"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

"Saya minta 100 orang tanding jawatan Presiden"

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan jawatan presiden parti Mac depan.

Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

"Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar penjenamaan semula MIC di sini.

TP - pergh... macam "baca" filem hindustan daaa...

2 comments:

Anonymous said...

Diceritakan oleh orang yang berketurunan India yang tidak mahu dikenali mengatakan bahawa Datuk Seri S. Samy Vellu berjaya berdiri sebagai orang politik hingga kehari ini adalah kerana kekuatan rasuahnya.

Sesiapa saja yang ingin mencabar kedudukannya, dia akan hantar orangnya untuk menawarkan sejumlah ringgit malaysia. Bila urusniaga selesai Datuk akan cakap besar dengan mengatakan dia tidak takut dan bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

Oleh kerana itu MIC ni pun lebih kurang sama dengan UMNO.

"CAKAP TAK SERUPA BIKIN'

Anonymous said...

Macam Sivaji the Boss lah... kah...kah...kah...!