"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

15,000 rumah miskin tegar dibina tahun depan

Kerajaan akan membina 15,000 rumah bagi keluarga miskin tegar di seluruh negara yang secara keseluruhannya bernilai RM525 juta mulai tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ia merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM7 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

''Jumlah peruntukan bagi sektor luar bandar termasuk pembinaan rumah keluarga miskin daripada pakej tersebut adalah begitu besar. Jika dicampurkan semua ia melibatkan wang lebih RM2 bilion.

''Projek perumahan ini pula akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina untuk golongan itu ialah sebanyak 20,450 buah," katanya kepada pemberita di Kampung Matang Acheh di sini hari ini.

TP - kalau "komisyen" bagi pembelian kapal selam tu tak wujud atau tak "diadakan" dah lama masalah ni selesai. tapi disebabkan pemimpin utama negara lebih pentingkan "komisyen" dari rakyat bawahan, maka hal-hal berkaitan "rakyat bawahan" tak selesai-selesai...

Sekarang bila ekonomi dah merudum teruk, baru lah nak diadakan pelan untuk menangani masalah berkaitan penduduk macam ni...

Kalau dari awal lagi pelan ni dah diadakan (sebelum ekonomi merudum) aku percaya jumlah yang disebut dekat atas dapat menyelesaikan lebih banyak lagi masalah rakyat bawahan. bukan setakat 15.000 malah mungkin mencapai 30.000 rumah...

Rakyat dah marah, baru hangpa nak sedaq... itupun setakat "ambik hati" je... PRU13... BN boleh bungkus...

1 comment:

Anonymous said...

Apa yang pembangkang nak? Sekarang ni kerajaan nak buat benda yang elok pun tetap dikritik. Kalau kerajaan tak buat lagi teruk kena hentam. Daripada ikhlas boleh jadi tak ikhlas disebabkan oleh sikap pembangkang yang tetap nak kritik...Contoh pembangkang, macam perosak rakyat ni, eh! silap... perisik rakyat...jangan marah aaa...