Barisan penceramah yang bakal ditonjolkan ialah tak lain dan tak bukan barisan "pengkhianat Negeri Kelantan" yang terdiri dari "Tok Pa" dan juga Awang Adek yang kita ketahui 2 "pengkhianat Negeri Kelantan" ini sebenarnya tidak tahu apa-apa berhubung "Perjanjian Royalti Minyak" tetapi dalam kenyataan-kenyataan dan Ceramah-Ceramah mereka, bercakap seolah-olah merekalah yang mewakili Petronas dalam perjanjian tersebut.
Tak kisahlah UMNO nak buat Ceramah Penerangan banyak manapun, tak de sape yang kisah. kalau UMNO nak buat Ceramah versi "Ralli" sebulan tanpa henti pun tak de sape yang kisah. yang seronok cuma totok-totok UMNO dan bagi pihak yang komited bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan pulak, aku yakin... menyampah nak mampus... orang Kelantan cakap "loh la demo... ceghamoh la sapa keghing tekok tak dok sapo heghe...".
Di pihak Kerajaan Negeri Kelantan pula masih komited dengan tuntutan asal malah apa yang aku perhatikan ialah, barisan para pejuang yang mengepalai "Tuntutan Royalti Minyak Kelantan" khususnya GEGAR semakin bersemangat dalam Perjuangan Menuntut Hak Negeri Kelantan.
Terbaru sekali, diberitakan bahawa 1 Taklimat Isu Royalti Minyak untuk semua ADUN Kelantan akan diadakan pada akhir bulan ini dan yang paling menariknya ialah, Tun Salleh Abas dan juga Tuan Tommy Thomas telah mengesahkan kehadiran mereka dalam majlis Taklimat tersebut dan Taklimat tersebut akan disampaikan sendiri oleh Tun Salleh Abas dan juga Tuan Tommy Thomas.
Pasti ada suatu yang menarik akan dijelaskan oleh 2 nama tersebut yang tak perlu aku perkenalkan lagi pada umum akan penglibatan mereka berdua selain Tengku Razaleigh Hamzah (yang juga komited dengan perjuangan Kerajaan dan juga Rakyat Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak) dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan dan lain-lain Negeri yang terlibat dalam Industri Minyak Negara.
UMNO boleh terus-terusan mengatur totok-totok, wakil rakyat-wakil-rakyat dan semua pimpinannya untuk memutar belitkan fakta sebenar sementara Kerajaan Kelantan semakin gagah dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dengan sokongan individu-individu yang terlibat "secara langsung" dalam semua perbincangan dari awal sehinggalah termeterai perjanjian antara Negeri-Negeri yang terlibat dalam perjanjian tersebut.