Hari ni sehari suntuk aku tak dapat nak online sebab kami dah berpindah dari Ipoh ke Bukit Gantang untuk persediaan menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. perkhidmatan BerukBand dekat sini agak teruk dimana siang tadi kami langsung tak dapat nak akses ke internet.
Keadaan pulak agak kritikal berikutan cabaran dari Bloggers BPN melalui GOMO kepada Cyberboron. cabaran BPN bersambut tanpa perlu bermeeting-meeting, cukup dengan 1 sms kepada sahabat-sahabat BlogNet dan sms dijawab dengan 2 patah kata - cantek..! bila..? cukup mudah.
Menunggu persetujuan seterusnya dari BPN pula agak mengambil masa. dah la depa yang cabar, bila kami bagi persetujuan tak sampai setengah jam lepas dicabar, depa pulak suruh tunggu sebab nak meeting. orang-orang UMNO ni memang tak leh nak buang dah perangai depa. sikit-sikit meeting, sikit-sikit meeting.
Bukan apa... aku paham, masa GOMO buat cabaran tu, dia tak sangka yang kami akan sahut cabaran tu tanpa banyak soal dan cabaran juga disambut tanpa perlu meeting-meeting. aku jugak paham keperluan depa untuk meeting tu sebab apa. aku tengok cabaran GOMO tu dibuat tanpa "sedar".... PPC pun tak tau sampai fakta berkenaan debat tu pun dia tak paham.
Asalnya GOMO yang cabar kami, tapi bila PPC tinggal komen dekat pos aku dekat bawah ni PPC cakap kami yang cabar BPN... salah fakta tu PPC... aku tak tau apa GOMO dah belit mu... tapi mu kena baca balik cabaran GOMO yang Cyberboron attach dalam artikel dia bertajuk
DEBAT : BLOGNET SAMBUT CABARAN BPN.
PPC kena belajar mencari fakta sendiri dan jangan mengharap kesemuanya pada pencacai bawahan. malu hang sebagai "kepala" PPC. mana keliber anda kalau benda mudah macam tu pun boleh gagal?
Petang tadi masa kami jumpa Ummi, PPC tengah rancak ber YM dengan Ummi. PPC cadangkan supaya debat diadakan di alam maya sahaja iaitu melalui YM. sempat jugak aku menyampuk 4-5 kali tanpa pengetahuan PPC. jadi dekat sini aku nak bagitau PPC macam yang aku jawab dalam YM tadi.
YM tu bagi kami tempat borak-borak kosong je, tempat anak-anak muda yang belum matang mencari jodoh atau mengambil kesempatam (bukan semua).
Apa rasionalnya berdebat dalam YM? matlamat caabaran debat disahut ialah untuk menerangkan kepada orang ramai hal-hal berkaitan rakyat dengan hujah macam yang dikatakan oleh GOMO. aku nak tanya PPC dan korang-korang yang pernah berconference melalui YM, apa masalah korang bila ada forumer melebihi 5 orang?
Sempat ke nak baca apa yang orang terdahulu taip? cadangan PPC betul-betul cadangan dari orang yang pendek akal.
Cadangan berdebat melalui YM bagi aku adalah cadangan palinG tak cerdik dari seorang Blogger yang mengetuai 1 pasukan Blogger yang berdiri atas nama "Membela Negara". apaa yang dapat kau sampaikan dalam YM tu? berapa juta rakyat Malaysia yang ikut sama dalam conference YM? 1 juta? 2 juta? 3 juta? 4 juta? sampai ke apa yang kau nak sampaikan? kalau tahap tu je pemikiran PPC, aku cadangkan supaya PPC tak payah lah nak jadi Blogger... lebih baik jadi goBlog..! sesuai dengan tahap pemikiran tu.
Kalau setakat adakan debat dalam YM semata-mata untuk membolehkan korang penuhkan post dalam blog dengan cerita "debat cyber" BPN menang..!" rasa aku baik tak payah tunggu debat. kau buat je terus artikel tu. pandai-pandai la reka. bukan ada saksi pun yang tengok dengan mata kepala diorang. nak bagi nampak lagi real, korang letak je la nama sape-sape yang "kununnya" jadi saksi.
Inikan alam cyber..! sesape pun boleh menipu hal-hal macam tu dan tak payah nak susah-susah tunjuk bukti. lagipun peminat BPN pun bukannya pandai sangat pakai akal. buat je apa-apa artikel dah pasti ada yang "sokong, sokong, sokong..!" hahaha...
Satu lagi yang PPC timbulkan dalam sembang dia dengan Ummi tadi, soal keselamatan. katanya kena fikir jugak keselamatan GOMO. kenyataan tu buat aku terkejut. macam mana sorang blogger yang kununnya sentiasa bicara dengan "fakta" boleh takut? macam mana sorang blogger yang bercerita dengan fakta boleh ada musuh? korang memang hebat..!
Kenyataan PPC bagi aku sangat-sangat dangkal. korang selalu bercakap soal perpaduan tap korang pulak yang tak percaya pada orang ramai. korang memperbodohkan orang ramai. seolah rakyat Malaysia ni tak de otak.
Pada faktanya ialah, kami dalam pihak pembangkanglah yang selalu ditekan dari segi keselamatan. berapa ramai pimpinan kami yang selalu terima ugutan? siapa yang pernah terima peluru? siapa yang kena serang di Parlimen? siapa yang selalu kena belasah selama ni? orang-orang UMNO atau Pakatan Rakyat?
Osman balik ke DUN nya lepas dia belot, ada yang pukul dia ke?
Undang-undang negara ni "jarang sangat" menyebelahi kami jadi kalau cakap soal keselamatan, sepatutnya kami yang perlu risau..! terima cabaran debat terbuka bukan satu idea yang baik sebenarnya bagi kami, dah pasti tak kurang dari 10 orang SB akan datang kemajlis debat dengan kamera dan video cam untuk merakam gambar kami dan itu bukan satu pilihan yang baik untuk kami (debat terbuka). tapi demi menyampaikan maklumat yang benar, BlogNet sanggup mempertaruhkan semua tu.
Tak timbul soal keselamatan dalam hal tu. belum pernah dalam mana-mana debat antara BN dan PR sebelum ni yang menimbulkan hal-hal berkaitan keselamatan. hal keselamatan bagi aku cuma timbul sebagai alasan untuk mengelak dari menyertai debat terbuka.. apakah PPC cuba beritahu bahawa selama ini kerajaan UMNO/BN gagal dalam soal keselamatan di Malaysia? yang tu aku tak tau... hanya PPC yang tau.
Jadi dekat sini aku nak bagitau PPC dan geng-geng BPN... kalau nak debat dalam alam cyber, dalam YM, hangpa debat la sesama hangpa, hangpa tanya, hangpa jawab... agak-agak dah puas, buat artikel dekat blog-blog BPN "kami menang..!" ala... bukan sape-sape tau pun...
Aku tak paham apa yang korang perjuangkan. dibagi peluang untuk sampaikan maklumat dan hujah, banyak pulak alasan. padahal korang yang mulakan dulu cabaran..!
Debat dalam YM adalah debat "syok sendiri"... korang debat la sesama korang sampai kenyang... agak tak cukup, buat 4-5 conference sampai muntah. jangan lupa buat artikel siapa yang menang dalam debat tu... kami nak tau jugak macam mana "BPN belasah BlogNet" dalam debat maya tuh..! kah kah kah kah kah...!!!
Kesimpulannya debat melalui YM kami tolak bulat-bulat. ingat PPC..! GOMO yang cabar kami dan GOMO habaq "bagitau je dimana dan bila..!". jadi aku pegang ayat GOMO..! kami yang berhak tentukan dimana sebab cabaran GOMO berbunyi begitu..!
BPN..! Bukit Gantang menanti debat terbuka antara BPN dan BloggersNetwork@Perak..! kami tunggu BPN. kalau nak berjuang, bejuanglah sebagai anak jantan, bukan sebagai kera jantan.
Dan ingat kata-kata ini -
"Kalau Takut Pada Risiko, Usah Bicara Tentang Perjuangan..!"