"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, May 15, 2009

Kes Rayuan DS Ir Nizar Ditunda - malaysiakini

Sekali lagi mahkamah Malaysia buat lawak jenaka. kalau minggu lepas, tak sampai 4 jam lepas Zambry Mugabe failkan rayuan mohon tunda keputusan Mahkamah tinggi berkenaan dengan status Menteri Besar Perak mahkamah terus lulus tanpa perlu menunggu Afidavite dari pihak DS Ir Nizar.

Hari ni pulak dengan bijaknya mahkamah telah menunda tarikh untuk mendengar permohonan DS Ir Nizar berkenaan dengan kes yang sama.

Semalam mahkamah menetapkan bahawa 18hb. Mei, 2009 adalah tarikh untuk mendengar permohonan DS Ir Nizar tapi hari ni kes tersebut telaah ditunda ke 21hb. Mei, 2009.

Bila kene tang Barisan Nasional, boleh urus on the sport. semua boleh langkau. bila kene tang Pakatan Rakyat, makan tahun... aku ingat kes ni mesti kene tunda sampai lepas PRU-27...

Hangpa percaya dak..?

Mahkamah..? Khak Ptuih..!

Pelancaran Kempen Suara Hati Rakyat Perak - malaysiakini

Entah apa cerita dekat sana aku pun tak tau... Dugong pun 1 hal... hantar gambar je dengan tajuk Ketua Wanita DAP... aku nak cerita ape pun tak reti... ape punya reporter da... hampeh... hp pulak dia pi tutup ke, bateri abis ke pun aku tak tau... camane geng? nak kene denda si Dugong nih..!

Korang rasa denda jenis ape yang sesuai untuk kita kenakan dekat Dugong..?

Prof Aziz Bahri, Sidang 7 Mei Tidak Sah - malaysiakini

Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti.

Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.

Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum itu polis juga menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok 2 bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama.

Sebelum itu kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Cara menyelesaikan krisis Perak ialah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

"Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.

-SUARA PERAK

Kenapa Sekarang UMNO Takut Pilihanraya..? - malaysiakini....

Naruto sensei

Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah-olah sekarang ini telah hilang jati dirinya. Hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya.

Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam pilihanraya.

Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan mutakhir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya.

Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya.

Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk menghadapi Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan..?

Berikut dihuraikan satu demi satu sebab-sebab yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:

1) Sokongan Rakyat.

UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas. Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri.

Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa.

Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang. Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja. Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi.

2) Kekalahan demi kekalahan.

Umum mengetahui dalam keempat-empat pilihanraya yang dijalankan BN mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun mereka menang di DUN Batang Ai yang kita ketahui bagitu mudah sekali mereka memanipulasi peti undi.

Kekalahan yang BN alami juga agak luar biasa, kerana majoriti undi yang dimenangi PR di keempat-empat PRK meningkat. Ini adalah petanda jelas yang rakyat semakin menolak BN. Perkembangan ini merisaukan mereka kerana bertambahnya rakyat yang menolak mereka.

Malah dalam PRK Kuala Terengganu yang dahulunya dimenangi UMNO dalam PRU12 juga jatuh ketangan PR,dengan majoriti yang meningkat. Ini menunjukkan tiada lagi kawasan selamat bagi mereka kerana di kubu mereka sendiri pun BN tewas kepada PR.

Apatah lagi jika DUN Perak dibubarkan dengan Perkembangan terkini yang lebih memihak kepada PR, sudah tentulah banyak kawasan-kawasan yang dimenangi UMNO/BN dalam PRU 12 akan dapat di tawan oleh PR. Dan perlu diingatkan bahawa ada kawasan-kawasan tertentu, UMNO menang dengan hanya Majoriti di bawah 500 undi.

3) Belum dapat modal PRU 12 lalu.

Kita sedia maklum BN akan mempergunakan berbagai jentera kerajaan malahan wang ringgit akan ditaburkan dalam PRU atau PRK.

Sedangkan kita tidak tahu selepas PRU atau PRK mereka akan mengambil balik modal yang mereka tanam dalam PRU atau PRK melalui projek-projek yang mereka dapat apabila mereka berkuasa.

Semasa Pilihanraya, mereka akan mengeluarkan balik Modal berupa wang ringgit untuk dilaburkan dan untuk mengaburi mata pengundi supaya menyokong mereka.

Sedangkan rakyat yang celik tahu dari mana datangnya sumber wang tersebut, kalau bukan wang rakyat sendiri. Dengan wang itulah mereka membayar upah poster, upah pekerja, upah kempen dan memberikan sumbangan kononnya mereka prihatin. walhal itu adalah rasuah politik yang nyata sekali.

Sebab itulah apabila mereka kalah, mereka akan melalak mencari kesalahan kerajaan PR disebabkan polisi pemberian kontrak yang tidak memihak kepada mereka.

Walaupun polisi itu menguntungkan rakyat contoh seperti isu sampah di Selangor dan Isu Pengambilan Pengurusan Air oleh kerajaan Selangor, yang mendapat tentangan hebat dari NGO-NGO yang kita ketahui adalah Pro BN.

Sebab itulah apabila mereka mendapat kuasa di Perak mereka bermati-matian mempertahankannya, walaupun jalan yang mereka pilih adalah salah disisi undang-undang. Tetapi mereka langgar juga demi mendapatkan balik modal yang mereka hilang semasa kejatuhan BN di Perak dalam PRU-12 lalu.

Jika mereka nafikan, mari kita cabar mereka isytiharkan harta setiap Pimpinan BN seperti yang di lakukan oleh kerajaan PR Selangor.

4)  Takut berhadapan dengan rakyat.

BN sekarang amat memahami yang mereka sememangnya akan ditolak oleh rakyat dalam PRK lebih-lebih lagi apabila berlaku Krisis Politik Perak. Kata-kata Tun Mahatir juga telah mengambarkan kekalahan yang akan dialami BN jika Pilihanraya diadakan di Negeri Perak.

Krisis yang berlaku ini menyebabkan rakyat Perak berada dalam kekalutan, di mana mereka masih keliru mengenai status kerajaan yang layak memerintah Perak sekarang. Ini kerana kedua-dua pihak sama ada PR atau BN masing-masing mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan masing-masing tidak mahu mengalah.

Dalam hal ini rakyatlah yang sepatutnya menjadi hakim. Sepatutnya DUN dibubarkan dan memberi mereka pilihan memilih kerajaan yang disukai. Nada yang sama di mainkan oleh PR inilah yang menyebabkan rakyat lebih memihak kepada PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih meneruskan dasar memepertahankan kuasa mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat jelata. Mereka menggunakan berbagai cara yang umum ketahui amat biadap dengan menggunakan Polis sebagai pelindung mereka.

Faktor inilah yang menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat kepada BN. Inilah masalah BN nanti apabila mereka akan berhadapan dengan rakyat sekirannya ditakdirkan Pilihanraya diadakan.

Buktinya sehingga ke hari ini ceramah PR di Perak telah mendapat sambutan yang hangat, dengan kehadiran berpuluh ribu rakyat untuk mendengar Penjelasan dari PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih lagi belum berani memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat dan Program penerangannya juga masih tidak kelihatan, kerana mereka sedar situasi rakyat ketika ini yang sangat marah dengan tindakan mereka.

Mereka saat ini hanya selesa mengadakan sidang akhbar sahaja. Itulah tanda ketakutan BN yang sangat jelas sekali dapat dilihat. Malah Tinjauan yang diadakan oleh berbagai pihak termasuk NTV7 mengatakan majoriti rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan.

5) Isu-isu yang lebih memihak PR.

Selepas PRU12,BN dilihat semakin layu dengan berbagai Isu yang melanda mereka.Isu berkenaan telah menyebabkan kapal BN semakin parah dipukul gelombang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.

Isu perebutan kuasa PM antara Najib dan Pak Lah hampir-hampir menimbulkan keretakan yang besar jika tidak kerana kesudian Pak Lah meletak jawatan. Itu pun setelah Pak Lah disalahkan kerana menjadi punca kekalahan besar BN dalam PRU12 yang lalu. Tetapi yang pelik BN masih lagi kalah dalam PRK yang diadakan selepas itu.

Bebagai isu pula bertali arus melanda BN seperti pergeseran UMNO Bukit Bendera dengan Gerakan P.Pinang.

Isu komisen Kapal selam, Pembunuhan Altantuya, Rasuah dalam Pemilihan UMNO yang mana menyaksikan Ketua Pemudanya yang di sahkan rasuah menang dalam jawatan tersebut. Isu hampir 1000 lapuran rasuah dalam pemilihan UMNO yang tidak disiasat.

Malah Isu ADUN lompat juga telah mengaibkan nama UMNO sendiri apabila dua daripada tiga ADUN tersebut mempunyai kes mahkamah atas tuduhan yang UMNO sendiri dakwa dahulu. Isu ADUN inilah yang menyebabkan keadaan kucar-kacir di Perak sekarang ini.

Isu PPSMI yang mendapat tentangan golongan Sasterawan Negara sehingga rakyat bangkit membantah dengan mengadakan himpunan aman yang dihadiri lebih kurang 100,00 rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.

Malah golongan ini berjuang pula diatas pentas bersama-sama PR yang tentunya memberikan kelebihan kepada PR itu sendiri.

Malah isu kemelesetan ekonomi juga menggangu BN, kerana rakyat melihat BN masih lagi terkapai-kapai dalam mengatur kembali ekonomi negara malahan krisis ekonomi tersebut semakin buruk melanda sekarang ini.Sehingga beribu-ribu warga Malaysia hilang pekerjaan.

Sudah tentulah isu-isu ini memihak kepada PR, ditambah dengan beberapa Program- programnya yang mendapat sokongan padu rakyat. Seperti program-program kebajikan yang diusahakan di setiap negeri yang di perintah PR seperti yang kita sedia maklum.

Isu-isu inilah yang akan memeningkan kepala dan memberikan tekanan kepada BN. sebaliknya memberikan kelebihan kepada PR apabila berhadapan dengan rakyat jika berlakunya PRK DUN Perak nanti.

6) Faktor Najib.

Ramai dikalangan ahli UMNO mengatakan Pak Lah adalah Punca kekalahan BN dalam PRU-12. Sedangkan mereka tidak sedar faktor kekalahan BN bukanlah berpunca dari Pak Lah seorang sahaja.

Jika dibandingkan Najib dengan Pak Lah, kita dapat lihat kepimpinan Pak Lah tidaklah seteruk Najib. Kelemahan Pak Lah adalah kerana suka tidur dan memimpin sambil lewa sahaja tetapi harus kita akui Beliau antara Pemimpin UMNO yang sangat kurang terpalit dengan skandal. Malah beliau dilantik dalam keadaan yang tidak terpalit dengan skandal.

Malah kejatuhannya bukanlah disebabkan beliau sendiri tetapi kerana kelakuan menantunya iaitu Khairy Jamaluddin yang lebih sudu dari kuah. Walhal Pak Lah adalah pemimpin UMNO yang dibawah kepimpinannya tidak terlalu kasar tindakan terhadap rakyat mahupun pembangkang.

Ini berbeza dengan Najib yang mula-mula dilantik sudah terpalit dengan berbagai skandal, malah bertindak keras terhadap rakyat dan pembangkang. Malah perlantikan beliau sendiri menimbulkan kecurigaan rakyat apabila tiada satu pun ucapan tahniah diterima daripada seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, beliau dikutuk pula dengan laporan akhbar di 19 buah negara yang mengaitkan beliau dengan Pembunuhan Altantuya.

Ini menumbulkan keraguan kerana sehingga ke hari ini, beliau langsung tidak bertindak keatas akhbar tersebut malahan bersikap berdiam diri seperti seorang yang bersalah.

Pada mula memegang jawatan beliau mengumpan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA. tetapi beberapa hari kemudian berlakulah pula pesta tangkapan yang bermotifkan politik. Malah pentadbirannya dikatakan dikuasai pengaruh Tun Mahathir yang cukup dikenali sebagai perosak sistem Pentadbiran di negara kita.

Ini menimbulkan kebencian rakyat dan mereka menyatakan kemarahan mereka dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Malah jika dalam PRU-12 Undi Melayu memihak kepada BN di Zaman Pak Lah, tetapi di Zaman Najib Undi Melayu kepada BN semakin pupus dan berpihak kepada PR, Malah Undi Melayu meningkat pula kepada PR. Ini dibuktikan di PRK Permatang Pauh, PRK kuala Terengganu Dan PRK Bukit Gantang kubu kuat orang Melayu.

Maka Najiblah sebenarnya Punca kekalahan BN, kerana bukan sahaja sokongan orang Melayu semakin merosot. Malah pengundi bukan melayu pun telah menolak BN sejak PRU-12 lagi.

Jadi kesimpulannya disini dapatlah kita tafsirkan bahawa sememangnya jika dilihat kepada hujah-hujah diatas, BN sekarang ini memang layaklah untuk berasa fobia menghadapi Pilihanraya.

Tetapi harus di ingat, kuasa BN akan tamat juga. Apabila sampai masanya kita mengadakan PRU ke 13, yang mana di masa itu BN takkan dapat memberikan seribu alasan lagi, demi menyelamatkan diri dari menghadapi Pilihanraya.

Wassalam

From: Naruto Sensei.

Kenyataan Media DM PAS Negeri Perak - malaysiakini

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK BERHUBUNG KRISIS POLITIK DI PERAK.

DMPN Perak sangat memandang serius akan Krisi Perlembagaan yang berlaku di Perak bermula sejak berlakunya Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri oleh Regim Barisan Nasional pada 6 Februari 2009 yang lepas. Adalah suatu yang amat malang bilamana pemerintah sesebuah Kerajaan Negeri diizin untuk ditentukan oleh beberapa orang pengkhianat yang tanpa rasa bersalah mencabul serta mengkhianati mendat politik sebenar yang telah diberikan oleh rakyat (pengundi) Perak kepada mereka diatas kepercayaan rakyat terhadap parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

DMPN Perak menegaskan bahawa kemelut yang sudahpun berlangsung selama lebih 3 bulan ini akan dapat dielakkan seandainya pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik (Regim Barisan Nasional) dan pihak-pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi prinsip Keluhuran Perlembagaan yang menjadi salah satu daripada lima intipati penting yang termaktub didalam Rukun Negara. Di samping, seandainya mereka tahu dan belajar untuk menghormati serta mempraktikkan prinsip pemisahan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciary.

DMPN Perak menyelar keengganan Regim Barisan Nasional untuk menerima hakikat penolakan rakyat Perak terhadap pemerintahan mereka, kegilaan dan ketagihan kuasa BN serta kedayusan mereka yang tidak berani berdepan secara "anak jantan" di gelanggang pertaruhan pilihanraya.

Suatu yang sangat malang dalam pemerintahan Najib yang membawa slogan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Dan Pencapaian Diutamakan" tetapi secara jelasnya GAGAL untuk meletakkan "kuasa rakyat" melalui proses demokrasi yakni pilihanraya di kedudukan utama. DMPN Perak menyifatkan bahawa Najib dan Dzambry sabagai pemimpin yang cukup pengecut hatta tidak mempunyai keberanian untuk sejujurnya mandahulu dan mengutamakan rakyat. Ini jelas terbukti menerusi Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak yang dijuarai oleh mereka dan rakan persengkongkolan mereka.

Justeru, DMPN Perak sekali lagi mengulangi sokongan sepenuhnya serta berdiri teguh di samping Menteri Besar Perak yang sah iaitu YAB. Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin yang membuat pendirian untuk menasihati kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Nasihat MB Perak kebawah Duli Tuanku Sultan ini adalah wajar bagi membolehkan rakyat diberi ruang dan peluang seadilnya bagi membuktikan pihak mana yang mereka mahu pilih untuk memimpin kerajaan negeri dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang sah dan kukuh.

DMPN Perak menegaskan bahawa rakyat bagi negeri Perak tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Konsep Raja Berperlembagaan.

DMPN Perak sangat berdukacita terhadap segala kecerlaruan yang berlaku dan mendesak agar demokrasi negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihanraya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.

Akhirnya, DMPN Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini. DMPN Perak juga menyeru semua warga Perak agar menolak politik gila kuasa dan politik memalukan yang dibawa oleh Regim Barisan Nasional. Hidup Perjuangan Rakyat! Hidup Islam!

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

Ketua DMPN Perak
HAJJAH BARIAH ALANG SAPRI

Naib Ketua DMPN Perak
AMIZAN BAHARUDDIN