"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, March 27, 2010

Harun Din Engkar Keputusan Parti, Dikekalkan Dalam Syura?

Hairan saya. Dato Harun Din telah melanggar keputusan PAS dalam isu "Kalimah Allah secara terbuka. Kalau nak tengok bukti dan keterangan boleh klik di sini.

Dato Harun Din secara terang-terang melanggar keputusan parti. Beliau telah melakukan "keengkaran" pada tahap maksima. Namun, parti masih mengekalkan beliau sebagai Ahli Majlis Syura?

Pada waktu yang sama, Ustaz Ahmad Awang, yang mengikut keputusan parti 100%, tidak pernah melanggar apa-apa disiplin parti, telah dibuang dari Majlis Syura.

Ini bermakna:
1.0 Keputusan Parti tidak penting untuk ahli PAS mengikutinya. Sesiapa sahaja boleh melanggarnya kerana tetap akan diberikan jawatan.

2.0 Sesiapa yang mengikut dan menjadi penyokong "Geng Perpaduang" akan terlepas dari apa-apa tindakan disiplin.

3.0 Sesiapa yang menentang "Agenda Perpaduang" akan dibersihkan dari parti

4.0 Presiden PAS tiada maruah apabila keputusan parti yang dibuat atas nama beliau sendiri telah tidak dihormati oleh Dato Harun Din

5.0 Taat kepada disiplin parti tidak akan dipandang oleh kepimpinan parti.

6.0 Penggantungan Khalid Samad adalah salah satu tindakan membersihkan mereka yang menentang agenda Perpaduang dalam PAS.

7.0 Kalau TGNA tidak dilantik Mursyidul Am, usaha membawa PAS kepada UMNO akan lebih rancak lagi selepas ini.
Tulang Besi

50 comments:

cicitHJHASSANu said...

salam Tuan...

Berpandukan sumber yang terhad..

saya masih berpegang kepada keputusan mengekalkan Dr Harun Din menganggotai Majlis Syura Ulama.

saya juga mengiktiraf keputusan untuk 'tidak mengekalkan' Ust Ahmad Awang.

secara kolektif,ini adalah proses biasa dalam sistem Syura atau sistem demokrasi.Ada yang turun dan naik serta ada juga keluar dan masuk.

Seseorang yang terpilih(bukan Umno)memegang amanah yang besar.Bukan mencari populariti tapi mengundang bala Allah sekiranya ingkar serta khianat kepada masyarakat.

Pemimpin bukan ditugaskan semata-mata untuk memimpin tapi mereka juga sebenar adalah orang yang dipimpin(AlQuran dan Hadis).

Secara peribadi,saya memang menghormati Ust Ahmad Awang dengan gaya dakwah yang santai,namun penuh dengan ilmu dan dalam masa yang keras dan tegas serta jelas sekiranya melibatkan Islam(2mggu lepas kuliah di Taiping).

Dr Harun Din secara spontan memberi ingatan agar berhati menggunakan kalimah Allah.terutama kepada yang bukan Islam.

Tapi setelah keputusan Majlis Syura dan Pas Pusat dikeluarkan beliau akur serta merta mengikut keputusan yang ditetapkan.Sekadar pandangan Dr Harun Din tak semestinya kita bersetuju 100%.Alhamdulillah beliau tetap mengikut keputusan yang telah dibuat bersama.

Ust Ahmad Awang masih diperlukan.Mungkin dengan porfolio yang lebih mencabar untuk menghadapi rejim Apco.

Teruskan berjuang untuk menumbangkan Umno Bn di Hulu selangor.

juga sekadar pandangan.salah harap diperbetulkan...wallahua'lam.

Anonymous said...

Orang PAS taat pada parti melebahi taat kepada Nabi dan Allah. Bertaubatlah, dunia dah Akhir zaman.

Tulang Besi said...

errr tak betul. Selepas parti mengeluarkan keputusan berkaitan kalimah Allah, Dr Harun Din tetap melanggar keputusan parti.

PAstikan fakta anda tepat.

Anonymous said...

masih berdendam & macam budak-budak???

Anonymous said...

Pasal Kalimah Allah lagi? Hmm, mungkin Ustaz Harun Din engkar keputusan parti tetapi benar dari perspektif Islam dan untuk kepentingan umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

Pasal kes geng perpaduang lagi? Lagi baik kalau UMNO berpaduang dengan PAS. Kalau tetiba UMNO berpaduang dengan DAP apa macam mau cerita?? Dalam politik semua boleh jadi.

Anonymous said...

TB.. TB.. ni maklumat baru.. mu jangan kabor org aku beritahu mu.. dengar cerita kan.. kan.. kan.. haji Hadi sekarang ni ada di KL tengah bincang dgn najib untuk tidak terlibat dlm pilihanraya kat selangor nanti.. ish! ish! ish! teruk kan TB kan?! kan.. kan.. ada ke patut.. Harun Din yg tak de ilmu tu leh tolak penggunaan nama Allah pada org kapir.. teruk betul lah harun din ni kan.. kan.. kan.. pandai pandai je dia ni kan.. TB kan.. dia mana boleh lwn awak.. awak mengaji sejak kecil lagi.. mak ayah awak dulu ngajor agama lagi.. harun din ni mgaji mana.. tak cam awak.. awak ngaji tinggi.. saya dengar cerita awak ngaji Jorden ek? Ke Azhar? sori ah saya tak pasti.. ada org kata Mekah.. tapi mungkin gak awak ngaji belaka ek.. Jorden, Azhar dan Mekah ek.. logik gak sbb awak ngaji lama kan.. kan.. kan.. tak cam haron din.. mana dia ngaji bab2 agama ni.. ish.. pandai2 lak dia kan.. kan.. kan..

sasha2020 said...

PAS sekarang tak macam PAS dulu..
Ini hakikat..bukan saya cakap tapi ramai orang PAS sendiri yg cakap.

PAS sekarang lembik dan mudah mengalah terutama kepada DAP dan PKR . Sebab tu mereka kata PAS dah jadi baghal(kuda bodoh) yg dijaikanhaiwan tunggangan...Ini pun bukan saya cakap...tapi orang PAS sendiri.

Fikir dan insaflah...wahai pengikut dan pemimpin PAS...

Anonymous said...

aku undi pas sbb tgna. Tu aje. Tkde TGNA dlm PAS, mintak maaf, undi aku skrg open. aku pduli hape org lain nk ckp ape. Kt luar sana ramai lg org muda mcm aku, undi PAS sbb TGNA. aku rs umno hepi giler bl tgna bkn lg jd org utama dlm pas nti.

KrisMas said...

Jangan lah dok selalu nak berperasangka buruk TB woiiiii.....

Meluat sungguh kami tengok perangai hang ni...

Anonymous said...

Apalah sangat ilmu TB berbanding dgn para ulama dari mereka yg menjadi ahli2 Majlis Syura sehingga beliau mempertikaikan keputusan yg telah dibuat oleh majlis tertinggi itu. Kepentingan islam mengatasi segala2nya dpd mengambil kira kepentingan kelansungan politik sempit yg dianuti oleh TB. Jangan lupa ISLAM adalah asas perjuangan parti dan inilah intipati agenda perjuangan parti. ISLAM yg dimaksudkan ialah islam dari al-quran dan sunnah bukan islam dari perspektif sempit spt yg diamalkan oleh sebilangan ahli parti termasuk TB.

Unknown said...

sudahlah TB.. ko ni tak habis2 nak serang kepimpinan PAS. apa lagi yang ko tak puas hati? cukup lah sekarang ni masa untuk bersatu. bukan untuk memecah belah. mungkin ada benarnya yang Haron Din cakap tu. kenapa tak pi tanya dia. apa sebab dia kata macam tu. dalam islam pun ada bermacam2 mazhab. kalau nak kata tak betoi jadi bergaduh la macam sunni ngan syiah. jadi kita terima la sebagai pendapat peribadi beliau. mungkin itu berdasarkan ilmu beliau. dah la TB. cukup la tu. aku dah benci nak baca artikel ko..

Berangan said...

Perangai si TB ni serupa macam perangai si Zul Kulim. Dia rasa dia saja yg betoi.....semua mesti nak ikut kepala otak dia....porahhhhhh.

Pigi jalan daaaaaaaaaaa....

matkambing said...

wang punya pasal ahli syura pun boleh terpedaya! hanya yang kuat taqwa sahaja selamat.

Garuda said...

Pegi jahanam la kau Tulang Busuk...

MIMI said...

BUKAN TULANG BESI TAPI TULANG BABI.

Anonymous said...

Kita ikut suara majoriti ahli PAS. Tak perlulah TB ,TP dan lain2 mengadu domba. Biar ahli tentukan pada pemilihan Parti nanti. Siapa tak suka suara majoritu boleh keluar Parti masuk UMNO atau masuk PKR atau DAP atau tubuh Parti baru.

Anonymous said...

TB.. TB.. TB.. mu tahu dok.. TGNA dgn Ustz Awang.. mereka ni tidak dijemput pun masuk meeting majlis syura.. pah tu set2 UG ni sebenarnya mmg gila pitis belaka.. tahu dok HH dulu dok kerja pun alih2 masuk PAS jadi kaya, leh wak masjid lagi.. banyok lok tu tanoh kat rusila.. stopa ali gitu gok, sama gok dgn ABC semua ni dulu menganggur.. masuk PAS jadi kaya raya..

mu gok bagus.. hahahaha

org kutuk2 mu tu semua dok ngaji.. mu ngaji tinggi kan.. sabor.. sabor.. biar ah org nok kutuk..

mu stuju dok klu aku cadang mu jadi timbalan dan pak bakar (ops silap, si tua bangka bakar) jadi presiden?

stuju lah TB.. mu je harapan kami.. hihihihi

Anonymous said...

pas = umno.....tgk harakah daily pun dah meluat mcm baca utusan je...

Anonymous said...

Berkaitan dengan perlantikan Datok Harun Din sebagai ahli majlis syura yang diwar-warkan oleh "Tulang Besi" perlu dipandang dan dinilai dari pelbagai sudut.

Dari situ kita boleh membuat satu kesimpulan sama ada perlantikan itu mendatangkan kebaikan atau keburukan pada ahli dan parti.

Parti PAS yang didokong dan disokong ini sudah diberi ruang dan peluang oleh rakyat yang berbilang kaum untuk mentadbir negeri dalam Malaysia.

Mampukah pemimpin PAS yang ada sekarang memikul tanggongjawab mentadbir atau terpaksa memanggil UMNO untuk membantu melancarkan pentadbiran...?

Untuk menjadi parti yang bertanggong-jawab dan amanah maka pemimpin yang menerajui parti itu mestilah berilmu, bertanggong-jawab dan amanah.

Ahli parti mesti faham bahawa parti PAS adalah parti politik yang memperalatkan agama untuk berkuasa. Oleh kerana itu ahli perlu berhati-hati memilih wakil atau pemimpin.

Walau pun orang yang dilantik oleh ahli itu adalah orang yang mirip ulamak kerana mempunyai sijil agama bertaraf antarabangsa namun sijil itu tidak berguna jika nafsunya tidak dikawal oleh akal yang waras kerana dalam politik tiada halal dan haram.

Cuba nilaikan seseorang pemimpin yang mempopularkan diri mereka dengan isu yang kontrovesi... kenapa mereka melakukan begitu dan apakah tujuan mereka..?

Sesiapa saja yang diiktiraf sebagai wakil atau pemimpin dalam parti PAS... mereka adalah manusia yang bernafsu, sama seperti pemimpin UMNO.

Hari ini kita didendangkan bahawa semua pemimpin UMNO terlibat dengan rasuah. Dan rasuah pula diibaratkan sebagai makan daging babi oleh Tun Mahathir.

Siapa tahu esok atau lusa akan ada berita yang mengatakan bahawa pemimpin PAS amat suka makan daging babi...? Sama-sama kita tunggu dan lihat berita itu.

Apa khabar TG Hadi Awang... Hari ini tak ke laut....?

Anonymous said...

Aku sokong pendapat TB. Bukan semua orang negatif terhadap pandangan TB. tak guna Pas menggunakan topeng islam tapi nak berbaik dengan parti sesat macam umno.

Lebih baik satu parti islam yang betul2 islam di tubuhkan bagi menggantikan Pas kini yang nyata telah menyeleweng dengan fahaman asabbiyyah dokongan umno yang tidak memberi keadilan kepada melayu dan bukan melayu.

Betul kata penulis di atas bahawa Pas hanya kuat dengan adanya TGNA. Dialah pejuang sebenar islam, tapi yang lainnya hanya dok jadi barua umno.

Mangkuk said...

Hampa ni tok sah la nak berperasangka buruk macam si TB ni. Dia orang tak ada apa2....kau orang ja yg lebih.

Lain kali jangan suka sangat nak jadi Pak Nujum.

Orang yg hampa tuduh tu kata lain...hampa pulak paham lain. Lepas tu bukan nak jumpa tuan yang hampa tuduh nak tanya betoi ke tak seperti mana hampa paham....hampa terus tibai depa tu.

Apa punya hotak mangkuk la hampa ni.....

Satu lagi ni aku nak habaq....orang lain nak merapatkan lagi perpaduan dalam jamaah....hampa ni sibuk nak runtuhkan jamaah...

Sekali lagi aku nak kata...apa punya hotak mangkuk la hampa ni...

Anonymous said...

nak perpaduang dengan umno yang zalim? akan menerima laknat jika bersongkokol dengan mereka yang zalim dan mereka yang melegarkan harta negeri diantara ahli keluarga mereka sahaja! islam tidak sezalim begitu!

Anonymous said...

YA ALLAH... NAUZUBILLAH... APAKAH PARTI ITU LEBIH PENTING DARI AGAMA?? APAKAH SEGALA KEPUTUSAN PARTI WALUPUN MENGENEPIKAN AGAMA DIANGGAP LEBIH PENTING DAN WAJAR DIIKUTI... BERTAUBATLAH... KORG HANYA MAMPU MELIHAT KESALAHAN UMNO, TAPI CERMIN2 KAN LAH DIRI SENDIRI, TERPALIT NAJIS MERATA2... MALU2... JGN SAMPAI ALLAH TURUN BALA... AKU RASA KLU KORG DISURUH SENARAIKAN KEZALIMAN UMNO DGN BUKTI LENGKAP MAMPU KE KORG?? STAKAT DGR2 CKP ORG TAK BERERTI APA2...

Anonymous said...

Persoalan yang perlu dijawab :
1.Kenapa Parti Islam masuk dan aktif dalam sistem pemerintahan sekular? Tak ke sama macam DSAI dulu pernah masuk UMNO?

2. Nabi Muhammad SAW menegak islam atas prinsip dakwah tapi kita cuba tegakan islam atas prinsip Parti.

Mari lah kita renungkan bersama dengan "mata-hati".

liza said...

shahsa2020... bila hang lompat kapal? bagus!bagus!bagus!sekarang hang dah sedaq kapal hang dulu dah tinggal tunggul je, hang dah sunat ke?

Liza said...

artikel menyampah yang seterusnya dari mamat syok sendiri! naik meluat pulak nak baca, tak habis2 dok syok sendiri... tak dak cerita lain ka? asyik2 yang tu tak betul, yang ni tak kena, habis apa yg betul?apa yang kena? tulislah artikel intelek sikit bang! Ustaz Awang tu tak dilantik sebab ada perancangan lain untuk N.Perak...YB Niza sekarang ke Parlimen,tu target untuk future leader! Insya-Allah! TGNA dah kata "dia dok sehat sokmo, wok gi mesyuarat pun pembantu dio...lebih baik dio dok jaga Kelantan!" cuba Tulang Besi tulis artikel yang menyatukan ummah, mengeratkan perpaduan, mengukuhkan silaturrahim! menguatkan jemaah! memperkasakan Parti!!! lepas ni saya harap TB lebih rasional dari melayan emosi diri sendiri! Salam 1 Mesia!!!

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Pendapat Dato Harun Din bagi aku adalah pendapat peribadi beliau..

Apabila keputusan telah dibuat oleh PAS pasal kalimah Allah pendapat peribadi Harun Din bertentangan dengan keputusan PAS.

aku respek dengan Harun Din tetap dengan pendiriannya kalau dia ada hujah dan hujahnya wajar. adakah kerana pendapat kita bertentangan dengan parti kita dikira sebagai pembelot ataupun Pro Kerajaan PerpaduanG??

hahaha..

Sebenarnya inilah perangai UMNO yang cube diterapkan Tulang Besi di dalam PAS. sekali bos kata A anak-anak buah kena pilih A walaupun pilihan untuk B sama baik dengan A.

Hargailah perbezaan pendapat.. itu lebih baik. Klau xnk berbeza pendapat, selalu nk "yes bos" jer baik TB masuk UMNO jer.. Dalam UMNO pantang berbeza pendapat dengan bos. Masuk lokpa la jawabnya. tak pun kena tahan duit poket..

budak baru said...

orang PAS punya perangai pun dah macam tak pernah pergi usrah. bertekak sesama sendiri mcm tak ada syurga neraka.

Kenanga said...

Hampa ikut perangai si Tulang Babi ni mampus.....dia sorang saja yg betoi (mcm Zul Nordin pulak)....habis semua pemimpin2 PAS dia bancuh.....bengong punya Tulang Babi.

Prasangka mengarut......sewel punya budak.....

Anonymous said...

aku nasihatkan ko TB lebih fokus kat hulu selangor. lupakan dulu ahli majlis syura ni. TGNA pun x kisah dan dia pun dh penat. tolong la ..kalu ko nak tngok pr rebah kat hulu selangor ko teruskan jer kisah2 ahli majlis syura ni..

Anonymous said...

Hari ni Ahad 28/3/2008. Biasanya orang yang bekerja makan gaji cuti pada hari ni.

Anonymous said...

TB-aku nasihatkan ko jgn turunlah kat Hulu Selangor pasal kalau ko turun confirm kalah PR nanti! Pasal ko adalah bala besar yg suka memutar belitkan fakta!

Hidup PR tanpa org2 yg sial mcm ni...

Anonymous said...

Kami masyarakat Hulu Selangor menyokong penuh Zaid Ibrahim sbg calon PRK Parlimen P94..Tapi kalau PAS yg meletakkan calonnya maka adlh lebih berpeluang utk menang tapi takpe pasal mmg suka bg peluang pd PKR..hidup PKR!!Tolak Shamsul Iskandar Mat Akim AMK yg dicalonkan oleh puak2 Azmin...

Kulaan said...

Salam buat sedara seagama...

Kenapa nak kecoh2 dengan TB. Dia tu sakit . Pasal tu sensitive sangat dgn nama Ust Harun Din. Ust Harun Din tu kan Pengasas DarusSyifa...perubatan Islam. Tu pasal orang sakit spritual nie payah nak duduk dekat. Maklum kalau tulang je dah besi...lebih kurang Dajal je...tanduk je belom keluar.
Maaf cakap....sesiapa yang rasa dirinya mampu menyumbang demi kemaslahatan agama Allah teruskan lah tak kira sapa pun. Tak usah nak pilih bulu. Tak sebulu dengan kita tak semestinya buruk disisi Allah SWT. begitulah sebaliknya.

Wasalam buat semua.

Anonymous said...

Letak Sivakumar bertanding kat Hulu Selangor. Gerenti menang. Masuk Parlimen nanti mintak pulak jadi speaker. Boleh??

Anonymous said...

biar apa pun, usah dicari duri...selagi kita mengorek, selagi itulah tidak akan ada kesudahannya. Kerana setiap apa yang kita lakukan akan membawa kepada perpecahan belaka. Kita kena sedar apa yang kita lakukan itu adalag suatu tanggungjawab yang besar. Apakah kita dapat menyatukan umat dengan tindakan yang kita buat itu? Apakah kita berdaya? Bukan semua manusia sama, ada yang hanya mendegar sedikit saja sebabnya, akan lari...ada yang tahu betapa beratnya perkara yang ditanggung, yang berlaku, malah masih ramai yang sanggup berjuang demi kepentingan parti. Kita jangan jadikan individu sebagai target, kerana tanpa kita sedari kita telah merosakkan perhubungan baik antara ulama selama ini, tanpa kita sedari kita telah cuba memperbodohkan, menyalahkan, menjatuhkan maruah seseorang. apakah kita mahu semua ulama' keluar dari Pas. Perselisihan pendapat, perselisihan kata maupun cakap tidak bermakna kita tidak setia kepada Parti.Yang penting cari kesalahan lawan bukan mencari kesalahan dalaman kerana tanpa disedari kita telah menghacurkan kepercayaan pengikut kita sendiri. Kalau ada rasda tidak senang, tidak mengerti, tidak setuju berjumpa terus, tanya dengan mereka benarkah apa yang diucapkan . Jangan cuba menyibarkan perkara yang belum kepastian.

Saya faham, segala kenyataan yang dibuat tidak semestinya benar ketika dan masa itu, tapi di sesetengah tempat keadaannya mungkin berbeda. Mungkin hari ini dia akan berkata lain. Tapi tanpa kita sedari kita telah memaksa mereka memberikan jawapan seolah-olah kita menentang mereka, kononnya tujuannya untuk memperbetulkan keadaan demi kebaikan parti.... tapi kita tidak sadar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah secara umum, bukan setakat penyokong saja yang tahu tapi musuh itu sendiri. Apakah tujuan kita menyeuarakan ini semua secara umum, apakah kita hanya untuk menjolok sarang tebuan, apakah kita nak tunuk belang kita, taring kita dan ini bukan jalan yang terbaik kerana setiap manusia ada harga diri..kalau dituduh, diungkit secara umum semua oramg akan sedikit sebanyak terguris dihati, kerana pulut santan binasa, sedangkan sudah berapa banyak kesalahan yang telah dilakukan sehingga kita sanggup membunuh kariernya dengan hanya melakukan sartu kesalahan yang mungkin boleh kita rundingkan secara diam, secara perseorangan, berjumpa sendir dan dengar sendiri apa yang dibicarakan kepada kita.

Kita perlu faham setiap manusia yang dicipta allah SWT tidak lari dari melakukan kesalahan, dan dalam pada masa yang sama, tanpa disedari kita sudah menjadi batu api antara individu itu maupun pada penyokong mereka sendiri dan akhirnya sesetengahnya kerana tidak tahan dengan hasutan, tohmahan, cacian maka tanpa disedari mereka cuba berubah pegangan, sehingga membawa mereka beralih kepada parti lain sedangkan pada dadarnya, parti tidak bersalah yang salah adalah individu tertentu. DEan siapa yang rugi akhirnya? Parti akan menjadi porak peranda.

Setiap pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang tidak semestinya dipersetujui semua, ada yang sokong, ada yang bangkang dan sebagainya. Namum belum tentu orang lain bersependapat dengan kita, Kita perlu akur bahawa rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Saya faham, setiap orang inginkan kebaikan, tulus, jujur dan ikhlas namun tidak disangkalkan ada juga yang mahu disebaliknya kerana nafsu. Jadi apa saja yang kita alkukan belum tentu baik untuk kita dan belum tentu buruk bagi mereka. Oleh itu berwaspadalah kerana tanpa kita sedari, walau niat kita sebenarnya nak perbetulkan keadaan sebenarnya kita telah cuba menjolok sarang tebuan sedangkan kita tidak tahu samaada tebuan itu menyerang balik atau pun tidak. Kalaulah dia menyerang balik belum tentu kita akan selamat dan kalau kita tidaK diserang, alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. Tapi tanpa disedari kita telah merosakkan gulai sebelanga. Bukan setakat individu sahaja, tapi ianya terkesan kepada keseluruhan parti kerana kebencian, kemarahan seseorang itu kepada pemimpin mereka telah menyebabkan kita membenci parti tanpa disedari.

So, berhati-hatilah dalam membujat penilaian
Wassalam

yobkambing said...

zambry mb haram mangunakan majlis maulidul rasul supaya rakyat menerimanya. tadi saya pergi ke majlis maulid yang diadakan dalam kawasan batu gajah dimana penceramahnya berkata kita patut terima zambry menjadi mb kerana itu kehendak tuhan. wallahualam, adakah pendengaran saya salah?

Yob Parit said...

KAH...KAH...KAH...BETOL KE YOBKAMBING..

KALAU MACAM TU MEMANG TERUK BETOL...
SAMPAI NAK SURUH ORANG MENGAKUI SI MAT BLACK TU MB

BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH....KECUALI PADA PEMBESAR2 LANUN AJA YG JADI MACAM TU.

KHAIRUNNIDA YAAKOB (0195715472) said...

Kita jangan sombong kepada Agama. Islam menganjurkan perpaduan kenapa nak tolak..Tolak kerana umno tu zalim.. di mana kezalimannya cubalah senaraikan. Yang buat akuan bersumpah palsu tu tak zalimkah ? atau kita mementingkan parti daripada islam.. Kita lupa kerana kita telah didoktrinasikan kan kan.
Pas ni asalnya daripada UMNO jugak, lupa ke tahun 1951.. Datok Fuad pengerusi Biro Agama UMNO..yang frusted tak dapat jadi SU agong UMNO.. tubuh la PAS.. Pegawai ROS yang lulus tu nama En Nadarajah..
Betul..ramai orang PAS tak tahu tuu..

Anonymous said...

kalau dah tahu pas tu dulu dari kelompok Umno so perbetulkan dulu Umno tu .... Faham-fahamlah sendiri, kalau dah keluar tu bermaksud ada yang tak kene dengan UMNo. Bubar dulu Dun perak dan kita lihat siap yang kene.

malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said,

Nik Aziz dah tajde poweer...

Anwar pun ...entah kena sumbat maner ...


tingal si diktator PAS hadi pin dan Najib lah....control politik malaysia ....

jadi mai kita pangkah UMNO ....jer dan PERKOSA ...

tak payah pgkah PAS tau! sebab pas dan UMNO dah mcm sama daaa, tak lama lg pas akan gabung dgn umno jadi alang -alang kita melayu sokong pas-umno pamgkah jer UMNO ok?!

baiiiikk...

salam
malaysiabaru.com

Tempoyak said...

Woiiiii Malaysia baru...
Kami tak kebuluq ngan UMNo tu...
Dah tua nak mampos dah buat apa..
Lepas tu...tak betoi pulak tu...

Haaaaaa.....tak payah la sebut pasai UMNo tu..... jijik rasanya.

Anonymous said...

Tak perlu power kerana Allah yang maha berkuasa yang penting perjuangkan islam. Yang menentang perjuangan islam, itu yang patut disingkirkan. Semoga Allah akan tunjukkan jalan yang benar.

wassalam

Anonymous said...

TB nak menonjolkan diri dgn isu2 camni..tambahan pulak, tgh time nak wat pemilihan2 baru..bila TB buat havoc, org2 PAS esp atasan baru perasan dia..TB slalu perasan dia dekat sgt ngan PAS, tp PAS asyik buat dunno kat dia..almaklumla, duit yuran pun tak bayar..

anti-firaun

Anonymous said...

SE (dalam loghat kelantan) bermaksud 1.

PAS= Parti Islam SE Malaysia = Parti Islam 1Malaysia.

Hmmm..... molek. Macam kebetulan.

Anonymous said...

anon di atas:

PAS for ALL vs Israel For ALL

Parti Islam Se Malaysia aka Parti Islam 1Malaysia vs 1Israel..

lagi dasyat pengaruh Israel Zionis dalam PAS ni rupenye..

hehee..

anti-firaun

p/s: yg penting intipati slogan tu dan perjuangan dia..PAS and Malaysia tak memperjuangkan ZIONIS so nape nak kaitkan? sape yg kaitkan? si anwar al juburi..mmg pengkhianat bangsa la setan ni..

Mambang di Awan said...

Kesian puak2 UmnoNgok ni....dulu menyebarkan fitnah kata DSAI agen yahudi....tapi...rupa2nya....puak2 UmnoNgok inilah rupanya yg bersekongkol dgn yahudi.

Inilah salah satu perangai buruk puak2 UmnoNogk....sendiri yg berak bertenggong tepi jalan...dituduhnya pula orang lain yg berak.

BUSUK PUNYA PERANGAI.....

Anonymous said...

salam..
nak ingatkn hampa semua ni....sebelum UG terbongkar semua mengatakn itu cerita karut dan fitnah...mcm skrg juga bila TB katakn masih ada usaha untuk menghidupkn UG,hampa kata itu fitna dan cerita karut....

ingatan ini hanya untuk ahli pas yg sygkn pas je...

Anonymous said...

TB.. TB.. tahu dok.. ni maklumat aku terima.. sebenarnya kan.. kan.. kan.. HH sengaja kekalkan TGNA, tahu dok sebab apa.. sebabnya HH nok seksa NA, dia tahu dah NA tu anti UG, dia lantik gak.. pah tu dgr kabar, dia org dah sok set sok set, masa meeting majlis syura dia org nok buli NA.. teruk kan puak2 UG ni kan.. kan.. kan..

Adake patut HH yg lantik NA, apa kelas HH, dgn ko pun dia tak setaraf, ni kan pulak NA, pas tu ada hati nak lantik NA.. TB kan.. kan.. kan..

tapi kan.. kan.. sebenarnya puak UG ada usur nak buang org yg tak bayar yuran.. tapi kan.. kan.. kan.. NA tentang.. NA kata kan.. kan.. kan.. klu buat juga dia pun nak klur PAS..

tapi aku tak tahu lah sapa yg puak2 UG ni maksudkan, tapi kan..kan.. kan.. aku tak rasa ko.. mungkin ali zidan kot.. sbb ko bayar yuran.. kan.. kan.. kan.. mamat rojak je selebet songlap yuran ko.. kan.. kan.. TB kan.. kan..

ko masuk lah tanding jwtan apa.. kita ator stratigy baru lak.. kita singkirkan semua puak2 UG ni.. bila semua dah tiada.. senang lah kita ambik balik jawatan CEO ko tu.. TB kan.. kan.. kan..

Anonymous said...

berkenaan isu penggunaan kalimah Allah bg agama lain, layari: www.khairuummah77.wordpress.com/ penggunaan-kalimah-'allah-bagi-agama-lain.