"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, March 11, 2009
Perak Bangkit Si Penipu Besar..!
Salam semua ..
"SAYA kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.
Semua orang rasanya maklum saya seorang pengarang sastera yang selepas pilihanraya umum lalu berasa tidak senang dengan semua parti politik yang ada. Justeru, secara peribadi saya merasakan; untuk menghubungkan tindakan pejuang bahasa yang membantah PPSMI dengan politik pembangkang seperti yang diusahakan oleh media elektronik dalam Buletin Utama dan Buletin 1:30 (Ahad lalu) memang dangkal.
Manipulasi sedemikian hanya akan menyebabkan pejuang bahasa dan intelektual Melayu semakin menjauhi pemerintah. Sesungguhnya kita tidak boleh menafikan yang isu bahasa adalah isu politik. Isu pendidikan adalah isu politik. Di Korea Selatan, Perancis, dan Jerman isu pendidikan adalah isu yang diketengahkan dalam pilihanraya dan selalu membawa pelajar dan pengajar ke jalan raya.
Lama dahulu sebelum saya menjelajah dunia sastera ini, ketika berguru dengan Pak Samad Said di celah-celah tiang Masjid Negara, sebelum mencicip kopi bersama Az di McGoo Deli, sambil menunggu Kak Shidah pulang dari kerja, Pak Samad memberitahu saya: "Untuk menguasai seni menulis itu mudah saja, bapak akan belikan buku-buku yang baik dan Faisal baca. Tetapi yang paling payah ialah menguasai seni bersikap."
Hari ini kita tahu mengapa Pak Samad menjadi ikon sehingga foto beliau dicetak pada t-shirt anak-anak muda yang turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu. Seorang seniman hanya dapat dihormati dan dipercayai kerja-kerjanya apabila dia bersikap. Selagi tidak bersikap, kerja atau karyanya (waima menang hadiah) hanyalah satu karangan indah yang tiada makna.
Hayati sikap Datuk A Samad Said ini:
1. Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.
2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.
3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.
Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.
4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.
5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.
6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan.
Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan.
Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak.
7. Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.
Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.
(Begitulah intipati wawancara Harakah dengan A Samad Said.)
Nah, apa hubung kait dengan lelaki berkeris di atas (penulis letakkan gambar Hishamuddin Hussein dalam blognya)? Mengapa Menteri Pelajaran menafikan desas-desus yang peluangnya untuk memenangi Naib Presiden Umno terjejas ekoran bantahan rakyat terhadap PPSMI? Mungkinkah kerana sebetulnya, peluang beliau semakin menipis.
Kata-kata Pak Samad: 'Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita' akan menghantui beliau.
Untuk mereka yang tidak hadir sama ke acara tunjuk kasih 7 Mac lalu dengan alasan ia menjadi medan politik, sila baca alasan Pak Samad mengapa beliau ikut sama berarak di jalanraya sehingga sanggup disembur gas pemedih mata.
Ingatlah kata Pak Samad, yang beri rezeki buat kita ialah Tuhan, bukan bahasa. Ini basis keimanan, serlahkan ia terhadap anak-anak.
Mencontohi Pak Samad yang berani menyatakan sikap terhadap teman-temannya dalam GAPENA, saya juga ingin menyatakan sikap terhadap teman-teman pengarang:
Menulis sastera Melayu tanpa menyertai perjuangan mempertahankan bahasa Melayu ,di saat ia memerlukan, adalah bacul. Kerana saat bahasa Melayu ini terkubur kelak, novel yang ditulis pun akan turut terpadam. Membiarkan bahasa Melayu dipertahankan oleh anak-anak muda dari parti politik, sedang kita menyulam pelbagai alasan untuk tidak turun padang, adalah dayus. Ini masanya, bak kata Allahyarham Usman Awang; nama kalian telah diseru, sahutlah sebelum jadi bisu.
Nota Tambahan (saranan Sofwah, terima kasih!):
Bagi sesiapa yang ingin menjawab blog-blog penyokong PPSMI yang semakin bercambah, saya berharap ia dilakukan dengan tenang dan rasional. Saya lihat mereka suka membuat kesimpulan:
1. Ia bermotif politik.
2. Pejuang bahasa pun cakap Bahasa Inggeris, jadi, kenapa nak tentang PPSMI?
3. Pejuang BM anti Bahasa Inggeris.
4. Anak, anak sedara, adik sedara, anak sepupu sepapat, anak dua tiga empat pupu, suka PPSMI, jadi, anak orang lain, anak sedara orang lain, adik sedara orang lain pun akan suka PPSMI.
5. Pakcik makcik sepupu sepapat dua tiga empat pupu papat mengajar Sains dan Matematik dalam BI suka PPSMI, jadi, kenapa pejuang Bahasa tak suka PPSMI?
6. PPSMI akan membantu pengajaran BI.
7. PPSMI tidak akan menganggu-gugat BM; dan banyak lagi persepsi cetek.
Ternyata mereka tidak membaca sebarang kajian. Kita ingin mengingatkan pejuang bahasa bukan bodoh wahai Datuk Seri Hishamuddin, kita bertindak selama enam tahun dengan penuh kesabaran sambil melakukan kajian mendalam. Dan pihak beliau telah menutup jalan rundingan, sehingga Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said yang diketahui bersikap berkecuali dari segi politik telah memilih pentas politik.
Saya ingin menyarankan sesiapa yang bertemu dengan blog-blog penyokong PPSMI untuk memautkan kajian/pandangan alternatif seperti contoh di bawah ini:
1. Kajian Akademik
2. Profesor Shaharir Md. Zain
3. Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik
4. Profesor-Profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMI
5. Kosmologi Bahasa
6. Menjawab Gabungan Pro PPSMI; dan meminta mereka berfikir lebih dalam lagi.
Untuk penguasa, saya ingin mengingatkan yang belum ada politikus menang dalam melawan seniman. Di hujung, meski panjang jalannya - seniman selalu akan menang. - Faisal Tehrani
dipetik dari Harakahdaily.net
Lepas baca ulasan di atas, sila baca petikan dari blog ini pula. Perak Bangkit
Tak tau pun dan tak dinyatakan pun rujukannya. Jadi bilakah temuramah antara wartawan itu dengan Pak Samad.
Jadi bagi akulah, boleh percaya ke semua tulisannya?? Dan mungkin yang ada yang percaya habis tulisan Perak Bangkit ni .. siap pi salin dalam blog lagi ..
hahahhahahahahhaa
TP - PerakBangkit mimpi kosan... tah bila masa dia interview Pak Samad Said... aku cabar Perak Bangkit supaya dedahkan pada umum rujukan dari mana interview yang dia siarkan dekat blog dia tu..!
Bodoh tak boleh diajar, bangang berdouble-double..! Suruh angkat beg malas, kerja ponteng, lepas tu dok tabur cerita bohong fitnah sana sini. Buduh..!
Lepas ni SAH-SAH Perak Bangkit pi delete entri tu..!
Aset Exco Selangor disiar di laman web, Jumaat ini - Khalid
"Aset-aset yang akan diisytiharkan meliputi hartanah, saham dan wang yang dikumpul sejak dari tarikh mereka mengangkat sumpah sebagai Exco pada 24 Mac 2008 sehingga sekarang.
"Maklumat mengenai transaksi termasuk sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu itu akan turut disertakan," katanya kepada pemberita hari ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyeru supaya semua anggota Exco Selangor mengisytiharkan aset mereka secepat mungkin dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan dari aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.
Abdul Khalid berkata menerusi pengisytiharan aset tersebut, ia dapat memelihara kewibawaan kerajaan negeri.
Apasal Ni Woi..?
Kantoi habis kerja-kerja mengupdate blog.
15 saat skali terdisconnect. penat beb kalau macam ni...
Sabar je la beb...
Ada konspirasi ka..?
Salahguna pemberian jam `Patek Phillipe' kepada Pengerusi PNSB
Dalam sesi perbahasan sidang DUN, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, pemberian jam tangan mewah kepada Pengerusi PNSB itu telah mencabar prinsip urus tadbir korporat.
Ini kerana katanya, setiap pejawat awam tidak boleh menerima sebarang cenderahati yang bernilai lebih RM1,000 dan jika mereka menerima ia mesti dipulangkan kepada kerajaan.
Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diperolehi mengenai pemulangan jam tangan tersebut dan jam itu tidak ada dalam simpanan PNSB.
Menurut sumber katanya, jam tangan tersebut telah dijual oleh PNSB kepada seorang pembeli tetapi tidak mempunyai rekod bagi membuktikan kesahihan penjualan tersebut.
Dalam masa yang sama, Azmin turut mempersoalkan kelulusan pembelian hartanah Al-Marwa yang dikeluarkan melalui resolusi Pengarah untuk lima unit namun telah dibeli sebanyak 12 unit.
Katanya, wang berjumlah RM12 juta telah dibawa keluar tanpa kelulusan pihak bertanggungjawab dan urusniaga untuk tujuh unit yang dijual balik kepada kroni tidak mempunyai resit rasmi.
Beliau mempersoalkan apakah muslihat PNSB yang diketuai bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo apabila terdapat bukti percubaan untuk membeli semula unit yang telah dijual.
Mengikut rekod PNSB tiada sebarang kelulusan yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa terbabit dalam pelaburan hartanah di luar negara, tegasnya.
Selain itu kata beliau, PNSB gagal mengistiharkan faedah bukan wang yang diberi kepada kakitangan termasuk Pengerusi termasuk bentuk barangan, wang tunai atau kedua-duanya termasuk Toyota Harrier dan pemandu serta percutian dalam dan luar negara.
Beliau turut mendesak pihak PNSB supaya memaklumkan berapa jumlah yang dikeluarkan PNSB untuk menampung kos perbelanjaan ahli Balkis termasuk pakaian dan perhiasan mereka.
25% Dari RM287 Juta Dapat Berapa? - malaysiakini
Esoknya tanpa mengambil masa yang lama, KERAjaan mengumumkan “penangguhan” kenaikan harga tol dengan ayat “gula-gula maanis lemak berkrim” kununnya “penangguhan” kenaikan harga tol dibuat kerana KERAjaan “prihatin” kepada masalah rakyat (kununnya).
Maka kecohlah pulak Negara Malaysia dengan berita dimana kita telah diperbodohkan kerana dengan apa yang dipanggil “penangguhan” itu tetap memerlukan supaya KERAjaan membayar “pampasan” kepada Syarikat Konsesi lebuhraya yang terlibat dengan “penangguhan”.
Bukan sikit jumlahnya KERAjaan “terpaksa” membuat bayaran. Jumlah keseluruhan “pampasan” yang terpaksa dikeluarkan kepada Syarikat Konsesi ialah sebanyak lebih kurang RM287 juta kepada lima syarikat konsesi lebuh raya berikutan “penangguhan” kenaikan kadar tol.
• PLUS - RM195 juta.
• Sprint - RM36 juta.
• AKLEH - RM27 juta.
• Besraya - RM9 juta.
• NPE - RM20 juta.
Tu yang kita tau tu geng… cerita sebaliknya macam mana pulak?
Cerita sebaliknya yang aku paham macam ni…
UMNO/BN dalam masa sekarang, telah kekurangan sumber kewangan sedangkan pengeluaran perbelanjaan depa terlalu banyak. Jadi wujud ketidak seimbangan dalam akaun. Duit keluar banyak, tapi duit masyuk tarak. Kering.
Jadi perlu lah cari jalan penyelesaian dari mana nak dapatkan dana kewangan yang banyak untuk menampung perbelanjaan yang bukan sikit. Tambah lagi dalam keadaan sekarang, nak menghadapi 3 Pilihanraya Kecil DUN. Dan mengikut sejarah UMNO/BN, jentera depa tak kan dapat bergerak dengan efisyen tanpa sokongan dana yang besar.
UMNO/BN langsung tak ada pengalaman menghadapi pilihanraya tanpa RM RM RM RM dan RM sebab dari awal UMNO/BN menyertai pilihanraya baik DUN, Parlimen, Negeri mahupun Umum tak pernah depa pergi tanpa RM RM RM RM dan RM.
Maka dengan itu, Cuma ada 1 cara je untuk depa mendapatkan dana segera. Gunakan mana-mana syarikat atau individu yang sejak dari dulu lagi menyokong depa atas nama “perniagaan”… u untung, I pun untung, u menang, I untung, u kalah, I rugi, u kalah, I lingkup…
Mereka-mereka ini memang dah lama dikenalpasti Cuma menunggu masa je untuk dipergunakan. Sekarang adalah masa yang paling baik untuk mempergunakan mereka-mereka ini.
Syarikat konsesi adalah “bank” no 1, sebab depa ni ada “perjanjian” yang kalau dipatuhi depa untung, kalau tak dipatuhi pun depa untung jugak.
*depa merujuk kepada kedua-dua belah pihak (Syarikat Konsesi dan jugak UMNO/BN).
Jadi, rancangannya ialah, satu pihak akan datang kepada KERAjaan dan bawak perjanjian tu bagi menuntut apa yang termaktub dalam perjanjian tersebut bagi mengabui mata semua pihak (kecuali individu-individu yang berkenaan).
KERAjaan pulak ambik part – Isytiharkan kenaikan harga tol terpaksa dilakukan sebab dah termaktub dalam “perjanjian”. Padahal sebelum KERAjaan umumkan kenaikan harga tol tu, depa dah tau dah majoriti rakyat akan membantah kenaikan harga tol tak kira laa keadaan ekonomi macam mana pun.
Yang korang tak tahu ialah, UMNO/BN yang berselindung disebalik nama KERAjaan memang tertunggu-tunggu bantahan-bantahan dari orang ramai berikutan pengumuman kenaikan harga tol tersebut. Korang tak heran ke bila sorang Pi EM yang selama ni tak pernah prihatin dengan kesusahan rakyat tiba-tiba prihatin padahal Pi Em ni jugaklah yang menaikkan harga minyaak sampaikan kesannya dapat kita “nikmati” sampai hari ni.
Untungnya rancangan ni ialah, kalau harga tol dinaikkan pun depa untung, kalau ditunda atau tak diluluskan pun depa untung jugak. Hai… tak kan taak dak persen kot? Mustahil…
Jadi bila je KERAjaan umumkan “penangguhan” secara automatiknya, KERAjaan “terpaksa” membayar “gantirugi” (kunun) kepada syarikat konsesi.
Beb… RM287 juta bukan sikit beb… buat pembayaran dekat syarikat konsesi, lepas tu ikut suka pengarah syarikat konsesi la nak tabor duit tu dekat mana… korang peduli apa? Bukan syarikat mak bapak kita. Bukan konsesi amik duit dalam akaun kita (dah jadi duit depa la pasai masuk akaun depa)…
Kalau bayaran tu dibuat secara berperingkat pun, konsesi masih tak bermasalah untuk “bagi pakai dulu” sebab untung depa bukan sikit beb… billion-billion beb…
Jadi korang nampak tak apa sebenarnya yang berlaku? Dengan kecerdikan depa membelit, depa boleh reka satu keadaan yang membenarkan wang rakyat digunakan atas nama “perjanjian”. Nak bawak keluar gitu je tak dapat. Jadi gunakan cara yang “legal”. Sape nak cabar? Nak bawak pi mahkamah? Pi la..! tak kan menang beb…
Ringkasnya, UMNO/BN tersepit tak dak duit. Nak “sepelet” memang tak dapat. Jadi “reka” satu rancangan yang “cantik” untuk mendapatkan dana dari mereka-mereka yang berkepentingan. Dana pulak bukan dari mereka-mereka yang berkepentingan… tapi dari duit hangpa jugak…
Hangpa tak terfikir ke macam mana 5 syarikat yang berasingan yang dah tentu perjanjiannya dibuat pada tarikh-tarikh yang berlainan boleh mintak naikkan kadar tol serentak… tempoh perjanjian matang serentak ka?
Cuba hangpa kira kalau 25% (pakai kira-kira punah sihat Sadiq Sigaraga) dari RM287 juta dapat berapa? Cukup la untuk 3 Pilihanraya Kecik kan…
Perak: Penat Macam Ni Geng... - malaysiakini
Last skali bila aku bangkit, hilang gitu je cerita aku panjang-panjang. ni dah jadi satu hal pulak nak taip balik. bukan aku ingat sangat pun apa yang aku taip semalam. jadi aku ringkaskan je.
Penat macam ni geng... BerukBand yang problem atau google yang buat hal?
Balik pada cerita asal yang terpaksa aku ringkaskan. karang kalau hal-hal masalah ni semua dah selesai, aku cerita balik detail.
Hari tu 9hb. Mac, 2009 aku ada post satu artikel dekat [sini].. antara lain pesanan aku (aku quot balik) ialah -
- Nampaknya macam yang dijangka dan dikhabarkan, dalam masa terdekat ni, semua trio lompat akan pulang ke kawasan masing-masing. khabarnya juga ada satu "rancangan besar" telah diatur oleh "orang atas" sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan juga Bukit Selambau.
- Apa rancangannya?
- Tunggulah...
- Dalam masa "menunggu", ada baiknya diatur kembali jadual-jadual penting sehingga akhir bulan April. kalau perlu, percepatkan semua jadual penting sebelum akhir bulan Mac dan ada baiknya juga kalau semua jadual penting ditangguhkan selepas bulan April.
Yang tu yang aku cerita. dalam post tu aku malas nak bukak cerita panjang-panjang sebab kalau ikut kisah politik dekat
Jadi aku gantung je cerita tu... biar jadik spekulasi.
10hb. Mac, 2009 pulak MSO dalam blognya secara tak selindung-selindung menceritakan perkara yang ada berkaitan dengan post aku tu dekat [sini]. jadi kira betul la cerita yang aku dapat tu dan bukan lagi dongeng... aku quot balik sikit petikan dari post aku yang [ni] -
- khabarnya juga ada satu "rancangan besar" telah diatur oleh "orang atas" sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan juga Bukit Selambau.
Aku tak rasa dah cerita tu cuma satu kisah dongeng. dekat situ ada timbul sikit keyakinan maklumat yang aku dapat tu ada sikit betul. mungkin dalam 30% betul. tak kisahlah.
Asalnya apa yang aku dapat tu adalah sikit dari (mungkin) perancangan yang diatur oleh "orang atas". antara permulaannya ialah dekat [sini].
Pagi tadi pulak, Raja Petra Kamarudin dalam laman webnya telah mengeluarkan satu artikel dan untuk pembuka kata postnya ialah -
- The Federal Constitution Merely States that the Agong shall appoint the Prime Minister from amongst a Member of the House who,in Tuanku's opinian, commands the confidence of the majority of the members of the house. It says nothing about the Prime Minister having to be
Jadi jelas dalam Perlembagaan
Info yang aku postkan tu (rujuk dekat atas sekali) adalah rentetan dari perkembangan dari [sini] , [sini] dan jugak [sini].
Kalau ikut perkembangan dari masa ke semasa, memang ada kesinambungan (atau kebetulan?). tapi tak pe... kita tunggu perkembangan selanjutnya.
Buat masa ni ada 3 perancangan.
1) Dato' Seri Ir Nizar akan (atau telah ketika artikel ini sedang ditaip) memohon mengadap DYTM Sultan Perak untuk memohon perkenan bagi membubarkan DUN Perak untuk membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.
2) Kalau rancangan no 1 gagal mendapat perkenan, ada kemungkinan 4 kerusi DUN akan dikosongkan bagi membolehkan Pilihanraya kecil diadakan. perlu juga kita ingat bahawa Osman dan Jamal pernah menghantar pengantara bertemu DSAI untuk membuat satu rundingan.
3) Rancangan no 3 boleh menjadi rancangan no 2 sekiranya keadaan memerlukan. apa rancangan no 3? mana boleh bagitau semua beb... kena la ada tanda tanya. baru seronok..!
Tak gitu? sabarrr geng...
Apa pulak kata orang UMNO sekiranya dimasa akan datang terpacul dari mulut sala sorang Pimpinan "Tertinggi" ayat macam ni…
"Apa masalahnya..? Anwar yang memulakannya dan Najib merealisasikannya manakala saya melengkapkannya..?"
Boleh terima ke?
Anti PPSMI: Yang Ni Aku Setuju - malaysiakini
Aku ciplak sikit artikel asal untuk bacaan korang. kalau nak baca artikel penuh, korang masuk dekat blog dia dekat [sini] dan dekat bawah sekali aku bagi sikit cadangan aku untuk menyelesaikan isu ni.
Baca dulu sikit hujah ahli BPN (Blogger Pembela Negara) -
1) Istilah matematik - istilah matematik dalam bahasa inggeris memang terlalu banyak dan sebenarnya tidak membantu pun dalam meningkatkan bahasa inggeris pelajar kita..
Mengapa saya berkata demikian?? contohnya istilah seperti 'SQUARE ROOT' , 'TO THE TEN POWER OF' tidaklah membawa apa2 maksud dan makna dalam bahasa inggeris itu sendiri..ia cumalah istilah matematik yang mana di dalam bahasa melayu kita pun sudah ada iaitu 'PUNCA KUASA DUA' , 'SEPULUH KUASA '
Adakah dalam percakapan seharian pelajar2 ini perlu menggunakan istilah2 'alien' ini dalam kehidupan mereka?sudah tentu tidak! JADI DI MANA PERLUNYA SEMUA INI?
2 ) MENYUKARKAN - ini masalah paling utama dan lebih merbahaya.. cuba anda bayangkan, bagaimana pelajar itu hendak menguasai matematik yang asas sedangkan bahasa yang digunakan tidak difahami? kita bukan menyelesaikan masalah malah kita menambah masalah yang sedia ada menjadi semakin rumit iaitu pelajar2 tadi tidak faham bahasa inggeris dan juga tidak faham matematik seterusnya menyumbang pula kepada gejala lebih teruk iaitu kepada ponteng sekolah kerana merasa bosan kerana apa yang diajar di sekolah tidak difahami dan sering mendapat keputusan yang teruk..
3 ) BEBAN PADA GURU - guru sepatutnya berusaha mengajar matematik atau sains namun kini mendapat lagi beban apabila terpaksa mengajar dalam bahasa inggeris di mana guru2 tersebut mengalami kesukaran untuk menerangkan istilah dan konsep matematik dan sains ditambah pula denagn istilah bahasa inggeris yang pelik2 .. maka guru pub terbeban, pelajar pula lagi la teruk..
4) TIDAK PERLU - perlukah kita malaysia hendak semua pelajar kita bertutur dalam bahasa inggeris?? perlukah kita malaysia even tukang sapu sampah pun nak pandai bertutur dalam bahsa inggeris? mmg betul bagus jikalau dapat bertutur dalam bahasa inggeris namun iu cumalah sebagai bonus.. tidak lah perlu beriya - iya sampai kan kita anak melayu hendak disuruh bercakap bahasa inggeris sampai bunyinya mengalahkan mat saleh siap dengan slang2 UK pula..
baca artikel dan pandangan penuh di[sini].
Cadangan aku yang berharga seposen pulak macam ni...
Bagi je kebebasan kepada guru-guru untuk mengajar mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa yang senang difahami oleh murid-murid. bahasa inggeris bukan penyelesaian.
Kalau murid-murid selesa dalam bahasa perancis, ajar je dalam bahasa perancis. yang penting pemahaman. yang penting ialah supaya murid-murid faham apa yang cuba disampaikan.
Disamping itu, tingkatkan lagi standard pembelajaran bahasa inggeris ke peringkat yang lebih tinggi. tekankan lagi kepentingan bahasa inggeris.
Perlu jugak diwajibkan supaya tahap kelulusan bahasa inggeris yang lebih tinggi diperolehi oleh pelajar-pelajar untuk membolehkan mereka pergi keperingkat seterusnya. kalau dulu cuma mata pelajaran bahasa Malaysia dan Matematik je dah boleh naik ke peringkat yang lebih tinggi, untuk masa akan datang, masukkan juga mata pelajaran bahasa inggeris sebagai mata pelajaran WAJIB lulus untuk membolehkan pelajar-pelajar naik keperingkat yang lebih tinggi.
Bukan susah sangat pun...