Ini ekoran dari pendedahan terbaru PAS, bahawa Isa Abdul Samad sewaktu menjadi Menteri Besar selama 22 tahun telah banyak menggadaikan tanah rizab Melayu, terutamanya dikawasan pinggir pantai Port Dickson.
“Tan Sri Muhyiddin (TPM) tidak perlu menuduh pemimpin kita sebagai pengkhianat Melayu kerana bilik gerakan UMNO Telok Kemang itu sendiri pun sebenarnya di atas tanah rizab Melayu yang telah tergadai akibat kerakusan dan pengkhiantan Isa Samad sewaktu beliau menjadi MB Negeri Sembilan.”
“Siapa kroninya (yang mendapat tanah rizab) itu? Rakyat mahu tahu..!” tegas Salahuddin.
Beliau juga meminta Isa menjawab, mengapa tanah wakaf (berdekatan Politeknik Port Dickson) yang sepatutnya dijadikan tapak perkuburan Islam yang baru, akhirnya dijadikan tapak pembangunan komersial Taman Intan Perdana.
Isa Samad sepatutnya menjawab segala persoalan tersebut jika beliau adalah seorang yang bermaruah, bertanggungjawab dan benar-benar membela dan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat seperti yang diwar-warkan.
Tambahnya lagi, sikap berdiam diri Isa Samad bukan sahaja menjadikannya ikon pembangunan palsu, malah "Maskot" atau "Ikon Rasuah"..!.
Implisitnya, beberapa pendedahan itu mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap peribadi kurang baik Isa Samad, hatta tidak mustahil Isa Samad bakal menempa kekalahan di kubu kuat UMNO/Beer eNd sendiri.