Perubahan-perubahan yang diharapkan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi akan mengambil masa untuk mencapai sasarannya.
Sehubungan itu Najib perlu diberi masa supaya segala usahanya sejak memegang tampuk kepimpinan membuahkan hasil.
"Sudah hampir setahun Najib memegang jawatan Perdana Menteri tetapi pembaharuan yang cuba dibawa beliau tetap akan mengambil masa bagi menunjukkan hasil yang jelas.
"Namun, kita tetap memerlukan pembaharuan berterusan, terutamanya dari segi polisi dan tindakan yang bersesuaian dengan permintaan semasa anggota masyarakat,".
Beliau turut menekankan pentingnya pengumuman Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan pada penghujung bulan ini dalam mengembalikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Tegasnya, tanpa kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) baru, negara tidak mampu kehilangan dana sedia ada seperti yang banyak berlaku sepanjang krisis ekonomi tahun lalu.
"Namun jika rakyat Malaysia melabur dalam negara, berhenti meninggalkan negara dan mula kembali, kita akan melihat pembangunan mendadak walaupun tanpa FDI.
"Sehubungan itu saya cadangkan pendekatan holistik dalam membentuk potensi penuh masyarakat kita kerana negara tidak mampu terus kehilangan kepakaran dan bakat tempatan," ujarnya.
Kepakaran tempatan yang keluar ke negara lain juga tidak dapat ditampung dengan terus bergantung pada pekerja asing berkemahiran rendah demi mengurangkan kos.
Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat kini menghadapi sedikit kekusutan tetapi sukar untuk menilai sokongan di peringkat akar umbi.
"Publisiti yang diterima Pakatan Rakyat juga mungkin memburukkan situasi mereka," katanya.
Sementara itu pada sesi soal jawab selepas majlis tersebut, Beliau berulang kali diminta oleh hadirin untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.
Beliau yang hanya tersenyum dengan desakan daripada orang ramai itu berkata, dia akan mengambil masa untuk memikirkannya terlebih dahulu kerana masih mahu kekal dengan UMNO "buat masa ini".