"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 11, 2009

Manek Urai: Jadual Ceramah Umum 11 Julai 2009

*** Semua Ceramah adalah pada jam 9.00 malam ***

Laloh (Padang Masjid Daerah Laloh)
YB Dato Seri Nizar Jamaluddin
YB Dato Haji Husam Musa
YB Azmin Ali

Temalir (PASTI An-Najah)
YB Tan Sri Khalid Ibrahim
Ustaz Mohd Amar Abdullah
YB Dato' Haji Mahfuz Omar

UPU Sg. Peria (Blok Pangkal Kalong)
Ustaz Nasir Mat Soh

UPU Sg. Peria (Pos Lepan Kabu)

YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah

Manek Urai Baru (Rumah Syed Ahmad, Sek Keb Manek Urai Baru)

YB Tuan Guru Abd. Haji Awang
YB Ustaz Mohd Nassuruddin Daud
Ustaz Idris Ahmad

Markaz Peti Undi Manjor

YB Mohd Zaki Ibrahim
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Shamsul Iskandar Mat Akim

Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan

Malaysian water
Oleh: Syed Azidi AlBukhary

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”


Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,
  • Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  • Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).
Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.
  • Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
  • Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
  • Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.
Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami JDA


Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.

JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.

Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

Berdepan Dengan Petronas
JDA Location MAP
Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.

Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.

Hasil Bumi Di Pantai Kelantan
JDA Gajah Ular
Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.

Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.

Lampiran
Akta Perlombongan - header
Akta Perlombongan - Define tanah
Continental Shelf Act - header
Continental Shelf Act - Seabed

ORDINAN DHARURAT 1969

Emergency ordinan - header
Emergency Ordinan- Teritorial water
EEZ Act - header
EEZ Act - Distance
Petroleum Development Act - Header
Petroleum Development Act - Cash Payment
Petroleum development Act - Cancelling 1966
MTJA Act - Header
MTA Act - Define
MTJA Act - Location
Admiralty Chart
MTJA - Royalty
MTJA - respecting original Rights
MTJA - Power of Minister
MTJA - Payment
MTJA - Malaysia Area
MTJA - JDA Not Special territory
Sumber - Kickdefella

Manek Urai: Jangan Hina Pekerjaan Kami - Peniaga Ikan

Banner sokongan kepada Persatuan Peniaga Ikan daripada Persatuan Pekerja Islam Negeri Kelantan.
Banner-banner yang menyokong Abe Ujie dan jugak mengutuk perbuatan UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang menghina Pekerjaan penjual dan peraih ikan...
Antara tetamu, penyokong dan ahli Persatuan Peniaga Ikan yang terdahulu hadir.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli... mana ada Demo yang tak pernah ada Dr. Hatta..?
Abe Ujie, peniaga ikan dan peraih ikan lebih mulia dari perasuah dan penyalah guna kuasa..!
Tok Guru - Hina sangatkah peniaga ikan..? kalau UMNgOk cakap kerja low class ini tidak layak untuk memimpin seolah -olah UMNgOk menghina Rasulullah kerana Rasulullah juga hanya seorang pengembala kambing..!

UMNgOk memang BONGOK..!

Karang aku post lagi gambar-gambar dan berita, dah lama sangat dalam CC nih... hahaha...

Manek Urai: Abe Ujie & TGNA Di Masjid Lata Rek

Abe Ujie sampai je dah ada yang mengadu masalah...
TGNA memberi Khutbah Jumaat.
Calon PAS tak perlu tempat VIP... dekat mana-mana pun boleh...
Layan jangan tak layan...
Abe Ujie diserbu sebaik lepas solat Jumaat...
TGNA solat sunat lepas solat Jumaat...
Lap peluh dulu Tok Guru...
TGNA beramah mesra dengan penyokong PAS...
Macam biasa... majlis makan-makan lepas solat Jumaat...
Wakil UMNgOk/Barisan Nasiyonal...

Manek Urai - Gas & Minyak - Biawak

Dalam kempen PRK Manek Urai, Pakatan Rakyat telah mendedahkan kepada rakyat Kelantan tentang penyelewengan hasil royalti dan juga pembayaran royalti Gas & Minyak KERAjaan Pusat terhadap negeri Kelantan.

UMNgOk bermati-matian menafikan wujudnya kerja-kerja mencarigali Gas & Minyak di perairan Kelantan. pusing-pusing-pusing akhirnya KERAjaan serahkan kepada Petronas untuk menjawab isu tersebut. katanya Petronas akan membuat penjelasan pada hari jumaat.

Tunggu punya tunggu tak de pun penjelasannya... mungkin banyak yang Petronas nak kena cover dulu bagi pihak KERAjaan sebab KERAjaan ada kepentingan.

Apapun kita sabar dulu... Dato' Husam dah buat penjelasan awal sebelum Petronas bagi penjelasan. 3hb. Ogos, 2009 ada rombongan Pakatan Rakyat ke 1 lokasi menarik dan aku akan ikut sekali dalam rombongan tu. sebelum Petronas atau mana-mana pihak yang mewakili KERAjaan Pusat keluarkan kenyataan...

Kita tengok gambar dekat bawah ni dulu... sape bakal jadi biawak lidah bercabang..? dalam list aku, KJ dok no 1... sebab apa KJ dok no 1..? nanti aku cerita...

Manek Urai: Jentera Berjalan Lancar

Khamis malam jumaat aku sampai Manek Urai lebih kurang jam 11:30 tengah malam. terus ke lokasi penginapan geng-geng media di Manek Urai Lama. lepak kedai kopi pekena teh sambil tengok petugas-petugas pilihanraya pasang bahan kempen.

Dengar cerita siang tadi KJ ada melawat kampung ni dan lepak di kedai kopi dan kerusi yang sama yang aku duduk masa minum dekat situ.

Tuan kedai cerita sikit apa yang jadi siang tadi masa KJ minum dekat situ. KJ minum dengan beberapa penyokong dia dan ada 2-3 orang PAS dekat situ. salah sorang Ustaz PAS tu pulak selamaba je cucuk KJ... dia ni tak lama lagiu masuk PAS la... buat apa nak duduk dalam UMNgOk lama-lama kan?

Ada pulak geng KJ menyampuk... kenapa pulak nak masuk PAS..?

Ustaz tu jawab balik, ye la... duduk dalam UMNgOk pegang jawatan ketua pemuda tapi tak jadi Menteri pun, timbalan ketua pemuda dapat pulah jawatan penting... jadi buat apa nak duduk dalam UMNgOk... hidup segan mati tak mau...

KJ terus hirup air dia cepat-cepat lepas tu terus gerak...

Kesian...