"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 26, 2010

Ahmad Awang Dipecat Dari Syura?

Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura.

Saya berharap sangat kedua-dua khabar angin ini terbukti tidak benar. Namun, dalam politik Malaysia, khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Contohnya, kes pemukulan Rahim Nor terhadap Anwar Ibrahim

Harap-harap tiada amalan membalas dendam dalam PAS hanya kerana Ahmad Awang secara terang-terang:
a. Menolak kerajaan Campuran UMNO-PAS di Perak
b. Menolak permintaan Haramsani yang mana Haramsani diketahui mempunyai hubungan intim dengan salah seorang anggota Syura yang senior
c. Mendedahkan konspirasi menubuh kerajaan perpaduan di Perak di hadapan para perwakilan PAS tahun lepas
d. Menjadi "icon" menentang usaha "PERPADUANG" di dalam PAS
Lagi satu yang herannya, orang yang langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah secara terang-terang masih dilantik semula sebagai Ahli Majlis Syura?

Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?

Tulang Besi

p/s - ada satu khabar angin terbukti tidak betul yakni Tulang Besi tidak pernah membayar yuran keahlian PAS. Tulang Besi tidak pernah terlepas bayar yuran keahlian tetapi Tulang Besi selalu bayar pada PAS Kawasan Lembah Pantai melalui Haji Sulaiman, bekas YDP PAS Lembah Pantai. Hj Sulaiman ni biasanya kita jumpa di Restoran Amjal Lembah Pantai kerana beliau mempunyai gerai menjual rojak dan laksa di situ.

p/s - Tulang Besi dinasihatkan oleh peguam supaya membuat laporan polis ke atas pendedahan maklumat keahlian PAS oleh blogger picisan bernama Batu Api. Tulang Besi bercadang untuk berbuat demikian minggu depan tetapi masih memikirkannya.
Majlis Syura: Ahmad Awang tidak terima maklumat
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ustaz Ahmad Awang (gambar), bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS pagi tadi berkata, beliau tidak pula diberitahu oleh kepemimpinan PAS bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh majlis itu seperti yang dispekulasikan di dunia maya sejak dua hari yang lalu.

“Ana memang tidak ada menerima apa-apa lagi maklumat itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi telahpun memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau masih bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut demi memperkukuh parti.

“Ahad lepas, apabila Presiden singgah di Semangol (Perak), saya ada bertanya tentang perlantikan semula Majlis Syura dan beliau (Abdul Hadi) menjelaskan beberapa orang akan dilantik.

“Dari pertanyaan saya itu, Ayah Chik (Abdul Hadi) tentu faham bahawa saya masih bersedia untuk pikul tanggungjawab perkukuh parti walaupun saya tolak pelawaannya untuk saya dilantik semula menjadi Pesuruhjaya PAS (Perak) selepas muktamar lalu (2009),” ujarnya.

Maka, beliau berkata, tidak timbul persoalan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk memberi komitmen kepada parti seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Ini kerana, menurut beliau, perbualannya dengan Abdul Hadi jelas mencerminkan beliau bersedia memikul amanah tersebut demi memperkukuh parti.

“Kalau saya tidak berminat untuk menjadi (ahli majlis) syura, perkukuh parti, takkan saya bertanya Ayah Chik (Abdul Hadi) tentang perlantikan semula majlis syura,” ujarnya.

Ditanya tentang kaedah baru dalam perlantikan semula Majlis Syura Ulama, beliau berkata, kaedah tersebut sekadar menurut tatacara Perlembagaan PAS yang baru dipinda.
Katanya lagi, sepatutnya usia menjawat jawatan dalam majlis tersebut sehingga bulan September ini.

Namun, kesemua anggota Majlis Syura, termasuk dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan lebih awal demi memudahkan pengurusan pentadbiran parti, tidak lebih dari itu.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, dengan tidak dilantik lagi Pesuruhjaya PAS membolehkan beliau memperkukuhkan parti dengan beberapa aktiviti dakwah yang lain.

Aktiviti dakwah tersebut, menurut beliau, termasuk membina sebuah pusat pendidikan dakwah di peringkat negeri.

“Sebenarnya saya tengah fokus tentang projek membina pusat pendidikan dakwah di sini, nak buat rumah anak yatim, kelas-kelas al-Quran, jadi saya perlu fokus mencari RM6 juta hingga RM7 juta,” ujarnya.

19 comments:

Anonymous said...

Dengan ketiadaan 2 orang tokoh sonsang ini, PAS akan menjadi lebih dihormati dan disegani. Nyahkan anasir2 dan unsur2 ekstrim dan fanatik yg dibawa oleh kedua2 ulama sesat ini.

Unknown said...

salam bro,

RESTORAN AMJAL, tempat lepak waktu petang ketika belajar di Pusat Matrikulasi UIA suatu ketika dahulu, tempat berkumpul demo menentang zionis, dan bermacam2 demo di sekitar tempat itu.

Nostalgik.

Anonymous said...

Anonymous said...
Dengan ketiadaan 2 orang tokoh sonsang ini, PAS akan menjadi lebih dihormati dan disegani. Nyahkan anasir2 dan unsur2 ekstrim dan fanatik yg dibawa oleh kedua2 ulama sesat ini.

March 26, 2010 3:19 PM

Woi! mamat. Hang tau mana depa tu ulama sesat. Hang belajaq kat mn nak dakwa depa ulama sesat. Pirah!! Ilmu hujung rambut pun takdak nak kata depa tu sesat. Cermin diri dulu. Bodoh!!!

Anonymous said...

weh anon 3.39
ko tak tahu ker dah ader tuan guru dalam umno tu

tuan guru haji lah
dia yg ckp nik aziz sesat
tanya laa tuan guru umno tu

Anonymous said...

tahniah TB, atas perlantikan anda sebagai Ahli Majlis Syura bagi menggantikan Ustaz Ahmad Awang..

Tahniah skali lagi..

anti-firaun

p/s: ini betul2 kejadian..tp disebabkan ini adalah betul2 kejadian jadi ianya tidak akan berlaku kerana khabar angin lagi tepat dan benar..

mankeldai said...

bn dan umno akan kalah kerusi hulu selangor lagi, cayelah!

Anonymous said...

khabar angin yang mengatakan mat sabu di tangkap khalwat pun benar kan..kan..kan..

Anonymous said...

Kalau penyokong pembangkang pun tak payahlah terbalikkan gambar PM. Dia PM satu Malaysia. Nak berpolitik tapi tak matang. Di Amerika dan dunia lain, macammana pun nilai hormat pada Pemimpin Negara dan Orang Tua tua masih ada walau berpolitik.

Orang Melayu sibuk dan mengaku Islam, Semua nak Islam tapi Aklaq tak ikut Islam.

FaridShah said...

InsyaAllah, moga2 Ustaz Ahmad Awang bakal jadi calon Presiden..

Pengorbanan dlm perjuangan!

Kuda Perang said...

Tahniah Perisik Rakyat dan Tulang Besi, anda berjaya meningkatkan lagi kejahilan anda demi untuk menjahilkan orang lain...

Anonymous said...

hi TB..berbalik pasal isu royalti minyak kelantan..

any comments on this?

http://theunspinners.blogspot.com/2010/03/lawyer-kelantan-terengganu-have-no.html

the jizz of the story..

-which property that belonging to Kelantan and which property that belonging to Federal Government in the eyes of LAW..

- non-sovereign state status of Kelantan..

tolong ulas dgn fakta2 jgn ikut logik..aku nak dgr dari kaca mata PR tentang menda ni..

kalu ikut agreement2 yg TB siarkan aritu, perjanjian kelantan-petronas relationship dia mcm Tuan Tanah dgn pengusaha Tanah so "in exchange of kelantan allowing petronas to extract oil from Kelantan territory, Petronas would channel 5% of its revenue extracted to Kelantan alledgely called as royalti/cash payment.."..its fair deal la..

tp kalu ikut artikel tu, kelantan does have a locus standi to claim status as Tuan Tanah sbb Tuan Tanah tu adalah Federal Gov..so what for Federal Gov nak bayar royalty kat Kelantan coz FG owns the area..

thanks

anti-firaun..

Anonymous said...

pembetulan..

kelantan does NOT have a locus standi to claim status as Tuan Tanah..

anti-firaun

mankeldai said...

hoi loyar bodoh, mana ada dalam perlembagaan persekutuan mengatakan negeri-negeri dipunyai oleh kerajaan persekutuan?

Anonymous said...

kah kah kah . . . kah kah kah . .

apsal ramai sangat pencacai dalam PERISIK RAKYAT ni ,,, elaun haram depa dah masuk ka, kah kah kah . . . kah kah kah . . .

pojie, tb , lu kawal sikit anak2 buah lu ni kah kah kah . . . gua nak baca komen pun loya tekak gua . . .

antu tuya said...

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".

- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

hehehe najib anak derhaka!!

Anonymous said...

TB... TB.. ni maklumat aku nok kabor ke mu.. smlm kan.. kan.. kan.. Pakatan mula kempen di Hulu Selangor.. tapi kan.. kan.. kan.. mu tahu dok.. presiden, naib presiden dok mari pun.. tahu dok.. mereka tu dok sokong pakatan lagi ah tu.. ni semu puak puak UG, mereka dengar kabor takmboh sokong lagi pakatan.. pah tu se lagi.. mu tahu dok TB.. dengar cerita mursidul am PAS pun dok gi gok.. Nik Aziz dengar cerita dok gi sebab dia nok bodek set2 UG agar dia dok di pecat jadi MA PAS.. dok tahu lah HH dgn Nasa bayar berapa ke NA..

TB.. TB.. mu tulis ah dlm blog mu maklumat aku beri ni.. soheh ah ni.. se lagi Ahmad Awang dok gi gok.. nok jawatan gok ah tu agaknya.. nampaknya puak2 UG ni semakin berkuasa.. geram sungguh aku..

TB.. TB.. mu tahu dok.. mamat yg mu beri duit untuk bayar yuran ahli kot tu kan.. kan.. kan.. sekarang ni dah hilang.. dengar cerita puak2 UG colek dia.. dak tahu wak gi mana.. sbb puak2 UG ni mmg dari dulu takut kat ko.. sengaja dia buat gitu agar ko tak leh jadi ahli yg aktif..

TB.. TB.. ko masuk lah bertandign mana2 jawatan.. sure aku undi ko.. ko hebat, berkarisma.. ugama pun alim.. ngaji pun lama.. takat HH dgn Nasa tu apa dia tahu.. tahu dok.. baca kutbah pun dia org tak boleh.. geram aku..

ko tulis kay maklumat aku ni.. ok lah ada apa2 lagi aku msg ko..

Anonymous said...

blog paling haram jadah aku pernah jumpe..tulang besi al pukimak!! dah la tu, punya la banyak pencacai angkat najis...macam sial..nak kutuk2 alim ulama, padahal ko semayang pun tak penuh..bukan aku tak kenal ko bro..

Anonymous said...

elok benar lar jika khabar angin ni benar, kerana saya tidak mahu ada orang dlam PAS yg sering menjual agamanya kerana kepentingan Parti dan peribadi. KAMI, org Perak tau benar siapa di Ahmad Awang ni, die adalah mush ISLAM kerana dalam Islam mengharamkan permusuhan dan berpuak2 dan langsung mengenepikan konsep Islam sebenar. Dlm dirinya hanya ingat die saja yg betul. Itu lar sebabnya die menolak mentah2 pelawaan krisis diPerak. akhirnya berkawan dgn DAP dajal laknat tullah. Sebab itu, die berjaya menyelesaikan masalahnya dengan sekelip matanya. ...... nk tau lg kita buka episod 2.... jeng jeng jeng,.....!

Anak Lenggong said...

Kena pecat pun dia tak heran sebab ..dulu masa dok dalam kelompok u dia ni bengrap..sampai nak jadi calon masa PRU12 pun tak layak...tapi bila nizar jadik mb je dia terus dapat duit bayar semua hutang dan sekarang pakai kete puuyoooo...lebih baik dia jadi balaci sikapiaq..dapat jugak dia memperkayakan diri..