"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

Jangan lawan Allah pertikai fatwa haram "pengkid"

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...
Setuju dengan Nik Aziz... Kita ini siapa nak lawan hukum Allah? Kita hanya manusia kerdil yang diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi tapi tidak bermakna kita boleh buat sesuka hati. Kepada orang Islam mungkin mudah untuk kita terangkan kepada mereka tapi yang berdemo adalah mereka yang bukan Islam dan agak sukar untuk kita terangkan kerana disebabkan berlainan agama. Walau bagaimanapun kita boleh terangkan kepada mereka secara hikmah. Jika kita menggunakan kekerasan, maka ia akan mengundang keburukan dimana mereka akan memandang rendah dengan Islam. Apapun mereka tiada hak untuk mencampuri urusan yang berkaitan agam Islam. Apa yang Majlis Fatwa keluarkan bukannya dari mulut manusia tetapi berdasarkan Al Quran dan As Sunnah...

wakmeli said...

NGO2 ni aku rasa didalangi oleh kakitangan freemanson atau mereka terpengaruh dengan budaya barat yg melaungkan kebebasan tanpa had. Golongan2 anti-agama, atheis dan komunis menggalakkan dam menyokong golongan2 seperti ini. Laluan kpd yakjud wal makjud.
Islam sebagai agama rasmi negara, mengapa perlu berlembut dgn golongan ni. Klau bala malapetaka Allah swt turunkan kpd mereka maka kita akan mendapat tempias juga. Harap ada tindakan drastik untuk golongan yg menentang hukum Allah ini.