk mendapatkan keselesaan atau menggunakan jalan biasa/persekutuan yang biasanya kurang penyelenggaraan/sesak dan sempit.

Tetapi, sedarkah anda?

Banyak laluan bertol sebenarnya pengguna tiada pilihan dan terpaksa melaluinya kerana samada laluan alternatif memang tiada, atau laluan alternatif adalah laluan "tinggalan zaman penjajah" dan berada di lokasi yang langsung tak lojik untuk dijadikan laluan seharian.

Tahukah anda?

Laluan bertol memang selesa, ada sehingga 4 lane, sehinggakan jika meter kenderaan ada sampai 300km/jam, anda mampu memecut sehingga 290km/jam (kalau kancil turbo boleh pecut sampai meter berpusing 2 kali..!)

Tetapi, sedarkah anda?

Keselesaan itu bukan bermakna kita akan berkampung, berkelah atau membuat kenduri kahwin di tepi lebuhraya. Apa makna dalam laluan bertol adalah selesa, tetapi sebaik membayar tol, anda mengalami kesesakan yang amat kronik.

Contoh 1: Pengguna yang menggunakan Jalan Duta akan tahu betapa peritnya setiap pagi, sebaik membayar tol, mereka akan terpaksa menanggung kesesakan untuk masuk ke pusat bandaraya.

Contoh 2 : Pengguna lebuhraya Metramac setelah membayar di dua pondok tol, juga mengalami masalah yang sama untuk masuk ke bandaraya.

Contoh 3 : Lebuhraya DUKE yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu, juga seolah-olah teraniaya apabila papan tanda elektronik memberitahu, hanya beberapa minit untuk tiba di Ampang, tetapi sedarkah bahawa untuk turun dari lebuhraya di persimpangan Hillview, mengambil masa lebih 10 minit kerana pertembungan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2.

Tahukah anda?

Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol.

Tetapi sedarkah anda?

Ada jalan yang asalnya tidak bertol, tetapi setelah perjanjian konsesi, ianya terus dijadikan jalan bertol dan akhirnya kerana tiada pilihan, pengguna terpaksa melaluinya.

Contoh 1 : Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong.

Adakah laluan alternatif yang dimaksudkan ialah Jalan Gombak Lama iaitu laluan sempit, bergaung, berbukit, sunyi, selekoh tajam, tiada lampu jalan, dalam hutan belantara dan jika anda ditimpa kemalangan, alamatnya tengkorak anda hanya akan ditemui 3 bulan kemudian, itupun kebetulan ditemui oleh orang asli yang kebetulan ternampak tengkorak anda di dalam gaung ketika mencari petai..?

Contoh 2 : Lebuhraya Persekutuan

Untuk ke Kelang dan sebaliknya, anda terpaksa melalui dua plaza tol. Apakah jalan alternatifnya? Anda terpaksa melaluinya dan membayarnya. Jika anda nekad, anda boleh tidak membayarnya semasa palang dibuka, tetapi siren akan berbunyi dan nombor kenderaan anda dicatatkan.

Dan tahukah anda, betapa siksanya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari apabila ianya tidak boleh dikategorikan sebagai lebuhraya kerana langsung tiada ciri-ciri lebuhraya malah laluan yang betul-betul nampak macam lebuhraya hanya dalam jarak lingkungan satu kilometer dari plaza tol.

Tahukah anda?

Lebuhraya di negara ini cantik dan digahkan sebagai antara yang terbaik di dunia dengan laluan lurus, banyak lane, banyak kawasan rehat dan rawat.

Tetapi sedarkah anda?

Ada lebuhraya memaksa anda menghabiskan minyak dan masa terutama masa kecemasan kerana tiadanya laluan keluar atau pusingan u.

Contoh 1 : Lebuhraya KL-Putrajaya.

Lebuhraya ini menawarkan dua Plaza Tol. Di Bukit Jalil RM1.50 dan Putrajaya RM2.00

Tetapi, jika anda telah memasuki Plaza Tol Bukit Jalil, anda tidak boleh berpatah balik atau mencari mana-mana susur keluar kecuali anda terpaksa memandu sehingga Putrajaya, membayar tol RM2.00 kemudian U-turn dan bayar sekali lagi RM2.00 untuk berpatah balik.

Jaraknya melebihi 10 kilometer, (nanti saya ukur balik jarak tu...)menyebabkan banyak kes-kes kecemasan mengalami kelewatan untuk dibuat pusingan balik.

Contoh 2 :
Jika anda melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 dari Kepong ataupun sebaliknya, sebaik sahaja anda menaiki laluan bertingkat, anda akan mengalami trauma yang amat hebat kerana hampir saban hari laluan ini sesak di laluan bertingkat itu, lengkap dengan gegaran kuat jika lori atau kenderaan berat lalu di laluan sebelah. Lokasi inilah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan isu retak pada rasuk/tiang lebuhraya dan sepanjang anda berada di atas laluan bertingkat yang sentiasa bergegar ini, tiada laluan kecemasan/susur untuk turun. Jika anda dah memasukinya, anda terpaksa berada di atasnya sehingga berhampiran susur Manjalara.

Jam 3 Pagi Di Kediaman Rasmi MB Perak - malaysiakini

Subuh tadi lebih kurang jam 3:00 pagi berlangsung majlis Qiamulllail di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. majlis tersebut dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin Dari Pondok Lubuk Tapah, Kelantan dan juga YB Ustaz Ahmad Mustafa (ADUN Demik, Kelantan).

YAB Dato' Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 4:20 pagi.

Antara yang hadir.
Solat Hajat Dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin.
Penyertaan para muslimah amat membanggakan.


Skodeng lagi dekat [sini].

Umno Perlecehkan Islam

Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.

Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.

Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.

Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”

Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.

Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.

Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.

Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.

Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.

Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.

Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.

*Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar : (Gambar ihsan Sham. Terima kasih).

-PerakExpress

Tol Naik: Marah Pasai Apa...??? - malaysiakini

Pagi ni kita bincang pasal isu tol... wajar tak rege tol dinaikkan? dekat bawah ni beberapa pendapat yang aku kutip dalam yahoogroups aku dan ada antaranya aku setuju. hangpa baca lepaih tu komen...

*mana pi zali? selalu dia yang 1st. komen, tapi dalam artikel yang [ni] dengan yang [ni], zali tak timbul... line internet tak baguih ka? selalu disconnect ka (alasan biasa puaka-puaka UMNO/BN bila tak leh nak jawab mana-mana persoalan dalam mana-mana artikel...)?
  • Walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuhraya, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang, tambahnya.
Komen - Patut naik la sebab dah janji cam tu... manusia berpegang pada janji... betul tak?

TP - betul-betul... teman setuju... jadi teman nasihatkan Pak Lah supaya tak payah la kaji-kaji lagi... naik kan terus rege tol tu kalau boleh tahap maksimum...

Takat naik sampai 300% tu pun teman rasa tak de masalah sebab selalunya KERAjaan dah buat kajian dan semua keputusan kenaikan tu selalunya TIDAK MEMBEBANKAN rakyat (skrip lama ni... tak kan tak reti-reti nak manipulasi..?)

Kah kah kah kah kah kah ... !!!
  • Perdana menteri meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan mulai 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.
Komen - Apalak tak sesuainye? Naik lah banyak mana pun kami di Kelantan tak terlibat. Tak dok tol pon kat tempat kami... keh... keh... keh... maju konon... nak bayar tol pun berkira..!

TP - amik kau..! yang dok sokong "PEMBANGUNAN" (baca - PEMBANGANGAN) oleh KERAjaan UMNO/BN tu jangan marah no..!

Kah kah kah kah kah kah ... !!!
  • Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
  • Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Ampang, Lebuhraya Sungai Besi dan Lebuhraya NPE.
Komen - Hang pa dok marah tol naik ni pasal apa? Aku orang Kelantan tak marah pun. dah hampir 50 tahun aku hidup tak dak masalah ngan tol pun. Cuma baru ni aku pi Alor Star kena tol hampir RM10 JE DARI SG PETANI KE ALOR STAR SELATAN. Balik kena lagi tapi tak habis pun RM20. La... tak sesak dan TAK MISKIN KERANA TOL PUN...!!! apa susah sangat. Tak mau bayar tol mai dok di Kelantan la..!

TP - tajam tuh... PEMBANGUNAN - PEMBANGANGAN... Kah kah kah kah kah kah ... !!!

Lagi komen yang best - Tol memang patut naik sebab kadar tol kita adalah paling rendah. Apa tidaknya baru2 ini saya berpeluang bawa kereta dari bukit kayu hitam ke Pattaya dan singgah di Bangkok semasa lalu balik. Saya tak jumpa pondok tol pun.

Tahun 1998 saya bermusafir ke Australia selama 4 bulan. Puas ronda ngan keta dari Melbourne ke Adelaide, kemudian lalu jalan lain ke Canberra terus ke Sydney. Balik ke Melbourne melalui jalan lain, juga tak jumpa Tol.

Patutlah Pak Mahathir dulu kata kadar tol kita paling rendah didunia. Tak boleh nak banding. Paklah pun tak sangkal... memang patutlah dinaikkan supaya jadi nombor 2 ke, no 3 ke tertinggi... barulah bersaing namanya... he... he... Melayu, melayu...

TP - mana "Melayu UMNO" ni? mana "geng BPN" ni? tak dak yang nak berkokok ka?

Zali mana? dah GAGAP ka???