"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 08, 2009

Terbangang Antara Yang Terbangang - malaysiakini

Dalam satu post aku bertarikh 7hb. Januari, 2009 bertajuk Sekatan ekonomi ke atas AS wajar cuma ada 2 komen sahaja dari pembaca. komen yang pertama datang dari sepot dan berbunyi begini :-
  • Sebenarnya masih ada banyak cara untuk memberi tekanan kepada US supaya menghentikan serangan Israel ke atas Palestin. Sekatan ekonomi adalah satu dari caranya. Namun ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan nekad. Selain dari itu kita boleh pulaukan penggunaan USD tapi saya yang bukan pakar ekonomi tak tahu macam mana cara nak realisasikannya...
Komen kedua pula datang dari seorang yang mungkin memiliki sifat malu-malu kucing siam sebab sekadar meninggalkan komen dengan nama "Anonymous"... komen beliau berbunyi begini :-
  • Haha. Nak sekat ekonomi US. Guna kepala otak sikit. Sekarang ni US mengalami kejatuhan ekonomi pun kita dah sakit tambah pulak nak sekat ekonomi dia.
Aku tak nak komplen apa-apa berkenaan dengan komen sepot sebab komen sepot dikira ada ilmiah. nak komplen komen dari Anon...

Hangpa rasa Anon ni apa bangsa dia? apakah anon ini seorang yang punya akal atau tidak? apakah agama si Anon ini sehingga memperlekehkan usaha menekan pihak yang bersikap kurang ajar terhadap saudara seagama kita di Palestin?

Adakah anon ini seorang Yahudi Lakhnat?

Yang pasti... dalam banyak-banyak komen dari pelbagai artikel yang aku terima, Anon 9:09pm dari artikel diatas adalah yang terbangang antara yang terbangang untuk hari ini.

Sekian Terima Kasih... esok jangan dok buat bangang lagi. cukup dah 50 tahun.

Terengganu Cadang Tarik Balik Saman Royalti - malaysiakini

Terengganu bercadang menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan berhubung pemberhentian bayaran wang royalti petroleum sejak 2001 yang dibuat oleh PAS sewaktu mentadbir negeri itu.

Tindakan itu dijangka dibuat selepas Mac ini apabila Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain.

Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.

P-036 Kuala Terengganu - Semarak Pakatan Rakyat Bentuk Kerajaan Pusat

Seketika kita tinjau pengumuman kemenangan di P 36 Kuala Terengganu, 17 Januari 2009..!

InsyaAllah, MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut - PAS - Parti Islam Se-Malaysia - PR - Pakatan Rakyat menang, ini ialah kemenangaan pengundi P 36 Kuala Terengganu, dan kemenangan Rakyat Malaysia seluruhnya.

Kemenangan ini mensemarakkan Pakatan Rakyat tuju kejayaan total di PRU 13. Di sini kesinambungan pencapaian kejayaan P 44 Permatang Pauh.

Bertambah suara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, dan kurang 1 suara Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kemudian Pembentukan Kerajaan Baru dan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang prihatin Rakyat.

Perhatikan, kalah atau menang Wan Ahmad Farid Wan Salleh - UMNO - BN - Barisan Nasional, tidak menjadi penting kepada mereka.

Jika tidak kisah Lah jika pengundi di P 36 Kuala Terengganu mengundi dengan memberikan kekalahan kepada calon Barisan Nasional.

Tiada banyak perubahannya. Wan Ahmad Farid Wan Salleh tetap diutamakan. UMNO beralih kepada Perhimpunan Agung 9 Mac 2009, Barisan Nasional tunggu perjumpaan khas, kerajaan kembali tidak peduli Rakyat Malaysia.

Seandainya Abdullah Ahmad Badawi tidak berbohong, dan dia benar-benar bersara awal. Kemungkinan Mohd Najib Abdul Razak dipilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti.

Ini dijangkakan adalah keputusan paling buruk bakal dilakukan Abdullah Ahmad Badawi sebelum bersara awal. Kerusi Perdana Menteri Malaysia diserahkan kepada pemimpin yang sama buruk atau lebih teruk lagi.

Katakan Lah ini persepsi terhadap Mohd Najib Abdul Razak. Namun semakin ramai sedang mencari jalan bagaimana Mohd Najib Abdul Razak tidak dapat duduk di kerusi tersebut, ataupun duduk seketika sahaja.

Caranya, ialah Snap Poll, selepas Mohd Najib Abdul Razak, rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sila baca lanjut di sini:

http://atotalblog.wordpress.com/2009/01/08/a-possible-snap-poll-after-9th-of-march-2009-if-najib-becomes-pm/


From Suara KeADILan Online

By Wong Choon Mei


They also reiterated plans to topple the BN federal government and believe that KT may be the key that unlocks the door to a less corrupt and better-governed Malaysia

More here:http://limboochang.com/

InsyaAllah, doakan supaya diselamatkan-Nya Rakyat dan Negara Malaysia.

Nota:

Wan Ahmad Farid Wan Salleh mahu jadi jambatan di P 36 Kuala Terengganu.

Apa hal pula dengan ura-ura satu jambatan menghubung Melaka dan Achech. Khabarnya RM 38 Billion.

-Satu Blog Total

Pilihanraya Kuala Terengganu Durian Runtuh Pengusaha Keropok

Kebanjiran pemimpin, penyokong dan petugas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu memberikan durian runtuh kepada peniaga di Losong di sini, kawasan yang terkenal dengan keropok lekor losong.

Sekiranya melalui kawasan ini pada masa ini, banyak kenderaan terutama dengan nombor pendaftaran luar Terengganu dilihat berhenti di gerai-gerai yang menjual keropok lekor itu.

Seorang penjual keropok, Mohamad Abdul Rahman, 57 yang telah menjual keropok selama 15 tahun di Losong sememangnya sudah tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus mengunjungi gerai beliau sejak minggu lepas.

Sambutan luar biasa bagi makanan popular Terengganu itu adalah sesuatu yang jarang berlaku terutamanya pada awal tahun, katanya kepada Bernama di sini.

Katanya beliau telah menjangkakan permintaan tinggi bagi keropok ini pada musim pilihan raya kecil ini dan melakukan persiapan sejak bulan lepas dengan menambah bilangan pekerja serta memastikan bekalan bahan mentah mencukupi.

"Kami dah tahu orang mesti ramai datang terutamanya pada hari penamaan calon dan beberapa hari sebelum mengundi nanti, sebab tak sah kalau sesiapa yang datang Terengganu tak beli keropok losong," kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Su.

"Jika selalunya kami proses kira-kira 100kg sehari tetapi pada hari penamaan calon saja kami perlu tambah 100kg lagi," katanya.

Mohamad juga melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Terengganu yang telah banyak membantu dalam meningkatkan penjualan keropok lekornya.

"Banyak kursus yang dianjurkan kerajaan negeri untuk peniaga-peniaga di sini. Selain itu banyak juga promosi yang dibuat untuk memperkenalkan keropok lekor losong ini ke seluruh negara," katanya.

Seorang pembantu gerai, Nor Suhana Abdullah, 18, pula mengambil kesempatan bekerja sambilan di salah satu gerai keropok lekor di situ sepanjang proses pilihan raya ini.

"Jiran saya yang mengusahakan gerai ini meminta saya menolongnya di gerai kerana tak cukup pekerja sepanjang bulan ini," katanya yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seorang pelanggan gerai itu, Rohani Mat Junuh, 50, yang berasal dari Kelantan berkata beliau tidak akan melepaskan peluang membeli keropok lekor di situ setiap kali berkunjung ke Terengganu.

"Keropok lekor di sini memang terkenal kerana sedap dan tahan lama. Kebetulan saya ikut rombongan penyokong Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kali ini, jadi kami pakat singgah beli keropok di sini," katanya.

Seorang penduduk tempatan, Mohammad Alwi Ariffin, 29, berkata sambutan luar biasa pembeli terutamanya dari luar Terengganu menyebabkan jalan di kawasan itu sesak dengan kenderaan yang singgah membeli.

"Memang biasa bas-bas yang bawa pelancong terutamanya akan singgah di sini sehinggakan jalan sesak," katanya yang bekerja sebagai mekanik di sini.

P-036: Pengundi pos Kuala Terengganu: Ke mana undi anda - malaysiakini

Menurut laporan kertas undi pos bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun dikeluarkan oleh pihak SPR. Menurut rekod terdapat 1,035 pengundi pos di kawasan parlimen ini kebanyakkannya dari kalangan anggota polis disekitar DUN Ladang. Mereka ini akan diberi peluang mengundi terlebih awal dan mewakili hampir 1.3 peratus dari jumlah pengundi berdaftar seramai 79,194.

Apa isunya?

BERSIH pernah menuntut agar pengundian secara pos ini ditiadakan dan kesemua pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dan tentera serta keluarga mereka sepatutnya mengundi sebagaimana orang-orang awam yang lain memandangkan Negara kini telah lama berada dalam keadaan yang selamat dan aman.

Nampaknya tuntutan BERSIH tidak dipedulikan dan sehingga kini amalan tidak telus dan pincang ini diteruskan jua termasuklah kini dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Kemanakah bakal perginya undi 1,035 orang ini?

Sudahlah operasi pengundian mereka sangat dicurigakan, dan tambah pula parti lawan biasanya tiada akses untuk berkempen dan berjumpa mereka, para pengundi pos ini lazimnya atas sebab-sebab tertentu akan memberikan undi mereka secara blok kepada parti pemerintah dan dalam hal ini BN.

Ringkas cerita BN di Kuala Terengganu kini sudah mendahului PAS dengan 1,053 undi!
Apa pun kita masih menaruh harapan kepada para pengundi pos ini. Jangan biarkjan diri dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ikut dan selarilah dengan gelombang kebangkitan rakyat. Peliharalah maruah dan harga diri kita dan kaum keluarga. Undilah sebagai pengundi yang bebas dan merdeka. Semoga Allah swt membuka hati sahabat-sahabat kita ini untuk bersama menegakkan keadilan dan menerjah kezaliman.

-Roslan SMS Corner

P-036: BERITA DALCA DAN ROJAK - malaysiakini

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sebelum berangkay kat KL untuk bertugas seperti biasa, sempat juga tulis atikal dalca dan rojak ni, rangkuman cerita semasa yang berlaku di dalam negara:

1. Berita mimpi malaikat turun

Hai ! orang yang sedang tidur PAS telah menang dalam pilihanraya di Kuala Terengganu.........tiba-tiba terbangun Takbir! Takbir ! Takbir !

2. Berita BN merasuah pengundi di Kuala Terengganu telah di nafikan oleh BN, tak apalah nanti kita buat senbahyang hajat, jika benar BN beri rasuah maka BN akan kalah, jika ia tidak beri rasuah maka BN boleh menang tapi kena tipu sikit-sikit

3. Berita Minah Singapura di debik oleh VIP melaka menjadi berita yang agak menarik, tapi kita tidak jelas siapa VIP tu sama ada bertaraf menteri atau bawah sikit, yang jelasnya di Malaysia ada VIP yang tumpuk sampai retak tempurung kepala, kesnya belum lagi di dengar, Huh ! menteripun ada yang samsing ha, khabarnya menteri tu kuat kelentung, alah macam orang munafik tu

4. Calon Parlimen BN di Kuala Terengganu Wan Farid di katakan merayu undi macam budak-budak di K.Terengganu, kalau merayu undi dah macam budak-budak maka hilanglah maruah sebagai seorang VIP, jika demikian hilanglah wibawanya sebagai seorang yang bemaruah VIP

Rakyat Terengganu bagi 5 syarat kepada Wan Farid kalau mahu menang kat K.Terengganu tu:

1. Luluskan hukuman hudud, macam la Wan Farid tu faham sangat hukum dan ada kuasa

2. Turunkan harga barang, Eh ! dia mana ada kuasa

3. Turunkan tarif elektrik, Laaa ! dia tiada kuasa la!

4. Hapuskan ISA, alahai dia tu siapa haa!

5. Pelajaran percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga ke pusat pengajian tinggi, tak bole ! tak boleh !

Rakyat Terengganu kata kalau tak leh maka rakyat Terengganu tak leh nak bagi undi, ala mak !
kalah la dia kali ni

5. Regim Israil tidak akan tunduk dengan sebarang rundingan atau cadangan daripada sesiapapun kecuali dengan sekutunya Amerika, namun Amerika yang akan di ketuai oleh Obama tidak akan berjaya memujuk Israil kecuali jika kerajaan Amerika boleh bagi apa yang Yahudi mahu, wang ? Senjata ? Peluru ? dan sebagainya, sebab itulah peperangan itu adalah satu perniagaan, khalifah islam dulu kata kuasa politik itu lahir dari perniagaan sama ada hak ataupun batil

6. Cerita hudud tak habis lagi datang pula cerita kemas, mula-mula dulu selepas pilihanraya 12 di katakan Kedah kunci dewan orang ramai tak bagi budak-budak belajar kemudian isu tu habis begitu saja kerana isu tu adalah cerita pemimpin yang berperangai budak-budak atau ada yang nak fulus, haaa! kalau hangpa nak kunci bagi fulus ! ini semua ajaran daripada peringkat atas iaitu politik wang !

La ni kat Perak pulaaak ! oleh Zahid Hamidi, menteri jaga agama islam hadhari, Menteri besar Perak kata kalau tak tarik kenyataan dusta dan khianat tu depa nak saman, tempay saya kat Perak juga tapi kunci masih lagu UMNO pegang, saya kata hang pegang la, mana nak tau kalo hangpa nak bukak TABIKA, hiii ! orang PAS ni baik sungguh la ! tapi apa sebab depa buka cerita bodoh ni ! sia-sia saja depa sembahyang no ! baru balik buat ibadah haji pulak tu hmmmm ! ini lah dunia ! bila la depa ni nak jadi baik, sebab itu kita susah nak percaya kat puak-puak ni kelentong 24 jam

-PakKaramu

Oi Bongok...!!! (baca - Hantu-Hantu UMNO/BN) Jawab la..! - malaysiakini

Ketika entri ni sedang ditaip, post aku yang sebelumnya bertajuk Hoi Hantu-Hantu UMNO/BN..! Kau Jawab Soklan Ni...! - malaysiakini mendapat sejumlah 42 komentar dari pelawat blog Perisik Rakyat®.

Tapi apa yang mengecewakan aku ialah, hanya 1 kmentar je yang menjawab soalan aku "Apa pendirian UMNO dan jugak hantu-hantu UMNO tentang pelaksanaan Hukum Hudud???" dalam artikel tu.

Aku copy & paste 1-1nya jawapan yang aku dapat -

Ikhwanul Fillah has left a new comment on your post "Hoi Hantu-Hantu UMNO/BN..! Kau Jawab Soklan Ni...!...":

Assalamualaikum wr.wb buat saudara saudari pembaca sekalian. Tanpa berniat panjang untuk berkomentar di sini, rasa tergerak hati jugak untuk bersama merungkaikan persoalan asal tulisan Topengperak ni. Saya menyokong penuh pelaksanaan hudud dan qisas dilaksanakan (hatta seluruh hukum islam sewajibnya)But sebelum tu nak tau jugak dari mana Tok Guru Hadi (Memang selayaknya kerana ilmunya) dan Anwar Ibrahim dapat dalil bahawa hukum hudud itu hanya akan dilaksanakan untuk orang islam manakala orang non-muslim (kalau dia mengaku kafir zimmi) diberi pelepasan dari hukum hudud, qisas mahupun takzir.

Setahu ilmu yang dipelajari dan rujukan kepada sirah sepanjang pemerintahan Islam sesiapapun yang mengaku dia adalah wargnegara negara islam maka wajib dikenakan hukuman (uqubat) mengikut kaedah islam. Tak kiralah muslim or non-muslim. Tidak ada pilihan.

Mungkin ada 'tok guru' yang menggunakan ayat Al-quran yang mengaitkan peristiwa orang yahudi diberi pilihan apabila dia datang masuk ke negara islam untuk meminta hukuman. walhal pada mas itu dia bukanlah berstatus kafir zimmi dan tidak ada perjanjian dengan negara islam. Kalau ini memang benar dia diberi pilihan. tetapi dalam konteks non-muslim yang duduk di bawah naungan negara islam (malaysia ???) ada perjanjian dengan negara islam, berkemampuan membayar jizyah (bukan cukai) maka hak dia sama dengan muslim yang lain hatta darahnya haram ditumpahkan maka dia wajib dihukum berdasarkan hukum islam bilamana tersabit kesalahannya di mahkamah.

Maaf itu sahaja sedikit tambahan yang boleh dilontarkan...

Wallahu 'alam.

Sayang sungguh...daripada 42 komentar cuma seorang sahaja yang menjawab soalan aku yang aku rasa cukup mudah (kecualilah hangpa tak reti bahasa melayu..! kalau tak reti bahasa melayu, macam mana pulak hangpa boleh taip dalam bahasa melayu dan jugak baca blog ni yang kebanyakan artikelnya didalam bahasa melayu???)

Jadi aku buat kesimpulan setakat entri ni ditulis - HANTU-HANTU PELIHARAAN UMNO/BN NI MEMANG JENIS BAKA TAK RETI BAHASA MELAYU...!!! dan MUNGKIN JUGAK hangpa bukan beragama Islam..!

Oi bongok...!!! soalan aku ialah - "Apa pendirian UMNO dan jugak hantu-hantu UMNO tentang pelaksanaan Hukum Hudud???"

Yang hangp api bantai dok bagi syarahan siapa TGNA, kenyataan terbaru dari TGHH, kenyataan DSAI kenyataan sipolan-sipolan ni buat kejadah??? hangpa ni memang bingai...!!!

Ada kepala otak, tapi tak reti nak pikiaq..! hangpa dijadikan sebagai manusia tapi hangpa memilih untuk berwatak KELDAI...!!! BODO SUNGGUH HANTU-HANTU PELIHARAAN UMNO/BN NI...!!!

Untuk entri yang ni pun aku ajukan soalan yang sama dengan artikel sebelumnya - "Apa pendirian UMNO dan jugak hantu-hantu UMNO tentang pelaksanaan Hukum Hudud???"

Hangpa jawab soalan mudah aku ni dulu baghu hangpa cerita bab lain. aku tak mau dengar siapa orang tu siapa orang ni. hangpa paham ke tak paham???

Setiap komen hangpa sedang dibaca oleh para pelayar dan jugak ada antara mereka ialah bakal pengundi P-036..!

Kalau hangpa bijak, hangpa jawab soalan tu. pembaca dari kalangan pengundi P-036 sedang memerhatikan respon hangpa. silap jawab, padah menimpa UMNO/BN di P-036...!!!

Hari ni aku bawak isu ni dan hangpa tunggu isu ni dibawak kepentas ceramah sekitar P-036.

Oi bongok...!!! (baca hantu-hantu UMNO/BN)... kalau masuk exam, soalan dia tanya 1+1 betul atau tidak, hangpa kene jawab betul atau tidak je, lain dari jawapan tu memang SAH hangpa GAGAL...!!!

Tunjukkan kebangangan hangpa sementara masa masih ada..!

"Apa pendirian UMNO dan jugak hantu-hantu UMNO tentang pelaksanaan Hukum Hudud???"

5 Tuntutan Dari Pengundi P-036 Kepada UMNO/BN - malaysiakini

SALAM, DAN SELAMAT SEJAHTERA,

SENARAI TUNTUTAN UTAMA RAKYAT SEMPENA PILIHANRAYA KECIL P-036 KUALA
TERENGGANU :

WAN FARID , CALON UMNO/BN MERAYU-RAYU BAGAIKAN BUDAK KECIL MINTAK
GULA-GULA..."KATANYA DENGAN PENUH NADA SEDIH SI ANAK YATIM PIATU INI... "BAGI SAYA PELUANG UNTUK BERI RAKYAT TERENGGANU PELUANG... TOLONGLAH UNDI SAYA DEMI MASA DEPAN"... HAHAHA...!!! MASA DEPAN?

APA YANG RAKYAT DI KUALA TERENGGANU PERLU MINTA DARI WAN FARID?

- LULUSKAN HUKUM HUDUD
- TURUNKAN HARGA BAHAN MAKANAN
- TURUNKAN TARIFF ELEKTRIK
- HAPUSKAN AKTA I.S.A
- PELAJARAN PERCUMA KEPADA RAKYAT DARI SEKOLAH RENDAH KE PERINGKAT DIPLOMA ATAU IJAZAH.

KALAU WAN FARID TAK MAHU, HUMBAN DIA KE DALAM LAUT CHINA SELATAN BERSAMA UMNO!!!

VOTE OUT UMNO!!!

Hoi Hantu-Hantu UMNO/BN..! Kau Jawab Soklan Ni...! - malaysiakini

Sebelum datang soalan, hantu-hantu BN, kau baca dulu dekat bawah ni aku quot dari The Malaysian Bar -
  • Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is leading the Barisan Nasional (BN) charge in the Jan 17 Kuala Terengganu by-election, said yesterday the coalition is ready to answer all issues raised by the Opposition.
  • He said the Opposition is under increasing pressure to use national issues and this shows they are running out of local issues to raise.
  • Najib said the Opposition’s action here in playing up the issue of murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu was totally irrelevant to the by-election. “If they bring up this issue, it means they are bankrupt of issues ... it has no connection at all with this by-election,” he added.
Najib cakap, "BN sedia menjawab apa sahaja isu yang cuba dimainkan oleh pembangkang" dan jugak "pembangkang ketandusan isu".

Dekat sini aku nak habaq, Pakatan Rakyat tak pernah ketandusan isu selagi UMNO/BN kekal dengan cara pemerintahan dan jugak diterajui oleh hantu-hantu yang level pemikirannya sama dengan "PM In Waiting". hang silap Mat Pekan.

Meh sini aku nak bagi kau satu isu. Isu Nasional. hantu-hantu UMNO/BN pun tolong jawab pertanyaan aku atas 1 isu ni.

Aku nak tanya pasal isu hudud.

Dalam Forum antara Husam dengan KJ, KJ tanya tentang pendirian Husam yang mewakili PAS tentang pelaksanaan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

Jawapan dari Husam - PAS akan tetap melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara Malaysia.

Dekat 2 minggu UMNO/BN melompat macam sakai babi dan tanpa parti melayu Islam UMNO sedari, depa sebenarnya memperlekehkan hukum Allah dalam isu ni. sepatah pun aku tak dengar atau baca pendirian UMNO dalam isu hudud... sekor pun hantu-hantu UMNO tak dak dok sebut apa pendirian UMNO dalam soal Hukum Hudud sebaliknya......

Hantu-hantu UMNO dok sibuk mencucuk DAP dengan isu Hukum Hudud, hoi hantu UMNO...!!! hangpa sebenarnya menganut agama apa? Islam HadHari tu sembah Allah ka sembah apa???

Hangpa semua hantu-hantu UMNO memang lahanat mengalahkan Yahudi...!!! Hukum Allah hangpa eksploitasi untuk melaga-lagakan yang bukan Islam dengan yang beragama Islam. memang sah hangpa kafir..! ni bukan tahap kafir Quraish dah ni, ni dah tahap kafir HadHari. hangp ala yang dok perosak agama Islam.

Patutnya hangpa perjelas dekat yang bukan Islam apa itu hudud, sebaliknya hangpa gunakan hukum Allah untuk buat perkara tak baik, perkara lahanat, perkara yang diharamkan dalam Islam. hangpa hantu-hantu UMNO memang sah KAFIR...!!!

Lepaih tu hangpa dok sibuk pulak tanya Anwar apa pendirian dia tentang Hukum Hudud...

Malam tadi dalam ceramah Anwar di KT, Anwar habaq -
  • KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.
  • Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
  • "Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Itu kenyataan dari DSAI yang hangpa dok tunggu-tunggu... tapi hangpa lupa 1 hal...

Hangpa lupa nak tanya diri hangpa sendiri apa pendirian hangpa dalam isu Hukum Hudud. hangpa lupa agama hangpa apa. hangpa lupa dekat Allah masa hangpa dok main isu ni. hangpa lupa Hukum Allah bukan untuk dieksploitasi. hangpa lupa Hukum Allah untuk dilaksanakan bukan untuk dipermainkan.

Mungkin hangpa jadi lagu tu pasai hangpa pun dah lupa macam mana nak mengucap 2 kalimah syahadah, mungkin hangpa jadik lagu tu pasai hangpa memang bangsa Kafir Lahanat yang tak takut pada Allah pencipta sekelian alam.

Hangpa bebal, hangpa la lahanat yang paling bebal..!

Ni aku nak tanya hangpa, yang mana ada dekat Kuala Terengganu, kalau ada peluang selisih dengan mana-mna pemimpin UMNO atau hantu-hantu UMNO yang aku tak pasti depa ni masih Islam atau tidak... mintak tolong sangat-sangat bagi jawapan atas soalan aku ni untuk hantu-hantu UMNO.

Soalan aku senang.

Apa pendirian UMNO dan jugak hantu-hantu UMNO tentang pelaksanaan Hukum Hudud???

Hnagpa sokong dilaksanakan ka hangpa nak bagi alasan supaya tak dilaksanakan???

Hoi hantu-hantu UMNO...!!! hang jawab soalan aku yang ni...!!!

Sebelum tu kalau hangpa nak persoal kenapa PAS tak laksanakan Hukum Hudud dekat Kelantan & Terengganu, baik hangpa tak payah nak komen dekat bawah ni. sapa yang tak dapat jawapan pasai pelaksanaan Hukum Hudud dekat Kelantan & Terengganu maknanya hangpa MENTAH LAGI DALAM POLITIK MALAYSIA.

Kalau tak tau sejarah dan fakta, tak payah nak auta dekat ruangan komen, buat semak mata aku ngan pembaca je. jawab soalan aku dekat ruangan komen sebagai seorang hamba Allah yang beragama Islam. sebelum nak jawab, hangpa mengucap 2 kalimah syahadah dulu..!

Kalau nak mengucap 2 kalimah syahadah pun tak reti, maknanya hangpa bukan Islam. kalau hangpa bukan Islam, aku tak dapat buat apa. yang Islam sendiri pun tak paham ajaran agama sendiri, apa lagi yang bukan Islam?

Tak tau la pulak kot-kot hangpa sanggup mengaku bukan Islam & pakai pelat india atau cina. itu antara hangpa dengan Allah. aku tak tau... dekat kanan ngan kiri hangpa ada 2 malaikat bertugas. hangpa kaw tim la ngan depa kalau hangpa buleh.

Apa pendirian hangpa wahai hantu-hantu UMNO berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud?