"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 29, 2009

Manek Urai: Tuan Aziz Dapat Durian Runtuh - malaysiakini

Aku tak nak cerita panjang lebar... cuma ada sikit persoalan, sape-sape yang rasa boleh jawab tolong jawab.

Calon UMNgOk untuk Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai berumur 39 tahun semasa dia meletak jawatan sebagai CEO KESEDAR. kalau ikut pada umur Tuan Aziz, dia tak layak menerima pencen kerana umurnya tak cukup 50 tahun semasa dia bersara.

Tapi yang bagusnya ialah, Tuan Aziz merupakkan ahli UMNgOk dan dia juga merupakan team Bijan, Perdana menteri Malaysia.

Oleh kerana itu, atas "Kuasa Istimewa Perdana Menteri", Tuan Aziz layak menerima pencen.

Aku tak arif sangat dalam hal ni, cuma yang aku paham, ahli UMNgOk ada "keistimewaan". apa barang pun boleh ejas.

Apa kata korang-korang yang lebih arif..? kalau ikut undang-undang macam mana? boleh ke macam tu? ada unsur-unsur salah guna kuasa Perdana Menteri ke dalam hal ni?

TEMBAK..!

Manek Urai: Tukar Calon, UMNgOk Kuala Krai Serabut - malaysiakini

Jadi semalam bersembanglah aku dengan orang kuat UMNgOk kelantan di 1 lokasi rahsia. topik utama sebaik saja aku mengadap otai ni ialah - macam mana nama calon boleh bertukar disaat-saat akhir..?

Belum lagi aku bukak mulut, otai depan aku dah bersuara "last minit tukar calon kita"... hahaha... aku bantai gelak bila dengar ayat "kita" tu... Khak Ptuih..! aku ludah... tapi dalam hati je la...

Saje aku bagi panas otai ni... aku cakap dah balik ke zaman flip flop Pak Lah pulak UMNgOk ni... ingat zaman flip flop dah abis, rupanya belum lagi sambil gelak.

Otai depan aku tepuk dahi sambil tarik nafas panjang... "ha...tu la dia... tengahari tu dah kemas dah orang kita dok pegang Che Jalal Muda jadi calon, tak tau macam mana bila Muhyiddin datang, terus tukar last minit..!"

Aku cuba selongkar apa sebab boleh bertukar saat-saat akhir. otai pun cerita la dengan panjang lebar... aku ringkaskan... malas nak cerita panjang-panjang hal dalam kain UMNgOk... bukan ada pekdah pun... Zali, Tungak Langit, Ziee Lipan dan lain-lain geng-geng UMNgOk kalau nak tau panjang lebar, jangan malu-malu turun Kelantan... aku bawak korang jumpa otai kita sembang... berani ke korang..?

Che Jalal Muda ni sebenarnya datang dari kem Pak Lah, sepanjang masa ni team ni dok sibuk berkempen melobi dan juga dok sibuk membeli jiwa orang-orang Manek Urai bersama dengan geng tingkat 4. dekat sini ada sikit komplikasi.

Aku tak dapat pastikan kedudukan KJ dalam hal ni sebab bila aku tanya macam mana reaksi Pemuda, otai cakap ok... Pemuda semua ok sebab Tuan Aziz ni memang orang Pemuda dan dapat sokongan Pemuda. Che Jalal pun dapat sokongan Pemuda jugak tapi sebab Che Jalal dah tabur... hahaha... Wang Malaysia la tu..!

KJ ni jenis 2 alam... mana-mana pun dia boleh masuk, asal boleh hidup. tak kan korang tak tau...

Nama Tuan Aziz ni dinamakan pada saat-saat akhir kerana nak mengelak dari perpecahan dan amukan dalam UMNgOk Kuala Krai. Che Jalal,Bosnya dan kuncu-kuncunya dikatakan terlibat dalam satu konspirasi dalam siri pemilihan Ketua Bahagian yang lepas.

Team Che Jalal dan bosnya terlibat dalam kerja membatalkan mesyuarat 28 bahagian UMNgOk Kuala Krai dalam usaha menjatuhkan atau menggagalkan keputusan mesyuarat bahagian yang telah diadakan setelah keputusan mesyuarat tersebut tidak memenuhi kehendak mereka.

Bermula dari situ, timbulnya dendam terhadap team ini kerana kerja jahat team ini. 28 bahagian UMNgOk Kuala Krai tidak sependapat dengan team ini kerana kerja jahat mereka dalam pemilihan Ketua Bahagian yang lepas dan dendam tersebut masih tersimpan sampai hari ni. agaknya dah sejuk sikit kot sebab pertukaran calon semalam.

Jadi kesimpulannya ialah, UMNgOk Kuala Krai dan juga UMNgOk Kelantan sekarang telah terbahagi kepada beberapa team... perpecahan tetap ada. kerja-kerja kempen pilihanraya tetap akan berjalan seperti biasa sebab masing-masing dah mengira habuan yang akan mereka dapat. kalah tetap kalah tapi yang penting... MASYUUUK..!

Calon UMNgOk untuk pilihanraya Manek Urai pula dah dapat durian runtuh dari awal lagi... nak tau apa dia..? tunggu post seterusnya...