"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

Harga Petrol Dan Diesel Diturunkan 15 Sen Seliter Berkuatkuasa 18 Nov

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa mulai esok, 18 November.

Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada EN2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos, sebagaimana janji Kerajaan untuk menurunkan harga runcit petrol jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Beliau berkata Kerajaan berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Beliau berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walau pun harga telah turun, selaras dengan hasrat Kerajaan memastikan penggunaan tenaga yang efisien.

Patutlah Khidmat Tak Di Sambung..!

Awalnya aku tak ambik kisah sangat dalam isu Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim. tapi hari ni rasa nak komen pulak dalam hal ni...

Mintak maaf lah dulu awal-awal kalau komen dan pandangan aku ni tak selari dengan korang. apa yang aku komen pada hari ni hanyalah pada apa yang aku baca dalam laporan hari ni.laporan yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah ambik port pun... lantak pi lah...

Tapi aku tau jugak ada kecoh sikit pasal jawatan ni...

Pada aku lepas aku baca laporan dalam malaysiakini ni, memang patutla contract Datuk Rafiah ni tak disambung. apa la punya Naib Canselor... mulut celupar macam pungkoq ayam... macam ni nak jadik Naib Canselor?

Baca apa dia habaq - "Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu di celah kangkang, maka kita tidak bagus," kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.

Ni ka yang nak tunjuk dekat pelajar? mulut tu bacul mengalahkan mak nenek... cit... wat malu unibersiti je ni...

Jadi aku sokong la kalau khidmat orang macam ni ditamatkan... (kalau ikut pada statement dia yg kat atas tu la)... nak jadi Naib Canselor atau orang tertinggi dalam Universiti, kene la banyak bersabar, sabar tu separuh dari Iman... orang yang kurang sabar ni orang yang Imannya taj berapa kuat... kalau dah Iman tak berapa kuat... macam mana nak jadk pendidik?

Chit..!

K'jaan Guan Eng ditegur silap eja 'Amar'

Seorang wakil rakyat Umno menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana silap mengeja perkataan 'Amar' pada kain rentang Pakatan Rakyat yang dipasang di seluruh negeri itu sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Datuk Dr Hilmi Yahaya (Umno-Teluk Bahang) kerana kesilapan ejaan tersebut pada ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' - yang bermaksud 'menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan'.

Sebaliknya, kain rentang bertulis 'Amal Makruf Nahi Mungkar'.

Menurut Hilmi, 'amal' bermaksud 'melakukan' manakala 'amar' bermaksud 'menyuruh'. Oleh itu, kesilapan ejaan tersebut telah memberi maksud yang berbeza bagi 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Lim - seorang bukan Islam - layak menggunakan ayat al-Quran untuk merujuk kepada urustadbir negeri yang ditadbirnya.

Hilmi berkata, ia merupakan ayat-ayat al-Quran untuk umat Islam dan oleh itu bertanya sama ada bolehkah ketua menteri Pulau Pinang itu menggunakan ayat-ayat tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa agama Islam supaya memperjelaskan isu tersebut.

Lim sering menggunakan ayat tersebut dalam ucapan-ucapannya, termasuk ketika debat terbuka dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Ogos lalu dan dalam kain rentang sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, yang dipasang di tempat-tempat utama di seluruh negeri itu.

Hilmi juga menegurkan Lim kerana menyamakan urustadbirnya dengan Kalifah Umar Abdul Aziz, lalu meminta Lim membuktikan terlebih dahulu pentadbirannya sebelum dibandingkan dengan orang lain.

-malaysiakini

Zuraida bidas Pemuda Umno dan kesatuan Kemas

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda Umno serta Presiden Kesatuan Kemas Malaysia, Ali Majid membidas kenyataannya berhubung Tabika Kemas sebagai tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta dan perangkaan sebenar.

"Sekaligus (ia) menonjolkan pemikiran mereka yang cetek dan hanya melihat isu ini dari negatif serta tidak boleh ditegur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

kpg semarak scrap metal dealers dbkl memo zuraidah kamaruddin 121108 04"Malahan tujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak Melayu juga dilihat oleh Ali sebagai meraih populariti, (dan) menunjukkan tindakan mereka yang tidak profesional," tambahnya.

Zuraida berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang ahli Parlimen untuk menegur pentadbiran kerajaan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Menurutnya, tujuan beliau membangkit isu tersebut semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat adalah untuk meningkatkan kualiti Tabika Kemas agar ia berdaya saing, setaraf dengan tadika swasta.

Pihak media melaporkan Zuraida sebagaimelabelkan guru tabika Kemas sebagai golongan makcik yang ketinggalan zaman dan tidak berkualiti.

"Kami menegurnya adalah kerana kami sayang dengan Tabika Kemas. Ibu bapa masakini lebih cenderung menghantar anak mereka ke tadika swasta kerana hilang kepercayaan terhadap Tabika Kemas," jelas Zuraida.

"Kita perlu mengambil pendekatan untuk memperbaikinya," tambah beliau yang juga ketua Wanita PKR.

Zuraidah berkata Timbalan Pengerusi biro tersebut, Harrisan Hassan tidak boleh mempersoalkan tahap kualiti pendidikan Tabika Kemas dan tadika swasta berdasarkan yuran yang dibayar.

Diberi subsidi


Katanya, ini kerana segala tanggungan Tabika Kemas adalah di bawah pengelolalaan kerajaan pusat.

Malahan, katanya, berbeza dengan tadika swasta, kebanyakan Tabika Kemas tidak perlu membayar sewa kerana ditempatkan di dewan-dewan.

"Untuk pengetahuan, yuran yang dikenakan terhadap pelajar berkenaan, di samping subsidi yang diberikan kerajaan, hampir RM50 untuk setiap pelajar, yang disalurkan kepada pengurus Kemas itu sendiri," katanya.

Zuraida juga turut menyentuh peruntukan sebanyak RM27.6 juta untuk menaik taraf tiga buah pusat latihan Kemas di Kuala Lumpur, Seri Iskandar Perak dan Kuantan Pahang.

Menurutnya, ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil, khususnya bagi mereka yang berada di pedalaman seperti Sabah, Sarawak, Kelantan serta beberapa tempat yang tidak diperuntukkan kreajaan.

"Malahan kami juga mempersoalkan kenyataan Harrison yang menyifatkan apa yang dikatakan "mak cik-mak cik" itu sebagai satu yang hina. Adakah perkataan mak cik-mak cik itu sesuatu yang hina?" soalnya.

Sebaliknya, kata Zuraida, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan Kemas itu sendiri.

-malaysiakini

Jom "Raba-Raba" Ke Blog YB JJ...! - malaysiakini

Pertama sekali aku ucapkan selamat datang ke dunia blogging kepada YB Jamaludin Jarjis (MP Rompin).

Terima kasih pada pelayar anonymous yang telah mempromosikan laman blog YB JJ dalam ruangan komen [ini].

Aku tak pasti siapa tu anonymous, JJ kah atau sahabat-sahabat JJ...

Selamat melayar blog YB JJ di link - http://parlimenrompin.blogspot.com/.

Dah ada 2 entri. hangpa baca la...

Untuk YB JJ... selamat membaca komen-komen dari pelayar blog anda...

*aku tak pasti YB JJ akan bersikap gentleman dengan menyiarkan semua komen-komen pro & kontra (kalau mencarut memang aku nasihatkan tak yah siarkan) atau tak... jangan jadik "girlman" dengan menyiarkan "puji-pujian" je sudahlah ye YB?

Jom Raba-raba ke blog YB JJ...!!!

Harga minyak turun mungkin umum hari ini?

Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Minggu lepas, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

"Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.

Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

TP - turun pat lima kali tapi rakyat dok bayaq subsidi dekat KERAjaan buat apa?

Jangan lawan Allah pertikai fatwa haram "pengkid"

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.

S'gor cadang tubuh sekolah agama teknik dan vokasional

Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.

Menurutnya, ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.

Abdul Khalid menegaskan demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.

Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.

Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakkan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya.

Elaun Kafa dinaikkan

Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas cadangan wakil rakyat PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggunakan tambang penerbangan kelas ekonomi bagi menjimatkan wang kerajaan.

Mengulas perkara itu, menteri besar berkata kerajaan Selangor tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua tambang kelas perniagaan lebih murah daripada kelas ekonomi.

"Kadang-kadang sama," kata Khalid.

Mengenai kemungkinan Selangor mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia di di sekolah agama rakyat untuk mata pelajaran Sains dan Matemarik, beliau berkata: "Cara mengajarnya lebih penting, bukan bahasa."

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau turut mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.

Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500.

Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.



-malaysiakini


Nak Bogel? Bogel lah...!!! - malaysiakini

Pagi jumaat aku beli akhbar Sinar Harian... terkejut baca tajuk berita atas - Reformis Ancam Bogel Depan MB. huwaaa... ini satu perkembangan yang mem"belakang"kan..!

Aku ingat reformis pro UMNO, tengok pada gambar, rupanya reformis pro Pakatan Rakyat... ops... Pakatan Rakyat ke? dalam gambar ada sorang pakai baju berlambang PKR... (namanya Ramlan kalau tak silap aku).

Ape punya turrr... nak bogel? bogel lah? kalau dah rasa kamu (baca "reformis") tu tak de "kemaluan", teruskanlah berbogel... aku cabar kamu-kamu (baca "reformis") yang cabar MB selangor..! bila nak bogel... maklumkan dulu dekat aku... aku pasti datang dengan kamera yang dicas secukupnya, memory kad yang punya storage besar (ini satu sejarah, aku tak kan sia-siakan) dan juga beberapa peralatan yang aku fikirkan sesuai untuk mendapat shoot menarik (beberapa ekor kera sebagai "gadget" atau pelakon tambahan mungkin menarik kan?).

Untuk apa nak berbogel? alasan kamu-kamu (baca "reformis")- kerajaan selangor membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat... jadi apa untungnya berbogel? menunjukkan kemaluan dikhalayak ramai itu perkara yang menguntungkan kah? (mungkin ini satu bentuk perniagaan baru)

Lihat pada isu yang dibawa oleh kamu-kamu (baca "reformis") - kenaikan sewa rumah PPRT daripada RM124 kepada RM250.

Nampak macam betul apa yang kamu pejuangkan... tapi (ada tapi)... baca di [sini]. aku quot sedikit untuk rujukan - "Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Menurutnya, permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jadi apa masalahnya?kalau rasa anda tergolong dalam golongan yang disebutkan tadi, mohon saja bantuan tersebut... lepas mohon, kalau layak tetapi dinafikan hak kamu oleh kerajaan selangor, barulah menyalak..!

Dah pergi pada sumber berita sebenar? dah pergi melawat dan cuba buat inventory ditempat-tempat yang dimaksudkan?

Ada kawan yang menetap disana, gajinya entah berapa aku tak pasti... tapi mampu mempunyai sebuah kereta waja yang dibeli secara ansuran... bukan waja 2nd hand kawan... waja baru... (berapa agaknya instalment bulanannya?)... ada jugak jiran-jiran yang dikatakan kurang berkemampuan tetapi mempunyai sebuah kereta kancil dan jugak sebuah kereta wira...

Layakkah mereka-mereka diatas mendiami tempat tersebut? aku rasa lebih ramai lagi yang gajinya lebih kecik dan juga tak punya kenderaan tetapi menyewa rumah yang sewanya jauh lebih mahal dari sewa rumah diatas... jadi siapa yang lebih layak kalau begitu?

Siapa sebenarnya yang cuba di"bela" oleh reformis? golongan yang benar-benar berpendapatan rendah atau golongan yang mampu tetapi berselindung disebalik label "golongan berpendapatan rendah?"

Sepatutnya reformis perlu mengambil pendekatan yang lebih bijak... kenapa tak cuba berunding dulu? apa salahnya kalau reformis mengambil pendekatan menjadi orang tengah antara kerajaan selangor dan penyewa PPRT? nak jadi hero? American Hero pakai spender diluar, Malaysian hero bogel terusss??? bodoh sungguh... aku ingat american hero ialah model hero terbangang pernah dilahirkan oleh dunia, rupa-rupanya Malaysian hero lebih bangang lagi... kenapa tak cuba bogel sambil memakai spender diatas kepala? lebih menarik kan?

Aku ada satu cadangan yang aku rasa cukup bernas untuk pihak polis menghadapi bakal "super hero" malaysia ni...

FRU biase menyembur protestor dengan air kimia kan? apa kata untuk para "super hero" ni pulak, pihak FRU sediakan air berwarna... pastikan warna tersebut akan melekat pada mangsa anda sekurang-kurangnya selama 5-6 hari...

Aku nak jugak tengok "super hero" berwarna-warni berjalan-jalan dikhalayak awam lepas "mogok bogel"... amacam?

Berapa ramai agaknya Malaysia akan ada "super hero"?

Exco Selangor Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas

PETALING JAYA, 17 Nov (Bernama) -- Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan dengan sengaja menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas pada November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Selangor itu didakwa menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mohammad Hadzim Zulkapli dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong dekat sini pada 2 Nov 2007.

Liu, 50, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Liu diwakili oleh peguam belanya Gobind Singh Deo.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Roslan Abu Bakar memohon kepada mahkamah mengenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Gobind Singh memohon kepada mahkamah agar Liu dikenakan jaminan peribadi atas alasan kesalahan yang didakwa dilakukan anak guamnya berlaku pada 2007 dan pihak pendakwaan tidak mengambil sebarang tindakan.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam yang membenarkan permohonan Roslan itu menetapkan RM3,000 dengan seorang penjamin sebagai ikat jamin Liu.

Mohamad Ibrahim turut menetapkan 10 Feb tahun depan untuk sebutan kes.

Pada 10.20 pagi, Liu diikat jamin oleh adiknya John Liu.

Pendakwa tidak rayu, Razak Baginda bersyukur

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda akan mengadakan sidang media pertamanya berhubung pembebasan beliau daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

"Insya-Allah, dia (Razak) akan buat dalam jangka masa terdekat," katanya.

Ditanya sama ada sidang media itu akan benar-benar diadakan memandangkan sidang media pertama yang dijadualkan 6 November lalu dibatalkan di saat-saat akhir, Abdullah berkata: "Ada (sidang media)...betul. Nanti dalam masa terdekat.

"Dia dah janji kan...nanti dia akan buat," katanya.

TP - mintak bersabarlah semua ya... Razak tengah cuba nak "sesuaikan" diri dengan "skrip"... lakonan musti mau mantap... kalau tak kang, ada yang tertangkap..!

"Saya minta 100 orang tanding jawatan Presiden"

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan jawatan presiden parti Mac depan.

Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

"Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar penjenamaan semula MIC di sini.

TP - pergh... macam "baca" filem hindustan daaa...

Jawapan Sebenar Khatib Berkenaan Insiden Menteri Raba-Raba - malaysiakini

Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Suhaimi tentang persoalan ini :-

Saya terkejut dengan komen beberapa pengunjung yg kononnya ada di masjid mendengar khutbah saya. (Kata beliau selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit.")

Jawapan saya : Saya tak pasti sama ada betul atau tidak beliau ada dlm masjid, tapi berdasarkan apa yg beliau tulis saya pasti beliau hanya menerima laporan dari pekakas UMNO kat situ. Kalau betul beliau ada pun mungkin beliau tidur masa tu.

Tuduhan : beliau (ust suhaimi) memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik.)

Jawapan saya: Terus terang memang saya buat 2 perbandingan. Saya stop setakat perbandingan Military Order 378 dengan ISA. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu. Tentang kem Guantanama - saya katakan, penyokong ISA, apabila mempertahankan ISA mereka cuba menghalalkan tindakan itu dengan merujuk Amerika juga ada kem guantanamo. Saya persoalankan kenapa dlm soal keadilan kita merujuk pada negara kafir. Islam Ada prinsip keadilannya.Bila pulak saya kata lebih teruk dari Guantanamo. Tentang Obama saya tak kata obama baik apa yg saya kata, Kini Presiden Baru Amerika Barack Obama mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita. Saudara ada betul ke dalam khutbah tu... tuduhan saudara Tak sama dengan apa yg saya ucap.

Tuduhan: khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah.)

Jawapan saya: saya tak tuduh saya ceritakan fakta kebenaran. Politik yg saya sebut adalah politik Islam Prinsip keadilan dalam Islam.

Tuduhan : oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri jj mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut.

Jawapan saya: Tak benar saya melenting. Ahli karyah masjid yg ada dalam masjid ketika itu. JJ pada awal memang cool bersalam dengan saya. Saya reti adab dengan manusia. Bila JJ kata minggu depan dia nak Khutbah macam saya, saya katakan silalaa datuk khutbah sebab saya pun nak dengar khutbah dato. menyebabkan JJ melenting dan dengan nada yg marah ajak saya keluar dengan alasan untuk berbincang. Saya tak nampak perbincangan boleh berlangsung dengan baik dalam keadaan marah marah. Sebab uti saya ajak beliau duduk untuk bincang. Mana mungkin kalau saya melenting saya nak ajak dia duduk. Org yang melenting tengah duduk pun dia akan berdiri. Nabi mengajar tempat yg paling baik untuk muzakarah adalah masjid, sbb kita akan sentiasa jaga adab muzakarah bila kita duduk dlm rumah Allah.

Tuduhan: dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.

Jawapan saya: Ini menunjukkan jelas beliau tak ada dalam masjid atau beliaun tertidur. Saya tak lancar derma untuk mangsa ISA. Saya sebut dlm Khutbah kedua, kita menghampiri musim persekolah 2009, disana ada anak-anak dan isteri mangsa ISA yang hidup dalam kedaifan, maka saya mohon sumbangan untuk kita bersama ringankan beban mereka, meringankan beban mereka untuk menghadapi sesii persekolahn akan datang. Di Keratong itu pun ada salah seorang tahanan ISA yg masih belum bebas dan anak isterinya hidup dalam kedaifan. Buat apa nak kutip derma untuk tahanan, kalau kutip pun kita tak boleh nak serah pada mereka kerana jeriji besi dan tembok tinggi manghalang kita. Saya lancar derma untuk anak dan isteri tahanan ISA bukan untuk anak isteri JJ. Saya cadangkan saudara ziarah lah anak dan isteri ISA. tengok kesusahan mereka. majoriti mereka beragama Islam.

Kesimpulan

Nampak sangat saudara berbohong. Saudara tak hadir atau mungkin tidur. lepas tu menulis berlagak alim... Betul laa penyokong ISA ni akan sangup menipu, bohong, fitnah untuk menegakkan benag basah. Ingat kita semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kalau saudara tak sangup terimapun kenyataan ini jangan buat dosa fitnah, bohong,

Renungan

Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izzuddin Abd salam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg cuba menaikan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi peperangan. Imam Izzuddin Abd Salam menyebut "Haram kutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam istana". Iman Izzudin menambah "Jual diri kamu sebelum kamu jual rakyat kamu." Lagi keras peringatan ini Nak tahu kisah sebenar kunjungi blog saya. Sila rujuk links berkenaan untuk info lanjut :-
-Pahang Daily

Tuntutan RM8,000 Ada Bukti, Angkasawan Negara Kini Sawan Dengan Angka - malaysiakini

BANDAR JENGKA: Baru-baru ini gempar dengan kisah Syeikh Muszaffar menuntut sehingga RM8,000 dalam satu sessi ceramahnya.

Kerajaan berjanji untuk menyiasat perkara tersebut kerana beliau masih dalam kontrak dan seharusnya tidak menuntutnya jumlah sedemikian.

Semalam saya menerima satu mesej dari seorang staf UiTM Jengka yang memaklumkan, pihak UiTM Jengka telah membayar sebanyak RM7,000 kepada Dr Syeikh Muszaffar Shukor, Angkasawan Negara ketika memberikan ceramahnya baru baru ini.

Menurut pemberi maklumat tersebut, angkasawan negara itu pada asalnya menuntut bayaran sebanyak RM8,000 sebelum beliau memberi persetujuan untuk menyampaikan ceramahnya.

Selepas rundingan dibuat bayaran itu telahpun dikurangkan kepada RM 7,000.

Sekiranya maklumat yang saya terima ini benar, maka sewajarnyalah pihak UiTM melaporkan kepada kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu siasatan.

MOSTI dalam kenyataan terbarunya meminta orang awam yang membuat dakwaan angkasawan itu mengenakan caj sehingga mencecah RM 8000 perlulah mengemukakan bukti dalam tempoh dua minggu untuk diteliti.

-Pahang Daily

Jangan pandang remeh amalan bersenam - Bik Mama

Seluruh rakyat Malaysia diminta tidak memandang remeh amalan bersenam kerana peratusan mereka yang berpenyakit dalam masyarakat kini amat membimbangkan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penyakit yang berpunca daripada masalah kolestrol tinggi dan kandungan gula dalam darah seperti sakit jantung semakin meningkat bukan sahaja di kalangan orang dewasa malah melibatkan kanak-kanak dan remaja.

Bermula hari ini ujarnya, orang ramai perlu menitik beratkan amalan bersenam dalam keluarga dan tidak sesekali menjadikan kesibukan tugas seharian sebagai alasan.

"Kita harus ingat, bersenam tidak memerlukan masa yang lama. Cukup sekadar 20 hingga 30 minit sehari. Namun ia harus berterusan," katanya.

TP - senam? bersenam? senaman? jangan pandang remeh? kah kah kah kah kah...!!!

Berapa berat Bik Mama?

Bersenam? Bik Mama buat lawak ek???

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!


Bik Mama bukan buat lawak... Bik Mama ludah atas langit...

*Bik Mama ada "tengkuk" ke? ada yang cakap... lepas dagu. terus dada... tengkuk dok tang mana? kah kah kah kah kah...!!!

Perkasa bela hak Melayu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggariskan lima perkara dalam Perlembagaan negara yang akan menjadi agenda pertubuhan itu untuk diberi perhatian dan diperbincangkan bagi membela hak Melayu dan pribumi dari semasa ke semasa.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa juga akan terus lantang mempersoalkan isu-isu berkaitan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan bagi menjamin hak kaum tersebut terus terjaga.

“Masih belum terlambat untuk kita bangkit memperjuangkan hak kita yang sudah termaktub. Saya penuh yakin dan bersemangat untuk ini,” tegasnya semasa membacakan resolusi Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan di sini hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim merasmi dan menyampaikan ucaptama pada program tersebut yang turut dihadiri Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

TP - PEKIDA gagal ke? UMNO gagal ke? kalau dah makin banyak pertubuhan diwujudkan untuk membela "melayu" maknanya apa?

Maknanya semua pertubuhan yang dah sedia ada ni "GAGAL"...

Tak gitu?

780 sekolah tiada pengetua, guru besar

Kementerian Pelajaran diminta mempercepatkan pengisian 780 kekosongan jawatan pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara sebelum bermula sesi persekolahan Januari depan.

Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jemale Paiman berkata, pihaknya mendapati sebanyak 380 sekolah menengah tidak mempunyai pengetua dan 400 sekolah rendah tidak memiliki guru besar.

Beliau berkata, kekosongan jawatan itu sepatutnya diisi segera bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang selama ini dipangku guru penolong kanan.

''Kita tidak mahu kelewatan pengisian jawatan berkenaan membantutkan usaha kerajaan melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menjadi tonggak kecemerlangan profesional golongan pendidik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

TP -menteri pelajaran tidur ke? sibuk sangat siasat video sajak kematian? menteri pelajaran tak tau ke hal ni?

Kapal kalau tak de kapten apa jadik? kapal kalau kaptennya "lembik" apa jadik?

Pengkid: Apa Dah Jadi Dengan PAS?

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh negara digesa bersatu dan bergabung tenaga dalam menangani isu pengharaman perlakuan wanita menyamai lelaki atau 'pengkid'.

Yang Dipertua Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Negeri Terengganu, Yusof Musa berkata, pihaknya kesal kerana NGO Islam hanya berdiam diri apabila timbul isu yang menyentuh kesucian dan kepentingan agama itu.

Beliau menambah, tindakan sekumpulan masyarakat mengutuk fatwa pengharaman 'pengkid' secara terang-terangan telah mencabar agama Islam.

''Kenapa berdiam diri sedangkan tindakan golongan berkenaan mencabar Islam.

TP - apa dah jadi dengan PAS? apa dah jadi dengan pemuda PAS? apa dah jadi dengan pergerakan-pergerakan dalam PAS?

Mana suara PAS dalam isu ni? tunggu dan lihat? apa dah jadi dengan perjuangan PAS lepas PRU12?

PAS masih wujud ke?

Kukuhkan politik Melayu?

Politik Melayu perlu diperkukuh dan diperkasakan melalui penyatuan kaumnya yang ramai bagi mengelak daripada terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain yang hendak mengambil kesempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebelakangan ini, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu seolah-olah mereka telah hilang punca dan maruah.

“Fakta dan sejarah seolah-olah menjadi alat mainan politik lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina.

“Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tidak kisah lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing,” katanya.

TP - dah lebih 50 tahun baru nak perkukuh? melayu dah layu dahhh...

15,000 rumah miskin tegar dibina tahun depan

Kerajaan akan membina 15,000 rumah bagi keluarga miskin tegar di seluruh negara yang secara keseluruhannya bernilai RM525 juta mulai tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ia merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM7 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

''Jumlah peruntukan bagi sektor luar bandar termasuk pembinaan rumah keluarga miskin daripada pakej tersebut adalah begitu besar. Jika dicampurkan semua ia melibatkan wang lebih RM2 bilion.

''Projek perumahan ini pula akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina untuk golongan itu ialah sebanyak 20,450 buah," katanya kepada pemberita di Kampung Matang Acheh di sini hari ini.

TP - kalau "komisyen" bagi pembelian kapal selam tu tak wujud atau tak "diadakan" dah lama masalah ni selesai. tapi disebabkan pemimpin utama negara lebih pentingkan "komisyen" dari rakyat bawahan, maka hal-hal berkaitan "rakyat bawahan" tak selesai-selesai...

Sekarang bila ekonomi dah merudum teruk, baru lah nak diadakan pelan untuk menangani masalah berkaitan penduduk macam ni...

Kalau dari awal lagi pelan ni dah diadakan (sebelum ekonomi merudum) aku percaya jumlah yang disebut dekat atas dapat menyelesaikan lebih banyak lagi masalah rakyat bawahan. bukan setakat 15.000 malah mungkin mencapai 30.000 rumah...

Rakyat dah marah, baru hangpa nak sedaq... itupun setakat "ambik hati" je... PRU13... BN boleh bungkus...

Ronnie Liu charged in PJ court

PETALING JAYA, Nov 17 — Selangor Executive Councillor Ronnie Liu Tan Khiew pleaded not guilty in the Petaling Jaya magistrate’s court today to abetment in obstructing a Subang Jaya Municipal Council enforcement officer from carrying out his duty last year.



Liu, 49, is charged with abetting customers and workers of a hotel in Puchong in trying to stop Mohamed Hadzim Zulkapli from discharging his duty on Nov 2 last year.



Magistrate Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam granted Liu, a DAP central committee member, bail of RM3,000 in one surety and set Feb 10 for mention.



Liu, the Local Government, Study and Research Committee chairman, was arrested at the state secretariat building in Shah Alam on Wednesday and released on RM2,000 bail on the same day.



-TMI

Filem Gay Pertama Di Malaysia




Bukanlah niat penulis ingin menyebarluaskan filem ini, namun penulis ingin memaklumkan bahawa kini di Malaysia golongan ini telah berani menonjolkan diri mereka kepada rakyat tentang keberadaan mereka di Malaysia. Mereka mahukan pengiktirafan golongan homoseksual dalam sebuah negara sepertimana menjadi tuntutan golongan ini di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Lihat saja dalam ucapan Presiden Barack Hussein Obama. Acap kali memulakan ucapan, tak pernah tinggal ucapan kepada golongan homoseksual ini.

Di Malaysia, golongan ini mula berani menunjukkan belangnya. Penulis kecewa apabila filem pendek ini ditayangkan sekaligus membuktikan bahawa golongan homoseksual ini memang wujud dan aktif gerakannya. Buktinya dengan pembikinan filem pendek ini. Perkara ini walaupun hanya sekadar filem, penulis gusar kemungkinan besar aksi yang lebih berani akan dilakukan oleh golongan seperti ini. Sangat mengecewakan. Hukum golongan homoseksual dan lesbian telah dinyatakan oleh "Supriadi*, dalam tulisannya sudah dijelaskan tak ada perbezaan tentang hukum homoseksual dan lesbian dari para ulama fikih. Bahkan yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Semua mengatakan, hukumnya haram. Perbezaan hanya pada soal bentuk hukuman.

Mudah-mudahan kita menyedari tentang keberadaan golongan. Jika anda ingin hidup selamat di dunia dan bahagia di akhirat hendaklah kita sensitif dengan perkara ini. Carilah ilmu di dada moga ia memagarkan diri daripada jatuh ke jurang yang binasa. Hiasilah imanmu dan keyakinan anda dengan agama Islam secara totally dan diimplementasiakan dalam kehidupan harian. Jadikanlah nasihat itu satu budaya di kalangan umat Islam semoga dapat mengelakkan perkara seperti ini tidak berlaku dalam komuniti berhampiran dengan diri kita. Inilah kasih-sayang sesama islam.

*Beliau merupakan mahasiswa Program Doktor di Universiti Islam Omdurman Sudan, Fakulti Syari’ah dan Qonun Jurusan Ushul Fikih. Sekarang berdomisili di Kairo Mesir. Sila lihat : http://www.gaulislam.com/homoseksual-dan-lesbian-dalam-perspektif-fikih-2

-Tintaku Dinamika RMD56

Bar rejects police explanation on questioning of lawyer

KUALA LUMPUR: The Bar Council has rejected a police explanation on why lawyer N. Surendran was questioned in connection with some of his cases.

The council's vice-president, Ragunath Kesavan, urged the inspector-general of police to stop his officers from calling in lawyers representing clients to have their statements recorded, purportedly to assist in investigations.

He said such action was unwarranted.

"In the specific case of Surendran, we refute the IGP's version of events when he stated that Surendran was called for questioning in order for the police to record his statement and complete investigations into the remand of some arrested persons, including his clients.

"Surendran was notified by police officers that a report had been lodged against him for statements he allegedly made during proceedings in court.

"Subsequently, a section 111 notice was served on him for those alleged statements," Ragunath said yesterday.

He added that Surendran had previously been called by the police under similar circumstances, followed by lawyers Americk Sidhu and M. Puravalen.

"Cases of lawyers being harassed and/or intimidated by the police are on the increase," he said.

Ragunath said the Bar Council had noted that the trend was more prevalent in cases of purported breaches of public order that involved citizens exercising their legitimate right to dissent.

"This immediately conjures up the perception that the police force is selective in carrying out investigations, targeting legitimate dissenters exercising their rights of assembly or expression, which are protected under our Federal Constitution.

"We call on the police to respect the rule of law, which includes the right to legal access and the substantially unfettered right, recognised in law, to legal representation without the undue harassment and intimidation of lawyers carrying out their duties as officers of the court," he said.

-TMB