"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 19, 2009

KJ Oxford Lanyak Rais Yatim...

"While we're on the green dam, do you think Rais knows what email is? Forget FB (facebook), Twit (twitter), etc. Is he even 1.0? I think he kolot."

("Ketika kita semua berada di zaman empangan hijau, awak fikir Rais tahu ke apa itu email? Lupakan Facebook, twitter, dll. Adakah dia 1.0? Saya fikir dia kolot").

Siapakah yang membuat kenyataan di atas..? Dia tidak lain dan tidak bukan dari Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar melalui twitter yang dihantarnya kepada seorang wartawan.

Mesej melalui Twitter ini dihantar Khairy pada jam 11.43 pagi 14 Ogos lepas kepada wartawan itu. Sesiapa yang mengikuti (following) kedua-dua pihak ini (Khairy dan wartawan berkenaan) melalui Twitter akan menerima mesej Khairy ini.

Rais dianggap terkebelakang apabila cuba menapis internet. Hatta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri berfikir begitu.

Kah kah kah kah kah...!!!

KJ Oxford Kena Lanyak...

SAH..! Pengundi Hantu Wujud Di N11..!

Ada sorang makcik call aku kejap tadi lepas baca artikel aku pasal pengundi hantu di N11.

Makcik tu mengesahkan kewujudan hantu tersebut dan makcik tu juga mendakwa melihat dengan mata kepalanya sendiri kelibat hantu tersebut.

Makcik tersebut menjelaskan bahawa hantu tersebut pernah juga dilihat di beberapa lokasi PRK sebelum ini... kata makcik tu hantu tersebut berwajah cantik...

Macam gadis Mongolia...

Mahkamah Tinggi Arah Berita Harian Bayar RM150 Ribu Kepada Mahfuz

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

PAS Cabar Media Perdana Dedah Video Kenyataan TGNA

PAS dalam sidang akhbarnya di Markas Induk PRK N11 pagi ini mencabar media perdana yang terlibat dalam memutar belitkan kenyataan TGNA berkenaan dengan isu "Ahli UMNO Tidak Akan Masuk Syurga" supaya menyiarkan rakaman penuh kenyataan TGNA yang dikatakan itu.

Salahudin Ayub dalam kenyataan akhbarnya pagi tadi menjelaskan kepada wartawan bahawa apa yang disiarkan oleh media perdana (televisyen) sebelum ini hanyalah gambar TGNA beserta dengan "quot" kenyataan TGNA yang telah diputar belitkan tetapi bukanlah rakaman video yang membuktikan kenyataan TGNA tersebut.

Dalam kenyataannya juga, Salahudin Ayub mencabar media berkenaan supaya menyiarkan rakaman tersebut atau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Dalam sidang tersebut, seorang wartawan juga bertanyakan soalan mengapakah menjadi satu "trend" sekarang dimana parti-parti politik baik PR mahupun UMNO cenderung untuk menyaman media-media perdana dan jawab Salahudin Ayub, PAS selama ini cukup-cukup mesra dengan media tetapi ada pihak media yang mengambil kesempatan dalam hal ini dengan memutar belitkan beberapa isu dan tindakan menyaman adalah untuk membetulkan keadaan.

Kita tidak akan menyaman pihak media jika pihak media sedia untuk menyiarkan apa yang sebenarnya dinyatakan tetapi jika sebaliknya berlaku, ia adalah tindakan terakhir supaya media lebih bertanggung jawab dalam menyiarkan kenyataan dari mana-mana pemimpin.

3855 Pengundi Hantu Di N11..!

2-3 hari ni sebok geng-geng UMNO terutamanya KJ dok bangkitkan isu pengundi hantu yang seperti apa didakwa oleh UMNO, wujudnya seramai 3855 pengundi hantu dalam PRK N-11. banyak jugak dinaikkan banner-banner peringatan "Jangan biarkan 3855 pengundi hantu PAS tentukan nasib Permatang pasir".
Ini sesuatu yang baru bagi UMNO. padahal benda ni dah lama dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sejak lebih 10 tahun dulu. tapi masa tu UMNO kuat, UMNO hebat, UMNO king... jadi perkara tu dianggap "tahyul" dan juga "bayangan' bagi Pakatan Rakyat kerana tak mampu untuk menang...

UMNO pada masa tu hanya menganggap perkara ini sebagai alasan dari Pakatan Rakyat bila kalah dan setiap kali berlaku pilihanraya baik PRK atau PRU, UMNO dan juga SPR cuma mengeluarkan kenyataan "tiada pengundi hantu'

Semua laporan-laporan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat diabaikan begitu sahaja. sampai sekarang masih tersimpan rapi dibalai-balai polis dan juga pejabat-pejabat SPR.

Hari ini bila UMNO dah mula tersepit, kalah berturut-turut dalam PRK, UMNO pula yang mengambil isu ini untuk menjadikannya "sebab kepada penyebab yang menyebabkan" UMNO kalah.

Pihak PAS dari dulu lagi menafikan bahawa mereka terlibat dalam hal pengundi hantu ini dan mustahil juga PAS boleh terlibat sedangkan siapa PAS dalam urusan "komponen-komponen" UMNO ini?

Siapa yang memegang kuasa di pusat..? UMNO tak sepatutnya menyalahkan PAS sekiranya UMNO 'baru sedar" akan kewujudan pengundi-pengundi hantu ini sebaliknya UMNO WAJIB menyiasat SPR sendiri dalam hal ini.

Dalam perkembangan berkaitan, dalam sidang media yang diadakan di Markas Induk PAS pagi tadi, Salahuddin Ayub dan juga Ustaz Zul meminta UMNO untuk melaporkan perkara ini kepada pihak yang berkaitan supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya.
PAS telah menyatakan komitmennya dalam hal pengundi hantu ini sejak lama dulu dan sekarang apabila UMNO "baru sedar" kewujudan pengundi hantu, UMNO menuduh PAS yang terlibat... kata orang tua - marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Ikutlah cara yang betul... buat laporan pada pihak yang berkenaan supaya tindakan penghapusan pengundi hantu dapat dibuat sebersih-bersihnya. ini yang Pakatan Rakyat minta dari dulu. harap kali ini, UMNO dapat membantu... tu pun kalau ada telor...

UMNO Kurang Calon..?

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

Sumber - malaysiakini

Komen UMNO - Urgh... erm... aaa... brrr... trrr... brup... kekeke... hm...

Komen aku - Sebenarnya bukan "KURANG" calon... yang betulnya ialah "UMNO TAK ADA CALON'... kan kan kan kan kan... tapi masih ada UMNgOk-UMNgOk yang dok pertahan =kan calon se"jujur" ini... terutamanya Timbalan Presiden UMNgOk - Mat Sembab... Bravo..! way to die..!

Penjelasan Isu Kuil Di Seksyen 23 Shah Alam

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam - Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD
Posting terdahulu yang berkaitan : Persoalan Kuil Sek 19 & Tindakan Pewaris (10 Januari 2009)

Sekali Lagi Saya Cabar UMNO Untuk Dakwa TGNA Di Mahkamah Syariah

Galak sungguh juak-juak UMNO menuduh Tok Guru Nik Aziz sesat dan menyeleweng Islam. Sehingga seorang blogger UMNO (yang jelas tak faham Islam) mencabar Tok Guru dengan berkata "PAS!Islam tu harta Mak Bapak Hang ka?"

Bagi saya mudah. Kalau benar Tok Guru Nik Aziz sesat, dakwa Tok Guru Nik Aziz di mahkamah syariah dan kita lihat siapa benar dan siapa salah. Itu pun kalau UMNO berani la. Biasanya UMNO ni penakut.

Semasa saya baru masuk PAS di akhir 80an, di kala itu heboh diperkatakan berkenaan "Amanat Haji Hadi". Kononnya, Amanat ini menyesatkan sehingga ke tahap Harussani pernah memfatwakan Haji Hadi sesat (mengikut maklumat seorang aktivis UMNO yang mencabar saya menelefon Pusat Islam untuk mendapatkan salinan fatwa tersebut).

Namun, setelah berpuluh tahun, tiada satu dakwaan pun yang dibuat ke atas Haji Hadi Awang di atas "amanat" beliau itu.

Bagi saya, kegagalan UMNO untuk mendakwa Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang menandakan kebenaran perkataan serta kenyataan2 yang kedua2 tok guru ini telah lakukan.

Saya dulu pernah membuat kenyataan menentang penahanan Raja Petra di bawah ISA. Saya sendiri pernah bercanggah dengan Raja Petra di dalam isu-isu berkaitan agama. Malahan, saya diberitahu sewaktu Raja Perta di soal siasat, artikel dariblog saya antiantihadeeth.blogspot.com digunakan untuk menyoal-siasat Raja Petra.

Bagi saya, ini menunjukkan bahawa pihak UMNO ketandusan hujjah. Mana bisa UMNO mempersoalkan akidah Raja Petra sedangkan akidah UMNO sendiri diragui?

Kalau benar UMNO yakin Raja Perta sesat, dakwa beliau di mahkamah syariah dan beri peluang Raja Petra berhujjah. Raja Petra yang saya kenal hanya akan tunduk dengan hujjah dan bukan dengan paksaan ataupun tahanan secara zalim seperti ISA.

Kalau ikhlas mahu membetulkan Raja Petra, haruslah menggunakan hujjah dan bukannya kekerasan. Itu yang UMNO tak faham atau sengaja tidak mahu faham.

Islam itu agama hujjah. Islam tidak perlu kekerasan dan Islam tidak perlu kepada ISA. Islam boleh berdiri atas kaki sendiri dan blog saya sendiri dibenci oleh ramai orang liberal kerana saya membawa hujjah Islam yang mematikan hujjah2 mereka.

Di bawah ini adalah kenyataan Tok Guru Nik Aziz berkenaan putar belit UMNO di dalam isu ini.

Makanan Percuma Jumaat: Santuni Gelandangan Ibukota

Kuala Lumpur, 18 Ogos : Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat.

Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka.

Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'.

Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu.

Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malu untuk menghampiri bangunan itu.

Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi.

Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu. Image

Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu.

Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini.

Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu.

"Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily.

Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi.

Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya.

"Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah.

Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan.

"Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran.

Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu.

Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan tertentu, yang mengagihkan makanan percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana golongan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah.

Tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo� Hj Ghazali dengan mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini. Image

Sungguhpun terkejut, namun penghuni-penghuni gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain.

Hari ini, kelibat para pemimpin PAS tidak kelihatan seperti lazimnya, kerana kepadatan jadual tugas di tempat masing-masing, dan tanggungjawab mengagihkan ini dipikul Syaripuddin yang lebih mesra di panggil 'Abang Chem'.

Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu.

"Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini.

Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya.

Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini. Image

Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka.

"Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu.

Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati...

(Bagi yang berhajat dan ingin menyumbangkan dana bagi edaran makanan percuma setiap Jumaat ini, maklumat lanjut bolehlah dimajukan kepada Pejabat Agung PAS di talian 03-26925000

Sumber - HarakahDaily.Net

DAP Tolak Hudud..?

Malas nak komen banyak-banyak... cuma nak paparkan sesuatu kepada geng-geng BN yang tak habis-habis dok kecoh-kecoh bila DAP tolak hudud...

Yang dalam gambar dekat bawah ni komponen parti mana ya..?
Tengok pulak rakaman video dekat bawah ni...
Apa komen geng-geng UMNO/BN..? TuNGOKlangit, zali... apa kata korang pulak..?