"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

Exco Selangor Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas

PETALING JAYA, 17 Nov (Bernama) -- Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan dengan sengaja menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas pada November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Selangor itu didakwa menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mohammad Hadzim Zulkapli dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong dekat sini pada 2 Nov 2007.

Liu, 50, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Liu diwakili oleh peguam belanya Gobind Singh Deo.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Roslan Abu Bakar memohon kepada mahkamah mengenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Gobind Singh memohon kepada mahkamah agar Liu dikenakan jaminan peribadi atas alasan kesalahan yang didakwa dilakukan anak guamnya berlaku pada 2007 dan pihak pendakwaan tidak mengambil sebarang tindakan.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam yang membenarkan permohonan Roslan itu menetapkan RM3,000 dengan seorang penjamin sebagai ikat jamin Liu.

Mohamad Ibrahim turut menetapkan 10 Feb tahun depan untuk sebutan kes.

Pada 10.20 pagi, Liu diikat jamin oleh adiknya John Liu.

No comments: