"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 10, 2010

Laknat..?Lahanat..?Pengkhianat..?Semua Untuk Mohsin..!!!

Sumber : Malaysiakini

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabuangan itu - gagal ditunaikan.

Malah, tambah Ahmad, Mohsin juga sudah seminggu tidak dapat dihubungi melalui talian telefon bimbitnya. “Saya hari ini pun ada SMS pada beliau. Tetapi tidak berjawab,” katanya menjelaskan tindakan lanjutnya setelah membuat amaran tersebut pada Khamis lalu - sehari selepas Mohsin mengiystiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad bagaimanapun berkata, beliau masih boleh mempertimbangkan membatalkan program tersebut walaupun dihubungi Mohsin di saat-saat akhir.
"Kalau nanti beliau SMS kata setuju (dengan syarat saya), tak perlulah buat, Tetapi macam saya kata dulu, beliau mesti iystiharkan (pendiriannya) pada orang ramai melalui media", kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS negeri.
Ahmad berkata, solat hajat itu akan diadakan di pusat pengajian agama yang diasaskannya di Balai Kuliah Tasawwur Islam di berdekatan Semanggol, Perak.
"Di tempat itulah beliau (Mohsin) mula-mula diperkenalkan kepada pengundi,” katanya.

Ahmad menjangkakan sekurang-kurangnya 600 muridnya akan turut turut serta dalam solat tersebut. Penyokong PAS dari kawasan berdekatan Bagan Serai, seperti Kuala Kangsar dan Parit Buntar, juga akan turut menyertainya, tambah beliau.

“Hari Wanita” Adalah Agenda Komunis Untuk Menghancurkan “Keluarga”

(TERJEMAHAN: 1932 Poster Soviet yang bermaksud: 8 March adalah hari pemberontakan oleh wanita bekerja terhadap "perhambaan dapur". Katakan “TIDAK” kepada kekerasan dan penindasan kerja-kerja rumah”)

Mengikut pengkajian saya, sejarah "Hari Wanita" telah dimulakan oleh Parti Komunis Russia (Bolshevik) selepas mereka menjatuhkan Czar di Russia. Ia telah dimulakan oleh SU Agung Parti Komunis Russia yang pertama, Vladimir Lenin, bagi tujuan yang amat jahat dan seperti dirasuk syaitan. Yakni, menghancurkan institusi keluarga di Russia.

SAMBUTAN 8 MARCH DIMULAKAN PARTI KOMUNIS RUSSIA

Dari poster di bawah, ia menjelaskan kepada kita sambutan 8 March sempena “Hari Wanita” adalah ciptaan Parti Komunis Russia dan bersumber dari ideology Komunis.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengeluarkan para wanita dari peranan sebagai ibu dan surirumah kepada peranan sebagai pekerja untuk mengkayakan negara.

Dalam konteks kapitalisma pula, para wanita digalakkan bekerja sendiri kerana mereka bakal digunakan untuk mengkayakan para korporat-korporat yang senantiasa tamak dan haloba untuk mencari wang. Tidak pernah mereka cukup dengan wang yang ada, mereka mahu wang mereka sentiasa bertambah.

Tujuan Parti Komunis menyuruh wanita keluar rumah dan bekerja adalah supaya anak-anak mereka kelak akan dibesarkan dan diindoktrinisasi oleh negara. Ertinya, tugas ibu bapa hanya memberi sokongan material sahaja tetapi dari segi pemikiran dan cara bertindak,semuanya akan ditentukan oleh negara (dalam kes ini negara yang diperintah Komunis).

Dalam kontek kita sekarang ini, apabila wanita bekerja, anak-anak akan diracuni pemikiran mereka oleh media yang mempromosikan budaya konsumerisma, hedonisma dan berpeleceran serta keduniaan yang melampau.

Tidak hairanlah semenjak wanita-wanita bekerja dengan ramai, masaalah sosial dalam masyarakat umat Melayu semakin serius dan membarah. Apa yang berlaku adalah tugas membangun keluarga sudah menjadi tugas “separuh masa” manakala tugas sepenuh masa adalah mengkayakan para korporat yang sentiasa tamak haloba.

Apabila makin ramai wanita bekerja, maka kos “labor” (tenaga kerja) semakin menurun kerana bilangan pekerja dalam pasaran semakin bertambah. Di kala wanita 90% duduk di rumah dan menjadi surirumah, kos pekerja berada di tahap yang agak tinggi. Apabila para wanita mula bekerja di luar, maka kos pekerja menjadi murah kerana secara tiba-tiba bilangan pekerja bertambah.

KEMPEN KOMUNIS SECARA SENYAP-SENYAP

Kita semua tahu Gerakan Bolshevik adalah gerakan yang dipimpin oleh Zionist antarabanga. Leon Trostsky adalah dari keturunan Yahudi berasal dari New York. Begitu juga Vladimir Lenin yang mempunyai keturunan Yahudi dan begitu juga Stalin. Kebanyakan pembesar-pembesar Parti Komunis Russia sewaktu Revolusi Bolshevik adalah dari bangsa Yahudi termasuk director pertama “Polis Rahsia” Parti Boshevik (Cheka) yang bernama Felix Edmundovich Dzerzhinsky. Beliau ini telah bertanggungjawab terhadap pembunuhan berjuta-juta nyawa yang tidak berdosa selepas Revolusi Oktober yang menjatuhkan Czar Nikolas Romanov dari takhta beliau.

Agenda komunis ini diteruskan oleh agen-agen mereka di Amerika. Dalam hal berkaitan pembebasan wanita, dua nama yang sering dikaitkan adalah Betty Friedan dan Gloria Steinem. Kedua-dua wanita ini dianggap sebagai pengasas kepada gerakan Hak Kesaksamaan Wanita di zaman moden ini. Kedua-dua wanita ini juga dalah dari bangsa Yahudi berfahaman Zionis.

Maka yang selama ini dulaungkan sebagai “Hak Wanita” adalah sebenarnya kempen senyap untuk mengkehadapankan agenda Komunis kepada manusia seluruh dunia. Mereka berkata kononnya wanita ditindas kerana terpaksa duduk di rumah sahaja dan menjaga keluarga.
Hakikatnya, kita lihat sekarang ini, wanita-wanita dari keluarga yang kaya kesemuanya tidak bekerja dan duduk di rumah. Wanita-wanita dari keluarga tidak berada terpaksa bekerja sepenuh masa demi untuk mengkayakan sejemput wanita-wanita dari keluarga kaya ini dan membolehkan mereka tidak bekerja.

AGENDA SEBENAR KOMUNISMA

Agenda Komunis adalah untuk menukar peranan masing-masing dalam masyarakat kepada peranan yang dikehendaki oleh ideology komunis, yakni menjadi pekerja.
Institusi keluarga dianggap hina dalam ideology Komunis kerana ia menyebabkan 50% dari rakyat sesebuah negara itu tidak menjadi pekerja.

Bagi saya, pertubuhan-pertubuhan seperti WAO, Sisters in Islam etc adalah anak beranak Pol Pot kerana mereka ini berjasa menghancurkan institusi keluarga dalam masyarakat.

Mereka juga menamppakan sikap hipokrit mereka yang tinggi terutamanya dalam kes sebatan syariah. Kalau mereka benar2 mahu meperjuangkan kesaksamaaan, mengapa marah Kartika disebat? Bukankah kesaksamaan menjamin bahawa wanita dan lelaki dilayan sama rata?

AGENDA SEBENAR GERAKAN HAK KESAKSAMAAN WANITA

MEreka mahu menghancurkan institusi keluarga. Secara turun temurun, kaum lelaki adalah ketua di dalam keluarga. Mereka bertanggungjawab menjaga serta memberi nafkah kepada wanita dan kanak kanak.

Kita tidak nafi memang ada lelaki yang tidak berguna dan tidak boleh diharap sebagai bapa, tetapi majoriti lelaki yang menjadi bapa bertanggungjawab menjaga keluarga mereka. Namun, dengan bantuan media yang dipunyai Yahudi, kes-kes terpencil ini diperbesarkan menjadikan tugas lelaki memimpin keluarga dipandang serong oleh masyarakat.

Hakikatnya, kempen “Hak Kesaksamaan” ini adalah kempen yang menguntungkan segelintir kecil masyarakat sahaja. Dalam negara komunis yang untung adalah ahli-ahli Politburo Parti Komunis. Dalam negara “Kapitalisma” ia menguntungkan tuan punya syarikat yang besar-besar sahaja.

Majoriti rakyat akan menderita dan tersiksa di bawah polisi-polisi yang mendukung “Hak Kesaksamaan”. Masyarakat akan menjadi hancur dan berkecai. MAsalaah sosial akan menjadi lumrah hidup kerana tugas menjaga keluarga sudah menjadi tugas separuh masa.
Zina, minum arak, judi, rogol dsbnya akan meningkat dan terus meningkat.

PEnyalahgunaan dadah akan menjadi lumrah hidup. Semuanya demi mengkayakan dan memberi kesenangan kepada segelintir orang kaya dan berkuasa di dalam masyarakat.
Seharusnya syarikat membayar gaji yang lebih kepada seorang bapa berbanding dengan seorang wanita kerana bapa menggunakan wang yang beliau dapat untuk menyara keluarga. Wanita tidak diwajibkan menyara keluarga, maka apa salahnya mereka dibayar lebih rendah dari lelaki?

Tulang Besi

Populariti Najib Menjunam - TV3

NOTA EDITOR: Berikut adalah laporan berkaitan dengan tahap populariti Najib Tun Razak yang dikatakan sedang menjunam menuju ke bumi. Saya tidak hairan kerana Najib Tun Razak adalah seorang yang tidak pernah hidup susah. Beliau tidak mungkin dapat merasakan keperitan serta kesusahan hidup rakyat Malaysia kerana beliau tidak pernah hidup susah.

Maka, imej kepimpinan yang dibawa oleh beliau adalah imej yang sering tidak dapat diterima dan dikongsi oleh majoriti rakyat Malaysia. Secara mudahnya, Najib Tun Razak bukan seorang pejuang tetapi imej yang lebih kuat bersama beliau adalah imej anak orang kaya.

Maka, rakyat jelata secara mudahnya, tidak dapat menghubungkan diri mereka dengan imej Najib Tun Razak. Saya yakin 100% majoriti rakyat Malaysia tidak merasa Najib Tun Razak adalah sebahagian dari hidup mereka.

Sudah semamangnya rakyat Malaysia mencari seorang pemimpin baru dari parti yang baru.

Saya juga yakin trend populariti Najib merudum akan lebih ketara lagi dalam tahun-tahun mendatang, inshaalah.
Populariti Najib Menjunam - TV3

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Najib Razak sendiri.

"Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soaljawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi)apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri. Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.